Friday, November 27, 2009

Saturday, November 21, 2009

Seksa Meninggalkan Solat














Tajuk Buku : Seksa Meninggalkan Solat
Karya : Mukhlas Syarkun
Penerbit : Pustaka Azhar
Terbitan : 2009 (cetakan ketujuh)
Halaman : 165 mukasurat
Harga : rm10.00


Sembahyang itu tiang agama. Sesiapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agamanya dan sesiapa meninggalkannya maka sesungguhnya ia telah merobohkan agamanya.

6 Seksa Di Dunia Kerana Meninggalkan Sembahyang.
- Allah mengurangkan berkat umurnya.
- Allah tidak mempermudahkan rezekinya di dunia.
- Allah menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya.
- Dia tidak akan memperoleh tempat di dalam Islam.
- Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala.
- Allah tidak akan menerima doanya.

3 Seksaan Ketika Menghadapi Mati:
- Mati dalam keadaan yang amat hina.
- Mati dalam keadaan yang amat lapar.
- Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun telah diberi banyak minuman.

3 Seksaan Sewaktu Alam Kubur:
- Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya.
- Allah akan menggelapkan kuburnya.
- Allah akan menyiksanya sehingga hari kiamat.

3 Seksaan Ketika Bertemu Allah:
- Pada hari kiamat ia akan dibelenggu oleh malaikat.
- Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ehsan.
- Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan diazab di dalam neraka dengan azab siksaan yang pedih lagi keras.

Dosa Dan Balasan Meninggalkan Sembahyang Lima Waktu:
Subuh - sekali meninggalkannya dimasukkan ke neraka selama 30 tahun di akhirat bersamaan 60000 tahun di dunia.
Zuhur - sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1000 umat Islam.
Asar - sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuhkan Baitullah.
Maghrib - sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri.
Isyak - sekali meninggalkannya Allah tidak redha orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatNya.



Baca Selanjutnya..

Friday, November 20, 2009

Yang Sebenarnya













Tajuk Novel : Yang Sebenarnya
Karya : Aisya Sofea
Penerbit : Alaf 21
Halaman : 500 mukasurat
Harga : rm19.90

Pastinya semua peminat novel cinta tertunggu-tunggu buah tangan terbaru dari penulis Aisya Sofea. Kini setelah terbitnya nukilan dari beliau pasti juga semua tidak sabar-sabar untuk mendapatkan dan seterusnya menatap isi kandungan yang mengasyikkan ini. Saya kira karya beliau kali ini agak lebih baik dari novel sebelumnya. Lebih geram dan lebih syahdu. Meruntun jiwa gitu dengan perangai manja bercampur panas baran si hero dengan watak cool si heroin.

Eddie membawa diri ke London setelah putus cinta dengan sepupunya sendiri, Nazirah. Nazirah berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya walaupun mendapat tentangan dari keluarga. Semasa lima tahun di London Eddie selalu berhubungan dengan Nadhiya, adik Nazirah melalui internet. Nadhiya cuba untuk mententeramkan hati Eddie yang parah kecewa dengan memberikan kata-kata semangat. Hubungan mereka agak rapat juga walaupun hanya berkomunikasi di alam maya. Segala rutin harian dan segala sesuatu peristiwa yang terjadi akan dikongsi bersama.

Sehinggalah di suatu hari Nadhiya bekerja di syarikat milik ayah Eddie. Eddie pula membuat kejutan dengan pulang ke tanahair untuk bekerja di syarikat ayahnya juga. Bila mereka bekerja di bawah satu bumbung perangai Eddie membawa masalah kepada Nadhiya. Sikap Eddie yang suka panas baran dan ego tak menentu membuatkan kesabaran Nadhiya menipis. Hubungan mereka menjadi renggang. Tapi dalam sekelip mata Eddie boleh berubah menjadi baik dan lembut semula. Bayangkan bila tengahari mereka boleh keluar makan tengahari bersama sambil ketawa-ketawa tetapi bila pulang saja ke pejabat terus saja sikap Eddie berubah menjadi garang bak singa lapar hanya kerana kesalahan Nadhiya yang sebesar kuman saja. Sikap ala-ala 'psyko' Eddie ni benar-benar membuatkan Nadhiya bingung. Apa sebenarnya mahu si Eddie ni? Selalunya kalau lelaki berperangai begini sebenarnya inginkan perhatian istimewa dari wanita yang dicintainya. Namun Nadhiya tidak dapat membaca mesej yang cuba disampaikan di sebalik sikap Eddie.

Tidak tahan dengan sikap Eddie yang melampau panas barannya, akhirnya Nadhiya berkeputusan untuk berhenti kerja. Nak dijadikan cerita ini lebih gempak pengganti Nadhiya, si Nuryn Mustafa diwujudkan sebagai watak antagonis. Sewaktu di London lagi Nuryn memang mengejar cinta Eddie walaupun tidak mendapat perhatian. Pucuk dicita ulam mendatang bila Nuryn berjaya diterima bekerja di syarikat Eddie. Apa lagi Nuryn terus menwar-warkan pada semua orang bahawa Eddie adalah kekasihnya.

Sedikit sebanyak lahir juga perasaan cemburu di hati Nadhiya pabila menerima perkhabaran ini. Ditambah pula bila Eddie juga dilihat bermesra-mesraan dengan Nuryn di depannya sewaktu mereka keluar berempat bersama.. Nadhiya, Nazri, Nuryn dan Eddie. Namun Nadhiya tidak mengetahui itu hanyalah helah Eddie untuk membuat Nadhiya cemburu. Kesiannya Nadhiya menjerut rasa...! Tapi yang kelakarnya pabila Nadhiya berhasrat untuk keluar berdua lagi dengan Nazri, tak semena-mena Eddie berang lalu menyuruh Nazri menghantar Nuryn pulang, sementara dia pula mengajak Nadhiya balik. Aduhai, memang lelaki ini sudah tenat dimabuk cinta.

Sebuah lagi cerita cinta yang agak menarik dan mengasyikkan. Selalunya di dalam novel Aisya Sofea heronya pasti menjadi idaman setiap wanita. Tidak terkecuali hero di dalam novel ini.

........................................................................................

Tidak semua cinta itu berbalas. Inilah yang terjadi kepada Eddie.Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat.

Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah.Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa meyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti.

Seiring waktu berlalu... cinta Eddie semakin memekar. Dengan semangat baru, Eddie pulang bersama cinta untuk Nadhiya. Malangnya, kalimat keramat itu tidak terucap dari bibirnya, apatah lagi Nadhiya melayannya seperti seorang abang. Eddie jadi panasaran. Akibatnya, mereka sering bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa...

lelaki itu seperti memusuhinya. Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya!





Baca Selanjutnya..

Thursday, November 19, 2009

3 Tokoh Bakal Menakluk Dunia












Tajuk Buku : 3 Tokoh Bakal Menakluk Dunia
Penulis : Ustaz Jaafar bin Salleh
Penerbit : Pustaka Azhar
Terbitan : 2009
Halaman : 259 mukasurat
Harga : rm28.00


Sebelum dunia ini dikiamatkan, Islam pasti menjadi agung semula setelah sekian lama Islam bersama penganutnya dipencilkan oleh umat lain. Kini kita di suatu zaman dimana musuh Islam menjadikan umat Islam mangsa kerakusan dan kejahatan mereka.

Seolah-olah apa yang diberitakan kepada kita bahawa nasib umat Islam bagaikan ’telur’ dihujung tanduk. Tiada pembela dan tiada siapa mempedulikannya. Itulah cabaran yang besar keatas umat Islam yang menentukan keimanan dan keyakinan mereka kepada Allah Azawajallah.

Inilah proses yang ditempuhi umat Islam untuk mengembalikan keyakinan mereka kepada Hari Kebangkitan dan adanya Allah s.w.t yang Maha berkuasa. Pasti dan janji Allah s.w.t tidak akan biarkan Islam ini terus dirobek oleh mush-musuhnya.

Ini tidak akan terjadi sehingga Allah s.w.t datangkan kepada mereka Al Mahdi dan Isa Al Masih. Sesungguhnya saat itu semakin hampir untuk meletakkan Islam dan umatnya gemilang dan terbilang. Untuk mengetahui bagaimana Islam ini berdaulat semula maka anda perlu memiliki dan terus membaca buku ini. Tentunya nanti anda akan tahu yang orang lain tidak tahu tentang kejayaan umat Islam yang berada di akhir zaman.

