Tuesday, January 27, 2009

Antara Dendam Dengan Perjuangan - Ali Jusoh

Tajuk Novel : Antara Dendam Dengan Perjuangan
Karya : Ali Jusoh
Penerbit : Dewan Bahasa & Pustaka
Terbitan : 2007

Rancangan Klipod memang hebat. Dia mahu membentuk Zaki Hamidon mengikut acuan Inggeris. Dia mahu melihat Zaki Hamidon meracuni bangsanya sendiri, malah menjadi musuh kepada perjuangan ayah kandungnya, seorang pahlawan Melayu terbilang. Permusuhan dalam perjuangan demi mempertahankan maruah bangsa akhirnya bertukar menajdi dendam peribadi. Perjuangan dalam dendam yang tidak berkesudahan itu akhirnya mengundang "Aku" menjadi pelarian kerana diburu oleh Inggeris selama bertahun-tahun.

Dapatkah Klipod mencapai impiannya untuk menjajah seluruh pemikiran bangsa Melayu di tanah air tercinta ini? Dan, dapatkah Zaki Hamidon memenuhi impian Klipod sebelum dia menutup mata di pangkuan ayah kandungnya sendiri, yang tidak pernah dikenalinya sejak kecil?

Novel Antara Dendam dengan Perjaungan menjawab persoalan ini. Sebuah novel sejarah yang akan mengingatkan kita kepada sejarah perjuangan bangsa Melayu ketika menentang penjajah. Novel sejarah yang dipaparkan dalam bentuk kreatif ini memang ditunggu-tunggu untuk tatapan generasi masa kini.
......................................................................................................................

Baca Selanjutnya..

Monday, January 26, 2009

Dya

Usai menunaikan solat subuh aku menyedari anak perempuanku sudah terduduk bersimpuh di katilnya. Matanya berkelip-kelip seperti cuba memikirkan atau mengingati sesuatu. Sesekali dia mencium telapak tangannya sendiri. Aku kehairan.

"Kenapa, Dya?" sapaku.

Seketika anakku berdiam tapi tak lama itu dia berkata.

"Ma, Dya mimpi cium abah."

Aku memandang tajam separuh terkejut pada anak perempuanku meminta dia meneruskan cerita.

"Dya mimpi abah datang masa Dya nak ke sekolah. Macam selalu sebelum ke sekolah, Dya salam dan cium kedua pipi abah. Tadi pun Dya salam abah dan cium pipi abah. Abah peluk Dya, ma. Sekarang ni pun masih melekat lagi bau wangi abah di tapak tangan Dya. Ni.. Dya bau abah, ma. Dya bau abah...."

Aduhai anakku... belum surut lagi sarat rindumu pada si ayah rupanya.

Baca Selanjutnya..

Saturday, January 24, 2009

Jalan Pulang - Anas K.Hadimaja












Tajuk Novel : Jalan Pulang
Karya : Anas K. Hadimaja
Penerbit : Dewan Bahasa & Pustaka
Terbitan : 2007

Satu-satunya kesilapan Saufi adalah kerana dia menggoyahkan dogma agamanya. dia mempertikaikan dan menafikan hukum-hakam agama yang pernah dipelajarinya.

Jiwanya memberontak semahu-mahunya sebagai tanda protesnya terhadap realiti kehidupannya yang penuh bermasalah : kewangan, cinta dan adik beradik yang tamak akan harta. Semua ini bersatu dalam dirinya hingga menjadikan kehidupannya bertambah liar.

Akan tetapi, sebagi pemuda yang petah berpidato, berbakat besar dalam penulisan, Saufi tidak upaya membohongi suara hatinya yang sering membisikkan kepadanya agar mencari jalan pulang. Pulang ke pangkalan untuk memmulakan perjalanan baharu yang berlandaskan agama setelah sekian lama membiarkan nafsu menghanyutkan dirinya. Akankah Saufi temui jalan pulang itu?

.........................................................................................................................

Sebuah novel yang menarik. Penuh dengan mesej untuk disampaikan kepada pembaca dan ianya digarap dengan begitu berkesan sekali. Mengisahkan seorang Saufi yang kacak dan kaki perempuan telah menyimpang jauh dari landasan hidup. Perangainya semakin meliar dan bersifat memberontak itu suka melawan cakap pensyarah di kolejnya, melanggar undang-undang dan akhirnya dia lari dari kolej.

Saufi amat beruntung kerana walaupun telah menyimpang jauh namun masih mempunyai sahabat-sahabat yang selalu membahas dan berdebat dengannya tentang apa saja perbuatan Saufi yang dianggap salah lantaran Saufi sebenarnya seorang yang bijak dan petah berpidato. Akhirnya dia mendengar juga suara hatinya yang selalu berbisik supaya dia berubah.

Cerita ini mengajak kita mengenali diri sendiri dan merenung ke dalam diri, perihal cita-cita dan perjalanan hidup kita. Sejauh mana segala pegangan dan kepercayaan kita itu lahir dari hati yang ikhlas dan jujur.

Baca Selanjutnya..

Andai Malaysia Diserang... Anda Larikah??

Dari kengkawan Buat renungan...

Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain....
Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau
diserang oleh askar kafir..... kita sering mendengar pemimpin-pemimpin kita
menggunakan modal seperti ini.." Kita patut bersyukur Malaysia aman
dan damai...." Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah
ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika
ia sedang berlaku.

Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuba kita berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara Islam yang lain pula jadi macam kita?

MALAYSIA DISERANG ???
untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa.
(Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)

AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas.. ada pejuang Hizbullah
terlepas ke malaysia ...lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya
(CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal
selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera
untuk menyerang malaysia ...

AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan
sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan
PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu
pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel
menyerang Lubnan dan Palestin.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera
Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang
Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada
Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada
Pengganas Jemaah Islamiah.

Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi
suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan
Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita... YB
Wakil Rakyat... Parlimen dan ADUN... Tauke-tauke Cina yang kaya...
semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.

Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab... Khalifah Ali Abi Thalib... Khalifah Khalid Al-Walid... Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi... yang sanggup berada di barisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.

SAAT Peperangan bermula....

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-
negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom...melancar peluru
berpandu... membedil...menembak Rakyat Malaysia...mereka membunuh orang tua,
perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita...sama seperti
Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!
AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran.
Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis,
Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi
pesawat musuh silih berganti.... .

Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom
Kelantan, Terengganu, Pahang....datang lagi pesawat musuh silih
berganti.... Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO...
diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang
udaranya... menghujani bom-bom dan roket...kemudian Johor dan Negeri
Sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah....Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari
bahagian Utara...tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda...
menentang pintu rumah anda....anda bersama dengan isteri yang sarat
mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah...

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun
anda depan mata anda...sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat
Islam Bosnia ...muncung senapang ditujukan di kepala anda...
Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya
2006...diajukan muncung senapang...

DAMMMMMM...anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera
bersekutu...

Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak.. anda tidak mempunyai perasaan apa-apa... sekarang berlaku kepada diri sendiri... baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata.....

Anda menangis ketakutan... .

Tentera bersekutu merampas isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak...untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati....tetapi umur anda masih panjang....anda masih hidup...anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri....

Anda mengalirkan air mata... INGAT AKAN ALLAH....

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini
tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan
negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba
hari ini diuji berlaku peperangan.

Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman telah cabut lari
menghilangkan diri.. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini....
Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata...
Anak kecil ditembak didepan mata...
Isteri dirampas untuk diperkosa... . didepan mata!!!!
kawan-kawan. ..sahabat taulan... ramai yang terkorban..
dan tidak kurang juga yang cedera parahh..

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat
orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua
dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri...mereka tidak
bernasib baik seperti anda...

Diatas bukit itu juga...anda melihat beribu-ribu tentera bersekutu
berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam
yang masih selamat... menggeledah setiap ruang yang ada untuk memburu
Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah... tetapi umat Islam lain
yang jadi mangsa...
Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua
dengan tentera bersekutu nanti....

Apa yang anda Harapkan pada masa itu????

Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali...
BANTUAN ALLAH....
BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH...

ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN
KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA ... ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA
DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA
MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA,
SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG
LAINNNNNN... ..BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI......

Tetapi tunggu punya tunggu.... bantuan ketenteraan tidak kunjung
tiba...

ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN
menyatakan:

"Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang
Malaysia " (Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)

"Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas
tamat perang nanti...setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh
tentera bersekutu"(Presiden NAM )

"Alhamdulillah. .. Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan
negara Malaysia yang dilanda peperangan.. .Kita semua patut
bersyukur... kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali
dalam suasana yang aman harmoni", Presiden Indonesia- Negara Umat
Islam paling ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)

"Tak apa... selepas peperangan tamat... Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia " (Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand )

"Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk
Islam Malaysia yang dilanda peperangan" (Pemimpin Arab Saudi)..

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??

fikir-fikirkan. ......

Baca Selanjutnya..

Pengajian Di Seberang Lautan

Malam ini saya memilih untuk mendengar lagu-lagu 70an dendangan Sharifah Aini. Antara lagu yang menjadi sasaran saya ialah lagu Pengajian Di Seberang Lautan.

Teringat sewaktu berada di negeri orang bertahun yang lalu. Penuh dengan kenangan indah dan manis.. yang indah saja saya akan ingat. Tak mahu layan yang sedih-sedih..

Skarang ni kalau teringat zaman lampau saya belek album gambar dulu-dulu. Adakala saya tersenyum sendirian apabila terimbas kembali kenangan-kenangan lalu. Niat di hati nak juga saya kembali menziarahi tempat-tempat 'bersejarah' untuk diri ini suatu ketika dulu tetapi oleh kerana keadaan dan kewangan yang tidak mengizinkan terpaksa pendam di hati saja lah.


Sharifah Aini - Pengajian Di Seberang Lautan

indahnya
kenangan di luar negeri
dua tahun aku belajar di sana

gembira
di sana ku banyak teman
tinggal bersama keluarga angkatku

oh alangkah riangnya
stiap hujung minggu
ku dibawa berjalan oleh keluarga angkatku

pergi membeli belah
lawat tempat sejarah
kadang pergi berkelah di pulau yang indah

oh sejuknya
bila musim salji tiba
bertaburan indah dan putih warnanya

cantiknya
pandangan di musim bunga
merah kuning berbagai jenisnya

tamat pengajianku
daku akan kembali menemui keluarga
yang sangat kucintai

tak dapat ku tahankan
airmata mengalir
di saat perpisahan di lapangan terbang

la la la la la la

sungguh keluarga gembira
sambut kepulanganku
ijazah kubawa tanda kejayaanku

masa terus berlalu
tak dapat kulupakan semasa belajar di seberang lautan



Baca Selanjutnya..

