Tuesday, December 30, 2008

Panggil Aku Dahlia










Tajuk Novel : Panggil Aku Dahlia
Karya : Noor Suraya
Penerbit : Jemari Seni
Terbitan : 2008

Siapa yang tak kenal dengan penulis novel tersohor ini. Novel bertajuk Tanah Andriana karya Noor Suraya memang benar-benar membuka minda saya untuk menghayati setiap karya dari penulis ini. Di pesta buku tahun lepas sempat juga bersalaman, bergambar dan berbicara dengan penulis ini yang sememangnya senang dengan panggilan Kak Su saja. Orangnya lemah lembut, peramah dan mesra sekali. Harap-harap di pesta buku 2009 nanti akan dapat bergambar lagi.

Sememangnya karya Kak Su tidak mengecewakan. Novel latest terbitan Jemari Seni yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat Kak Su pasti menjadi pengubat rindu. Dalam novel ini Kak Su berjaya membuat pembaca menyusuri perjalanan hidup seorang gadis yang penuh dengan suka duka, cabaran dan dugaan dengan bait-bait kata yang indah sehingga pembaca tenggelam di dalam emosi yang bercampur baur hingga ke akhir penceritaan.

Saya kira penulisan Kak Su kali ini penuh dengan kasih dan jiwa khas untuk dipersembahkan kepada semua peminatnya yang tersayang. Dan saya juga turut menjadi salah seorang dari peminat itu.

Menceritakan kisah seorang gadis yang bernama Dahlia yang tidak suka sama sekali dipanggil Daisy. Dahlia yang degil, Dahlia yang tegas, Dahlia yang keras kepala, Dahlia yang ganas dan lasak di waktu kecilnya telah dihantar ke Australia untuk tinggal bersama Auntie Taharah. Setelah dewasa dan bergelar seorang akeologi Dahlia dipanggil balik oleh ayahnya bagi membantu menguruskan ladang Teh Timor. Kematian ibunya yang berketurunan Filipina menjadi misteri membuat pembaca tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku.

Tibanya di tanah tinggi Cameron Dahlia bertemu pula dengan musuh zaman anak-anak sekolah dulu iaitu Wadi Hanan. Imbasan memori perkelahian antara Dahlia dan Wadi Hanan walaupun brutal namun berjaya membuatkan saya tersengih, tertawa seorang diri.... malah bila tiba bab cacing berudu tu terasa seperti nak termuntah!

Hero untuk novel kali ini Kak Su menggarapkan seorang Wadi Hanan yang rapuh dan lupa kepada Penciptanya. Terlihat parut yang masih melekat di dahi Dahlia membuatkan dirinya tidak karuan. Dia pernah berkata bahawa sekiranya tidak ada seorang lelaki pun yang sudi mengahwini Dahlia gara-gara parut di dahi itu, maka dirinyalah yang akan menjadi pengantin lelaki itu. Tidak susah untuk jatuh cinta pada Dahlia rupanya. Seolah-olah perasaan itu sudah wujud lama dulu.

Kesempatan di saat Dahlia kecewa kerana terjualnya Teh Timor ke tangan Teh Sutra membuka peluang Wadi Hanan untuk menghulurkan lamaran untuk Dahlia dan Teh Timor sebagai maharnya. Di sini terserlah kelakian Wadi Hanan untuk tidak mahu melihat Dahlia menangis lagi walaupun agenda tersembunyi orang tua Wadi adalah untuk membolot semua harta milik keluarga Dahlia. Panik, keliru dan romantis semuanya bercampur baur di saat ini.

Namun tamparan hebat untuk Wadi Hanan adalah apabila mengetahui rahsia besar keluarganya yang telah membuatkan keluarga Dahlia dipalit nista. Dia rela berundur diri kerana malu. Dahlia yang dewasa telah lebih matang dan pemaaf. Dan Dahlia juga mempunyai sebuah kasih sayang untuk Wadi di hatinya.

..................................................................................

“Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid!” puji ayah tiba-tiba.


Padahal dulu, bukankah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah?


Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya!


Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya.


Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sebagai mahar? Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?


Novel kelapan NOOR SURAYA mengajak anda membantu Putri Dahlia Megat Qais menguruskan Syarikat Teh Timor di Tanah Rata. Silalah nasihati dia, yakinilah dia bahawa tawaran Wadi Hannan itu cumalah satu pesona, dan usahlah terpesona!

Baca Selanjutnya..

Nama Aku N

Tajuk Novel : Nama Aku N
Karya : Aina Emir
Penerbit : Karnadya
Terbitan : 2008

Singgah di toko buku semalam saya tertarik dengan novel ini. Nama Aku N. N huruf permulaan nama saya. Ditambah lagi novel ini dutulis oleh penulis novel cinta terkenal Aina Emir.

Nama betulnya Amanina, namun dia lebih senang dipanggil N sahaja. Huruf N selepas M sebelum O dalam alfabet.

N terpaksa mengharungi keperitan hidup di dunia urban lagi kosmopolitan. Kemisikin yang menghimpitnya telah membuat dia terasa rendah diri. Namun begitu, N mencari keseronokan dalam dunia imaginasinya. Dalam dunia itulah, dia menjadi Cinderella. Kedamaian jiwa dirasai ketika terus melepak di stesen-stesen tren, tak kira komuter atau LRT.

N tak pernah menarik perhatian sesiapa pun jua, kecuali Eric, remaja kacukan berketurunan Cina campur India. Erick yang tampan itu, berwajah mirik jejaka Melayu.

Dalam mencari sesuatu yang indah, perasaan remajanya mula goyah apabila berkenalan pula dengan Zafran yang digelarnya Abang Z. Dia terasa bagaikan terbang di awang-awangan. Sangkanya juga dia sudah pun berjumpa dengan Prince Charming. Tetapi.. sesuatu telah berlaku.

N cekalkakn semangat dan terus berjuang untuk mencapai cita-citanya. Eric pula, yang kini sudah menjadi rakan baiknya, tak mahu terima N sekadar 'teman tapi mesra'.

Ikutilah kisah gadis kota ini... novel ala chick lit yang sangat sesuai bagi pembacaan mereka yang suka gaya santai dan berjiwa remaja!

Baca Selanjutnya..

