Saturday, February 27, 2010

Biografi Muhammad Bin Abdullah










Tajuk Buku : Biografi Muhammad bin Abdullah
Pengarang : Zulkifli Mohd. Yusoff, Noor Naemah Abd. Rahman
Penerbit : PTS Islamika
Terbitan : 2010
Halaman : 496 mukasurat
Harga : rm35.00


Buku ini ditulis menggunakan pendekatan moden dengan gaya bercerita yang santai dan bahasa yang mudah difahami. Setiap peristiwa dilakarkan secara terperinci dan seimbang supaya pembaca dapat menghayati dan menyelami kehidupan seorang individu yang berterusan mempengaruhi sejarah dengan lebih berkesan.

Biografi Muhammad bin Abdullah menyorot sejarah dan perjalanan hidup nabi terakhir dari sebelum lahir sehingga akhir hayat. Ia merangkumi kisah suka duka, cabaran dan rintangan yang dilalui sepanjang perjuangannya menyampaikan kebenaran.

Kandungan buku ini elok dan sesuai sebagai pembacaan bagi golongan yang baru mengenali Islam dan yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang riwayat hidup seorang nabi dan rasul. Bukan semua pembaca suka membaca buku-buku ilmiah tentang Islam yang agak berat dengan istilah Arab. Sebagai seorang saudara baru, bentuk penulisan seperti buku ini akan dibeli dan dibaca.”
- Aliya Yeoh, pendidik -

“Membaca sirah beliau nyata membuka pemikiran dalam konteks perencanaan strategi pentadbiran. Kebijaksanaan beliau bersama sahabat nyata memukau pengkaji-pengkaji pengurusan strategik. Mungkin satu penulisan khusus boleh dilakukan oleh mereka yang berminat.”
-Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, pengarah UiTM Segamat & penulis bestseller Travelog Haji -

“Dapat dibaca dan dihayati oleh semua peringkat usia. Inilah buku sirah terbaik yang pernah ditulis untuk mereka yang baru mengenali nabi.”
-Zamri Zainal Abidin, penerbit Duniaku Buku, radio IKIM.fm-

“Buku ini bukan sahaja wajar dijadikan hadiah kepada bukan Islam, malah kepada remaja Islam hari ini yang lebih mengenali ikon-ikon hiburan berbanding Nabi Muhammad.”
-Maizura Ederis, Majalah Millenia Muslim -

“Pengarang berjaya membawa karya ilmuan tentang sejarah Islam ke tahap yang mampu mengatasi novel-novel cinta dan karya popular di pasaran! Gaya penulisan bahasa Melayu yang mudah difahami, olahan yang menarik, selain perjalanan cerita yang mudah diikuti menjadikan buku ini sesuai dibaca dan dihayati oleh pelbagai peringkat umur. Terasa seperti membaca sebuah novel walaupun hakikatnya ia sebuah karya bersifat ilmiah dan sesuai menjadi bahan rujukan.”
-Lelucon, blogger -


Isi Kandungan Buku:


Sejarah Muhammad Bin Abdullah
Ibrahim Membina Bangunan Kaabah
Bagaimana Sikap Syirik Masuk ke Semenanjung Arab
Bagaimana Agama Yahudi Bertapak di Semenanjung Arab
Bagaimana Kristian Masuk ke Semenanjung Arab
Abarahah Ingin Meruntuhkan Kaabah
Bagaimana Farsi Pula Bertapak di Yaman
Mekah Kembali Diperintah Oleh Keturunan Ismail
Sejarah Abdul Muttalib Menggali Zamzam
Abdul Muttalib Melaksanakan Nazamya Menyembelih Salah Seorang Anaknya Kelahiran Muhammad Bin Abdullah
Muhammad Bin Abdullah Menjadi Anak Susu Halimah Saadiah
Muhammad bin Abdullah Dipelihara Oleh Abdul Muttalib dan Abu Talib
Muhammad bin Abdullah lkut Abu Talib Keluar Berniaga ke Syam
Pemeliharaan Tuhan Kepada Muhammad Bin Abdullah
Muhammad bin Abdullah Berniaga Dengan Harta Siti Khadijah
Muhammad bin Abdullah Meletakkan Hajarul Aswad ke Tempatnya

Dakwah Pada Zaman Mekah
Muhammad bin Abdullah Bersendirian dan Beribadah di Gua Hira'
Muhammad bin Abdullah Dilantik Sebagai Rasul
Muhammad bin Abdullah Diperintahkan Menyampaikan Dakwah
Muhammad bin Abdullah Berdakwah kepada Keluarga Terdekat
Quraisy Meminta Abu Talib Menghentikan Dakwah Muhammad
Walid bin Mughirah Datang Berbincang dengan Muhammad
Quraisy Mula Berkeras dengan Islam
Abu Zar Masuk Islam
Quraisy Mencabar Muhammad bin Abdullah
Kisah Nadr bin AI-Harith
Quraisy Menyeksa Orang Islam

Hijrah Ke Habsyah
Umar Masuk Islam
Bagaimana Quraisy Menyakiti Muhammad
Quraisy Membuat Tawaran Baru kepada Muhammad
Uqbah binAbi Mu'ayyat Meletakkan Najis Ketika Muhammad Sedang Sembahyang
Quraisy Memboikot Suku Abdul Muttalib
Tahun Kesedihan
Muhammad bin Abdullah Ke Taif
Jin Menerima Dakwah Muhammad
Quraisy Menghantar Wakil Bertemu Najasyi
Najasyi Masuk
Islam Israk Mikraj
Sikap Orang Islam dan Quraisy ke atas Israk Mikraj
Peristiwa Bulan Terbelah
Muhammad bin Abdullah Menemui Suku-Suku lain Pada Musim Haji

Hijrah Ke Madinah
Aus dan Khazraj beriman kepada Muhammad
Mus'ab bin Umair Duta Islam yang Pertama
Ketua Suku AI-Dawusi Masuk Islam
Perjanjian AI-Aqabah Kedua
Hijrah ke Madinah
Perancangan Quraisy Hendak Membunuh Muhammad
Muhammad dan Abu Bakar Berangkat
Asma' Binti Abu Bakar Menghadapi Abu Jahal
Suraqah bin Malik Mengejar Muhammad
Muhammad Singgah di Tempat Ummu Ma'bad
Persiapan Orang Madinah untuk Menyambut Muhammad Pembinaan Masjid Nabi
Masyarakat Islam Teladan
Kumpulan Pengintip Untuk Menyekat Ekonomi Quraisy
Tentera Islam dan Tentera Musuh Sampai di Badar