Friday, January 23, 2009

Penyakit Tak Ingat @ Lupa

Al-Quddus, salah satu Asma'ul Husna sebutan Nama Allah, yang bererti Dia yang bebas dari segala kesalahan, kelupaan. Bebas dari ketidakmampuan serta berbagai macam kekurangan. Semua sifat yang dimiliki Allah berbanding terbalik dengan sifat manusia, yang salah satunya tak ingat atau lupa!

Lupa maknanya tak ingat atau hilang ingatan, samada secara sementara ataupun kekal. Ia juga dikenali sebagai Amnesia. Lupa, adalah sifat manusia. Orang yang lupa dikatakan manusiawi. Tingkatan lupa inilah yang membezakan orang itu pandai, cerdas, bijak atau bodoh. Nabi atau Rasul Allah, diberikan kelebihan olehNya, kerana itu nabi atau rasul dikenali sebagai pandai atau pun tidak pelupa.

Adakah sifat lupa ini menguntungkan atau merugikan manusia? Di era ilmu pengetahuan yang serba canggih ini, dengan adanya sistem komputer misalnya kita tidak lagi mengalami kesulitan untuk mencari semula 'file' atau dokumen bila suatu ketika kita 'lupa' terhadap 'files' yang kita buat semalam, bahkan beberapa tahun yang lalu. Itu semua kerana adanya 'memory' di dalam sistem komputer yang berupaya menyimpan data dalam files tersebut. Kita juga boleh membuka 'history' untuk melihat kembali 'sites' yang kita buka beberapa ketika yang lalu samada semalam, minggu lepas, bahkan bulan lepas. Subhanallah! Kalau manusia saja sudah begitu mudahnya dapat mencipta perkara yang begini canggih, bagaimana pula dengan Allah SWT sebagai 'Maha Pencipta'?


Sebagai Yang Maha Pencipta, Allah Maha Tahu akan kekurangan atau kelemahan yang dimiliki makhlukNya. Kerana itu Ia menyediakan peraturan-peraturan tertentu berkenaan dengan hubungan 'ubudiyah', hubungan antara manusia dengan Yang Khaliq. Contohnya, jika kita sedang berpuasa, lalu kerana terlupa, kita telah dengan tidak sengaja minum atau makan sesuatu, Allah SWT telah memberikan kemudahan akan 'kesalahan' ini, dengan tidak terbatalnya puasa yang dikerjakan itu. Dalam melaksanakan solat, jika kita terlupa mengerjakan salah satu rukun solat atau terlupa membaca bacaan dalam satu rukun, kita diberikan kemudahan olehNya dengan melakukan sujud Sahwi.

Apabila usia sudah meningkat tua, kita juga akan mengalami kemunduran daya ingat, iaitu nyanyuk. Ia juga dikenali sebagai 'Dementia Senilis'. Untuk perkara ini, Allah juga memberikan kemudahan pada makhlukNya dengan tidak 'dicatatnya' segala amalan buruknya hingga keadaannya kembali pulih, sebagaimana orang sakit jiwa.

Kita akan mudah terkena penyakit lupa atau hilang daya ingatan ini atas beberapa faktor. Di antaranya, trauma (kecelakaan), penyakit jiwa (psikologis), serta penuaan. Trauma mampu menyebabkan orang lupa, kerana goncangan yang berlaku di otak sebagai pusat susunan saraf. Ini termasuklah pusat fungsi memori. Demikian halnya dengan penyakit, misalnya tumor otak, hipertensi, atau stroke. Semua ini menyebabkan terganggunya fungsi memori. Gangguan psikologi juga tidak kurang penting peranannya dalam hal ini. Stres yang berpanjangan membuat orang tidak mampu menumpukan perhatian, sehingga lupa mengingati hal-hal yang bahkan baru saja terjadi. faktor penuaan pula, kerana jaringan-jaringan dalam tubuh manusia mengalami proses kemunduran fungsi tubuh, termasuk otak.

Sepertimana pisau, pada dasarnya daya ingat manusia itu mampu dilatih. Demikian pendapat para ahli. Semakin diasah pisau itu akan menjadi semakin tajam, semakin mudah dipakai untuk memotong. Semakin banyak kita gunakan otak kita untuk melakukan aktiviti, menyelesaikan masalah, membaca, mengira, semakin tajam daya ingatan kita. Kerana itu Rasulullah Muhammad SAW menganjurkan kita untuk selalu melakukan ibadat berzikir, mengingati Allah, untuk melatih ketajaman memori kita, agar tidak diberikan 'kelupaan' oleh Allah yang pada akhirnya akan merugikan diri kita. Allah perintahkan kita untuk berzikir paling tidak paling kurang sebanyak 5 kali sehari (sesudah solat fardu) agar daya ingat kita kepadaNya tidak luntur atau 'tumpul'. Semakin sering kita berzikir, semakin dekat hubungan kita dengan Allah. Dalam sebuah hadis disebutkan kekerapan berzikir akan dapat membantu kita dalam menghadapi 'sakaratul maut', kerana dalam keadaan yang demikian Allah memberikan kenikmatan kepada kita dengan 'tidak lupa' menyebut NamaNya. Subhanallah!