Monday, December 29, 2008

Kisah Cinta Dalam Al Quran


Tajuk buku : Kisah Cinta Dalam Al Quran
Karya : Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Cinta diistilahkan sebagai tajuk yang "terbungkus" kerana ia berupa perasaan. Jauh di dasar agama, ia bersifat "malu-malu", berwajah seni dan menjadi bawaan jiwa. Ia seakan-akan menjadi "taboo" dari dikupas rahsianya biarpun oleh orang yang sepatutnya "ahli" hingga ke dasar pengertian. Hadirnya ghaib tetapi roh kezahirannya wujud memukau dan sering meninggalkan kesan cakaran yang keliru di mana-mana. Dengan itu menjadikan, cinta itu sendiri memerlukan pentakrifan dan pemerincian.

Inilah asas kewajaran tampilnya buku ini. Ia mewah menghidangkan gelora cinta yang melanda, lewat kisah-kisah yang pernah dilalui oleh para nabi dan rasul-rasul pilihan. Ia dihidangkan "live"!

Jika mampu kami gambarkan cinta itu barang sedikit, ia sesungguhnya sebuah anugerah kudus ciptaan Allah SWT. Ini jelas diisyaratkan oleh al Quran sendiri seperti firmanNya yang bermaksud: "Katakanlah jika kamu menyintai Allah, maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihimu." Surah al Imran Ayat 31.

Jalinan rindu yang berselirat dan berpintal-pintal itu pula langsung melahirkan keasyikan yang terbayang-bayang dan bermundar mandir siang ke malan atau dalam sebutan ekstrimnya boleh diistilahkan sebagai "kegilaan".............................


Baca Selanjutnya..

Sunday, December 28, 2008

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untok Sepanjang Zaman

Pada tanggal 29hb Disember kita akan menyambut tahun baru Hijrah iaitu 1 Muharram 1430. Tak ramai yang tahu akan kedatangan tahun baru Islam ini. Kalau tahu pun ia disedari kerana terdapat cuti umum untuk hari tersebut. Terlalu sedikit persiapan dibuat bagi menyambut kehadiran hari sulung di bulan Muharram itu. Rata-rata kebanyakan umat Islam lebih teruja untuk menyambut 1 Januari yg juga akan tiba tak beberapa hari lagi berbanding 1 Muharram.

Sepatutnya kita sebagai umat Islam patut tahu dan memperingati hari-hari kebesaran kita dan tidak terpengaruh dan terbawa-bawa oleh ideologi sekular yang dibawa oleh orang lain. Kita perlu peka akan kelebihan-kelebihan dan peristiwa-peristiwa yang berlaku di bulan-bulan Hijrah supaya kita dapat mengambil peluang bagi meningkatkan ketakwaan kita terhadap Allah SWT dan serta mencari keredaanNya.

Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Muharram adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Madinah, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Muharram mengingatkan kita kepada hijrah Rasullullah S.A.W ke kota Madinah dalam mencari kuasa ke arah merubah tamadun dan peradaban dunia yang dinodai oleh kesyirikan dan kesesatan kerana kuasa pemerintahan pada masa itu berada dalam genggaman tangan mereka yang tidak layak untuk menjalankan amanah Allah. Kini hijrah sebagaimana Rasulullah S.A.W itu tidak akan berlaku lagi tetapi penghijrahan dari alam kesesatan sekular ciptaan manusia akan terus berlaku sehinggalah tertegaknya kembali khilafah Islam yang telah lama diruntuhkan.

Hijrah untuk kita juga berkaitan dengan sikap dan amalan diri kita sendiri yang mana adakah kita sudah mampu merubah diri dari peralihan masa ini atau pun memang kita terus berpuas hati dengan segala apa yang ada tanpa niat dan usaha ke arah melakukan reformasi pada diri sendiri ke arah yang lebih baik dari hari semalam. Tidak runsingkah kita apabila memikirkan bahawa dengan berlalunya 1429H dan tibanya tahun 1430H ini maka dengan sendiri bertambahnya umur kita? Tidak risaukah kita jika umur kita bertambah seiring dengan bergandanya dosa kita; dan pahala kita pula terus berada di takuk lama?

Semoga kedatangan tahun baru hijrah ini kita mampu menyambutnya dengan pelbagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan juga mampu merubah diri ke arah yang lebih baik. Banyakkanlah bertaubat kepada Allah di atas segala dosa yang lalu, lebih-lebih lagi apabila mengingatkan bagaimana Rasulullah S.A.W sendiri yang telah terjamin akan masuk syurga dan juga terhindar daripada sebarang dosa sentiasa bertaubat kepada Allah sedangkan kita yang tidak lepas daripada terpalit dengan kotoran-kotoran dosa terus hidup dengan gelumang dosa itu tanpa bertaubat kepada Allah. Adakah kita merasakan tidak ada masa untuk bertaubat sedangkan masa untuk membuat maksiat begitu banyak atau pun merasakan dosa yang dilakukan itu kecil sangat dan tidak payah bertaubat? Ingatlah kita bahawa dosa yang kecil turut akan ditayangkan oleh Allah di padang Mahsyar nanti dan ia turut menjadi saham ke arah menjerumuskan kita ke lembah neraka yang panas membakar.
.
Oleh itu, gunakanlah segala peluang yang ada dengan berdoa, bertaubat, mengerjakan solat sunat taubat, beristighfar, berpuasa sunat dan sebagainya. Terdapat beberapa hadis yang menggalakkan kita agar berpuasa pada bulan Muharram kerana pada bulan ini ada kelebihannya yang tersendiri. Semoga hadis ini mampu membangkit semangat dan mampu menyuntik motivasi diri ke arah yang terbaik. Rasulullah s.a.w menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basyry rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Diriwayatkan oleh imam Muslim,Abu Daud, Tarmizi, Nasai'e dan Ibnu Majah – Daripada Nukman bin Saad daripada Ali telah berkata "Telah bertanya kepadanya seorang lelaki maka katanya apakah bulan yg engkau suruh aku berpuasa selepas bulan Ramadhan?.Maka jawabnya : Aku tidak pernah mendengar seseorang bertanya mengenai perkara ini melainkan seorang lelaki yang aku telah dengar bagaimana dia bertanya kepada Rasululullah S.A.W sedangkan aku duduk di sampingnya. Maka katanya : Wahai Rasulullah! Apakah bulan yang engkau suruh aku berpuasa selepas bulan Ramadhan?. Jawab nabi S.A.W yang bermaksud : Sekiranya engkau berpuasa selepas bulan Ramadhan maka berpuasalah bulan Muharram maka sesungguhnya ia merupakan bulan Allah padanya hari Allah telah mengampunkan dosa padanya atas kaum dan akan mengampun padanya atas kaum." - Hadis Hasan Gharib diriwayatkan oleh imam Tarmizi .Hadis ini menerangkan kelebihan bulan Allah dan Dia telah mengampunkan dosa hamba Nya yang lalu & akan mengampunkan dosa mereka yang masih hidup yg bertaubat kepadaNya.

Baca Selanjutnya..

Tuesday, December 23, 2008

Cinta PadaNya


Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Cinta memberi sepercik cahaya di tengah kekelaman. Memberi keteguhan dan ketenangan bagi jiwa yang gelisah, juga memberikan erti dalam setiap langkah. Cinta memberi keyakinan bahawa kita ada untuk tidak sia-sia.

Hidup tanpa cinta ibarat makan tanpa garam, hambar. Ibarat bumi kehilangan matahari. Cinta bukan mengajar kita untuk lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta tidak mengajarkan kita menghinakan diri tetapi menghembuskan nafas kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat. (HAMKA).

Cinta, cinta, cinta… Halaman ini takkan cukup menampung jika saya terus mengutipkan ungkapan-ungkapan bernada cinta ketika saya cuba mencari kata 'cinta' di Google. Itu hanyalah sekian halaman dari lebih kurang 85 halaman yang ada. Wow, alangkah banyaknya untaian kata cinta yang dirangkai oleh para penulis. Menggambarkan betapa pentingnya erti cinta dalam kehidupan kita. Cinta kepada Pencipta, orangtua, pasangan, anak, sahabat, kerabat, saudara dan sesama makhluk lain ciptaanNya.

Cinta bagaikan sumber air yang tidak akan habis untuk ditimba rahsianya oleh sesiapa saja bila-bila jua. Pencipta lagu dan penulis lirik tak akan kehabisan idea dan kata untuk merungkai isinya. Dunia cinta telah menjadi ladang subur yang menjanjikan banyak keuntungan.
Cerita, film dan lagu cinta bak magnet menyedut perhatian setiap pembaca, pendengar dan penonton.

Ada apa dengan cinta? Begitu kuatnya cinta menguasai jiwa manusia. Masuk meresap ke dalam semua sendi-sendi kehidupan kita. Cinta banyak membuat orang berbahagia dan ada juga yang menderita kerananya. Banyak orang yang merasa tidak berguna ketika cintanya bertepuk sebelah tangan. Bahkan ada yang sanggup atau sengaja mengakhiri hidupnya hanya kerana putus cinta (naudzubillahi mindzalik).

Lalu, apa akibat bagi orang yang mencinta? Sudah tentu rela berkorban apa saja untuk orang yang dicintai dengan seluruh jiwa dan raga. Turut merasakan bahagia ketika orang yang dicintainya gembira. Ikut merasa terseksa dan sedih ketika pujaan hatinya sakit dan menderita. Merasa gelisah yang luar biasa ketika kekasih tak di sampingnya.

Ketika di kampus pengajian dulu sahabat rapat sering bercerita kepada saya betapa dia sangat mencintai kekasihnya. Dalam setiap nafas dan degup jantungnya ada si dia. Makan tak kenyang tidur tak lena mandi tak basah. Yang terbayang hanyalah wajahnya. Tak berjumpa seminggu rasa amat terseksa sekali. Saya sangat percaya dengan ceritanya apabila melihatkan keadaannya yang tak terurus itu. Sungguh cinta telah menguasai dirinya. Dalam darah telah ikut mengalir cinta yang menyebar ke seluruh tubuhnya.

Alangkah indahnya kalau cinta yang begitu besar juga kita persembahkan untuk Yang Maha Pencipta. Yang menciptakan kita, orang yang kita cintai dan rasa cinta itu sendiri. Bukankah sudah sepatutnya Dia mendapatkan bahagian cinta yang lebih banyak dari yang lainnya. Memberikan segenap jiwa dan raga untukNya. Menyebut dan mengingatNya dalam setiap waktu yang diberikan kepada kita. Melakukan apa saja yang disukai dan diperintahkan juga meninggalkan yang tidak disukai dan dilarangNya.

Dalam setiap sujud dan doa kita meminta dengan sepenuh harap akan diperkenankannya semua asa. Tapi ketika doa tak juga dikabulkanNya, tak jarang di antara kita merasa Dia tidak lagi menyayangi kita, Allah tidak adil, Allah sedang marah dan banyak lagi kalimat lain bernada tak suka akan keputusanNya yang dirasakan tidak berpihak kepada kita. Lupa atau sengaja melupakan bahawa Allah sebaik-baik Pencipta segala, yang paling tahu akan apa yang terbaik bagi makhluk ciptaanNya. Lupa bahawa semua yang terjadi ada hikmah yang disembunyikan untuk kebaikan kita (astagfirullaahal adzim, ampuni aku, ya Allah).

Melakukan muhasabah diri adalah lebih bijaksana daripada memprotes kehendakNya. Seberapa besarkah rasa cinta dan rindu padaNya bersemayam dalam dada kita? Sudahkah kita mempersembahkan sebanyak-banyak perhatian dan cinta kepadaNya? Memberikan apa yang disukai dan meninggalkan apa yang dibenci? Juga mengingat dan menyebut asmaNya dalam setiap gerak dan tingkah kita baik siang mahu pun malam?

Hanya diri kita sendiri dan Yang Maha Pemberi Cinta yang tahu seberapa besar dan dalam rasa cinta dan kerinduan kita padaNya. Marilah kita sama-sama memperbaiki kualiti cinta kita kepadaNya. Semoga kita semua berada di bawah lingkungan rahmatNya senantiasa.

Wallahu a'lam.

Baca Selanjutnya..

Keliru

Tiba-tiba saya terkejut dari tidur. Berpisat-pisat mata terus memandang ke jam di dinding. Jarum panjang menghala ke nombor 2 dan jarum pendek menghala ke nombor 4. MasyaAllah, sudah hampir ke pukul 8 pagi!! !!!!!

'Terlepas sembayang subuh lah akuuuu….' bebel hati.

Si Amir masih tidur pulas. Saya segera membangunkannya.

“Mir! Bangun, Mir! Dah nak dekat pukul 8 dah ni. Nanti terlewat nak pegi mengaji Quran. Bangun! Bangun!” sambil mengejutkan dia bangun saya memicit-micitkan kakinya.

“Kenapa mama ni….” Amir bangun memandang saya sambil menenyeh sebelah bijik matanya.

“Bangun! Solat! Dah lewat sangat dah ni,”

Setelah itu saya bergegas keluar dari bilik untuk memastikan waktu dengan melihat jam di luar bilik pula. Ha, betul. Jam di luar pun menunjukkan 10 minit ke pukul 8 pagi.

Saya membebel seorang diri sambil menuruni tangga ke tingkat bawah untuk mengambil wudhu. Sengaja saya ingin mengambil wudhu di bilik air tingkat bawah supaya Amir pula dapat berwudhu di bilik air tingkat atas.

Semasa menuruni tangga saya terpandang tingkap, suasana di luar masih lagi gelap. Bukan gelap samara-samar tapi memang gelap. Aih, kenapa gelap sangat kat luar tu. Terdetik hati saya untuk mendekati tingkap dan melihat ke luar.

Angin dingin menyapa sebaik saja tingkap dibuka. Dingin sekali. Di luar pagar saya melihat Pak Din menutup pagar rumahnya lalu menuju ke motosikal.

“Hah.. dah bangun ko, Bedah… Nak ikut qiamullail di surau ke?”

“Qiamullail?” saya bingung… Qiamullail hape pukul 8 pagi sebegini.

“Ye la… Ko lupa ke? Pagi ni ada Qiamullail di surau.. pukul 4 jap lagi mula,”

Hah?… pukul 4 pagi?? Saya terpinga-pinga. Segera saya memandang jam di dinding.

MasyaAllah! Baru pukul 4 pagi!! Saya terkeliru rupanya. Jam di dinding menunjukkan pukul empat sepuluh minit saya keliru jadi sepuluh minit ke pukul lapan. Sambil ketawa terkekeh-kekeh saya naik ke tingkat atas.

Amir masih lagi tidur pulas.

Baca Selanjutnya..

Asam Pedas Gula Melaka


Sinopsis Belakang Buku
Buku Asam Pedas Gula Melaka ini lebih merupakan sebuah diari kehidupan saya sebagai pendidik dan akhirnya menjadi pentadbir sekolah. Peristiwa suka duka, pahit maung sepanjang menjalankan tugas sebagai guru dan kemudian menjadi pengetua sekolah diharap dapat memberi motivasi, iktibar dan teladan kepada semua warga pendidik khususnya yang bakal menjadi pengetua suatu hari kelak.

Sebagai pemimpin di peringkat sekolah, setiap hari saya berhadapan dengan ribuan pelajar, pekerja, guru, dan ibu bapa yang beraneka ragam. Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza tetapi yang pasti mereka mahukan diri mereka mendapat perhatian dan layanan yang terbaik daripada pengetua khasnya dan sekolah amnya. Lantaran daripada itu tugas pengetua sentiasa dalam cabaran dan ini menuntut kesabaran, kegigihan, kekuatan dalaman dan ketahanan yang amat tinggi.

................................................................................................................

Sesekali beralih genre buku dengan membaca coretan perjalanan hidup seorang guru menarik juga. Kisah Puan Norbi yang berlaku pada tahun 1975, mula-mulanya ditugaskan untuk mengajar di SMKS di sebuah daerah kecil. Pelbagai dugaan ditempuhi di daerah asing termasuklah kesukaran untuk berulang alik dari rumah ke sekolah,sikap saling hormat menghormati sesama guru, dan juga pekerja sekolah yang lain sehinggalah terpaksa menghadapi pengetua yang garang. Setiap pengalaman hidup yang dialami digarap dengan baik dan kemas tanpa meleret-leret. Diselitkan juga peristiwa-peristiwa lucu yang mencuit hati yang pasti membuatkan pembaca tersenyum sendiri apabila membacanya.

Buku ini amat sesuai dibaca oleh para guru supaya dapat menimba pengajaran dan mengetahui cara mengatasi masalah-masalah tertentu yang berkaitan.

Baca Selanjutnya..

Monday, December 22, 2008

Jalan Cinta


Jalan Cinta

Semua resah hati manusiamu
Untuk membagi kisah atas nama cinta
Butir air mata di setiap sujudmu seperti tak pernah cukup untuk menjagaku
Jangan butakan hati menjadi cinta yang semu....

Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku
Di sela doa dalam malam-malam yang sunyi

Ampun yang engkau pinta dalam semua keraguan yg telah meliputi jiwamu
Semoga akan membawa cintamu

Pada diriku dalam jalan dan redha-Nya
Jangan butakan hati menjadi cinta yang semu...

Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku
Di tengah terik matahari dan dinginnya malam
Kau panjatkan ayat-ayat cinta pada-Nya
Melindungi dan menjaga kisah cinta kita...


Baca Selanjutnya..

Monday, December 15, 2008

Tidur


Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat. Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.

Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu."

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk , hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk . Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri".

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adap2 dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk
Sebaik – baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam . Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara – perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar , berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah – surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat .

Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al – Ikhlas , Al – Falaq dan

Al – Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua – dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai . Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut – turut .

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al – Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .

6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan" Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot – otot badan .

copy paste dari forwarded email.

Baca Selanjutnya..

Sunday, December 14, 2008

Khadijah Hashim



Saya mengeluarkan novel-novel lama Khadijah Hashim yang masih tersimpan di dalam lemari lama di dalam stor. Tidak banyak. Hanya beberapa buah saja. Setiap novel pula tidaklah tebal mana. Larat untuk saya menghabiskan bacaan dalam masa sejam dua dalam bacaan yang santai dan relaks.

Mira Edora
Sinopsis Belakang Buku:

"Kasih cikgu seperti kasih seorang guru kepada muridnya?" tanya Mira Edora.

"Lebih dari itu!" sahut Cikgu Nordin.

Jawapan itulah yang membuatkan Mira Edora bertanya sendiri: Akukah yang bodoh, gagal menilai perasaan orang? Atau Cikgu Nordin yang tolol tidak dapat merasakan apa yang aku rasa?



Mencari Azizah
Sinopsis Belakang Buku:

"Biar kami berbincang anak beranak." Itu kata Datin Mariah apabila Azizah terlancar menyuarakan pendapat. Aku ini apa? Bukan tergolong sebagai anak beranak? Sekali ditegur
ibu mentua cukup sebagai ingatan dan amaran. Kalau ada idea bernas pun cuma disimpan dalam kepala. Bodohnya aku berlagak pasif semata-mata untuk menjaga ego suami dan ibu mentua! Hingga kini Azizah tidak faham kenapa Zamri, bekas pemimpin pelajar sewaktu di universiti yang berfikiran terbuka menerima pendapat orang lain, tetapi bersikap kuku besi terhadap isteri! Kuasa veto suami digunakan habis-habisan. Untuk tidak menimbulkan kekecohan, Azizah mengambil sikap lebih selamat berdiam diri. Bijak atau bodohkah aku? Benar, dulu aku bodoh atau buat-buat bodoh, tetapi sekarang usah cuba pijak kepalaku. Azizah kini bukan Azizah dulu.


Pelangi Pagi
Sinopsis Belakang Buku:

"Kalau cikgu pilih isteri cantik macam siapa?" tanya Karim, murid yang paling nakal.

"Cantik maca
m Norani cukuplah!" jawab Cikgu Hadi. Kemudian merenung tajam ke arah Norani.

Norani mengelu
h panjang mengingatkan peristiwa itu. Setiap hari dia menantikan kedatangan gurunya meskipun guru itu sudah beristeri. Kadang-kadang dia terfikir juga: Betapa bodohnya merindui orang yang tidak pernah mencintai. Tapi hati, mengapakah tak mahu mengerti!




Dekat Disayang Jauh Dikenang

Sinopsis Belakang Buku:
"Nasib abang, Mala. Abang sedar, abang tidak dapat bergerak bebas seperti lelaki lain," kata Zahar sayu. Normala tunduk membisu menahan pilu. Dia tahu ucapan itu adalah tangisan insan cacat seperti Zahar. Belasnya hati tidak terkira, malah timbul pula rasa bersalah jika meninggalkan pe
muda itu.

"Tak kasihankah Mala pada abang?"

Normala masih membisu. Yang terdengar hanya sedu-sedan yang memanjang. Adakah aku mementi
ngkan diri sendiri? Atau keras benarkah hati ini hingga tidak dapat berkorban sedikit untuk kebahagiaan orang lain? Soalnya berkali-kali. Tetapi bagaimana pula dengan Zali?



Bila Dan Di Mana
Sinopsis Belakang Buku:

Watak mastura dalam novel ini cukup kompleks. Dia mentah tetapi matang di dalam beberapa hal. Dia ragu-ragu tetapi tegas di dalam beberapa situasi.
Novel ini memaparkan dunia suratkhabar, imbasan-imbasan dunia politik, aspek-aspek pergaulan kota, seada-adakany - tidak diburuk-burukkan, tidak pula dicantik-cantikkan.






Bujang Kota
Sinopsis Belakang Buku:

Cinta, penipu
an, kekejaman bukanlah khayalan pengarang untuk melengkapkan cerita tetapi kenyataan hidup yang kadang-kala di luar dugaan pengarang sendiri, di luar logika kemanusiaan sejagat. Tetapi itulah yang terjadi di dalam masyarakat hari ini lantas digambarkan oleh Khadijah Hashim dalam "Bujang Kota".







Merpati Putih Terbang Lagi

Sinopsis Belakang Buku:

Merpati Putih Terbang Lagi ialah kisah kaum petani berjuang mendapatkan hak milik tanah setelah sekian lama diusahakan. Mereka bukan saja menghadapi musuh tanaman, tetapi musuh dalam selimut - manusia tamak, rasuah dan bermuka-muka. Di kala itulah muncul Farid, anak muda yang berhati luhur dan terpelajar ingin membantu mereka tetapi terpaksa menghadapi pelbagai halangan. Berjayakah Farid mengatasi tindak-tanduk manusia gila kuasa dan pemimpin politik kotor?

Baca Selanjutnya..

Saturday, December 13, 2008

Rahsia Agenda Alam Hitam II : Vamprha


"Apakah itu yang anda cari?" Sheikh Ali Sharmani bertanya kepada Massurya Syah.

"Aku mencari hanya diriku." jawab Massurya Syah membuatkan pengetua madarasah itu terangguk-angguk perlahan.

Karya Zehann Ur Rakhie kali ini bermula dari kesinambungan Massurya Syah yang meneruskan perjalanan ke England untuk mencari beberapa helai lembaran dari kitab hitam yang hilang. Perjalanan pulang dengan menumpang kapal Blue Spirit melalui Sungai Thames telah menemukan sekali lagi Juan Kilaninta dengan Massurya Syah. Dari situ Juan Kilaninta mengetahui bahawa Massurya Syah adalah musuh utama. Di dalam novel ini lalu diceritakan kehebatan Juan Kilaninta sebagai Jeneral tertinggi Alam Hitam yang ditakuti berjumpa dengan Pendeta (pengasas Alam Hitam) di sebuah kastil (castle) tersembunyi bersama ahli penguasa Alam Hitam yang lain yang dipanggil Vamprha. Juan Kilaninta diberi kepercayaan untuk menghapuskan datuknya sendiri Mahadiwa Rakshasha penguasa Alam Hitam di benua Sindhu dan mengambil alih jajahan takluknya.

Pengembaraan Massurya Syah dengan kapal Blue Spirit ke St Helena telah melalui
berbagai rintangan dan kejadian pelik. Namun yang membuat hati saya tersentuh ialah di saat Massurya Syah menunaikan ibadah solat di pulau terpencil Pulau Ascension dengan begitu khusyuk sekali. Seolah-olah saya juga dapat merasa kelazatan solat yang khusyuk yang dikerjakan itu.

Setelah sampai di St Helena, Massurya Syah berjumpa pula dengan Tegoh Kisumanari lalu menolong lelaki itu membebaskan saudara-saudaranya yang ditawan oleh Marquis de Bullwinkle untuk dijadikan hamba abdi. Rupa-rupanya Marquis de Bullwinkle ini adalah salah seorang kuncu Alam Hitam yang boleh berupa sebagai serigala jadian. Pertempuran pun berlaku dan seperti yang sudah-sudah, Massurya Syah tetap tenang dan dengan mudah saja musuhnya ditumbangkan.

Di kalangan hamba abdi yang berjaya diselamatkan, adalah seorang India tua yang bernama Rappu Lal mengucapkan terima kasih dan terhutang nyawa pada Massurya Syah. Rappu Lal mendakwa mengetahui beberapa perkara yang terdapat di dalam kitab hitam dan boleh membantu Massurya Syah mencari tempat-tempat tersebut.

Sampai di Bombay, Massurya Syah dan Rappu Lal mencari seorang alim bernama Sheikh Ali Sharmani Al-Waliddin. Di madrasah, Sheikh alim itu telah memberikan Massurya Syah sebuah bungkusan yang diamanatkan oleh arwah gurunya terdahulu. Di permukaan bungkusan tersebut tertera bait-bait tersebut;


'Wahai saudaraku, ketahuilah pemegang rahsia ketujuh itu tertakluk kepada prilaku, apabila kuasa dan ilmu itu menyatu, hanya Iman menjadi penentu, antara Dia dan aku, antara Khalik dan dewa palsu. Empunya diri mengenali akan urusannya akan yang hak pulang ke asal, bagai roh kembali ke sang Penciptanya.'

Perjalanan Massurya Syah teruskan dan kali ini dengan ditemani oleh Ibrahim dan Rappu Lal. Di dalam perjalanan itu Massurya Syah telah menyelamatkan seorang anak raja benama Rajhi Khan dari menjadi mangsa serangan serigala jadian. Massurya Syah bersepakat pula untuk menolong anak raja tersebut menyelamatkan rakyat-rakyat terutama kekasih anak raja tersebut yang telah diculik oleh kuncu-kuncu Mavendhra Sharma untuk dijadikan 'hamba'.

Tiba di Khanapur Massurya Syah dibawa bertemu dengan permaisuri Indrani Bashirshah yang pula menceritakan satu rahsia tersembunyi. Massurya Syah bersetuju menolong Indrani merungkaikan rahsia tersebut lalu terus bertolak ke Ajmer bagi mengkaji peta gamb
arajah kertas papirus di dalam bungkusan yang diberi oleh Sheikh Ali Sharmani. Di sana Ahmed Newar telah menunjukkan kepada Massurya Syah sebuah kitab usang dahulu kala yang mencerita dan menerangkan tentang peperangan daiwa sehingga terhumban ke dalam Alam Hitam.

Perjalanan ke Srinagar untuk sampai ke Gua Seribu Bintang dan Istana Bayangan Kalbu telah menemukan Massurya Syah dengan Mahaseetha, Ratu Sangular, anak kepada Mahadiwa, penguasa Alam Hitam di bumi Sindhu.

Ini adalah petikan dari novel tatkala Mahaseetha sedang mengamati Massurya Syah:

Merenung ke dalam matanya, Mahaseetha dapat merasakan penderitaannya sejak dari kelahiran. Perjalanannya yang aneh dan tersisih. Terdapat kesucian yang tak dimengertikan menetap di makam jiwanya. Tenaga dan kuasanya sangat seimbang dan murni. Kegagahannya terserlah dari fikiran yang terang. Untuk pertama kali, Mahaseetha telah jatuh cinta!

Tujuh bab terakhir adalah kemuncak kepada cerita ini. Membuatkan saya membacanya dengan laju sekali. Kesilapan dan kegelojohan Juan Kilaninta ingin membunuh datu
knya Mahadiwa mengundang padah untuk dirinya sendiri. Malah Mahadiwa telah terdahulu mengetahui akan kedatangan Juan Kilaninta ke istana candinya telah bersiap sedia dengan tipu helah. Disangkakan Mahadiwa telah mati, Juan Kilaninta beralih untuk menentang Massurya Syah pula sebaik saja Massurya Syah sampai. Setelah mengetahui akan Mahadiwa yang masih hidup maka di sinilah pertempuran paling hebat berlaku di antara Juan dan Massurya. Juan Kilaninta melakukan penjelmaan harimau jadian dan kemudian bertukar pula kepada kelawar jadian (vamprha). Begitu juga dengan Massurya Syah.

Setelah kekalahan Juan Kilaninta di tangan Massurya Syah, Mahadiwa telah memberitahu kepada Massurya akan perihal Maha Phra Sangkhawat atau The Dark Doyen. Dia adalah penguasa yang paling berkuasa di dalam Alam Hitam Eropah yang harus dicari Massurya Syah di kota London.

Melalui Baron Lestarde, Massurya telah dapat menjumpai kastil tempat The Dark Doyen bersembunyi. Massurya Syah dibantu oleh Mahaseetha yang tiba lebih awal bagi menuntut bela di atas kematian ayahnya Mahadiwa. Kedatangan mereka telah diketahui dan ditunggu oleh The Dark Doyen di suatu kawasan yang tersembunyi. Pertempuran hebat juga berlaku di sini di mana Massurya Syah sekali lagi telah bertukar menjadi harimau jadian untuk berlawan dengan serigala jadian, kuncu-kuncu The Dark Doyen. Di kala itu Mahaseetha pula telah menunda serangan The Dark Doyen ke atas Massurya Syah dengan menggunakan kuasanya sebagai Ratu Sangular. Namun Mahaseetha tidak dapat bertahan lama.

Setelah dapat membunuh The Dark Doyen dan segala-galanya berakhir Massurya Syah telah kembali ke Lubuk Gua di Tanah Melayu.

..........................................................................................................

Hmmm... Apa lagi yang boleh dikatakan tentang novel ini.. suatu perjalanan yang jauh.

Novel ini adalah kesinambungan dari Novel RAAH Kelahiran Mufrad. Membaca novel ini adalah seperti membaca novel seram inggeris Anne Rice tetapi di dalam bahasa Melayu dan heronya pun orang Melayu. Malah saya merase ianya lebih hebat dari karya Anne Rice (ini pendapat peribadi saya). Bila sudah mula membaca, payah untuk saya meletakkan buku ini. Dan semasa tidak membaca, saya akan terbawa-bawa untuk berfikir dan tidak sabar untuk ingin mengetahui kisah selanjutnya.

Berlatar belakangkan pengembaraan ala-ala Clash Of The Titans dan The 7th Voyage of Sinbad, penuh dengan muslihat dan teka-teki, dengan alunan bahasa yang membuatkan pembaca turut sama tenggelam di alam penceritaan dan memikir apakah jawaban pada setiap persoalan.

Satu hal.... seperti Mahaseetha, saya juga pasti akan jatuh cinta kepada Massurya Syah yang mempunyai perwatakan yang gagah perkasa tetapi pendiam dan pemikir serta alim. Malah saya merasa sedikit cemburu apabila penulis menggarapkan watak Leela yang menyimpan perasaan terhadap Massurya Syah lalu cuba menarik perhatiannya.

Pendapat saya jalan cerita akan jadi lebih menarik kalau penulis membuat sedikit lakaran atau gambarajah tentang peta papirus, vamprha, candi dan kastil yang diceritakan di dalam novel ini supaya pembaca mendapat gambaran yang lebih jelas.

