Saturday, February 7, 2009

Dedaun Hijau Di Angin Lalu - Manaf Hamzah










Taju Novel : Dedaun Hijau Di Angin Lalu
Karya : Manaf Hamzah
Penerbit : Pustaka Nasional Pte Ltd
Terbitan : 2002

Seolah kancah kehidupan ini terlalu panjang bagi Intan. Bertenggang dengan orang-orang kampung yang menjangkakan dia anak luar nikah justeru semenjak lahirnya tidak tahu siapa dan di mana ayah kandungnya, maka kehidupan yang dilalui itu sudah pasti dirasakan beranjau. Lebih lebih lagi dirinya terjebak dalam perangkap perkahwinan tangkap basah. Intan lalu dibawa ke kota dan suaminya itu meletakkan taraf dirinya sebagai tukang gaji. Meskipun tidak pernah merasa dicinta dan disayangi, Intan sanggup bersabar dan tabah, bahkan dalam diam-diam bercambah pula kasih sayang Intan kepada anak angkatnya dan semakin menjadalam pula cinta Intan kepada suaminya. Tetapi sampai mana gerangan Intan dapat bertahan dengan sikap menyerahnya itu?

Novel ini memaparkan komplikasi watak manusia yang membawa unsur-unsur percanggahan jiwa seorang doktor muda yang berhati batu dengan seorang wanita yang sentiasa menyerah dan akhirnya mengambil sikap tegas, tetapi ketegasan itu hampir-hampir menjerumuskan dirinya ke dalam jurang kegelapan. Di samping keraguan watak yang mengangkat ciri-ciri simpati dan tipu daya manusia. Umpamanya ibu saudara jatuh cinta kepada anak saudaranya, abang makan adik tirinya, kawan menelan kawan, seorang pemuda jatuh cinta kepada isteri orang dan lain-lain yang berunsur suspense demi suspense.
.................................................................................................................

Sebenarnya dulu saya mempunyai novel ini yang keluaran pertama iaitu tahun 1987. Tetapi bila dah dikasi pinjam orang, tak dipulangkan pulak terpaksa lah saya mencari naskah yang lain. Ini keluaran kedua tahun 2002.

Novel ini adalah novel pertama saya membaca cerita yang sepasang teruna dara ditangkap basah lalu heroinnya dijadikan orang gaji kepada heronya yang panas baran tetapi akhirnya kasih sayang telah menyatukan mereka. Kerana itulah novel ini terlalu melekat di hati saya berbanding dengan novel-novel yang lain yang mempunyai jalan cerita yang sama.


Related Posts :



6 comments:

  1. salam... sya Siti Aisyah.
    mau tau kat mana boleh dapatkan teritan terbaru novel dedaun hijau d angin lalu ni...
    saya mau baca r.
    tolong r... anta email kat sini.
    echa87@yahoo.com.sg

    ReplyDelete
  2. waalaikum slm siti aisyah.

    Buku ini saya beli semasa saya bertugas di Miri, Sarawak. Sekarang ni saya sudah kembali ke Semenanjung. Saya pun tidak tahu di mana mahu mendapatkan buku ini. Maaf saya tidak dapat membantu.

    ReplyDelete
  3. salam...sy zainab ahmad
    mcm mane sy nak dapakan novel dedaun hiju di angin lalu. Dah lama sy cari sampai sekarang x jmpe...
    nie email sy enabs84@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Waalaikum salam Zainab,

    Saya sudah pun membuat entri tentang novel-novel karya Manaf Hamzah ni. Sila rujuk di sini ye.. http://qunia-mimpiyangindah.blogspot.com/2009/05/novel-novel-karya-manaf-hamzah.html

    ReplyDelete
  5. mcm mana sy nak dptkan novel dedaun hijau di angin lalu....sesiapa yang tahu tolong bgtahu...

    ReplyDelete
  6. Saya pun dh lama cr novel ni.... Kt mn blh dapat ya.... Kalau sesiapa tahu pls email kt saya intanalrada@yahoo.com tq

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin