Tajuk Novel : Suci Wajah Rindu
Karya : Zuraidah Othman
Penerbit : CESB
Pelangi cinta yang kita titi bersama itu adalah rindu yang kupintal tatkala kehilanganmu....
Sepuluh tahun lalu AJ pergi meninggalkannya bersama untaian janji yang tidak pernah tertunai. Dia menyakinkan diri bahawa AJ hanya sebahagian daripada mimpi. Tidak mungkin hadir di alam realiti. Dendam dan benci kesumat kak long menolak dirinya semakin jauh dari hidup AJ hinggakan terlalu sukar untuk dia menjejaki lelaki itu. Biarpun rindu terhadap lelaki itu masih berdenyut namun… terlalu mengharapkan keajaiban berlaku bukan dia orangnya.
Dalam parah membelai rindu, dalam pedih membuang onak angkara kak long dan dalam kepayahan menggapai kasih ibu, tiba-tiba pada satu subuh yang indah, lelaki itu hadir merawat luka…
..................................................................................................
Penulis yang memang tidak perlu diperkenalkan lagi telah menghasilkan satu lagi permata untuk para peminat tulisannya.
Najwa yang dianak tirikan oleh keluarganya sendiri walaupun hakikatnya dia memang sedarah sedaging. Ibunya selalu menyebelahi kakak sulongnya, Farah Hani membuatkan Najwa selalu dibuli dan diambil kesempatan oleh Farah Hani. Apa saja salah akan ditudingkan kepada Najwa dan akhirnya Najwa menjadi mangsa kemarahan orang tuanya.
Farah Hani yang semacam mempunyai perasaan dengki kepada Najwa telah cuba menghalang perhubungan antara Najwa dengan Ariff Jauhari (AJ). Kasian Najwa. Surat-surat dari AJ untuk Najwa disembunyikan Farah Hani. Malah tanpa pengetahuan Najwa, setiap email yang dihantar AJ dibalas Farah Hani dengan menyamar sebagai Najwa. Sungguh busuk hati seorang Farah Hani.
Paling kejam tindakan Farah Hani ialah meletakkan kesalahan pada Najwa bila pertunangan yang bakal dilangsungkan tidak jadi seperti yang dirancangkan. Ini membuatkan si ayah berang dan Najwa disisihkan dari keluarga. Si ibu pula tetap membela Farah Hani. Suatu situasi yang tidak sanggup dihadapi. Walaupun berang si ayah pergi juga menemui bekas bakal tunang Farah Hani untuk mengetahui cerita sebenar. Namun setelah mengetahui kebenaran yang sebenarnya si ayah menemui kemalangan di perjalanan pulang.
.................................................................................................................
Sebuah kisah yang bukan saja menceritakan soal cinta antara dua insan tetapi juga cinta keluarga dan adik beradik. Kisah cinta dan kasih sayang ibu yang melebihkan kakak dari adik membuatkan hati saya tersentuh dan jatuh simpati kepada Najwa. Andai kisah ini wujud di dunia nyata alangkah kasihan kepada si adik.
Seperti selalunya penulis memang berupaya membuatkan pembaca menghayati novel ini dari awal hingga ke akhir. Rentetan demi rentetan kisah pergolakan adik beradik ini memang jelas dapat digambarkan. Sehingga perasaan saya bercampur baur antara belas dan geram. Garapan cerita dan gaya bahasa novel ini memang mengheret pembaca ikut sama berada di dalam penceritaan tersebut.
Sekalung tahniah untuk penulis.
Thursday, February 5, 2009
Suci Wajah Rindu - Zuraidah Othman
Tag
CESB,
novel,
zuraidah othman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terima kasih kerana anda sudi membaca novel ini. tak sia-sia saya bersengkang mata menulisnya.-Zuraidah Othman.
ReplyDeleteoh, saya memang meminati karya saudari zuraidah sejak dulu lagi.
ReplyDeleteterutamanya Pear, Piah dan Mr.Reject. Sungguh lucu dan mencuit hati.
kat mana nak cari lagi karya zuraidah othman? susah sangat nak jumpa sekarang. saya memang minat sangat karya zuraidah since sekolah menengah lagi..kalau boleh nak buat koleksi semua novel2 karya saudari.harap saudari tak akan berhenti menulis novel...
ReplyDeletekat mane saya nak dapat semula novel karya zuraidah bertajuk jangan ada benci, saya nak sangat baca balik novel 2...
ReplyDeletesaya pun tengah cari novel saudari zuraidah yang bertajuk jangan ada benci.
ReplyDeletetolong beritahu kat mana saya boleh dapat buku tersebut.
Cuba cari kat kedai buku india atau kedai buku lama. Toko-toko buku besar memang jarang yang ada.
ReplyDeleteBoleh juga melayari blog-blog dan website penjualan buku-buku terpakai seperti di cari.com.my, mesra.net, mudah.com.my, http://www.novelmelayuterpakai.blogspot.com/ dan banyak lagi.
Sye nak tanye kak Zuraidah....ilustrasi muka depan yg ade gmbr lelaki n perempuan
ReplyDeletetu betul ke? cantik..tpi memang best bace buku nie,buat sye rase perasaan yg pelbagai semasa
baca..
Salam, dimana sy boleh dptkn vovel jgn ada benci?
ReplyDeletedulu sy ada simpan tp xtau kemana perginye, sy syg sgt2 noveltu, ada kene mengena dgn hidup sy.. 0123658936
Salam zuraidah. Tak sangka hang betoi2 jadi penulis. Semlm terjumpa buku yang zu tulis. Terkejut beruk gak. mula-mula ingat nama sama dgn member lama tapi bila tengok muka, memang sah classmate lama masa kat convent kulim dulu. Zu kat mana la ni? Anak dah berapa? Dok pi ziarah balai polis kat kulim lagi X? Really miss those days. Ada jumpa Robaeyah X? Leh kita jumpa atau chat atau caling2?
ReplyDeletei like so much this novel!!!!!!
ReplyDeleteSaya da kira 3 times read this book. .
ReplyDeletememg best habis. . .
seolah2 dh trgler kan kt AJ. . .
hahhahhaa. .
tahniah kerna menarik hati saya utk meminati buku ini. . .
saya suka akn karya novel nie. .
ReplyDeletebest so very much. .
mane nk cari novel tajuk itu bukan aku??x smpt nk bace abes..hilang,x tau sape yg amik..lau ad koleksi lg,leh tlg bg tau saya.. geminihuhu@yahoo.com
ReplyDeleteSaya nk tnye kt mane bleh dpt buku nie yerr??? puas saya cari. . sush tol nk jmpa. . bleh x bg tahu saya mane ade jual bku nie. tq.
ReplyDeleteSalam semua...terima kasih...saya amat terharu..saya sangkakan dah tiada yang emngenali siapa ZUraidah Othman...untuk saling kenal dengan elbih rapat...jom add fb saya...zuraidah othman profile pic cover novel Kemilau Mentari...kompilasi novel saya yg bakal terbit.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam.akak....sy sgt meminati novel suci wajah rndu....tp novel sy hilang...blh thu mcm mane nk dptkn novel 2...mcm2 kedai sy pegi tp x jumpe la...
ReplyDeletenovel ni mmg best sngt2 n zura da bce bnyk kali ttap xjemu n still prasaan sdih tu akn dtg stiap kali bce....kcian ngn najwa.mekasih kak zuraidah coz hsilkn novel yg mmg2 best n mnyentuh prasaan....:)
ReplyDeleteNovel Suci Wajah Rindu masih boleh didapati.
ReplyDeletesila add saya di sini
http://www.facebook.com/zuraidah.othman.5