Thursday, March 25, 2010

Kehidupan Setelah Kematian (Surga Yang Dijanjikan al Quran)










Tajuk Buku : Kehidupan Setelah Kematian (Syurga Yang Dijanjikan Al Quran)
Penulis : M. Quraish Shihab
Penerbit : Lantera Hati (Indonesia)
Pengedar : Fajar Ilmu Baru Ent.
Halaman ; 249 mukasurat
Harga ; rm32.50


Membaca judulnya, kita sudah dapat meneka, ke mana arah penyampaian buku ini. Ia memberikan wawasan mengenai dunia abadi yang pasti akan dilalui oleh segenap manusia dan mahluk Allah lainnya. Buku ini memberikan sebuah renungan mengenai hidup yang sebenar-benarnya, yang belum tentu dapat diperolehi oleh kita setelah kematian. Hidup yang sebenar-benarnya diperoleh setelah manusia meneroka segala potensi-potensi yang dianugerahkan Allah kepadanya, sesuai dengan tujuan Allah menganugerahkannya.

Bagi al-Qur’an dan sunnah, hidup tidak selalu diertikan menarik dengan menghembuskan nafas, tetapi diertikan kesempurnaan sesuatu dalam keadaan yang memungkinkan melaksanakan fungsi yang dituntut darinya. Manusia yang berhasil mewarnai rasa, gerak, dan pengetahuannya dengan nilai-nilai Ilahi, yang menjadikannya mencapai kesempurnaan. Dialah manusia yang hidup di dunia dan di akhirat.

Buku yang sengaja tidak menuliskan ayat-ayat al-Qur’an dan hadits nabi dalam tulisan arab ini kemudian membahas mengenai maut, malaikat maut, dan mengenai kematian adalah kelahiran baru. Kematian di pentas bumi adalah kelahiran baru manusia. Sebelumnya kelahiran pertama manusia, perut ibunya adalah buminya, disana, janin berhubungan dengan ibu melalui tali pusat. Ketika kelahirannya yang pertama, tali pusat itu diputuskan agar dia dapat bebas bergerak di bumi yang baru. Saat itulah ia lahir dalam keadaan selamat menghuni kehidupan baru (h. 47).

Setiap muslim pasti menginginkan syurga, akan tetapi tahukah kita apakah syurga itu? Penulis cuba menghuraikan persoalan syurga di halaman 179 dalam buku ini. Dalam al-Qur’an ditemukan huraian yang sangat terperinci tentang syurga, khususnya dalam QS. Al-Waqi’ah, ar-Rahman, al-Insan, al-Ghasiyah, di samping hadits-hadits Nabi saw. Dalam syurga itu ada pohon-pohon dimana dibawahnya ada sungai-sungai yang mengalir, terdapat juga segala macam buah-buahan yang berpasangan, penghuninya bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutra. Buha-buahan di surga dapat dipetik dari dekat. Di dalam syurga ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka, dan tidak pula oleh jin, mereka bagaikan permata yaqut atau marjan.

Buku ini juga mengulas tentang neraka dan gambaran di dalamnya dengan berpandukan pada kajian ayat-ayat al-Qur’an. Buku ini sesuatu untuk dibaca oleh sesiapa saja yang ingin lebih mengenal kehidupan sesudah kematian yang pasti kita semua akan menuju ke sana. Tidakkah yang terbaik adalah kita menyiapkan payung sebelum hujan itu turun? Bacalah buku ini! (AZ-Zayadi)







Baca Selanjutnya..

Sunday, March 21, 2010

Ketika Mulut Dikunci Tangan & Kaki Bersaksi









Tajuk Buku : Ketika Mulut Dikunci Tangan & Kaki Bersaksi
Penulis : Mahmudin
Penerbit : Global Aksara Communications
Terbitan : 2010
Halaman : 165 mukasurat
Harga : rm15.00

Sedarkah anda ketika padang mahsyar mula terbentang dan segala amalan mula dihitung (hisab), tiada lagi segala alasan, hujah atau keterangan yang dapat menyangkalnya. Mulut kita terbungkam kerana dikunci oleh-Nya. Kepala tertunduk menahan malu. Hati remuk menanggung kesal, akal fikiran berselirat menyaksikan segala perbuatan dan selama di dunia yang terbentang luas bagaikan cermin di hadapan kita. Manakala kaki, tangan dan seluruh anggota tubuh kita satu persatu mula memberi kesaksian terhadap segala tingkah laku kita. Tidak ada satu pun perbuatan yang tidak terungkap dan terhurai, walaupun Tanya hanya sebesar biji sawi (zarrah).

