Wednesday, February 4, 2009

Bunga Syurga - Anita Aruszi












Tajuk Novel : Bunga Syurga
Karya : Anita Aruszi
Penerbit : Kaki Novel

Riffki - Dia melihat cinta pertamanya dalam wajah suci sang gadis yang dahagakan secangkir kasih. Namun dingin hati lelakinya terus menolak kehadiran rasa dalam diri. Pertemuan demi pertemuan membibit rasa rindu. Tetapi sayang yang tidak terucap seumpama racun menjalar. Bila hati semakin tidak tertahan, kesakitan terasa perit mencengkam. Cinta sepatutnya memberi, mengasihi dan menerima. Tetapi cintanya hanyalah menyakiti, mengasari dan menyeksa diri. Semakin banyak dia memberi, semakin jauh cintanya lari.

Hijjaz - Hablur-hablur rindu sudah lama ternoktah dalam hidupnya. Kesepian membuatkan dia sering bermimpi di siang hari. Namun tidak pernah terlintas di mindanya akan terbit satu saat di mana dia mula merindui insan yang terlalu berbeza. Namun menyayangi lelaki itu bagaikan menyayangi bayang-bayang sendiri. Semakin jauh dikejar semakin dirinya ditinggalkan. Suatu masa dia sudah lelah mengejar bila hakikat maha nyata terhampar di hadapan mata. Mungkin ini takdir azali, satu langkah abadi membongkar sebuah tragedi.
............................................................................................................................
Mengisahkan hidup Riffki yang menjadi porak peranda kerana kekasih hati terkorban di dalam satu letupan bom. Menjadi seorang yang pemberontak, pemarah dan egois sebagai perisai demi untuk menyembunyikan lara hati. (Sebenarnya saya tidak suka dengan watak lelaki yang lemah seperti ini.) Kehidupan yang penuh emosi membuat hati Nurul Hijjaz sesak. Berhadapan dengan Riffki sehari-hari adalah tidak mudah. Namun hati luhurnya pasrah penuh ikhlas.

Nurul Hijjaz wanita cekal yang hidupnya penuh luka dan duka tetapi kuat untuk menerima kenyataan hidup. Kekuatan cerita ini terletak pada Nurul Hijjaz yang digarap oleh penulis dengan begitu baik dan jelas sekali. Berbanding dengan watak Riffki yang saya rasa agak kabur dan kurang tepat. Mungkin juga penulis adalah seorang wanita maka beliau tidak begitu mahir dalam menyelami hati seorang lelaki.

Jalinan kisah yang selalu menjadi pilihan antara penulis-penulis muda masa kini. Berperang dulu kemudian jatuh cinta. Dan ianya disulami pula dengan cinta tiga segi antara Riffki, Nurul Hijjaz dan Daniel. Walau bagaimanapun penulis berjaya menarik perhatian pembaca dengan gaya penulisan yang tidak susah untuk difahami. Malah ada kalanya saya merasa terlalu ringkas dan straight forward. Kalau lah penulis tidak merumitkan lagi cerita dengan kehadiran konflik Datuk Amiruddin dengan Megat Hazmin saya rasa cerita ini akan lebih menarik.

Apa-apa pun ianya suatu percubaan yang baik. Syabas untuk penulis.


Related Posts :



No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin