Sunday, May 31, 2009

Novel-Novel Karya Manaf Hamzah













Ramai yang email bertanya saya di mana mahu mencari novel-novel karya Manaf Hamzah ni. Pada mulanya saya pun tidak tahu mahu mencari di mana. Maaflah pada awalnya saya memang tidak dapat nak menolong. Kerana Buku Aylana dan Dedaun Hijau Di Angin Lalu tu saya beli semasa saya bertugas di Sarawak tiga tahun yang lepas. Sekarang ni bila dah balik ke Semenanjung saya tak pasti pulak mahu mencari di mana novel-novel ni.

Bila saya dapat tahu yang novel terbaru Manaf Hamzah, Dalam Kehangatan Dakapan Senja sudah terbit saya berusaha mencari mana-mana website yang dapat saya hubungi untuk mendapatkan novel tersebut dan saya berjaya mendapatkannya.

Untuk peminat Manaf Hamzah yang berada di Singapura bolehlah melayari website Pustaka Nasional Pte Ltd untuk bertanya lanjut mengenai novel-novel karya beliau. Di sana ada tertera nombor telefon dan alamat email untuk dihubungi.

Bagi peminat yang berada di Malaysia bolehlah menghubungi Pustaka Islamiyah Sdn Bhd yang beralamat email pisb2964@streamyx.com ataupun menelefon terus ke nombor 03-61882964 bercakap dengan Cik Siti Marina untuk bertanya lanjut ataupun membuat tempahan.

Semoga info ini berguna untuk peminat Manaf Hamzah.
Saya ucapkan selamat membaca!


Baca Selanjutnya..

Monday, May 25, 2009

Matahariku











Tajuk Novel : Matahariku
Karya : Aina Emir
Penerbit : KarnaDya
Terbitan : 2009
Halaman : 537 mukasurat
Harga : rm19.90

Syakirah, gadis biasa-biasa yang bertahi lalat di bawah bibirnya, sekalipun tidak sehebat seorang ratu, tetap istimewa. Keresahan jiwa telah menjadikan dia gadis ‘nakal’ yang menghabiskan masa di dunia fantasi ‘anime’. Dia juga menjadi ‘pakar mengurat’ di alam maya. Sekalipun umurnya sudah mencecah kedewasaan, namun cinta dan kasih sayang seorang lelaki tidak pernah berbunga dalam hidupnya.

Perkahwinan merupakan sesuatu yang menggerunkan, kerana nun jauh di lubuk hati, dia bimbang menjejaki ibunya dan tidak mahu dilabelkan sebagai gadis ‘materialistik’. Pun begitu, kehadiran Khair atau ‘Kai’ sejak remaja lagi, kini mula mengubahkan perasaannya. Kalau dulu dia tidak merasakan Kai itu menarik, kini dia tahu lelaki itu mampu menyinarkan hidupnya. Bukankah mereka serupa sahaja? Malangnya, tiba-tiba sahaja ombak deras datang memukul, lalu mengucar-ngacirkan hidupnya. Syakirah terkapai-kapai dan tidak tahu hendak ke mana. Tahu-tahu dia sudah terperangkap dalam sesuatu yang hampir dekat dengan igauannya!

Kehadiran lelaki yang berketurunan campur itu meresahkan lagi hidupnya. Mengapa dia harus hadir dan mengelirukan keadaan? Apakah kuasa yang dia ada untuk melemahkan semangat dan mengecutkan perut gadis yang kaya dengan keayuan asli itu?

“It’s all about going crazy… and doing crazy thing.” katanya lagi,
“Kerana kehadiranmu sinonim dengan cahaya matahari…”
...........................................................................................................................................
Saya pernah membaca karya Aina Emir yang sudah-sudah. Novel ini sepertimana novel-novelnya yang lain penulis masih menggunakan style slow and steadynya. Dalam style slow and steady tu singgah jugak rasa kebosanan membaca novelnya kali ini. Mungkin kerana pada masa itu saya diserang penyakit batuk yang teruk yang seringkali mengganggu pembacaan saya.

Perwatakan Syakirah benar-benar mengingatkan saya kepada seorang kawan yang juga bernama Syakirah dan dipanggil Sya. Seorang yang bersifat kebudak-budakan dan gemar menonton kartun anime. Namun Sya di dalam novel ini adalah anak kepada isteri kedua seorang lelaki yang mempunyai tiga isteri. Apa yang nyata novel ini mengisahkan lingkungan situasi lelaki yang berpoligami. Walaupun mempunyai ibu tiri hubungan Sya dengan adik beradik dari isteri-isteri ayahnya yang lain adalah baik-baik saja.

Permulaan cerita memang agak perlahan. Menceritakan kehidupan Syakirah yang dihantar ke Yaman untuk urusan kerja, tentang rutin hariannya yang gemar berchatting di alam maya dan konflik keluarga besarnya apabila si ayah menghadapi masalah kewangan. Mahfuzah meminta Syakirah menerima lamaran Khai demi untuk menyelamatkan masa depan mereka berdua dari kesusahan hidup. Seperti biasalah Syakirah memang tidak akan setuju untuk berkahwin dengan orang yang tidak dicintainya. Mujurlah Khai memahami dan mereka bersetuju untuk berkawan saja demi untuk mengenali hati budi masing-masing.

Dalam keseronokan berchatting Syakirah secara tidak sengaja menjadi rapat dengan Y, yang juga rakan bossnya. Tanpa disedari pada Y inilah tempat Syakirah mengadu tentang kemelut yang dihadapi keluarganya sehinggalah kepada masalah kawin paksa dengan Khai. Dalam mencurahkan masalah Syakirah sempat lagi bernakal-nakal dengan teman chattingnya itu. Bersayang-sayang dan berdaling-darling segala. Gatal sungguh anak dara Wazir yang sorang nih! Tapi bila Y menyatakan hasrat ingin berjumpa Syakirah pandai pula dia nak mengelak. Bagi Syakirah teman cyber akan kekal sebagai teman cyber. Tak perlu bertukar ke alam nyata. Hinggalah suatu hari seorang teman baik bossnya dari Abu Dhabi datang berkunjung ke syarikat tempat Syakirah bekerja. Alangkah terkejutnya Syakirah bila mengetahui yang tetamu itu adalah Y!. Aduhai... malu sungguh!

Kehadiran Eyyad walaupun pada mulanya membuat Syakirah merasa kekok tetapi lama kelamaan Eyyad masih menjadi tempat Syakirah meluahkan rasa hati tentang permasalahan keluarganya. Eyyad menjadi pendengar setia sehingga sanggup menumpangkan Syakirah di rumahnya sendiri sementara dia menginap di hotel saja. Dan Eyyad juga sanggup membiayai rawatan pembedahan ayah Syakirah di institut jantung. Baiknya Eyyad..... Baik... Baik ada makna tuuu... Hehehe.. di saat Syakirah membuat keputusan untuk menerima lamaran Khair entah kenapa terdetik suatu perasaan untuk mengingati Eyyad. Perasaan apakah itu... Hmmm... anda mesti dah dapat mengagak, kan?

Pertolongan Eyyad terhadap Syakirah lama kelamaan telah menjadi isu dan salah faham Kiranah dan Nabila, kakak Syakirah. Mereka pada mulanya menyangka Syakirah ada hubungan sulit dengan Adam, suami bossnya setelah mengetahui Syakirah menginap di apartmen mewah. Sudahnya Wazir, Kiranah dan Nabila menyerang Syakirah di apartmennya dan memaksa Syakirah berkahwin dengan Adam untuk mengelakkan 'maksiat' terus berlarutan. Kesian Syakirah! Tidak ada seorang pun yang percaya kata-katanya di ketika ini. Di saat Eyyad muncul, masing-masing terpinga-pinga keliru dengan situasi yang dihadapi. Siapa yang ada hubungan sulit sebenarnya? Siapa tuan punya apartmen mewah itu sebenarnya? Dan siapa yang menolong Syakirah selama ini sebenarnya?

Bermula dari sini banyak dugaan dan salah faham yang melanda kehidupan Syakirah. Sedikit sebanyak cabaran hidup ini telah mendewasakannya. Tiada lagi gadis nakal yang hidup di awang-awangan cyber seperti dulu. Bermula dari sini juga jalan cerita menjadi bertambah menarik dan saya semakin teruja untuk mengetahui jawapan kepada persoalan yang timbul. Setelah berkahwin dengan Eyyad kehidupan Syakirah semakin bercelaru. Khai mengharapkan penjelasan darinya kenapa mereka tidak jadi bernikah sementara gossip panas melanda ofisnya membuatkan mereka menyangka Syakirah telah berkahwin dengan suami bossnya sendiri. Akibat dari bahana gossip itu hubungan Syakirah dengan Amani menjadi renggang. Ditambah lagi dengan sikap materialistik Mahfuzah dan Asilla yang cuba mengambil kesempatan untuk mengikis harta Eyyad pabila mengetahui Syakirah telah berkahwin dengan orang kaya. Dan yang paling kemuncak ialah pabila Nasrat dengan secara tidak sengaja telah membongkarkan satu rahsia. Rahsia antara Nasrat dan Eyyad yang bisa membuatkan hati Syakirah hancur luluh. Syakirah mengambil keputusan untuk lari membawa diri ke utara. Kehilangan Syakirah membuatkan Eyyad menjadi separuh nanar.

Berjayakah Eyyad memujuk isterinya kembali? Berjayakah Eyyad menerangkan perkara sebenarnye kepada Syakirah? Akan adakah lagi cinta dan kepercayaan Syakirah untuk Eyyad? Jeng jeng jeeng.... Bacalah novel ini kalau ingin mengetahui cerita selanjutnya.


Baca Selanjutnya..

Saturday, May 23, 2009

Catatan Hati Nik Nur Madihah











Tajuk Buku : Catatan Hati Nik Nur Madihah
Karya : Nik Nur Madihah
Ummu Hani Abu Hassan
Penerbit : Hijjaz Record Publishing
Terbitan : 2009
Halaman : 126 mukasurat
Harga : rm25.90

Si ayah bergelut dengan gelombang.
Si ibu bergelumang dengan perit harian.
Lantas si anak menyemat tekad untuk terus berjuang melepaskan mereka dari kesengsaraan.

Kesempitan hidup yang menyesakkan nafas tidak pernah sekalipun mematahkan semangatnya untuk berjaya. Malah itulah tangkal dan azimat yang menjadi bekalan untuknya mengatur langkah, mencari permata yang tak ternilai harganya – ILMU! Menyalin semula sebuah kamus dengan tulisan tangan sendiri kerana tak punya wang untuk membelinya. Sering berpuasa menahan lapar dan dahaga demi untuk menjimatkan belanja. Menahan keinginan hati untuk memiliki barang-barang sendiri. Bukan senang mencapai bintang. Namun, tiada yang mustahil dalam kehidupan. Kepada Allah dia menyandarkan harapan. Agar diberi kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan cabaran hidup. Semoga diberi kesempatan untuk membalas keringat dan jasa ayah bonda.

Tekad si anak bukan mainan kerana di hujungnya adalah permulaan kepada sebuah KEJAYAAN!
...........................................................................................................

Buku ini sepatutnya menjadi inspirasi bagi setiap orang yang bergelar pelajar. Opss.. bukan saja kepada pelajar tetapi kepada setiap ibubapa yang mempunyai anak. Diceritakan kisah hidup Nik Nur Madihah semasa beliau mencapai keputusan cemerlang di dalam UPSR sehinggalah selepas kejayaan besarnya di dalam SPM yang baru lalu. Kejayaan yang menggemparkan seluruh rakyat Malaysia tentunya.

Menitis airmata saya membaca kesulitan hidup yang ditempuhi Nik Nur Madihah, seorang gadis pingitan di sebuah perkampungan nelayan yang serba kekurangan. Siapa sangka gadis pingitan yang nampak biasa ini adalah sebenarnya sebutir permata yang indah berkilauan. Ayah dan ibu Nik Nur Madihah yang bersemangat kental tidak pernah mengeluh malah melarang anak-anaknya menangisi nasib yang tersurat. Sebaliknya mereka mengajar anak-anak supaya sentiasa mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Kata-kata hikmah yang selalu si ayah berikan ialah walaupun mereka miskin, mereka tidak sampai melarat, masih boleh mencicip makanan berbanding dengan orang lain yang ada juga tidak mempunyai tempat tinggal langsung.... jadi mereka harus bersyukur!


Cara didikan yang penuh keIslaman begitu mengkagumkan saya. Sedari kecil lagi beliau dilatih untuk mengamalkan solat dhuha, berpuasa sunat dan bangun malam mengerjakan tahjud. (Saya berkira-kira sendiri pernahkah saya menyuruh anak-anak saya bangun malam menunaikan solat sunat tahjud....). Yelah, berapa banyak ibu bapa yang bersikap begini terhadap anak-anak. Rata-rata ibubapa mengambil pendekatan dengan menggalakkan anak-anak mereka supaya menghadiri seberapa banyak kelas tuisyen yang termampu, menyertai seminar motivasi cara menjawab soalan peperiksaan di samping menelaah pelajaran di rumah. Ada juga sesetengah ibubapa yang sampai terpaksa menunda kelas agama dan mengaji Quran anak-anaknya hingga selepas peperiksaan untuk mengisi masa tersebut dengan mengulangkaji pelajaran. Dengan tujuan lebih banyak masa digunakan untuk menelaah seseorang pelajar itu akan lebih berjaya. Bukan saya kata pendekatan itu tidaklah baik tetapi kita sebagai umat Islam masih ada satu lagi senjata untuk meraih kejayaan hidup (juga akhirat tentunya) iaitu selalu berdoa, berserah dan bertawakkal kepada Yang Maha Kuasa. Selari dengan Surah Ali Imran ayat 159 juga ada menyebut dan membawa maksud bahawa Allah amat mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.

Satu lagi rahsia kejayaan yang diceritakan oleh Nik Nur Madihah ialah mentaati kedua ibubapa. Wahh... tentunya perkara ini tidak pernah terlintas di fikiran anak-anak kita sekarang. Bagaimana ketaatan kepada ibubapa boleh membantu kita berjaya dalam hidup. Sentiasa taat kepada ibubapa dan mendoakan kesejahteraan kedua-duanya. Jangan menyakiti hati kedua-duanya dan sentiasa mengalah walaupun ada kalanya terdapat perbezaan pendapat. Orang-orang begini selalunya dirahmati Allah.

Di saat meraih kejayaan cemerlang 19A1 dan 1A2 di dalam SPM, Nik Nur Madihah sekeluarga didatangi oleh berbagai pihak yang ingin mengucapkan tahniah mahupun melihat sendiri siapakah sebenarnya 'permata berkilauan' itu. Sumbangan yang diberikan juga tak kurang hebatnya. Malah ada yang menaja sekeluarga ini menunaikan umrah dan mendirikan rumah baru untuk mereka. Di saat nikmat yang melimpah ruah ditaburkan kepada mereka, seharusnya mereka bergembira tetapi sebaliknya di dalam gembira mereka kerisauan. Ya.. kerisauan seandainya nanti mereka akan jatuh sombong dengan nikmat yang diberikan. Mulia sungguh hati Encik Kamal sekeluarga. Di saat menikmati kegembiraan hidup mereka masih beringat untuk tidak alpa. Inilah satu contoh keluarga muslim yang terbaik. Di dalam suka mahupun duka sentiasa mengingati Yang Maha Mengetahui. Semua perkara yang terjadi dan bakal terjadi diserahkan kepada Allah SNW. Semoga adik Nik Nur Madihah akan terus berjaya dan dirahmati Allah senantiasa.



Baca Selanjutnya..

Monday, May 18, 2009

Hujan Rindu








Tajuk Novel : Hujan Rindu
Karya : Anita Aruszi
Penerbit : Fajar Pakeer
Terbitan : 2009
Halaman : 797 mukasurat
Harga : rm25.90

Kerana kasih dan sayang seorang anak kepada ibunya, Anum Dahlia yang dilahirkan dan dibesarkan di luar negara sanggup menjejaki keluarga ibunya di Malaysia sehingga dia sanggup mengenepikan kepentingannya sendiri. Sanggup meredah beribu-ribu kilometer untuk menunaikan harapan dan impian ibunya yang sedang terlantar koma.

Anum Dahlia, seorang cucu yang mendambakan kasih sayang daripada datuk dan neneknya yang selama ini tidak pernah ditemuinya. Sebuah kisah tentang cinta yang hilang di bumi kelahiran, tapi ditemui pula cinta seorang lelaki milik Yuzer Taufik, di sebuah negara asing.