Apa-apa pun syabas dan tahniah diucapkan kepada penulis kerana sekali lagi berjaya menghasilkan sebuah karya yang berlainan dan sangat menarik.

Kepada yang berminat untuk memiliki novel mantap ini, anda boleh membuat pesanan terus di website Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd.


Baca Selanjutnya..

Friday, December 12, 2008

Laila Azwa Gadisku - Khadijah Hashim


Selongkar lemari buku lama dalam stor saya terjumpa beberapa novel karya Khadijah Hashim zaman budak-budak skolah dulu. Teruja pulak nak membacanya. Antaranya ialah novel Laila Azwa Gadisku. Novel ni dibeli masa keluaran cetakan pertama tahun 1986 terbitan K Publishing & Distributors Sdn. Bhd. Tebal halamannya hanyalah 144 mukasurat.

Novel Laila Azwa Gadisku ini mengisahkan gadis 16 tahun yg suka menggesek biola mendapat tentangan dari ayahnya. Secara sembunyi2 Laila menyertai Kem Muzik di UM sewaktu ayah dan ibunya pulang ke kampung untuk menghadiri kenduri kawin. Sewaktu di Kem Muzik Laila berkenalan dengan seorang jejaka yang jauh lebih matang bernama Adnan.
Perkenalan itu membuahkan satu perasaan yang luar biasa di dalam hati Adnan. Begitu juga Laila. Namun siapalah Adnan untuk berkawan dengan Laila. Dia hanyalah pemilik gerai makan biasa saja sementara Laila adalah anak seorang penolong pengurus kilang.

Kat sini terjadinya beberapa rintangan dan halangan cinta mereka samada di pihak Laila mahupun di pihak Adnan... jeng jeng jeeenggggg... Boleh baca cerita seterusnya kalau berminat.

Baca Selanjutnya..

Thursday, December 11, 2008

Rahsia Agenda Alam Hitam : Kelahiran Mufrad


Sudah lima kali saya membaca novel ini. Ternyata ianya tidak menjemukan. Kali ini dengan kelahiran novel Rahsia Agenda Alam Hitam II : Vamprha, sambungan dari novel ini, saya mengulang baca novel ini. Tujuannya adalah untuk ambik feel bila membaca novel kesinambungannya kelak.

Melihat tajuk novel ini saya tertanya-tanya apa itu kelahiran Mufrad di dalam Rahsia Agenda Alam Hitam. Rupa-rupanya novel ini berkisar kepada bagaimana lahirnya benih tunggal keturunan Alam Hitam yang kelak bakal menentang semua keturunannya.

Ianya bermula dari kisah sorang raja berasal dari kerajaan Langkasuka yg bernama Raja Ong Maha Perita Deria atau bergelar Raja Bersiung yang terpaksa lari menyelamatkan diri dari rakyat jelata yang bangkit menentang baginda. Pelariannya sampai ke Pattani sehingga berkeluarga dan melahirkan seorang anak. Namun dia terpaksa meneruskan pelarian lagi kerana rombongan Gajah Putih mara memburunya. Pelariannya dibantu oleh si syaitan pendita lalu telah mengangkatnya sebagai Raja Alam Hitam yang mempunyai kuasa mistik dan berupaya menjelmakan diri sebagai harimau jadian. Bertitik tolak dari situ mengembaralah dia dengan tujuan untuk meluaskan pengaruh dan keturunan sehingga ke seluruh pelusuk dunia.

Beberapa ratus tahun kemudian muncul pula Mas Gurana, salah seorang dari keturunan Raja Alam Hitam ingin mengembangkan sayap keturunannya di Semenanjung Emas lalu mengembara hingga ke sebuah kampung yang bernama Lubuk Gua. Di situ beliau telah jatuh hati kepada Sari, puteri tunggal penghulu Lubuk Gua lalu memasang rancangan untuk memperolehi Sari. Namun rancangannya dihalang oleh Sheikh Ibrahim dan Kiai Jamal, para alim ulamak yang mengetahui akan kehadiran kuncu-kuncu dan puak Alam Hitam yang telah mengacau kampung mereka. Namum Sari berjaya juga ditawan oleh Mas Gurana dan dijadikan miliknya sehingga mengandung. Tak lama, Kiai Jamal dan Sheikh Ibrahim berjaya juga mengeluarkan Sari dari tawanan Mas Gurana setelah melalui pertarungan yang hebat yang mengorbankan satu jiwa.

Sari disisih dari keluarga dan orang-orang kampung kerana dikatakan mengandungkan 'anak puaka' lalu menumpang hidup dengan Sheikh Ibrahim. Kemudian lahirlah juga 'cahayamata yang dinanti' dan diberi nama Sulaiman Syah tetapi kemudiannya ditukarkan kepada Massurya Syah. Di sinilah bermulanya titik tolak kelahiran Mufrad. Massurya Syah dididik dan diajar dengan ilmu agama dengan seberapa sempurna oleh Sheikh Ibrahim walaupun menerima hinaan dan cacian dari orang kampung.

Setelah Sheikh Ibrahim meninggal Masssurya Syah mengembara mencari dirinya yang sebenar berpandukan kitab-kitab yang ditinggalkan Sheikh Ibrahim. Sehinggalah di suatu hari Massurya Syah berlawan dengan beberapa penyamun yang hendak merogol seorang gadis. Di dalam serangan itu yang bersenjatakan keris, pancutan darah dari luka pada dada salah seorang penyamun telah masuk ke dalam mulut Massurya Syah. Dengan tiba-tiba badan Massurya Syah telah bertukar menjadi separuh harimau lalu menerkam ke arah penyamun-penyamun itu. Itulah pertama kali Massurya Syah bertukar rupa menjadi harimau jadian.

Dari situ berpandukan kitab-kitab peninggalan Sheikh Ibrahim, Massurya Syah mulai belajar dan mengetahui siapa dirinya yang sebenarnya. Pengembaraan diteruskan lagi dengan mencari Kiai Jamal di sebuah perkampungan di dalam negeri Perak. Kiayi Jamal telah memperturunkan segala ilmu jiwa, kuasa-kuasa akli dan rahsia hati berpandukan sepenuhnya kepada kitab Al Quran. Selesai perguruannya, Kiai Jamal memberitahu bahawa Massurya Syah adalah satu-satunya keturunan Alam Hitam yang menyimpang jauh dari belenggu Alam Hitam. Kiai Jamal menghadiahkan Massurya Syah sebuah tongkat dan sebuah kitab hitam dan disuruh berlayar pula mencari Laksamana untuk mempelajari ilmu persilatan.