Tidak diciptakan segala sesuatu oleh Allah kecuali dengan hikmah. Demikian halnya dengan 'lupa'. Lupa kadang-kadang dapat kita jadikan sebagai 'nikmat' yang Allah berikan kepada kita. Bayangkan seandainya kita mampu mengingat segala kejadian yang menimpa kita sejak dalam kandungan hingga dewasa. Proses bagaimana kita dilahirkan, apakah ianya berlaku di rumah ataupun di rumah sakit. Masa-masa dimana kita mengalami rasa sakit, ngeri, dan berbagai pengalaman yang jika saja kita mampu mengingat semua itu, akan membuat kita merasa 'sedih'. Selama perjalanan hidup seseorang, tidak semua orang mengalami proses hidup yang bahagia senantiasa, suka dan duka silih berganti. Kadang kala terlalu 'menyakitkan' untuk diingati. Dalam keadaan ini sudah seharusnya kita bersyukur kita diberikan oleh Allah 'lupa' ini. Tapi jangan lupa, kerana 'lupa' hidup kita boleh 'terjerumus'. Tidak tercapai cita-cita, terganggunya hubungan dengan orang lain, terputusnya tali silaturahim, adalah sejumlah kesan negatif dari penyakit lupa ini.

Seperti contohnya sebuah gelas, yang terbatas daya tampungannya. Daya ingatan kita juga bukannya luas tak terhingga. Catatan, notebook, organizer, agenda, electronic diary, atau apapun jenis media yang membantu daya ingatan kita, akan membantu kelancaran kegiatan sehari-hari. Meski ada banyak cara untuk menghindari atau mengurangi penyakit lupa ini, namun cara yang terbaik hanya satu, sebagimana yang diajarkan Rasulullah, tak lain melainkan 'zikrullah'!

Baca Selanjutnya..

Milikmu Yang Abadi - Nazifah Halmi











Tajuk Novel : Milikmu Yang Abadi
Karya : Nazifah Halmi
Penerbit : CESB

Bisakah kau mengerti dan fahami andai hubungan ini bertukar rentak suatu hari nanti? Tatkala itu kita sama-sama meluahkan rasa yang berkurun lama terpendam...

Melati keliru, Haikal juga begitu. Dalam diam, mereka membiarkan rasa itu pergi bersama angin nan lalu. Malah kehadiran Ayuni Marissa hanyalah penyebab...

Sekuat mana mereka berlari dan cuba menafikannya semakin kuat rasa yang merajai di hati. Perlukah mereka berdusta tentang rasa cinta di hati? Namun sampai bila? Mampukah mereka membiarkan kepura-puraan dan keegoan menyaingi rasa.

Melati diulit bahagia tatkala Haikal menyunting dirinya sebagai suri di hati. Namun andai cinta itu perlukan pengorbanan dia pasrah....

.............................................................................................................................

Haikal seorang juara permainan badminton yang kacak dan diminati ramai dalam diam-diam menyimpan perasaan terhadap Melati seorang gadis biasa yang menjadi sahabatnya sejak dulu lagi. Ternyata Melati pun begitu juga. Tetapi mereka saling menyembunyikan perasaan masing-masing. Bimbang takut tak berbalas.

Rata-rata cerita ini sepertimana novel cinta yang lain yang punya rival dalam mempertahankan rasa cinta masing-masing dan akhirnya mereka dipertemukan juga. Jalan bahasanya biasa-biasa saja namun masih tetap enjoy untuk membacanya. Klimaks agak kurang berkesan. Mungkin penulis patut mencari idea atau alternatif lain supaya membuat cerita ini lebih menarik.

Baca Selanjutnya..

Wednesday, January 21, 2009

Kalau Aku Sudah Tua

Kalau aku sudah tua, bukan lagi aku yang dulunya,

Mengertilah, bersabarlah sedikit terhadap aku.

Kalau pakaianku tertumpah kopi,

Kalau aku lupa bagaimana mengikat tali kasutku,

Ingatlah bagaimana dahulu aku mengajarimu.


Kalau aku berulang-ulang berkata tentang sesuatu yang telah bosan kau dengar,

Bersabarlah mendengarnya,

Janganlah memutuskan pembicaraanku.

Ketika kau kecil,

Aku harus selalu mengulang cerita yang telah berulang kali kuceritakan agar kau tertidur.


Kalau aku memerlukanmu untuk memandikanku,

Janganlah marah padaku.

Ingatlah sewaktu kecil,

Aku harus melakukan segala macam cara untuk memujukmu agar kau mahu mandi.


Kalau aku tak paham sedikit pun tentang teknologi dan perkara baru,

Janganlah mengejekku.

Fikirkan bagaimana dahulu aku begitu sabar menjawab setiap "mengapa" darimu.


Kalau aku tak dapat berjalan,

Hulurkanlah tanganmu yang masih kuat untuk memapahku.