Peperangan Badar
Perangan Bermula Dengan Satu Lawan Satu
Kisah-Kisah Sahabat Dalam Perang Badar
Tentera Lari
Berita Kemenangan Islam di Badar
Tawanan Badar
Abu Sufyan Menyerang Madinah
Peperangan Ghatafan
Peperangan Keturunan Qainuqa'
Pasukan Pengintip Zaid
Peperangan Uhud
Tentera Islam Bergerak ke Uhud
Abu Dujanah Mendapat Pedang Muhammad
Arahan Muhammad kepada Pasukan Pemanah
Persiapan Tentera Bukan Islam
Pertempuran Bermula dan Bendera Tumbang
Kisah-Kisah Sahabat di Uhud
Zubair Menyelamatkan Tentera Islam
Bendera Musuh Rebah Kali Kesembilan dan Tentera Berundur Pasukan Pemanah Turun Dari Bukit dan Pasukan Khalid Menyerang Dari Belakang
Nusaibah Mempertahankan Muhammad
Tentera Islam Berkumpul di Atas Bukit Uhud

Peperangan Khandak
Muhammad Dan Tentera Islam Mengejar Tentera Musuh
Pasukan Tentera Abu Salamah Mengalahkan Keturunan Asad Abdullah Bin Unais Menggagalkan Perancangan Keturunan Huzail AI-Huzaili
Amru bin AI-Ash Masuk Islam
Peristiwa Syuhada ' Perigi Ma 'unah
Peristiwa Maa' AI-Raji'
Keturunan Nadhir Mengkhianat
Peperangan Zat al-Riqa
Peperangan Daumatul Jandal
Peperangan Badar
Yahudi Suku Khaibar Menggerakkan Ahzab
Muhammad dan Para Sahabat Menggali Khandak iaitu Parit
Kisah Jabir Bin Abdullah
Muhammad Menyampaikan Jadual Allah
Tentera Ahzab Tiba
Keturunan Quraizah Mengkhianati Perjanjian
Kisah Ali Menga!ahkan Pahlawan Arab yang Paling Digeruni Bantuan Allah dan Kisah Nu'aim bin Mas'ud
Kisah Huzaifah dan Tentera Ahzab Tewas

Peperangan Keturunan Quraizah
Tentera Islam Menyerbu Kubu Keturunan Quraizah
Saad Bin Muaz Menghukum Keturunan Quraizah
Hamlatul Kharta'
Kisah Sumamah bin Usal
Pasukan Tentera Memerangi Keturunan Asad
Peperangan Keturunan Lahyan
Muhammad Menziarahi Kubur Siti Aminah
Peperangan Ghabah
Pasukan Tentera Zil Hissoh
Pasukan Tentera Abu Ubaidah
Pasukan Tentera Jamum dan Pasukan Tentera 'Is
Di bawah Pimpinan Zaid bin Harithah
Peperangan Keturunan Mustaliq
Kisah Juwairiah binti AI-Harith
Sebab Turun Surah AI-Munafiqun
Kisah Siti Aisyah dan Ujian untuk Umat Islam

Perjanjian Hudaibiah
Muhammad Berhenti di Hudaibiah
Kisah Urwah bin Mas'ud
Perjanjian AI-Rhidwan
Persetujuan dan Perjanjian
Ujian Keyakinan Umat Islam
Kisah Abu Basil
Peperangan Khaibal
Yahudi Madinah Cuba Menghalang Tentera Islam
Yahudi Khaibar Meminta Bantuan Keturunan Ghatafan
Bantuan Datang
Amir bin Maslamah Menghiburkan Tentera Islam Dengan Nasyid dalam Perjalanan
Muhammad Berdakwah Kepada Yahudi Sebelum Perang

Peperangan Khaibar
Pertempuran di Kubu Na'im
Pembukaan Kubu Na'im di Tangan Ali
Pembukaan Kubu al-Sa'ab bin Muaz
Pembukaan Kubu AI-Zubail
Pembukaan Kubu Ubay
Pembukaan Kubu Nazal
Sofiyyah binti Huyay bin Akhtab Masuk Islam
Pembukaan Kubu Katibah
Kisah Kananah dan Rubayya' Dibunuh
Muhajirin Habsyah Sampai
Berita Pembukaan Khaibar Sampai ke Mekah
Operasi Lanjutan kepada Suku-Suku Ahzab
Umrah al-Qadha
Khalid al-Walid Masuk Islam

Perutusan Muhammad Kepada Pemerintah
Utusan Muhammad kepada Raja Rom
Muhammad Menghantar Utusan kepada Amir Damsyik Muhammad Menghantar Utusan kepada Pemerintah Mesir Muhammad Menghantar Utusan Kepada Najasyi
Muhammad Menghantar Utusan Kepada Raja Parsi
Muhammad Menghantar Utusan Kepada Raja Bahrain
Muhammad Menghantar Utusan Kepada Pemerintah Yaman Pasukan Tentera Shuja' Kepada Bani Hawazin
Pasukan Tentera Ghalib Kepada Bani Munawwih
Pasukan Tentera Kaab bin Umair ke Zat al-Atlah
Peperangan Mu'tah
Khalid Memimpin Tentera Islam
Amru bin As Memimpjn Pasukan Tentera Zat AI-Salasil
Pasukan Tentera AI-Khader di Bawah Pjmpinan Abu Ubajdah

Pembukaan Kota Mekah
Quraisy Melanggar Perjanjian
Abu Sufyan Merayu Disambung Perjanjian
Muhammad Bersiap bagi Pembukaan Mekah
Peristiwa Hatib bjn Abi Baltaah
Keturunan Sulaim Menyerahkan Tentera kepada Muhammad
Abu Sufyan Masuk Islam
Abu Sufyan Menyerahkan Mekah
Tentera Islam Masuk Mekah
Muhammad Memasuki Mekah
Peristiwa-Peristiwa di Mekah
Janji Setia Penduduk Mekah

Peperangan Hunain
Pasukan Tentera Dari Mekah
Hawazin Bersiap Menyerang Mekah
Pertempuran di Wadi Hunain
Seratus Pahlawan
Muhammad Mengepung Taif
Belum Jadualnya lagi Taif Dibuka
Pembahagjan Harta Rampasan Perang
Ansar Mendapat Muhammad
Muhammad Memulangkan Tawanan Hawazin
Hawazin Menerima Islam