Setelah itu pengembaraan diteruskan lagi dengan memburu dan membunuh semua keturunan Alam Hitam yang selama ini membuat onar dan kekalutan di atas muka bumi. Pemburuannya telah menemukan Massurya Syah dengan Juan Kilaninta, keturunan Alam Hitam Mas Gurana yang berasal dari benua Eropah. Pengembaraan seterusnya ialah ke tanah England untuk mencari cebisan lembaran bagi melengkapkan kitab hitam yang diberi oleh Kiai Jamal.

....................................................................................................................................................................

Pertama sekali sekalung tahniah kepada penulis, saudara Zehann Ur Rakhie, kerana berjaya menghasilkan sebuah karya yang begitu menarik dan bermutu.

Novel ini amat berbeda dari novel-novel lain yang ada di pasaran sekarang ini. Kalau anda mencari kelainan dan berminat kepada genre seram, buku ini adalah pilihan yang tepat. Ianya berlatarbelakangkan zaman Melayu sebelum pendudukan Portugis, padat dengan adegan seram seperti binatang jadian, kerasukan dan pontianak.

Di samping itu novel ini diselitkan juga puisi syair gurindam yang selalu didendangkan oleh orang-orang Melayu zaman dahulu kala. Lenggokan bahasanya membuatkan pembaca terbuai dan seolah-olah masuk ke alam penceritaan tersebut.
Novel ini juga penuh dengan berbagai elemen termasuk islamik, mistik, misteri, sedih, kelakar mahupun pengorbanan yang digarap dengan kemas dan tidak keterlaluan.

Di akhir kisah ini terselit kekaguman di hati saya terhadap Massurya Syah yang telah mengharungi berbagai rintangan dan dugaan namun masih tetap kukuh pendirian dan imannya. Tak mustahil kalau saya akan membaca novel ini buat kesekian kali lagi.

Apa yang menjadi kemusykilan ialah amat susah untuk mendapatkan buku ini di toko-toko buku terkenal tanahair. Bila saya bertanyakan jurujual, mereka menjawab bahawa buku ini susah untuk dijual. Betulkah begitu?

Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki novel ini sila lawati blog di bawah:
Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd.



Baca Selanjutnya..

Wednesday, December 10, 2008

Afgan - Confession No. 1




















Album indon ni best jugak.
Boleh dilayan sambil santai... lama2 tertidor... hehehe..
Yang paling saya suka ialah lagu Yang Ku Tahu Cinta Itu Indah.
Indah ke cinta? Dah lame saya pencen bercinta ni.
Melodinya indah sekali. Membuai perasaan.
Untuk orang yang tengah frust kalau dengar lagu ni... bawak2 la bersabar ye..
antara senikatanya mcm ni :

tak pernah aku membayangkannya
bila insan sedang patah hati
Kali ini ku rasakan sesungguhnya

siang hari ku bagaikan malam
pelangi pun berwarnakan kelam
inikah yang dinamakan patah hati

tak ingin..ku jalani cinta yang begini
yang kutahu cinta itu indah
tak ingin..kurasakan
jiwa yang tak tenang
ku mau kau tetap disisiku..

siang hari ku bagaikan malam
pelangi pun berwanakan kelam
inikah yang dinamakan patah hati

tak ingin..kujalani cinta yang begini
yang kutahu cinta itu indah
tak ingin..kurasakan
jiwa yang tak tenang
ku mau kau tetap disisiku..

dan tak ingin...kurasakan
jiwa yang tak tenang
ku mau kau tetap di sisiku....


siang hari ku bagaikan malam
pelangi pun berwarnakan kelam....


Sesape yang berminat nak dengar sila lah.
Saya dah letak donlot link kat bawah...

Afgan - Confession No. 1

Tracklist:
01. Tanpa Batas Waktu
02. Terima Kasih Cinta
03. Klise
04. Entah
05. Yang Kutahu Cinta Itu Indah (feat. Nagita Slavina)
06. Hanya Ada Satu
07. Betapa AKu Cinta Padamu
08. Sadis
09. Shanty Lussy
10. I.L.U
11. Hilang Rasa
12. Biru
13. My Confession

Sila download sini.

Baca Selanjutnya..

Saturday, November 29, 2008

Antara Orang-orang yang Didoakan oleh Malaikat

Antara Orang-orang yang Didoakan oleh Malaikat
Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang - orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada-Nya” (QS Al Anbiyaa’ 26-28)
Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat :

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci” (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang duduk menunggu shalat.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’” (Shahih Muslim no. 469)

Baca Selanjutnya..

Thursday, November 27, 2008

Kaabah Enggan Bergerak

Ni dapat dari forwarding email:


Selasa lalu (26 Ogos) saya menaiki motosikal menuju ke
Karak Setia untuk menyampaikan kuliah Maghrib di masjid
kampong berkenaan. Kereta rosak dan bermalam di pusat
servis. Sebab itu saya terpaksa naik motor walaupun langit
gelap.

Ketika melalui ' Karak Highway ' hujan mula turun
setitis demi setitis.Saya teruskan juga perjalanan. Makin
lama hujan makin lebat. Baju dan seluar saya basah. Akhirnya
saya ambil keputusan untuk berpatah balik. Saya balik ke
rumah dan mandi.

Walaupun tidak berjaya dalam misi dakwah pada malam itu,
saya tidak mahu malam itu kosong tanpa pengisian. Saya
lantas pergi ke surau berhampiran untuk mengikuti kuliah
bulanan yang disampaikan oleh ulama' tersohor di negeri
ini iaitu Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman.

Ketika saya sampai di situ, tok guru dah mula kuliah.
Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di
akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah
masing-masing diam, tunduk dan insaf.

Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru
iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang
merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel.
Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut
kumpulan yang akan melintasinya. Jika orang beriman,
pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang
kafir, ia akan mengecil dan memanjang.

Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah
kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah
yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke
syurga. Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah
Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya
kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia
tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh
semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk
mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri
tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu
bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak
hadir.

Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah
dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka
lakukan di dunia.Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan
adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam
neraka. Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa
atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga
melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di
sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku....
Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus
mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa
mereka.Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan
mengiringi kaabah menuju ke syurga....

Baca Selanjutnya..
Blog Widget by LinkWithin