Sepertimana aku memapahmu saat kau belajar berjalan sewaktu kecil dahulu.


Kalau aku tiba-tiba melupakan pembicaraan kita,

Berilah aku waktu untuk mengingatinya kembali.

Sebenarnya bagiku, apa yang dibicarakan tidaklah penting,

Asalkan kau ada dan sedia mendengar di sampingku,

Aku sudah sangat berpuas hati.


Kalau kau memandang aku yang mulai meningkat tua,

Janganlah berduka.

Fahamilah aku,

Jagailah aku,

Sepertimana aku menjagamu ketika kamu mulai belajar erti sebuah kehidupan.

Waktu itu, aku memberi petunjuk bagaimana menjalani kehidupan ini.

Sekarang, temankanlah aku menjalankan sisa hidupku.

Beri aku cintamu dan kesabaranmu,

Aku akan memberikan senyum penuh rasa syukur,

Dalam senyum ini penuh sarat dengan cintaku yang tak terhingga untukmu.






Baca Selanjutnya..

Tuesday, January 20, 2009

MISI CAKNA PALESTIN

Saya tolong forwardkan rencana ini untuk pengetahuan semua khususnya saudara-saudari yang berada di Kelantan. Marilah kita sama-sama turun beramai-ramai untuk menyertai majlis amal ini. Semoga niat murni kita diberkati dan diperkenankan oleh Allah SWT.

Sempena pelancaran Tabung Amanah Cakna Palestin yang akan berlangsung pada 23 Januari 2009 ini, penganjur menyediakan agenda menarik dan mampu meninggalkan kesan di hati rakyat Kelantan tentang nasib dan penderitaan umat Islam di Palestin.



Atucara bermula seawal jam 5 petang hari berkenaan melalui Sesi Luahan dan Luahan Rasa Kekejaman Israel selama 1 jam 30 minit. Agenda ini bakal diadakan di dataran Stadium Sultan Mohamad ke IV.


Tepat jam 7.20 malam solat magrib dan solat hajat didirikan. Selesai solat berkenaan, solat ghaib untuk rakyat Palestin yang syahid ketika pertempuran diadakan dan zikir munajat selepasnya.

Kemudian, hadirin bersama-sama Tuan Guru Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menunaikan solat isyak.

Acara seterusnya dimulakan dengan persembahan video Palestin berdurasi 20 minit tepat jam 9 malam dan diikuti persembahan pantomen daripada pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Acara pembuka tirai sesi malam akan berlangsung di Padang Perdana MPKB-BRI diteruskan dengan menampilkan wakil-wakil agama dari agama Buddha, Kristian dan Hindu memberi ucapan masing-masing. Tidak ketinggalan wakil-wakil parti politik seperti UMNO, PKR dan MCA turut sama menyampaikan ucapan.

Menghampiri acara kemuncak malam gerakan amal ini, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Dato' Husam Musa membuat ucapan alua-aluan pada jam 10.30 malam.

Acara kemuncak, ucapan khas pelancaran Tabung Amanah Cakna Palestin oleh Menteri Besar pada jam 10.40 malam diikuti dengan gimik pelancaran tabung berkenaan tepat jam 11 malam.

Sebelum majlis berakhir, turut diadakan acara penyampaian sumbangan Tabung Amanah Cakna Palestin.

Majlis ini diharap menjadi simbol kesedaran dan keprihatinan rakyat negeri ini terhadap nasib umat Islam yang tertindas di Palestin yang pastinya menyentuh perasaan hadirin seterusnya menyemarakkan lagi semangat untuk membantu mereka dengan apa jua cara sekalipun.

Baca Selanjutnya..

Monday, January 19, 2009

Aku Mahu Ke New York 1 & 2 - Ain Maisarah


Tajuk Novel : Aku Mahu Ke New York 1 & 2
Karya : Ain Maisarah
Penerbit : PTS One Sdn Bhd


The Wannababes, kumpulan paling popular di Sri Bangsar sudah tidak sabar-sabar mahu menjejakkan kaki ke kota New York. Segala persiapan diatur rapi. Masing-masing menjangkakan pengalaman penuh gembira lagi bahagia. Namun tanpa diduga, sesuatu di luar jangkaan berlaku pada mereka....
..............................................................................................

Buku ini didatangkan di dalam kotak yang cantik membuatkan saya tertarik untuk membelinya. Pembeli buku berkembar ini dihadiahkan oleh penulis cenderahati penanda pintu, kalendar 2009 dan borang Pertandingan Wannababes Wannabe! Menarik sekali untuk dimiliki oleh remaja-remaja sekolah.

Kisah ini berkisar kepada sekumpulan 7 orang budak tingkatan 5 di Sekolah Sri Bangsar yang rata-rata mereka adalah terdiri dari anak orang kaya dan berpangkat yang selalu makan angin di luar negara, suka shopping barang-barang mewah dan menganggap diri merekalah yang terhebat. Mereka menamakan kumpulan mereka The Wannababes.

Untuk siri pertama The Wannababes yang teruja untuk mengikuti rombongan pertukaran pelajar sekolah ke New York selama sebulan. Oleh kerana nama mereka tidak terpilih di dalam senarai itu maka mereka pun mengatur berbagai stratergi untuk memastikan mereka tersenarai dalam pelajar-pelajar yang terpilih.