Tegas dalam keputusan dan berani menjejak kisah silam ibunya di sebuah negara yang tak pernah dijejakinya selama ini, Anum Dahlia menyamar sebagai seorang pelajar yang mahu membuat kajian tentang seni silat Melayu, membuatkan dia bertemu Tok Anjang, datuknya.
..............................................................................................................
Satu lagi karya Anita Aruszi yang pasti tidak mengecewakan peminatnya. Bagi saya garapan cerita dan watak dalam novel ini tidak kurang hebatnya lebih kurang sama dengan Rembulan Berdarah. Cumanya jalan cerita kali ini lebih tertumpu kepada kekeluargaan dan kasih sayang.

Anum Dahlia walaupun dilahirkan dan menetap di Amerika tetapi mendapat didikan dan ajaran orang Islam Melayu dari ibunya. Fasih berbahasa Melayu pula. Ternyata Anum Dahlia adalah seorang anak yang baik sehingga sanggup dia menjejaki datuk dan neneknya di kampung yang asing demi untuk menyatukan kembali hubungan kekeluargaan yang telah putus.

Anum Dahlia menyamar sebagai seorang pelajar dari luar negara datang ke kampung itu untuk membuat kajian tentang Silat Cekak. Di sana Anum Dahlia mengenali ayah dan ibu kepada ibunya, adik beradik, sepupu yang juga bekas tunangan ibunya. Sementara penduduk kampung juga gempar dengan kehadiran Anum Dahlia yang bagi mereka amat mirip kepada Sufiyah, anak perempuan Tok Anjang yang telah melarikan diri di malam perkahwinan berpuluh tahun dahulu. Walaupun beberapa kali ditanya mengenai orang tuanya, Anum Dahlia berkali-kali terpaksa berbohong untuk menafikan bahawa dia adalah anak Sufiyah.

Di kampung itu Anum Dahlia tinggal di rumah Tok Anjang. Pada mulanya agak sukar untuk menyesuaikan diri di rumah datuknya sendiri apatah lagi bila melihatkan Tok Anjang seorang yang tegas dan nampak bengis. Tapi lama kelamaan perhubungan mereka menjadi mesra dan ada perasaan sayang yang hadir di dalam hati Nek Jah dan Tok Anjang terhadap Anum Dahlia. Suatu pembohongan tetap pembohongan dan tidak akan selamanya dapat ditutup. Suatu hari semasa mengemas di bilik Anum Dahlia Nek Jah telah terjumpa foto-foto Sufiyah di lipatan dairi milik Anum Dahlia. Sangkaan dan gerak hatinya selama ini yang menyatakan Anum Dahlia adalah cucunya hampir menjadi kenyataan.

Anum Dahlia juga menjadi perhatian Yuzer, anak kepada bekas tunangan ibunya. Perkenalan yang tak disengajakan semasa bertembung di lapangan terbang rupanya bersambung ke kampung halaman dan gelanggang silat Tok Anjang. Haa... di sinilah bermulanya kisah percintaan di antara mereka. Penulis mengekalkan style percintaan main tarik tali seperti karyanya yang sudah-sudah membuatkan saya merasa ianya agak stereotype. Watak hero masih lagi penuh ego dan kontrol macho di depan wanita, suka mendera heroin sementara heroin pula seorang yang pasrah bila didera hero. Saya terbayang watak Nashriq dan Duha Maisarah di dalam novel Rembulan Berdarah. Ternyata ada persamaan. Saya harap kalau boleh di lain karya penulis dapat mengubah jalan cerita percintaan ini supaya ianya membawa kelainan yang tersendiri dan menjadi lebih menarik.

Apa-apa pun saya ucapkan syabas kepada penulis kerana karyanya yang menarik dan semakin mendapat perhatian ramai.

Baca Selanjutnya..

Wednesday, May 13, 2009

Di Bawah Lindungan Kaabah








Tajuk Novel : Di Bawah Lindungan Kaabah
Karya : Haji Abdul Malik Karim Abdullah (HAMKA)
Penerbit : Pustaka Dini
Terbitan : 2006 (Cetakan Ketiga)
Halaman : 86 mukasurat
Harga : rm6.90

HAMKA lahir pada 17 Februari 1908 di Meninjau, Sumatera Barat dan meninggal dunia pada 24 Julai 1981 di Jakarta. Nama sebenar Hamka ialah Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah. Beliau merupakan salah seorang tokoh pendakwah yang disegani di rantau Nusantara, juga seorang yang bijak dan mahir dalam bidang kesusasteraan, penulisan kreatif dan prolifik, seorang pujangga dan ahli falsafah Islam.

"...Baru sekarang adinda beroleh berita di mana Abang sekarang. Telah hampir dua tahun hilang saja dari mata, laksana seekor burung yang terlepas dari sangkarnya sepeninggal yang empunya pergi. Kadang-kadang adinda sesali diri sendiri, agaknya adinda telah bersalah besar, sehingga Kakanda pergi dengan tak memberi tahu lebih dahulu.

Hanya kepada surat Abang itu, surat yang hanya sekali itu dinda terima selama hidup, adinda tumpahkan air mata, kerana hanya menumpahkan air mata itulah kepandaian yang paling perhabisan bagi orang perempuan. Tetapi surat itu bisu, meskipun ia telah lapuk dalam lipatan dan telah layu kerana kerap dibaca, rahsia itu tidak juga dapat dibukanya.

Sekarang Abang, badan adinda sakit-sakit, ajal entah berlaku pagi hari, entah besok petang, gerak Allah siapa tahu. Besarlah pengharapan bertemu..."
..............................................................................................................
Buat kesekian kalinya saya kembali membaca buku ini. Walaupun nipis saja tetapi sangat meninggalkan kesan yang mendalam di lubuk hati. Prof Dr. Hamka memang sangat mahir dalam mengolah watak dan perkembangan plot demi plot yang menarik.

Seorang anak muda bernama Hamid membantu ibunya menjaja kuih untuk menyara hidup. Keikhlasan hati dan sifat murni yang ada padanya memikat hati Haji Jaafar seorang hartawan lalu menjadikannya anak angkat. Haji Jaafar mempunyai seorang anak gadis bernama Zainab. Zainab dan Hamid disekolahkan bersama dan menjalani hidup bersama-sama. Tetapi apabila sampai saat akil baligh Zainab dan Hamid, Zainab diberhentikan sekolah. Zainab hanya duduk di rumah dan menunggu orang datang melamar. Sementara Hamid melanjutkan pelajaran agama ke peringkat yang lebih tinggi. Di ketika ini hubungan Zainab-Hamid bukan lagi sebagai kawan atau adik beradik kerana perasaan cinta dan sayang telah berputik di hati masing-masing.

Suatu hari Hamid dikejutkan dengan berita kematian Haji Jaafar. Hamid yang ketika itu berada di Padang Panjang terus bergegas pulang. Di saat mata bertentang mata antara Hamid dan Zainab terpercik api cinta di antara kedua-dua pasangan ini. Namun perasaan indah itu cuba dipendam sebaik mungkin.

Perasaan cinta itu diketahui oleh ibu Hamid. Ibu Hamid selalu berpesan supaya tidak menaruh harapan kepada Zainab kerana perbezaan darjat dan keturunan. Ibunya lebih menyuruh Hamid supaya mengenang jasa arwah haji Jaafar yang telah bersusah payah menyekolahkannya sehingga menjadi seorang ilmuwan.

Suatu hari ibu Zainab menjemput Hamid ke rumah bagi membincang tentang peminangan ke atas Zainab. Ibu Zainab meminta supaya Hamid memujuk Zainab agar menerima peminangan yang datang padanya. Hancur luluh hati Hamid. Disangkanya Zainab tidak mencintainya lalu Hamid berkeputusan untuk merantau jauh ke Arab Saudi membawa hati yang lara. Tanpa disedari Zainab juga menanggung sengsara kerana pemergian Hamid yang tidak pasti bila akan kembali. Cinta Zainab untuk Hamid tetap kukuh bersemadi di hati pabila dia terus menolak lamaran demi lamaran yang datang untuknya.

Hamid yang berkelana di tanah Arab menemui seorang pemuda yang juga berasal dari tanah airnya iaitu Saleh. Hubungan mereka yang semakin hari semakin rapat memaksa Saleh bertanya kepada Hamid apa yang membuat Hamid dirundung pilu dan merantau diri ke tanah Arab. Alangkah terkejutnya Saleh pabila mengetahui bahawa Hamid sengsara akibat cintanya terhadap Zainab yang disangkanya tidak menyintainya. Perkhabaran dari Saleh bahawa Zainab sebenarnya menyintai Hamid amat menggembirakan Hamid. Barulah dia tahu yang selama ini dia tidak bertepuk sebelah tangan.

Namun khabar yang paling merobek hatinya lagi pabila mengetahui bahawa Zainab sudah pun meninggal dunia menderita akibat cintanya yang mendalam terhadap Hamid. Dan Zainab juga selama ini tidak pernah menerima lamaran dari sesiapa pun demi menunggu huluran tangan dari Hamid.

Sekali lagi dunia Hamid terasa gelap. Terasa tidak tertanggung lagi sengsara hatinya kini pabila mengenangkan kekasih yang telah pergi. Lalu setelah berdoa di hadapan kaabah Hamid pun meninggal dunia.

Untuk anda yang berminat membaca enovel ini boleh klik di sini.


Baca Selanjutnya..

Biarlah YM Berbicara









Tajuk Novel : Biarlah YM Berbicara
Karya : Hanni Ramsul
Penerbit : Kaki Novel
Terbitan : 2009
Halaman : 582 mukasurat
Harga : rm20.00

Abang Kamal…
Walau segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini.Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati…

Encik Firdaus…
Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti, kerana, cinta memang tidak pernah wujud di hati ini.Dan, kalau bukan cinta kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi…

Charming…
Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu. Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin wujudkanmu di alam nyata. Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu…

Aku…
Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya, cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang siur permainan duniawi ini…
.........................................................................................
Novel ini diterbitkan separuh melalui enovel di website Penulisan2u.com dan mendapat sambutan ramai. Walaupun ini adalah karya sulung dari Hanni Ramsul tetapi sambutan yang diterima dari pembaca sungguh menggalakkan sekali. Ternyata penulis baru ini berjaya mencuit hati pembaca dengan karyanya yang pertama ini.

Kisah seorang gadis bernama Adiya yang asyik masyuk melayan Prince Charming melalui Yahoo Messenger sehingga hampir terbengkalai semua kerja-kerjanya menimbulkan kemarahan boss Encik Firdaus. Walaupun tidak mengenali Prince Charming tetapi hati selalu rindu untuk berchatting dengannya. Sehari tak berchatting akan banjirlah rindu selaut. Namun pabila Prince Charming mengajak Diya untuk berjumpa, Diya teragak-agak pula. Bagi Diya cukuplah hanya berchatting di YM dan berbual di telefon saja.

Dalam pada itu Encik Firdaus sebenarnya cuba menarik perhatian Diya walaupun di pejabat dia adalah seorang boss yang selalu tegas. Sharifah cuba memberi signal kepada Diya tentang hasrat hati boss mereka tetapi Diya tidak yakin kerana menyedari diri yang hanya sebagai kerani masakan mendapat tempat di hati boss pula.