Peperangan Tabuk
Persiapan Menuju ke Tabuk
Pengorbanan Sahabat Muhammad
Kisah-kisah dalam Perjalanan ke Tabuk Operasi Sepanjang Perjalanan
Kisah Hercules
Tentera Islam Pulang ke Madinah
Arahan Supaya Masjid Dhirar Dibakar
Kisah Kaab bin Malik
Operasi Munafik


Kewafatan Muhammad Bin Abdullah
Pasukan Tentera Khalid kepada Keturunan Harith bin Kaab
Turunnya Surah Al-Nasr
Haji Wada'
Khutbah Haji Wada' Muhammad Memilih Bertemu Allah
Khutbah Muhammad Ketika Sakit
Muhammad Meminta Abu Bakar Menjadi Imam
Khutbah Wada'
Muhammad Menghadapi Saat-Saat Kematian Perbincangan Antara Muhajirin dan Ansar
Pengiktirafan Muhajirin dan Ansar kepada Abu Bakar





Baca Selanjutnya..

Monday, February 22, 2010

Cinta Kepala Batu











Tajuk Novel : Cinta Kepala Batu
Karya : Ayu Emelda
Penerbit : Alaf 21
Terbitan : 2010
Halaman : 467 mukasurat
Harga : rm19.90


Anehnya tajuk novel ini. Tapi gambar kulit depan novel menunjukkan sekuntum bunga. Saya mengagak mungkin si heroin dalam cerita ni seorang yang keras kepala atau tidak mendengar kata.

Syaira atau Aira dipertanggungjawabkan untuk menjaga dua orang anak yatim, Nicky dan Nadia, setelah Selina dan Imran meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan. Punyalah kepala batu si Syaira ni dia selalu saja dengan kedegilannya tak dapat menerima kematian kakak dan abang iparnya itu. Asyik menangis dua puluh empat jam kesedihan kononnya melebihi anak-anak arwah pulak. Kelakar juga si Syaira ni. Bila mengetahui amanat penjagaan kedua anak-anak arwah jatuh ke tangannya, Syaira mula melatah pula. Katanya dia tidak tahu macam mana untuk menjaga dua orang anak sedangkan dia belum berumahtangga dalam usia yang masih muda iaitu 26 tahun. 26 tahun muda ke? Aduhai. Tergelak saya membacanya. Tapi hendak tak hendak Syaira kena juga memikul tanggungjawab itu.

Cabaran menjaga anak yatim yang baru kematian ibubapa memang payah juga bila ianya bersabit dengan emosi anak-anak. Nicky, anak yang baru meningkat remaja memberi cabaran agak hebat kepada Syaira. Antara Nicky dan Syaira, masing-masing memang mempunyai perangai yang sama. Iaitu keras kepala. Nicky mula tunjuk perangai bila Syaira selalu bertegas dengan setiap keputusan yang dibuatnya. Tegas dan keras. Syaira pula memang tidak dapat membaca maksud di sebalik tunjuk perasaan Nicky yang sebenarnya inginkan perhatian dan perlindungan dari orang yang dipercayai. Bagi Nicky, dia sudah hilang orang yang memberi perlindungan kepadanya selama ini dan untuk itu dia harus melindungi dirinya sendiri. Kerana itulah dia memberontak. Nasib baik ada Adam, adik Imran yang memahami hati Nicky.


Melihatkan konflik yang berterusan antara Nicky dan Syaira, timbul di hati Adam untuk ikut campur tangan dalam hal penyaraan anak-anak arwah abangnya itu. Niat Adam suatu hari nanti dia akan sama-sama memikul tanggungjawab membesarkan mereka bersama Adleena, tunangnya. Namun Adleena keberatan dan tidak menyukainya. Malah bila Adam membawa anak-anak itu semasa keluar bersama pun Adleena sudah menunjukkan rasa tidak puas hatinya. Yelah, siapa yang mahu menjadi ibu segera di dalam usia yang muda.

Walaupun bertunangan dengan Adleena, tetapi sebenarnya Adam masih menyimpan perasaan halusnya untuk Syaira. Sejak dulu lagi dia memang sukakan Syaira tetapi kerana satu kesilapan dan ditambah dengan kepala batu si Syaira terus-terusan menolaknya maka perasaan itu harus berkubur begitu saja. Kini setelah sama-sama memikul tanggungjawab menjaga Nicky dan Nadia, perasaan itu kembali bercambah. Bagaimana harus dia mengikat Syaira untuk terus bersamanya hingga ke akhir hayat? Cuma satu alasan kukuh yang boleh menyelamatkan cintanya untuk si gadis kepala batu itu iaitu Nicky dan Nadia.

Kerana alasan Nicky dan Nadia perlukan sebuah keluarga yang sempurna, maka Syaira menerima lamaran Adam. Tapi kenapa susah sangat untuk Syaira menerima cinta Adam. Kenapalah keras sangat hati Syaira sehingga menolak kehadiran kasih tulus Adam untuknya. Ataupun Syaira memerlukan satu tamparan hebat supaya dia menyedari akan hakikat yang sebenarnya bahawa dia sudah pun menjadi isteri Adam. Aduh, Syaira. Tak elok sangat kalau perempuan terlalu bersikap negatif dan berkepala batu.

...........................................................................................................

PERTEMUAN Syaira dan Adam bermula dengan salah faham. Akibatnya, Adam memendam gelora rasa dan Syaira pula menyimpul benci di dada. Mereka berbicara, tetapi dengan bahasa tidak sekata dan pandangan berlainan cara.

Hidup Syaira mula huru-hara dengan berita kematian Imran dan Selina. Dia rebah buat seketika, namun atas rasa tanggungjawab, dia bangkit memikul amanat. Nasib anak-anak saudaranya perlu dibela. Namun, semuanya jadi sukar apabila Adam sering mencampuri urusannya.

Tak percaya CINTA! Begitulah pendirian Syaira. Hatinya sekeras batu. Baginya, cinta sekadar mainan jiwa yang tidak membawa sebarang makna. Impiannya... cukuplah bertemu bahagia andai jodoh tiba. Lantaran itu, lamaran Adam diterima dengan reda.

Namun, hidup manusia tidak pernah lari daripada ujian. Ketulusan dan kejujurannya selalu dipertikaikan. Pengorbanan nya sering dibayar dengan hinaan. Dia kian lemah dilanda badai dan gelora.





Baca Selanjutnya..

Saturday, February 20, 2010

Solat Sunat Pilihan













Tajuk Buku : Solat Sunat Pilihan
Penulis : Dr. Zulkifli Mohd Al Bakri
Penerbit : Telaga Biru
Terbitan : 2008
Harga : rm19.90


Mengapa di akhirat nanti ada orang yang masuk syurga tetapi masih menyesal? Inilah hakikat yang dialami oleh orang yang masuk syurga apabila melihat kelebihan orang lain. Kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh orang lain itu bukanlah disebabkan amalan fardu, tetapi hanyalah amalan-amalan sunat. Mereka amat menyesal kerana di dunia dahulu kurang melakukan amalan sunat berbanding orang yang mendapat kelebihan kerana amalan sunat mereka.

Sebaba itulah dikatakan bahawa solat sunat ada kaitan dengan darjat kedudukan seseorang di akhirat nanti. Tidak hairan para sahabat begitu fanatik mengikut jejak Rasulullah dalam mengamalkan solat sunat. Setiap Solat Sunat yang diamalkan oleh Rasusullah saw tetap akan mereka ikuti kerana yakin dengan sabda Rasulullah tentang keistimewaan dan kelebihannya.

Solat sunat pilihan menampilkan solat-solat sunat yang menjadi amalan rutin Rasulullah saw setiap hari. Lengkap dengan dalil keterangan Rasulullah saw tentang keistimewaan dan kelebihan setiap satu solat. Sebagai panduan dan bimbingan, disertakan kaifiat melaksanakan solat-solat tersebut.







Baca Selanjutnya..

Wednesday, February 17, 2010

Pergilah Air Mata










Tajuk Novel : Pergilah Air Mata
Karya : Hanni Ramsul
Penerbit : Kaki Novel
Terbitan : 2010
Halaman : 858 mukasurat
Harga : rm28.00


Tebal betul novel kedua Hanni Ramsul ni. Teragak-agak juga saya nak beli. Bila melihatkan covernya yang cantik saya capai jugaklah. Kebetulan pada masa itu toko buku dikunjungi ramai orang. Dan barisan kaunter bayaran pun sudah beratur panjang. Memegang novel ini dalam masa yang agak lama terasa berat juga. Saya berkira-kira sendiri macam mana bila membaca buku ini nanti. Mesti lenguh tangan nak memegangnya. Aduhai.. kenapalah tebal sangat novel ni. Mesti ada banyak cerita menarik yang ingin disampaikan penulis. Saya juga berharap novel tebal ini lebih baik dari novel pertama beliau BYMB.

Saya tercari-cari di mana kemuncak cerita cinta Sabrina-Badrul-Yana ini. Seakan-akan kurang berkesan dan sudah dapat diagak dari mula. Memang garapan cerita ini kemas dan menarik tetapi saya amat mengharapkan sesuatu yang di luar jangkaan. Namun saya kecewa. Ternyata penulis hanya bercerita tentang kisah yang biasa-biasa saja di dalam novel yang setebal ini. Cerita sama yang pernah dibaca di dalam novel-novel lain sebelum ini dengan penyampaian yang berbeza dengan ketebalan yang tidak seberapa. Apa-apa pun untuk peminat novel cinta, ianya tetap menarik dan sebuah novel yang santai.

Badrul dan Sabrina diperangkap berada di dalam bilik yang sama berdua-duaan lalu terpaksa berkahwin setelah ditangkap basah. Tangkap basah lagi!!! Walaupun Badrul memprotes tetapi Datuk Hamidi berkeras untuk menutup malu memandangkan mereka adalah dari kalangan keluarga yang berada. Status Datuklah katakan. Berada di rumah agam Datuk Hamidi, Sabrina merasakan hidupnya telah musnah. Apatah lagi kebencian Badrul padanya dan caci maki Datin Hamidah menambahkan lagi rawan hati si Sabrina. Badrul pula membuat andaian bahawa Sabrina sengaja memerangkap dirinya untuk tujuan mengikis harta kekayaan keluarganya. Mujurlah Datuk Hamidi tidak menganggap begitu kepada Sabrina. Namun rahsia di sebalik musibah yang memerangkap mereka itu ialah berpunca dari kawan baik Sabrina sendiri. Lurusnya hati Sabrina sehingga tidak dapat meneka siapa lawan dan siapa kawan.

Badrul yang mempunyai kekasih hati nekad untuk berkahwin pula dengan Yana walaupun pada mulanya Yana tidak setuju. Yana seorang gila kerja dan akan mengutamakan kerjayanya dahulu berbanding yang lain-lain termasuklah Badrul. Tetapi setelah mendapat tahu Badrul telah berkahwin lain hatinya mula menggelabah. Perasaan ingin memiliki Badrul timbul di dalam hati. Ditambah pula Sabrina mengizinkan perkahwinan mereka berdua. Namun setelah berkahwin Yana masih mengutamakan kerja lebih dari segala-gala. Membuatkan Badrul kesunyian. Walaupun nyatanya mereka berkahwin tetapi jarang sekali untuk mereka bertemu dan menghabiskan masa bersama. Badrul kesunyian. Dalam masa yang sama kemarahan yang berapi-api untuk Sabrina sudah hilang entah ke mana. Terbit suatu perasaan halus yang sukar untuk dimengertikan di dalam hati Badrul untuk Sabrina. Sabrina bukanlah seorang gadis yang tidak cantik. Hanya Badrul saja yang sengaja membutakan mata hatinya untuk mendekati Sabrina.

Datin Hamidah rimas melihat menantu kesayangannya pergi balik kerja sehingga tak ingat dunia. Tak ingat rumahtangga. Makan pakai Badrul semua masih diuruskan oleh pembantu. Apabila Datin Hamidah menyarankan supaya Yana berhenti kerja, Yana mula melatah tidak mahu. Lama kelamaan Datin Hamidah mula dapat melihat akan keikhlasan hati Sabrina. Mula menyukai Sabrina. Mula menyayangi gadis yang dibencinya itu. Begitulah juga dengan Badrul.
Ketiadaan Yana di rumah sering membuatkan Badrul mula rapat dengan Sabrina. Perasaan halus itu mula bercambah menjadi sayang. Dan lama kelamaan baik Sabrina mahupun Badrul masing-masing sudah saling jatuh cinta. Lalu bagaimana dengan janji Badrul pada Yana untuk melepaskan Sabrina nanti? Kasihan Sabrina, tidak habis-habis terpaksa berkorban kebahagiaan sendiri demi untuk kebahagiaan orang lain.

.....................................................................................

Noktah bahagia yang menjadi anganku, ternyata cuma titik mula derita yang tidak bertepi.
Sumpah bukan ini yang aku mahu.
Sumpah juga, aku tidak mahu membuat kau terseksa.
Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu.
Atas rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya.
Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda tanya di hati ini?
Mungkinkah kita sama-sama berkongsi rasa?
Mungkinkah kita sudah sama-sama terpaut?
Atau mungkinkah segala yang berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri?
Mungkin..kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang.
Bencimu padaku setinggi awan yang menyapu langit
... SABRINA


Memang aku benci.
Memang aku tidak rela dengan takdir ini.
Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan yang paling ku benci ini?
Mengapa hati ini penasaran setiap kali kau menagih perpisahan yang pernah aku janjikan?
Cintakah ini, apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu?
Sayangkah ini, apabila hatiku digaru resah tiap kali aku cuba lari darimu?
Mustahil cinta kerana cintaku sudah kusimpul kukuh di hati dia.
Lalu, apa yang sebenarnya yang berlaku antara kita?
Bagaimana cara untuk aku hapuskan wajahmu yang terus menemani mimpiku?
Di mana noktahnya mainan perasaan ini
... BADRUL








Baca Selanjutnya..

Tuesday, February 16, 2010

Aku Mahu Kamu










Tajuk Novel : Aku Mahu Kamu
Karya : Aleya Aneesa
Penerbit : Alaf 21
Terbitan : 2010
Halaman : 498 mukasurat




Novel ini mulanya ditulis sebagai e-novel yang kemudian dikemaskini menjadi novel. Kisah cinta suka duka sepasang merpati sejoli Qisya dan Ziyad ini agak menarik juga. Ceritanya bukan sekadar kisah cinta yang berakhir di jinjang pelamin tetapi juga meneroka ke alam rumahtangga yang penuh pancaroba. Banyak pengajaran yang boleh diambil dari cerita ini untuk pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga. Salah satu di antaranya ialah supaya redha ke atas apa jua cubaan dan cabaran yang menimpa dan jangan terlalu menyalahkan antara satu sama lain sekira berlakunya sesuatu yang tak diingini.

Pertemuan bermula di saat Qisya dilanda kesedihan kerana ditinggal kekasih. Ziyad yang suka menyakat menimbulkan kemarahan Qisya pada mulanya. Di waktu yang sama Qisya terpaksa lari dari bekas kekasih yang cuba menagih cintanya kembali. Berlakon menjadi kekasih olok-olok Qisya, Ziyad memasang harapan agar Qisya benar-benar menjadi pasangan hidupnya.

Setelah selamat mendirikan rumahtangga pasangan merpati ini dianugerahkan pula dengan kehadiran cahaya mata mereka yang pertama Faiq. Kebahagiaan mereka bertambah. Rumahtangga mereka ceria. Hari demi hari Faiq semakin membesar dan nakal. Faiq benar-benar mencabar kesabaran Qisya. Ada saja karenah Faiq yang membuatkan Qisya pening kepala. Mujurlah ada Mak Inang membantu menjaga Faiq.

Namun malang tidak berbau. Episod duka mula menyelubungi pasangan ini. Faiq lemas di kolam renang. Hilang sudah tawa ria kanak-kanak kecil yang bernama Faiq menghiasi hidup pasangan Qisya-Ziyad. Dipanggil Tuhan di dalam usia yang muda. Baik Qisya mahupun Ziyad masing-masing masih tidak dapat menerima ketiadaan Faiq. Namun itulah ketentuan yang harus diterima.


Keadaan menjadi bertambah lara bila Ziyad mula menyalahkan Qisya di atas kematian Faiq. Bagi saya ianya sesuatu yang sama sekali tidak patut dilakukan oleh seorang suami yang beriman. Hangat juga hati saya bila Ziyad terus menerus memboikot Qisya. Tidak tahukah Ziyad yang Qisya sedang mengandungkan anak mereka yang kedua dan memerlukan ketenangan serta sokongan dari seorang suami? oh, Ziyad tidak tahu rupanya. Perlakuan Ziyad benar-benar membuatkan Qisya berjauh hati. Qisya membawa diri pulang ke rumah orang tuanya dengan harapan suatu hari Ziyad akan datang menjemputnya bila kemarahannya sudah reda. Kalau tidak pun sekurang-kurangnya menelefonnya. Namun tujuh bulan berlalu semuanya hampa. Ziyad masih berdiam diri melayan amarahnya. Membiarkan Qisya sendirian melayan duka bersama anak kedua mereka yang masih di dalam kandungan. Teganya seorang suami.

Kekerasan Ziyad memaksa Qisya meninggalkan anak kedua mereka di pintu rumah Ziyad setelah melahirkan. Walaupun kuat kasih sayang Qisya untuk Firyal, namun Qisya rela berpisah demi untuk menebus semula 'kesalahan' yang tidak dilakukannya terhadap Faiq dan Ziyad. Memandang ke arah bayi itu Ziyad dapat melihat wajah Faiq dan Qisya. Ziyad mula mengesyaki sesuatu. Ditambah pula ada sepucuk surat memberitahu bahawa nama bayi tersebut adalah Firyal Ibtisam, nama yang pernah dicadangkan oleh Qisya untuk bakal anak-anak mereka. Ziyad mengandaikan sekiranya Firyal adalah anaknya. Tapi di mana Qisya? Bibit rindu terhadap Qisya mula menyinggah di ruang hati. Di mana gerangan Qisya sedang bersembunyi kala ini? Kasihan Qisya.

................................................................................................

>Empat tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi me rawat luka di hati. Biarpun sukar, dia masih mengharapkan kemaafan Ziyad Fallah.

Namun, suaminya itu tetap meletakkan ke salahan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yang tidak merintih setelah kehilangan satu-satu nya permata hati? Pemergian Faiq yang dijemput ILAHI benar-benar meragut kebahagiaan dia dan Ziyad.

Keegoan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri. Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendirian sehinggalah zuriat kedua mereka lahir ke dunia. Walaupun hatinya berat, Qisya berkorban sekali lagi tatkala dia sengaja meninggalkan bayi comel yang baru dilahirkannya itu di kediaman Ziyad. Dia rela berpisah dengan Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu.

Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala bayangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap relung nadinya masih sarat dengan rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu.













Baca Selanjutnya..

Monday, February 15, 2010

Engkau Memang Cantik











Tajuk Buku : Engkau Memang Cantik
Penulis : Burhan Sodiq
Penerbit : Kemilau Publika
Terbitan : 2010
Halaman : 156 mukasurat
Harga : rm15.00


Menjadi muslimah adalah anugerah yang paling indah.

Peribadi muslimah sejati akan memberi impak kepada dunia, dan selalu memberi makna bagi sesama muslim.

Banyak pembaca yang merasa bahawa dirinya tidak memiliki segalanya.

Mereka kecut jiwanya dan merasa tidak ada kelebihan apapun.

Hidup mereka terasa hampa dan tidak punya tenaga untuk bangkit dari kegagalan yang menimpanya.

Hal ini tentu saja menggelisahkan hati dan mengundahkan fikiran.

Harus ada usaha untuk memberi kefahaman bahawa para muslimah itu sudah memiliki banyak makna selama ini bagi umatnya.

Dunia yang sedemikian luas sedia menghamparkan sebuah tanggungjawab besar, bahawa muslimah harus berani tampil di medan dakwah.

Antara mereka sudah memulai dengan langkah kecil yang begitu bererti. Namun kemudian muncul masalah bahawa muslimah-muslimah tersebut tidak professional dalam berperanan.

Mereka berdiri di satu titik dan meninggalkan titik lainnya.

Maka buku ini hadir sebagai sebuah nasihat bagi kita semua.

Nasihat yang akan menjadi begitu berharga bagi kelangsungan dakwah Islam pada masa yang akan datang.

Kerana kita tidak pernah tahu, di tangan siapakah kejayaan Islam ini akan dimenangkan.

Banyak kritik, bukti perhatian, banyak masukan bukti kasih sayang.

Jangan jemu dan jangan letih menasihati.



Baca Selanjutnya..

Saturday, February 13, 2010

Ranting Cinta Si Plato










Tajuk Novel : Ranting Cinta Si Plato
Karya : Norhayati Ibrahim
Penerbit : NB Kara
Terbitan : 2010
Halaman : 717 mukasurat
Harga : rm25.90


Karya NB sejak kebelakangan ini agak tebal-tebal belaka. Seperti biasa bila membaca cerita dari NB saya akan membayangkan watak heroin yang pasti saaaamaaaaaaa semuanya. Kali ini pun sama. Seorang yang berfikiran terbuka, tak mudah melatah dan penyabar. Cuma situasinya saja yang berbeza. Dan satu lagi, kalau pasal watak jahat, terang-terang NB akan bercakap pasal keburukannya saja. Bercerita pun pasal keburukan saja. Samalah juga dalam cerita ini. Watak Rosni, Liza dan Alfian akan digarap dengan jelas supaya pembaca dapat menggambarkan perangai tak baik mereka. Kasihan sungguh.

Pertemuan Doktor Muaz dengan Sofea membibitkan suatu perasaan yang berlainan di jiwa Muaz. Namun dirahsiakan saja memandangkan mereka baru saja berkenalan. Dapat berkongsi cerita tentang karenah pesakit dan makan tengahari bersama Sofea amat membuatkan Muaz terhibur. Apatah lagi sudah berbelas tahun hidup merantau di negara asing membuatkan Muaz semakin teringatkan tanahair dan adiknya Dian. Perhubungan mesra Muaz-Sofea menimbulkan rasa cemburu di hati Rosni yang menyangka Muaz adalah kekasihnya.

Setelah pulang ke Malaysia, Alfian menuntut janji Sofea untuk berkahwin. Penyatuan dua jiwa ini seakan tiada keserasian. Selalu saja bertengkar. Ada saja kata-kata Sofea yang menyakitkan hati Alfian. Ada juga luahan rasa Alfian yang menimbulkan rasa tidak senang di hati Sofea. Kerana cinta punya pasal Sofea berkahwin juga dengan Alfian. Sepanjang perkahwinan pun mereka sering bertengkar dan bersyak wasangka. Tambahan pula Alfian selalu saja tidak ada di rumah. Kerja sebagai jurutera menuntutnya untuk selalu saja bekerja di luar daerah. Meninggalkan Sofea keseorangan. Yang menjadi kemusykilannya pada hari minggu pun Alfian terpaksa bekerja? Ada udang di sebalik batu ke? Semuanya kemusykilan terbongkar apabila Alfian terlibat dalam kemalangan dan menemui ajal.

Cerita Muaz pula, dia pulang ke Malaysia untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang abang terhadap adiknya yang satu, Dian. Walaupun masih belajar Dian sudah pandai bermain cinta dengan Kyrel yang akhirnya menjadi suaminya. Setelah Dian berumahtangga, Mak Uda selalu saja menyuruh Muaz pula berkahwin. Tapi dengan siapa? Muaz tidak ada pilihan hati yang tepat untuk mendirikan rumahtangga. Kasihan Muaz. Asal bertemu wanita saja, pasti wanita itu kaki kontrol, kuat cemburu dan membosankan. Semua wanita yang ditemuinya tidak memenuhi ciri-ciri yang yang menjadi idaman hati. Kecuali.... Sofea. Di mana dia nak cari wanita itu di atas mukabumi ini?

Sedih, pilu, rasa kehilangan, seperti langit ini sudah gelap gelita tiada dahan untuk bergantung, tidur bagaikan jaga, jaga bagaikan mimpi.. mungkin itu yang dirasai Sofea setelah kehilangan Alfian. Meratapi kehilangan Alfian adalah kerja Sofea sehari-hari. Setiap petang mengunjungi pusara arwah. Sofea menyedari adanya pusara lain yang baru dihuni tidak berjauhan darinya. Tidak jauh dari situ juga Muaz mensedekahkan ayat-ayat suci di pusara adiknya. Sesekali memandang ke arah Sofea, Muaz seperti mengenali wanita itu. Setelah lebih kurang lima tahun barulah Tuhan mempertemukan mereka berdua tetapi di situasi yang seperti ini? Di saat masing-masing dilanda kesedihan kerana kehilangan orang tersayang. Mungkin akhirnya si Plato telah menjumpai ranting cinta yang ditinggalkan di hutan tempoh hari.

.............................................................................................

Sukar menerima hakikat si suami pergi tak kembali. Hati Sofea galau dan ganar. Separuh nyawanya terasa melayang. Bagi dia, Alfian, si suami terlalu muda untuk mati. Namun cerita yang terbongkar selepas kematian Alfian, membuat hatinya luka parah.

Dalam melayan duka lara, Muaz muncul seperti kilatan cahaya. Lelaki yang bertahun dahulu pernah menaruh hati padanya. Lelaki yang sering berdoa, akan berjumpa semula ranting cinta yang tertinggal di belakang.

Tidak mudah hati Sofea akan berubah, tidak mudah cinta akan beralih arah. Tetapi Sofea sedar cerita kelam yang ditinggalkan Alfian harus dipadam.. Dia harus bangkit, berdiri semula dan melupuskan segala ingatan pada yang menyakitkan.






Baca Selanjutnya..

Thursday, February 11, 2010

Terbanglah Sayang











Tajuk Novel : Terbanglah Sayang
Karya : Aina Emir
Penerbit : KarnaDya
Terbitan : 2010
Halaman : 568 mukasurat
Harga : rm23.90




Karya Aina Emir semestinya menjadi novel wajib untuk saya baca. Balik dari bershopping buku semalam terus saya capai novel ini untuk dibaca. Seperti yang sudah dijangkakan bila sudah mula memang susah untuk berhenti membaca. Saya suka dengan penyampaian ceritanya kali ini. Lancar, kemas dan susah bosan. Walaupun sudah tentunya banyak 'twist' dan 'koner baring'. Dari awal hingga ke akhir mukasurat memang tidak menghampakan. Kalau dalam novel Matahariku di permulaan cerita diselitkan slot pengenalan yang panjang dan agak meleret. Slot pemanasan enjin kata sahabat saya, Ola. Dalam novel ini penulis menggunakan pendekatan berbeza. Di awal cerita hanya ada sedikit saja omelan tentang Inaz lalu terus disambung dengan insiden yang melucukan dan babak pertemuan dua jiwa. Tetapi persamaan dalam kedua-dua novel ini ialah dua-duanya ada kejutan dan 'twist' yang tidak disangka-sangka. Dua-duanya ada kawin segera! Bukan kena tangkap khalwat ye. Tapi kawin mengejut. Hebat sungguh idea penulis ni.

Pada mulanya saya menyangka cerita ini mengenai si Inaz yang 'desperately need a boyfriend' tetapi rupa-rupanya pasal Fiya si doktor manis yang selalu mengalah untuk Inaz. Inaz dan Fiya bersahabat baik dan amat rapat sekali sehingga digelar kembar. Walaupun 'kembar' tetapi perwatakan, hobi dan cita-cita jauh berbeza antara satu sama lain. Ada sebab kenapa mereka rapat sebenarnya. Perhatian yang diberi lama kelamaan membuatkan Inaz bergantung pada Fiya. Walaupun mereka rapat Fiya selalu mendahului Inaz dalam apa sekalipun. Ini membuatkan ada perasaan cemburu di dalam diri Inaz. Apatah lagi bila dia tahu Fiya sudah ada kekasih hati, Fariz, sementara dia pula masih kekosongan.

Pertemuan dengan si jejaka macho, Mejar Arash, menarik perhatian Inaz untuk mencuba nasib. Aduhai, meluat rasanya bila Inaz seperti terdesak untuk mengenali Arash sehingga sanggup memberi amaran kepada Fiya dan kawan-kawan lain bahawa Arash adalah untuknya. Sedangkan Arash biasa-biasa saja. Sebenarnya Arash merasa senang bila berbicara dengan Fiya. Dengan Fiya Arash dapat meluahkan segala-gala kisah suka duka yang terbuku di hatinya. Namun tidak dengan Inaz. Harapan untuk lebih mendekati Fiya terhenti di tengah jalan bila mendapat tahu Fiya akan berkahwin dengan Fariz. Alamak!

Persiapan untuk perkahwinan Fiya - Fariz sudah siap diaturkan. Hanya menunggu hari saja lagi. Selang beberapa hari perkahwinan menjelang Fiya dihubungi Fariz memberitahu yang mereka tak jadi kawin. Jeng jeng jeeeng.... Apa sudah jadi? Kenapa Fariz tak jadi kawin dengan Fiya? Fariz tak dapat nak bagitahu. Selepas itu Fariz sudah tidak dapat dihubungi lagi. Kesian Fiya, malu dengan ibubapa, keluarga dan para jemputan yang akan menghadiri hari bersejarah itu nanti.

Selepas ini banyak peristiwa yang tidak diduga berlaku ke atas Fiya, Fariz, Inaz dan Arash. Semput kalau nak diringkaskan semuanya di sini. Adalah lebih seronok jika anda sendiri menghayati novel ini. Pasti akan bulat mata membaca kisah 'adventure' bercampur romantis Fiya-Arash. Apa-apa pun sekalung tahniah untuk penulis.

...................................................................................

Best Friends Forever (BFF)… merupakan ungkapan yang sering diucapkan dua orang teman baik, juga merupakan sepupu berwajah seiras. Serupa tapi tak sama. Inaz dan Fiya atau Shafinaz dan Lutfiya Zahra, yang sering mendapat gelaran ‘kembar’; ke mana-mana sahaja, mereka selalu berdua. Saling menyayangi, saling menolong dan saling bergantung.

Pun begitu, mereka bagaikan sedang dalam satu pertandingan untuk merebut sebuah trofi. Tanpa disedari, perasaan cemburu terbit di sanubari, masing-masing berentap untuk berada di depan.

Inaz, suka yang rancak dan kecoh, sedang mencari seseorang yang baik budi, menambat hati. Suka kepada yang bertubuh ‘tegap’… asal tidak mengingatkan kepada ayahnya. Dia juga sensitif dan pernah berdepan dengan tekanan. Mampukah Inaz mencari apa yang diimpikan?

Fiya pula, seorang yang pintar, suka kepada ‘nature’, minat aktiviti lasak, sayang kepada haiwan, sudah pun mendapat teman dan kini berada di depan. Mungkin kerana itu, Fiya dan Inaz bagaikan sedang bercakaran.

Munawarah dan Melissa, teman baik yang cuba jadi orang tengah, penasihat… mungkin juga pembelot?