Namun begitu, ingatkah anda bahawa setiap jejak langkah pemah anda lakarkan di muka bumi ini akan menjadi saksi utama pada Hari Perhitungan tersebut Setiap pelusuk bumi yang dulunya kita lihat hanya diam membisu, tiba-tiba sahaja mula bersuara dan pandai memberi kesaksian atas segala tindak-tanduk setiap manusia yang pemah hidup dipermukaannya.

Subhanallah ... ! Sebagai muslim dan muslimah yang bertauhid kepada kehidupan akhirat, seharusnya kita sentiasa ingat masa depan hakiki itu. Namun, yang nyata hanyalah kita mudah goyah dan alpa, dengan kilauan harta dunia. Kita terlalu banyak khilaf mengenai betapa beratnya perhitungan Padang Mahsyar itu dan betapa telitinya perjalanan penulisan segala amalan kita. Kita terlalu memandang remeh bahawa mata, telinga, mulut, dan anggota tubuh ini sentiasa mengawasi dan merasakan setiap sesuatu yang kita lakukan. Malah kita jarang memandang beret tentang angin, riak air serta kesejukan bumi yang kita pijak dan diami ini mampu merakam segala perbuatan kita.

Oleh itu, insaflah! Kita perlu memperbaiki segala kelakuan dan tindak-tanduk kita, tentang halal haram makanan dan minuman kita, kebersihan hati dan fikiran kita, agar koleksi amalan kebaikan kita itu lebih banyak dibandingkan dengan amalan buruk, serta kekuatan pahala yang kita lakukan dapat meluruhkan segala angkara doss kita.

Bacalah buku ini, InsyaAllah anda akan terpanggil untuk selalu mengingati tentang masa depan yang tidak dapat disangkal itu. InsyaAllah dengan cara demikian anda memperoleh peringatan atas segala khilaf dan vista yang mengotori diri.











Baca Selanjutnya..

Saturday, March 13, 2010

Matahari Cerah Lagi














Tajuk Novel : Matahari Cerah Lagi
Karya : Fauziah Ashari
Penerbit : Intens Idea International S/b
Terbitan : 2010
Halaman : 587 mukasurat
Harga : rm21.90


Lama tak baca novel tulisan Fauziah Ashari. Novel hits dari beliau ialah Ombak Rindu keluaran Alaf 21. Mengisahkah kisah derita hidup Izzah si gadis yatim piatu dipaksa berkahwin dengan Hariz seorang hartawan. Saya rasa novel Matahari Cerah Lagi pun juga tak jauh beza jalan ceritanya dari novel Ombak Biru. Cuma ada sedikit kelainan. Masih mengekalkan watak heroin yang teraniaya oleh keluarga, teraniaya oleh suami, menempuh jalan hidup yang sukar lalu di akhirnya 'happy ending'. Mungkin begitu trend kegemaran penulis.

Dianiaya oleh si ibu sendiri, Suha menjalani hidup yang serba kepayahan. Walaupun masih dibenarkan bersekolah tetapi hidup Suha tidak seperti gadis remaja yang lain. Suha tidak dibenarkan berkawan, dilarang terlibat di dalam aktiviti sekolah malah sekiranya Suha terlewat pulang seminit pun akan disoal bertubi-tubi oleh si ibu. Silap haribulan akan dipukul. Belas rasanya bila rambut Suha dipotong pendek seperti lelaki oleh ibunya gara-gara Suha dikatakan berhubungan dengan lelaki.

Keputusan peperiksaan Suha yang agak baik juga tidak dapat menggembirakan hati ibunya. Saidah mencari helah untuk mengahwinkan Suha dengan Yem, pemuda yang terencat akal. Mujurlah Munir, cepat bertindak menyelamatkan Suha dengan menawarkan diri untuk mengahwini Suha.

Derita hidup Suha tidak berakhir di situ. Munir pula dirasuk amarah dan cemburu pabila terjumpa foto Suha di bilik anak bujangnya, Adam. Mulalah Munir berfikiran yang bukan-bukan dengan mengesyaki Suha mengahwini dirinya kerana harta. Ditambah lagi Munir sering dihantui kenangan lalu arwah isterinya yang curang sehingga melahirkan Adam.

Amarah Munir sampai di kemuncak pabila menyaksikan adegan Adam dan Suha berdua-duaan di dalam bilik tidur. Tanpa bertanya dan menyiasat duduk perkara terlebih dahulu Munir telah menghalau Adam dan Suha dari rumahnya. Pergilah Suha mencari jalan hidup sendiri. Aduhai, malang sungguh nasib si Suha. Mendung yang berterusan namun bilakah matahari akan menyinar lagi. Saya menyangka cerita ini cerita cinta Suha dan Munir. Rupa-rupanya saya silap. :)

...........................................................................

Suha menempuh kehidupan terpencil berbanding rakan seusia. Dikongkong oleh Saidah yang diamanahkan menjaganya demi melampiaskan tamak haloba ke atas harta pusaka. Kongkongan menjadikan dia dewasa keseorangan, terabai daripada segala-galanya, dinafikan pendidikan malah lebih memilukan dia tidak dapat mengatur masa hadapannya lalu dipaksa menerima kehadiran Yem.

Namun, naluri semula jadi mengatasi kekangan psikologi, tetap mengambil tempatnya tatkala dia bertemu Munir, lelaki separuh abad yang membawa sinar secerah matahari pagi. Tetapi malangnya, Munir dirundung tekanan jiwa yang amat parah. Berdendam dengan anaknya sendiri, Adam yang membesar bersamanya di samping tiga anak yang lain. Akhirnya Munir tekad menyunting Suha dek kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Adakah Suha terus nestapa?

Mengapa Adam menjadi mangsa dendam?
Dan...
Mampukan Yem menggapai cintanya?

Matahari Cerah Lagi membuka tabir, seorang gadis terabai hidupnya namun tetap mendambakan cinta... Suha.

Matahari Cerah Lagi menzahirkan cinta yang tidak sewajarnya wujud... Adam.

Matahari Cerah Lagi mengupas perspektif cinta yang telus... Yem.

Matahari Cerah Lagi menelusuri psikologi seorang yang kehilangan cinta... Munir.






Baca Selanjutnya..

Tuesday, March 9, 2010

Tiada Sepertimu










Tajuk Novel : Tiada Sepertimu
Karya : Anita Aruszi
Penerbit : Kaki Novel
Terbitan : 2010
Halaman : 744 mukasurat
Harga : rm24



Sesiapa saja yang pernah membaca cerita ini di halaman blog penulis mesti tertunggu-tunggu akan kemunculan novel ini. Pasti berebut-rebut ingin memilikinya. Termasuklah saya! huhuhu.. Oh, saya suka sangat novelnya kali ini. Mungkin kerana ia kena dengan citarasa saya. Ternyata setelah beberapa buah novel dipasarkan penulis sudah semakin mahir mengolah cerita agar lebih lancar dan kemas walaupun slow and steady, lebih mencuit rasa dan lebih membulatkan mata pembaca setiap kali menatapnya. Pokok pangkalnya segalanya lebihlah. Cuma hanya satu perkara saja yang saya tak tahan. Banyak sangat adegan simbah menyimbah air minuman. Apa-apa pun ianya tidak mencacatkan perjalanan cerita yang menarik ini. Novel cinta mengasyikkan yang dicampur sedikit rempah suspen dan thriller. Kalungan tahniah untuk penulis.

Zara Melissa, cantik nama heroinnya, namun garang dan keras kepala, cuba sedaya upaya melindungi ibunya yang cantik menawan dari menjadi mangsa lelaki. Mengetahui ibunya, Rubiah, kononnya menjalin hubungan dengan Keifli, lelaki yang lebih muda, Zara mula bertindak di luar dugaan untuk memisahkan mereka. Namun Zara tidak mengetahui niat dan rahsia sebenar di sebalik hubungan Rubiah dan Keifli. Tindakan Zara yang agak keterlaluan akhirnya membawa masalah kepada diri sendiri. Dia diculik dan terpaksa bekerja di restoran milik Kiefli untuk menebus kesalahannya.

Kiefli seorang lelaki yang memendam seribu macam perasaan. Masalah dengan Camelia, Intan, Rania... alamak, ramai pula teman wanita si Kiefli ni ye... tak kurang juga masalah keluarga yang meragut nyawa adiknya sering membuatkan dia merasa ingin melarikan diri. Namun sejak bertemu dengan Zara hatinya menjadi seronok untuk mengusik si gadis cengil ini. Bercakap dengan Zara tiada istilah lemah lembut. Berkau aku saja. Ada saja hal yang tidak kena menjadi modal perbalahan mereka berdua. Walaupun bergaduh sebenarnya hati masing-masing saling merasakan suatu perasaan yang sukar dimengertikan. Sudah tentu saya mahu pun anda tahu perasaan apakah itu. :)

Perkahwinan Zara - Keifli pada mulanya adalah atas dasar satu perjanjian dengan Rubiah. Baik Keifli mahupun Zara masing-masing mempunyai agenda tersendiri untuk meneruskan perkahwinan. Ikatan suci murni lagi halal sudah tentunya mempunyai rahmat dan nikmat tersendiri yang Tuhan berikan. Perasaan halus yang disimpan diam di lubuk hati mula bercambah. Setelah mengenali hati budi masing-masing, susur galur keluarga, ternyata apa yang disangka selama ini tidak benar. Daripada benci menjadi sayang. Daripada kesunyian kini sudah saling memerlukan. Namun dugaan di dalam berumah tangga tetap singgah di dalam kehidupan mereka.

Zara resah bila Intan, kekasih lama Keifli hadir kembali di dalam hidup suaminya. Ingin menagih kasih yang telah lama berkubur. Dalam masa yang sama Rania pula yang 'kurang waras' cuba menjebak Zara menjadi mangsanya untuk memiliki Keifli. Dapatkah Keifli menyelamatkan Zara dan berterus terang tentang cinta terhadap isterinya? Jangan risau, penamat untuk cerita ini adalah happy ending. Lega!

...................................................................................................

Keifli Benjamin dan Zara Melissa... kedua-duanya punya agenda tersendiri ketika diijabkabulkan. Keifli ingin melarikan diri dari kehidupan lampaunya yang 'kotor' manakala Zara pula ingin menyelamatkan mamanya. Akhirnya mereka hidup sebagai teman serumah, yang tidak berhutang apa-apa di anatara satu sama lain.

Hidup bersama Zara tidak pernah mudah buat Keifli. Ada sahaja yang tak kena di mata Zara. Jenuh Keifli menjaga hati isterinya yang tidak boleh disentuh itu.

Kalau dah hidup sebumbung, mustahil perasaan masing-masing tidak tercuit. Namun keegoan yang menggunung tinggi mengekang masing-masing meluahkan perasaan yang terbuku.

Keifli yang hampir dapat melupakan Intan, kekasih lamanmya yang tergugat dengan kemunculan semula gadis itu. Begitu juga dengan kemunculan semuala Rania, rahsia hitamnya yang sering menghantui emosinya. Zara yang tidak berdosa telah menjadi sasaran utama Rania.

Keifli penasaran. Sempatkah dia meluahkan perasaannya pada Zara? Sempatkah dia menyelamatkan Zara daripada jatuh ke dalam perangkap Rania? Bolehkah Zara menerima kehidupan lampaunya yang 'kotor' itu?




Baca Selanjutnya..
Blog Widget by LinkWithin