Keangkuhan mereka tidak mahu menyertai taklimat penerangan program untuk para pelajar yg terpilih untuk ke New York telah membawa padah kepada diri mereka sendiri. Rupa-rupanya mereka harus transit di Sarawak dahulu sebelum berlepas ke New York. Dalam perjalanan ke Serawak walaupun hanya mengambil masa 1 jam tetapi penuh dengan omelan dan rungutan dari The Wannababes. Ada saja komplen dan tidak puas hati yang disuarakan oleh mereka. Mereka juga tidak mahu bercampur dengan pelajar-pelajar lain yang dianggap low class dan tidak berpakaian trendy seperti mereka. Disebabkan perangai dan tingkah laku mereka yang menjengkelkan membuatkan semua pelajar sekolah Sri Bangsar hampir terlepas kapal terbang ke New York.

Dalam siri kedua pula mengisahkan The Wannababes mengatur stratergi untuk pulang ke Kuala Lumpur semula. Setelah tidak tahan tinggal di New York yang serba kekurangan itu The Wannababes bertekad untuk pulang ke KL walau apa pun halangannya. Mereka sanggup melakukan apa saja asalkan dapat balik ke KL semula.
.................................................................................................................

Buku ini memang sesuai untuk dibaca oleh golongan remaja. Malah saya yang sudah lama meninggalkan alam remaja pun merasa seronok dan enjoy membacanya. Penulis berupaya menggarap sebuah kisah menarik mengenai budak-budak sekolah yang tenggelam dengan gaya hidup serba mewah dan moden sehingga membawa kesusahan kepada diri sendiri.

Gaya bahasa yang santai, mudah difahami dan sesuai untuk tingkat pemikiran kaum remaja sangat membuat saya susah hendak berhenti membaca novel ini. Ingin mengetahui apakah kesudahan bagi cerita ini, adakah mereka berjaya sampai ke New York kota fesyen yang sangat berprestij itu. Dan akhirnya saya juga terkejut pabila mengetahui kisah sebenar di sebalik cerita ini. Saya ketawa geli hati sendiri. Ketaksuban berfesyen dan kesombongan untuk bertanya membawa padah yang tidak sudah-sudah kepada The Wannababes.

Cerita ini mengandungi banyak pengajaran kepada kaum remaja supaya tidak memandang remeh dan hina kepada kawan-kawan yang hidup dalam serba kekurangan. Walaupun The Wannababes dipandang hebat, tetapi mereka mempunyai kisah hidup pahit masing-masing yang tidak ingin dikongsi bersama walaupun di antara mereka sendiri. Dan sepanjang 30 hari tinggal di New York mereka akhirnya mempelajari sesuatu yang berguna dan berharga.

Di dalam buku ini penulis juga membuat lakaran ahli anggota The Wannababes supaya pembaca lebih teruja dan dapat menghayati sesebuah watak dengan berkesan. Untuk sesiapa yang berminat boleh lah mengunjungi laman web Ain Maisarah untuk mendapatkan lebih info tentang novel ini. Dan kini saya mula merancang untuk mendapatkan novel-novel lain tulisan Ain Maisarah. Tahniah untuk Ain Maisarah.



Baca Selanjutnya..

Friday, January 16, 2009

Tangisan Bulan Madu - Shamsiah Mohd Nor





Tajuk novel : Tangisan Bulan Madu
Penerbit : CESB
Terbitan : 2001

Menganggur setelah memerah tenaga dan membuang usia untuk mendapatkan segulung ijazah dari universiti adalah pengalaman yang menyakitkan. Amira tidak dapat memenuhi harapan keluarga, kekasihnya memutuskan cinta untuk mengahwini gaids lain, percintaannya dengan Bogatt dihalangi oleh Puan Marina yang memelih darjat. Setelah akhirnya Bogatt berjaya juga memimpin tangannya ke pelamin, mereka tidak sempat berbulan madu. Mengapa?







Tajuk : Tangisan Bulan Madu 2
Penerbit : Diwangsa Publications & Distributors
Terbitan : 2002

Bulan madunya tidak kesampaian. Bogatt lebih dahulu menemui Tuhan. Bertahun Amira cuba menyebak mimpi hiba itu. Namun semakin lama dan jauh dia pergi, kian kejap ingatannya terhadap Bogatt. Bogatt tidak pernah mati dalam hatinya. Kehadiran Razlan yang seiras Bogatt telah mengusik hati perempuannya! Siapa Razlan yang tidak dapat diterimanya itu? Mengapa setelah gadis lain mengisi kekosongan Razlan, Amira berasa kecewa?








Tajuk Novel : Tangisan Bulan Madu 3
Penerbit : Khalysa Publications & Distributors
Terbitan : 2001

Kemelut hidup Amira tidak berkesudahan. Pengalaman yang dihirup dan dugaan yang mendatang kian mematangkannya. Janji dan sumpah setianya pada Bogatt tidak pernah dilupakan. Baru sahaja hendak mengecap bahagia dengan seseorang dia dikejutkan dengan berita yang meruntun jiwa dan memamah hatinya. Siapakah lelaki yang hadir dalam hidup Amira? Azali? Razlan? Atau insan lain? dan apakah badai yang menimpanya?
Semuanya terjawab dalam novel ini.





Tajuk Novel : Tangisan Bulan Madu 4
Penerbit : Khalysa Publications & Distributors
Terbitan : 2003

Lautan mana yang tidak bergelora, bumi mana tidak ditimpa hujan? Begitulah ibaratnya kehidupan Amira dan Bada. Kerukunan bahtera hidup mereka berdua mulai bergoncang akibat beberapa faktor. Amira yang sabar, baik hati dan suka mengalah turut merasakan gegarannya. Akhirnya dia memendam perasaan dan menganggap dirinya ibarat melukut di tepi gantang di mata Bada. Razlan yang sedari dulu menyimpan kasih padanya sentiasa memberi kekuatan dan membawa sinar ceria dalam hidupnya. Sementelah kenangan bersama arwah Bogatt tetap mekar malah tidak pernah mati.

Persoalannya apakah konflik yang mereka hadapi? Mampukah Amira bertahan? Mampukah Amira menelan segala getir kehidupan? Apakah kesudahan cinta kasih Razlan yang tidak pernah surut buat Amira? Sesungguhnya ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Allah SWT. Manusia merancang Tuhan yang menentukan.

Baca Selanjutnya..

Tuesday, January 13, 2009

Setulus Hati - Rozita Abd. Wahab













Tajuk Novel : Setulus Hati
Karya : Rozita Abd Wahab
Penerbit : Alaf21

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah yang dirasai oleh Zulaikha bila mahligai cintanya bersama Zamri musnah angkara orang kedua. Meski hatinya luluh terluka, namun demi anak-anak, dia bangkit semula daripada ke kecewaan semalam untuk meneruskan hidup. Pengalaman pahit yang dilalui membuatkan Zulaikha berusaha menghindarkan diri daripada terjebak dalam percintaan.

Namun tanpa diduga, kehadiran Nik Azhan, lelaki yang pernah me nyimpan perasaan padanya dulu kembali mengocak ketenangannya. Nik Azhan berusaha untuk merebut kembali hati Zulaikha. Zulaikha sedar, lelaki itu tegar tidak mahu melepaskannya lagi buat kali kedua.

Namun, mana mungkin... kerana hatinya benar-benar telah tertutup untuk menerima cinta baru. Dia sudah penat dikecewakan! Kasih sayang dan perhatian yang diberikan Nik Azhan amat disenangi anak-anak Zulaikha yang dahagakan perhatian daripada seorang bapa. Setiap hari nama Nik Azhan meniti di bibir mereka sehingga mengusik hati Zulaikha.

Perlukah dia memaksa diri menyukai lelaki itu demi kebahagiaan anak-anaknya? Di manakah cinta Nik Azhan di sudut hatinya?
.............................................................................................................................................

Rozita Abd Wahab berjaya menyelitkan suatu rasa di hati pembaca dalam menghayati novel-novel karyanya. Novelnya kali ini mengisahkan Zulaikha dan dua orang anaknya dilanda kesedihan setelah ditinggalkan Zamri kerana wanita lain.

Dalam mengharungi hidup keseorangan pasti ada insan yang mahu mendekati. Termasuklah boss Zulaikha, Nik Azhan dan sahabat lamanya dulu Dokter Izham. Nik Azhan adalah pilihan abang Zulaikha untuk dirinya sementara Izham adalah pilihan hatinya.

Di saat kasih Zulaikha-Izham mekar, hubungan mereka diduga dengan kehadiran Luisa bersama anak-anakny yang menagih cinta Izham kembali. Walaupun terluka Zulaikha terpaksa melepaskan Izham kembali pada Luisa demi anak-anak mereka. Peluang ini digunakan oleh Zaidi untuk memujuk Zulaikha supaya menerima Nik Azham.

Cerita cinta antara Zulaikha dan Izham digarap dengan begitu cepat sekali sehingga saya merasa kurang penghayatan. Penjelasan Izham kepada Zulaikha tentang Luisa juga terlalu straight forward seperti mengejar masa. Mungkin penulis boleh menggarap situasi ini dengan lebih panjang sedikit supaya pembaca tidak merasa yang ianya cuma dijadikan alasan kenapa Izham tidak ditakdirkan untuk Zulaikha.

Namun watak Nik Azhan memang berkesan di hati. Seorang lelaki baik yang mencintai Zulaikha tanpa syarat. Menaruh hati terhadap Zulaikha sejak di zaman sekolah tetapi terpaksa berundur kerana Zulaikha mencintai lelaki lain. Kini setelah Zulaikha keseorangan dia hadir menghulurkan kasih yang tak berbelah bagi. Penulis menghadiahkan pembaca seorang lelaki yang romantis, pelindung dan penuh dengan kasih sayang. Beruntungnya Zulaikha.







Baca Selanjutnya..