Pertemuan Inaz, Fiya, Muna dan Mel… dengan empat orang jejaka di atas gunung legenda, membawa satu perubahan hidup dan mewujudkan pelbagai soalan dan teka-teki.

Novel ini akan temukan pembaca dengan pelbagai karakter yang berbeza kerjaya, mendekatkan kita kepada wira-wira negara, yang mungkin sebelum ini tak pernah kita kenali. Merasai apa yang dirasai oleh seorang anak angkat yang cuba mencari identiti diri. Siapakah agaknya yang menjadi burung rajawali, penuh perasaan tinggi diri, yang akhirnya terpaksa lakukan transformasi?

Sukarkah untuk menerima kekalahan dan payahkah untuk meluahkan perasaan? Sama-samalah menyelami dan menghayati kisah suka duka kehidupan mereka yang bergelar insan, yang disusun indah dalam novel Terbanglah Sayang.




Baca Selanjutnya..

Friday, February 5, 2010

Wasiat Luqman al-Hakim











Tajuk Buku : Wasiat Luqman Al-Hakim
Penulis : Ustaz Ahmad Hasan Mohd. Nazam
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
Terbitan : 2009
Halaman : 164 mukasurat
Harga : rm20.00


Wasiat Luqman Al-Hakim kepada anaknya seperti yang terdapat dalam surah Luqman sering dijadikan rujukan untuk mencari bahan guna mendidik anak-anak.

Bukan sahaja berguna bagi anak-anak, malah wasiat atau nasihat ini berguna untuk panduan seluruh umat sejagat.

Malah ayat-ayat 12 hingga 19 surah Luqman ini adalah sumber rujukan yang paling popular.

Apa pun buku WASIAT LUQMAN AL-HAKIM ini menyorot dengan panjang lebar tentang isi pengajaran kepada kata-kata Luqman Al-Hakim kepada anaknya.


WASIAT LUKMAN AL HAKIM KEPADA ANAKNYA

· Wahai anakku ! Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari.

· Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman.

· Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.

· Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.

· Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.

· Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

· Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu.

· Wahai anakku ! Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia.

· Wahai anakku ! Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat.

· Wahai anakku ! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak.

· Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan.

· Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah.

· Wahai anakku ! Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokkan dunia sahaja.

· Wahai anakku ! Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita segar.

· Wahai anakku ! Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.

· Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.

· Wahai anakku ! Jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.

· Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah.

Bagaimana Menggunakan Buku Ini
* Hafalkan surah Luqman ayat 12-19. Minta anak-anak anda menghafalnya.
* Apabila telah hafal baca dengan kuat dalam solat Subuh, Maghrib dan Isyak.
* Fahamkan maknanya dan pengajarannya.
* Jadikan bahan dalam buku ini sebagai tazkirah.
* Ambil bahan dari buku ini untuk mengisi blog dan laman web anda serta anak-anak anda.
* Hadiahkan buku ini kepada anak-anak, anak buah dan pelajar, kepada bos, kakitangan di pejabat atau dalam organisasi.
* Sebagai hadiah untuk pengantin baru.
* Ulang baca berkali-kali.







Baca Selanjutnya..

Monday, February 1, 2010

Cinta Datang Lagi











Tajuk Novel : Cinta Datang Lagi
Karya : Bikar Nur Idris
Penerbit : Alaf 21
Terbitan : 2009
Halaman : 440 mukasurat
Harga : rm17.00

Sudah lama saya tidak membaca karya dari penulis ini. Ingat lagi novel pertama yang saya baca karya beliau ialah Princess keluaran Rhythm Publications. Gaya penulisan beliau memang kena dengan selera remaja-remaja sekolah. Bagi saya yang sudah meningkat dewasa ni mungkin akan terasa kurang menyengat. Dan saya rasa novel ini pun lebih kurang sama penyampaiannya dengan novel Princess. Target untuk remaja-remaja sekolah. Namun saya kurang setuju bila ada diselitkan adegan-adegan yang agak 'daring' dan kurang sesuai untuk dibaca oleh remaja-remaja kita. Saya sendiri merasa kurang selesa membaca adegan-adegan yang sebegitu.

Masih mengekalkan tema cinta dua insan. Fariz bertemu buat pertama kali dengan Raisya di hari persandingan kekasih masing-masing. Berkenalan dan berkongsi lara kerana ditinggalkan kekasih membuatkan kedua-duanya serasi. Namun niat Fariz mendampingi Raisya ada maksud di sebaliknya yang tanpa diketahui Raisya. Di kala Raisya sudah bersedia untuk menyerahkan hatinya untuk Fariz tiba-tiba sesuatu yang di luar dugaan telah membongkarkan segalanya. Raisya terkecewa lagi. Ternyata Fariz hanya mempermainkan dirinya sama seperti Jaspal. Namun di saat rahsianya terbongkar hati Fariz sudah berbelah bagi. Perasaan sayang untuk Raisya mula mengisi ruang hati. Untuk apa harus dia mengejar cinta Shereen yang tak pasti sedangkan di hadapan matanya dia dapat menggapai cinta Raisya?

...................................................................................
Cinta bukan sekadar ungkapan kata-kata. Tetapi cinta adalah kejujuran, keikhlasan dan pengorbanan utk org yg dicintai. Itulah tanggapan Raisya selama ini terhadap cinta Jaspal. Namun, dia hampa bila lelaki itu memilih gadis lain sbg isteri.

Bukan Raisya seorg yg kecewa. Fariz juga turut terluka bila Shereen, gadis pujaannya menjadi milik lelaki lain. Yg anehnya... mereka hadir menyaksikan perkahwinan bekas kekasih masing2 dlm majlis yg sama. Satu kebetulan yg kemudiannya melorongkan 2 hati yg derita ini menjadi akrab.

Tetapi Raisya sering menjauh kerana takut dikecewakan lagi. Fariz pula tak jemu memujuk, kononnya cinta sejati akan datang sekali lagi. Di saat Raisya menyerahkan hatinya kepada Fariz, pecah rahsia, rupanya lelaki itu mendekatinya utk memiliki Shereen semula. Dan Raisya pula akan mendapat Jaspal kembali. Inikah namanya pengorbanan cinta?

Namun bagi Fariz, Shereen cuma kenangan silamnya. Dia sudah terpaut pada Raisya sejak pertemuan pertama mereka. Tapi dapatkan dia meyakinkan Raisya bahawa cinta mereka ada penghujungnya?


Baca Selanjutnya..
Blog Widget by LinkWithin