Baca Selanjutnya..

Tuesday, November 10, 2009

Qantan Biru Langit














Tajuk Novel : Qantan Biru Langit
Karya : Muliati Abdul
Penerbit : Kaki Novel
Terbitan : 2009
Halaman : 357 mukasurat
Harga : rm16.00


Qantan Biru Langit... jarang ada perempuan yang bernama Qantan di zaman serba moden sekarang ni. Kalau nama Qistina atau Qristina memang selalu kita jumpa. Pelik sungguh nama yang dipilih oleh penulis untuk heroin cerita ini. Walaupun bernama melayu klasik tetapi Qantan menjalani hidup di zaman moden dan terkini sepertimana anak-anak gadis yang lain.

Qantan selalu diusik oleh keluarganya supaya lekas-lekas berumahtangga. Ini membuatkan Qantan rimas. Karin, sahabat baiknya pula cuba memasangkan Qantan dengan abangnya Rafael. Namun niat Karin seperti mendapat halangan pabila suatu hari Qantan bertemu semula dengan Razif. Razif adalah lelaki yang sepatutnya dijodohkan dengan Qantan atas restu keluarga suatu ketika dahulu. Tetapi Razif lari ke luar negara untuk berkahwin dengan wanita pilihan hatinya sendiri. Setelah kematian isteri Razif kembali ke tanah air lalu bertemu dengan Qantan. Pertemuan dengan Qantan membuahkan rasa cinta di hati Razif. Terdetik di hati untuk merealisasikan kembali hasrat dua keluarga yang tak jadi.

Seorang lagi yang menjadi rival Rafael ialah Khalid Zafran. Seorang pemain tenis jaguh dunia yang serius dan pendiam. Boleh jugak kalau nak dikatakan sombong. Walhal dulu satu sekolah malah satu kelas dengan Qantan. Mereka juga pernah berlatih bermain tenis bersama. Tetapi bila sudah terkenal Khalid seakan tidak mengenali Qantan. Kenapa? Mungkin ada sesuatu perkara yang cuba disembunyikan Khalid. Perasaan cinta mungkin..

Ramai sungguh jejaka tampan yang jatuh cinta dengan si gadis Qantan ni. Tetapi siapakah yang menjadi pilihan hatinya. Antara Razif, Khalid dan Rafael. Sebuah novel cinta yang agak menarik dan tidak mengecewakan.

Baca Selanjutnya..

Thursday, November 5, 2009

Menyukat Solat Diri















Tajuk Buku : Menyukat Solat Diri
Penulis : Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit : Kemilau Publika
Terbitan : 2009
Halaman : 293 mukasurat
Harga : rm22.00


Buku ini amat sesuai untuk ummah yang sudah yakin bahawa solat adalah sarat dengan hikmah dan rahmah. Betapapun mereka mengakuinya, tetapi dilema yang sering melanda apabila mereka masih tidak atau belum lagi merasai kelazatan solat sebagai juadah rohani justeru masih ada hijab tipis yang mungkin sedang memisahkan 'bahagia' solatnya itu dengan kewujudan diri. Akhirnya, solat yang ditegakkan saban waktu hanyalah sebuah persuaan waktu yang tidak menemui kebahagiaan dengan kediriannya. Jika solat dan tuannya itu umpama sepasang kekasih, maka buku ini akan cuba mempertemukan pasangan yang selama ini bertemu dan melepaskan rindu tetapi hantaran rindunya itu sering tidak kesampaian. Ia bertepuk sebelah tangan di sejadah kaku yang tidak terjawab.

Mungkinkah antara mereka dan solatnya itu tidak terpenuh prasyarat antara apa yang dipersembah dengan apa yang diharap? Jika ya, maka apa lagi yang kekurangan?

"Ibadah solat adalah suatu ibadat yang mengajar manusia

supaya setiap usaha mereka mengejar kehidupan dunia, mereka

perlu berenggang atau berputus hubungan untuk seketika dengan

keduniaan mereka, dan bersiap pula untuk menghadapi kematian".

-Tok Guru Nik Adbul Aziz Nik Mat

Baca Selanjutnya..
Blog Widget by LinkWithin