Cerita cinta ni memang santai dan menghiburkan. Sebuah bacaan ringan yang pasti membuatkan kita tersenyum dengan perangai Diya yang kebudak-budakan dan taktik Firdaus untuk memenangi hati Diya. Watak Sharifah yang spontan dan agak gila-gila juga menjadikan cerita ini lebih kelakar. Tahniah untuk penulis yang telah berjaya menjerat hati ramai pembaca terutamanya di kalangan remaja termasuk anak perempuan saya.

Baca Selanjutnya..

Doa Untuk Aku











Tajuk Novel : Doa Untuk Aku
Karya : Bahruddin Bekri
Penerbit : PTS One
Terbitan : 2008
Halaman : 436 Halaman
Harga : rm22.90

"Menarik juga cadangan kau. Mungkin dapat membantu aku menghadapi peperiksaan akhir. Masalahnya, di mana kita mahu mencari 40 doa itu?" soal Adly.

"Aku ada. Aku doakan kau sebanyak 40 kali. Nanti dapatlah kau menghadapi peperiksaan akhir dengan cemerlang," jawab Kassim kembali. Dia tersenyum.

"Kau doakan aku sebanyak 40 kali? Hmm... begitu sahaja?"

"Aku keliru. Adakah maksud 40 doa itu adalah 40 kali doa daripada orang yang sama ataupun 40 kali didoakan oleh orang yang berlainan?" Adly kembali menyoal. Fikirannya kembali kusut.

"Err... aku pun tak pasti. Rasanya dua-dua sekali. 40 kali doa daripada 40 org yang berlainan. Nanti kita tanyalah sesiapa. Tentu ada org yg lebih arif fasal hal ini," cadangan Kassim lagi.

Adly membesar bersama keyakinan hidupnya dirahmati dengan adanya doa daripada ibunya. Kematian ibunya membuatkan Adly kehilangan 'senjata'. Apa yang dapat menggantikan doa ibunya? Lalu bermula pencarian Adly mencari 40 doa.
................................................................................
Membaca buku ini membuatkan saya tak henti-henti tersenyum malah ketawa sendirian. Seolah-olah membaca komik humor pulak. Sebuah cerita yang lucu dan mencuit hati tetapi mempunyai mesej yang tersendiri untuk disampaikan.

Adly mempercayai bahawa setiap permintaan atau kejayaan itu adalah berkat dari doa ibunya selain dari berusaha untuk mendapatkan apa yang diingini. Apabila Adly kehilangan ibunya sewaktu menuntut di Universiti Kuching, dia merasa bahawa dia telah kehilangan sesuatu yang amat berharga dalam hidupnya. Kini tiada lagi seorang yang bergelar ibu yang dapat menolong mendoakan setiap kejayaannya nanti. Adly beralih pula kepada misi untuk mencari 40 orang yang dimakbulkan doanya.

Berbagai usaha dilakukan Adly untuk mencari 40 orang ini. Yang mencuit hati sekali ialah pabila ada seorang ustaz yang menyatakan bahawa doa mustajab ini boleh dibuat oleh saudara muslim yang jauh. Saya kira Adly ni seorang yang agak lurus bendul pabila dia menghantar email secara rawak kepada semua yang beragama Islam di Malaysia supaya mendoakan kejayaannya di peperiksaan semester akhirnya. Lawak sungguh...

Mesej yang hendak disampaikan di dalam cerita ini amat jelas sekali iaitu berkenaan dengan doa. Doa yang menjadi amalan juga sebagai senjata bagi kita umat Islam. Tanpa doa, segala usaha kita tidak akan lengkap untuk membuahkan hasil yang kita ingini. Pentingnya doa dalam hidup seharian kita sehingga Adly sanggup pergi mencari 40 orang mustajab doanya demi untuk mendapatkan doa bagi kejayaannya.


Baca Selanjutnya..

Monday, May 11, 2009

Aku Ada Kamu












Tajuk Novel : Aku Ada Kamu
Karya : Lily Haslina Nasir
Penerbit : NBKara
Terbitan : 2009
Halaman : 646 mukasurat
Harga : rm23.00

Kata orang, cinta suci itu hanya datang sekali sahaja. Tetapi cinta bagi Sofi Aidura persis menukar baju di dalam almari. Tidak suka yang itu, tukar yang lain. Namun di sudut hati, Hisham seorang sahaja pujaan hati.

Tika inai masih lagi merah di jari, pasangan ini mula diduga. Gara-gara Sheila yang mencinta Hisham dan tergila-gila.

Kerana cintakan Hisham, Sheila sanggup melakukan apa jua. Tapi yang pasti baik Hisham dan Sofi Aidura tidak akan menyerah begitu sahaja.

Cinta itu milik mereka dan mereka akan terus mempertahankannya.
........................................................................................

Novel ini seperti ada dua bahagian. Kalau kita lihat dalam sesetengah novel inggeris ada dibahagikan kepada beberapa chapter. Bahagian pertama novel ini menceritakan kenakalan Sofi Aidura yang walaupun menyimpan cinta Hisham di hatinya tetapi masih lagi melayan jejaka-jejaka lain yang ingin menagih kasihnya. Sehinggakan ada yang berani masuk meminang mahupun yang menelefon orang tuanya untuk menghantar cincin tanda. Wah.. hebat sungguh si gadis yang bernama Sofi Aidura ni ye. Setiap hari kalau Hisham tidak dapat melayaninya disebabkan oleh kesibukan tugas, Sofi Aidura pasti akan mencari mangsa a.k.a. teman-teman lelaki lain yang beratur panjang siap sedia untuk menemaninya.

Kerana tidak tahan memandang perlakuan sebegitu Sofi Aidura ditegur oleh seorang pakcik yang mewakili jiran tetangga di situ supaya Sofi Aidura menjaga tingkah laku ataupun terus berkahwin saja daripada terus melakukan maksiat. Panas hati, panas telinga Sofi Aidura menerima nasihat tersebut lalu bertekad untuk pindah rumah. Nasib baiklah akhirnya Hisham melamar Sofi Aidura menjadi isterinya walaupun mengetahui Sofi Aidura masih lagi belum tamat pengajian.

Bahagian kedua novel ini menceritakan tentang kehidupan berumah tangga yang ditempuhi Sofi Aidura dan Hisham yang penuh dengan dugaan. Sheila yang sedari dulu menyimpan perasaan untuk Hisham menaruh dendam kerana tidak mendapat perhatian dari Hisham. Tekadnya untuk menghancurkan rumahtangga mereka dan menundukkan Hisham supaya menyintainya. Kerana ikutkan nafsu dendam dan amarah, Sheila menggunakan khidmat bomoh ilmu hitam. Di sini bermacam penyakit dan kejadian aneh yang ditujukan kepada Sofi Aidura supaya pasangan itu tidak dapat bersama. Sudahlah begitu, selingan ugutan dan fitnah dihantar ke pesanan ringkas di telefon Sofi Aidura. Membuatkan rumahtangga mereka hampir-hampir saja runtuh. Saya kagum dengan perwatakan Hisham yang tenang dan tidak mudah melatah menerima dugaan hebat ini. Sentiasa bersabar dan memberi sokongan kepada isteri yang sedang sakit.

Namun sekuat mana kuasa yang ada pada manusia masih tidak sekelumit pun dapat menandingi kuasa Allah SNW. Akhirnya kebenaran terbongkar juga pabila mayat Sheila dan tok bomohnya dijumpai mati akibat perbuatan mat ganja yang cuba merompak, merogol dan membunuh mereka.

Sebuah cerita yang menghiburkan. Tahniah untuk penulis.


Baca Selanjutnya..

Friday, May 8, 2009

Email Dari Seorang Sahabat

Sempena hari Jumaat yang mulia ini marilah kita renungkan bersama maksud yang tersurat di dalam email ini. Semoga sedikit sebanyak memberi kita kesedaran, pengajaran dan manafaat.
.................................................................

Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..

Butir asal permohonan.. ....

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina
Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28
November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'

Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.


Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.


Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.


Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah
saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.
Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka
bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar
itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.


Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak?
Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak
nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.
Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka
tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya
kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali,
email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

#kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan
email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari
jalan yang betul.

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.


Baca Selanjutnya..

Tuesday, May 5, 2009

Rembulan Berdarah










Tajuk Novel : Rembulan Berdarah
Karya : Anita Aruszi
Penerbit : Kaki Novel
Terbitan : 2009
Halaman : 786 mukasurat
Harga : rm24.00

DIA tidak pernah meminta apa-apa. Cukuplah sekadar dia disayangi. Dan ibarat sang puteri di dalam cerita dongeng, dia bertuah kerana disayangi semua orang meskipun hakikatnya dia hanyalah anak orang gaji di rumah Zainal Ikram. Di situ juga persahabatannya dengan anak tunggal Zainal Ikram, membuahkan erti kasih yang cukup tulus.

NAMUN mimpi tak selalunya indah, apabila pembunuhan Zainal Ikram menjadikan ayahnya suspek utama. Dan kebencian Engku Latifah memaksa dia dan ibunya pergi meninggalkan rumah itu buat selama-lamanya.

PENGANIAYAAN demi penganiayaan melontar dirinya jauh ke dalam dunia Zafran dan ayahnya, Bustaman. Kerana mahu menyelamatkan diri, dia terpaksa menukar identiti diri dan hidup sebagai adik Zafran. Tetapi hidup bersama Zafran rupanya lebih sukar bila hati Zafran mula terpaut. Sedangkan rindunya pada Nashriq Adli ibarat air yang tidak putus mengalir. Dan setiap rindu yang dirasakannya dilakar dengan air matanya.

APAKAH perlu dia meleraikan dendam demi cinta? Atau haruskah dia melupakan cinta untuk menuntut kembali apa yang telah dirampas darinya?
.........................................................................................................

Setelah berada di luar negara selama dua belas tahun, Nashriq pulang untuk mencari sendiri adik yang telah lama hilang. Raihana bukanlah adik kandungnya tetapi anak kepada pemandu arwah bapanya Zainal Ikram. Misteri pembunuhan Zainal Ikram juga masih menjadi tanda tanya bagi Nashriq. Walaupun semua mengatakan Munif sebagai pembunuh ayahnya tetapi Nashriq tetap ingin mencari Raihana dan ibunya yang telah lama hilang. Rupa-rupanya ada skandal besar yang sengaja disembunyikan di sebalik pembunuhan itu.

Di dalam pencariannya, dia menemui Duha Maisarah yang bermasalah dengan bapanya seorang kaki judi. Entah kenapa hati Nashriq melekat pada Duha Maisarah tanpa mengetahui siapakah gadis itu sebenarnya. Duha Maisarah terperangkap di antara cinta Nashriq dan Zafran. Namun hatinya berat mengatakan Nashriq lebih mendapat tempat di hatinya walaupun telah banyak kali hatinya dilukai Nashriq.

Engku Iskandar pula tidak menyenangi Nashriq yang mengambil alih peneraju syarikat Mega Timur Construction. Selama ini dialah yang berkuasa dan boleh berbuat sesuka hatinya ke atas kewangan di syarikat itu. Hasrat hati untuk mengambil alih Mega Timur menjadi miliknya tidak kesampaian bila Nashriq dan Erman dapat menghidu niat tak baiknya. Dalam pada itu Engku Iskandar juga mengesyaki Duha Maisara adalah Raihana yang disangkanya mati kemalangan dua belas tahun yang lalu. Akan terungkapkah rahsia lama yang cuba dikuburkan oleh Engku Iskandar dengan kehadiran Duha Maisarah dan Nashriq? Bacalah novel ni kalau nak tahu.

Saya kira saya menyukai karya Anita Aruszi kali ini. Sebuah cerita cinta disulami dengan misteri pembunuhan dan perebutan harta yang berjuta boleh dikatakan suspen lah jugak. Garapan penulis kali ini lebih kemas, teratur dan menarik. Cuma saya dapati terlalu banyak ungkapan 'mata tidak berkelip' yang penulis gunakan di dalam novel ini. Namun itu tidak sedikit pun menjejaskan penghayatan membaca. Untuk peminat Anita Aruszi, novel ini semestinya memberikan kepuasan.

Oh ya, saya ada membeli satu lagi novel karya Anita Aruszi keluaran Fajar Pakeer yang bertajuk Hujan Rindu. Setelah habis membaca novel ini terasa teruja pula untuk membaca novel penulis ini yang seterusnya.

Baca Selanjutnya..

Friday, May 1, 2009

Rindu Yusuf Cinta Zulaika












Tajuk Novel : Rindu Yusuf Cinta Zulaika
Karya : Siti Rozilah
Penerbit : Fajar Pakeer
Terbitan : 2009
Halaman : 577 mukasurat
Harga : rm 21.90

Dia diijabkabulkan dalam usia yang masih terlalu muda. Namun ianya bukanlah satu penyesalan, kerana dia menyimpan cinta mendalam terhadap Yusuf Hakimi. Status seorang isteri baginya adalah status yang sewajarnya dihormati. Dia nekad untuk menjadi isteri solehah, yang dijanjikan Allah menapak ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya.

Tapi kewujudan Intan Juliana dalam rumah tangga mereka bagaikan api dalam sekam, membakar dalam diam. Kenapa suaminya perlu memilih seorang perempuan sebagai teman baiknya? Kenapa?

Rasa rendah diri kerana belum mampu melahirkan bayi comel dalam rumah tangga semakin menekan perasaan. Dan, kehadiran Johan yang memintanya agar membenarkan suaminya berpoligami menghakis sabarnya selaku isteri, yang goyah statusnya. Hidupnya terumbang-ambing. Bahagianya sirna. Lalu bagaimanakah cara untuk dikembalikan semula bahagia itu dalam hidupnya?

Benarkah Yusuf pasangannya Zulaika?
...............................................................................................................

Zulaika, gadis kampung, yatim piatu menjadi pilihan Yusuff Hakimi yang kaya, kacak dan digilai gadis-gadis. Namun perkahwinan mereka menjadi masalah kepada Puan Kalsom yang tidak menyukai Zulaika. Selalu mencari salah Zulaika supaya anak lelaki menyedari yang Zulaika bukanlah gandingan yang sepadan.

Rumahtangga mereka bergolak pabila Fatimah meminta Zulaika dan Yusuf membantu Fatin Adiba mencari kerja di kota besar. Yusuf tidak menyukai kehadiran Fatin di dalam keluarga mereka terpaksa menurut semata-mata menjaga hati isteri tercinta. Namun kesabaran ada hadnya. Fatin dihalau dari rumah mereka setelah berbuat perkara tidak senonoh dengan anak majikannya sendiri yang memalukan Yusuf. Tindakan Yusuf membuatkan Zulaika marah dan mereka bertengkar.

Diberhentikan kerja Fatin menumpang di rumah Suzana dan mengikutnya bekerja sebagai pelayan di kelab dangdut. Setelah rayuan memohon agar Yusuf membantunya mencari Fatin tidak diendahkan Zulaika meminta bantuan Fauzan pula.... Yang saya merasa peliknya setelah Fatin membuat onar dengan anaknya mahu pula Fauzan mengahwini Fatin demi menyelamatkannya dari lembah hina. Begitu senang untuk seseorang itu berkahwin dengan seorang gadis yang pernah membuat onar dengan anak sendiri. Dan Fatin pula yang dulunya boleh digelar sebagai jalang dan sangat membenci Zulaika dengan tiba-tiba telah berubah menjadi baik dan tidak memusuhi Zulaika.

Rumahtangga mereka diuji pula dengan kehadiran Intan Juliana yang sememangnya rapat dengan Yusuf membuahkan rasa cemburu di hati Zulaika. Benar Intan Juliana ada menaruh hati pada Yusuf tetapi Yusuf hanya cintakan Zulaika seorang. Intan Juliana hanyalah sebagai kawan rapatnya saja.

Setelah mengalami kejadian pahit yang tidak diingini Intan Juliana disahkan mengandung. Intan Juliana amat memerlukan Yusuf sebagai pemberi semangat. Hancur luluh hati Zulaika pabila Datuk Johan datang memohon belas kasihannya supaya membenarkan Yusuf mengahwini Intan Juliana. Dan apa yang lebih memeranjatkan lagi pabila mengetahui Zack adalah orang yang merogol Intan Juliana selama ini. Mahukah Zulaika melepaskan Yusuf mengahwini Intan Juliana? Mahukah Yusuf menghancurkan hati Zulaika dan menerima Intan Juliana walaupun di hatinya hanya ada Zulaika?

Novel ini sarat dengan kisah rumahtangga Zulaika - Yusuf. Namun saya merasa cerita ini hanya mendatar saja dan tidak ada klimaks. Ada beberapa persoalan yang membuat saya tertanya-tanya kenapa jadi begitu, kenapa jadi begini. Dan saya tidak temui jawapannya. Seolah-olah ianya sengaja dilakarkan berliku-liku supaya pembaca tidak dapat mengagak apa yang akan berlaku seterusnya.

Baca Selanjutnya..
Blog Widget by LinkWithin