Monday, January 12, 2009

Gaza

Saya menulis catatan harian kali ini bernada sedih, kesal dan marah. Catatan ini tentang kota kecil di sudut Palestin, Gaza namanya. Wilayah yang semakin hari semakin berkubur dibedil Israel. Kalau kita cari di peta dunia, tidak ada tercatat sebuah negara yang bernama Palestin. Negara itu telah diganti dengan Israel. Ya, Israel telah dicantumkan sebagai sebuah negara berdaulat di mata dunia.Sudah masuk hari ke 17 Gaza dibedil tanpa henti samada dari darat laut mahupun udara. Angka korban rakyat Palestin mencecah lebih 900 orang kematian yang rata-ratanya kanak-kanak dan orang awam, belum masuk ribuan rakyat yang luka parah lagi tu. Di akhbar-akhbar harian, di layar internet, corong-corong radio semua menceritakan betapa angka korban yang semakin hari semakin bertambah dek kerakusan tentera Israel mara membedil Gaza.

Mesyuarat demi mesyuarat, sidang demi sidang diadakan oleh hampir kesemua badan dunia untuk mencari penyelesaian terhadap konflik ini. Tanpa mempedulikan ancaman dunia Israel terus mengganas dan mendabik dada mengatakan bahawa ia tidak akan sekali-kali tunduk dengan desakan dunia.

Di saat pesta kekejaman ini berlangsung, kebanyakan penduduk dunia mengadakan demonstrasi mengutuk kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin. Di negara kita, hari ini banyak pertubuhan NGO berarak atau berkumpul di dewan-dewan dan dataran tertentu untuk menyatakan bantahan terhadap perbuatan yang bersifat melebihi perbuatan binatang ini. Ada juga saranan untuk memboikot barang-barang keluaran Yahudi. Diseranaikan listing yang panjang segala barangan keluaran puak yang tidak bertanggungjawab ini lalu diedarkan kepada orang ramai dengan harapan agar mendapat sokongan.

Kutipan derma dan sumbangan juga berleluasa untuk dihantar kepada pihak yang memerlukan. Tak kiralah samada derma di dalam bentuk wang, barang-barang keperluan mahupun ubat-ubatan. Sesetengah pertubuhan atau badan ada juga yang melakukan sembahyang hajat beramai-ramai samada secara terbuka di padang mahupun di masjid-masjid dan di sarau. Ada juga segelintir yang menawarkan diri untuk menjadi ahli sukarelawan. Syabas diucapkan kepada mereka ini.

Melihatkan kepada kebanyakan foto kekejaman ini, saya diulit rasa sedih dan bersalah. Apakah yang sedang kita lakukan sekarang ini? Kita masih dapat menghirup udara nyaman dan bersantai bersama keluarga di saat saudara-saudara seIslam kita ketakutan dihambat peluru di segenap pelusuk mereka. Anak-anak kita masih ketawa terkekeh-kekeh menonton kartun Doraemon atau Ben 10 di kala anak-anak saudara seIslam kita di sana meraung kesakitan akibat terkena peluru dan mortar. Ada juga yang berkecai anggota badan kerana dibom.

Apakah daya kita untuk menolong mereka? Atau kita hanya tega melihat mereka menjerit dan menangis merayu sebuah pertolongan. Apakah kita hanya mampu melihat mereka diperlakukan sewenang-wenangnya tanpa berbuat apa-apa? Ibarat menonton cerita peperangan amat dahsyat di kaca tv. Seolah-olah ianya hanyalah cerita dongeng yang dahsyat. Kita hanya memeritkan mata kengerian. Ada juga kalanya kita mengutuk sendiri perbuatan ganas itu. Namun, usai saja menonton cerita peperangan yang amat dahsyat itu, kita berpaling untuk bergembira lagi. Kita mencongak untuk berpesta lagi. Seakan sudah lupa tentang apa yang telah kita saksikan tadi. Mudahnya kita mengenepikan rayuan pertolongan saudara kita sendiri.

"Sidang-sidang yang diakan oleh pembesar-pembesar dunia mencapai kata sepakat untuk menggesa Israel menghentikan serangan." Ayat sebegini memang telah banyak kali kita dengar di corong radio dan saluran tv. Hanya setakat itu sajakah yang mereka mampu melaksanakan? Hanya duduk di meja rundingan dan menggesa? Dan apabila Israel tidak menghiraukan gesaan dan desakan dunia, apakah kita harus berdiam saja? Duduk lagi di meja rundingan dan menggesa lagi? Apakah bukan jalan yang sebaik-baiknya adalah kita semua beramai-ramai mara ke hadapan menghunus senjata juga demi menyelematkan saudara seagama kita?

Kita sendiri malah teragak-agak untuk memboikot barangan keluaran pihak yang bersubahat dengan alasan barangan tersebut adalah barangan wajib dan keperluan harian kita. Masa kan kita mesti berhenti menggunakannya. Mestikah kita berhenti menggunakannya? Akan matikah kita bila tidak menggunakannya? Kita sendiri yang merasa keberatan apabila diminta untuk berkorban walau hanya sedikit saja. Padahal setiap pembelian kita menyumbang kepada peperangan tersebut. Peperangan memerangi saudara kita sendiri. Bukan sebaliknya. Aduhai... lemahnya jiwa kita.

Andai saja negara-negara Islam ini bersatu di dalam naungan Khalifah Islamiyah dan dipimpin oleh seorang Khalifah seperti di suatu masa dahulu, nescaya penghalang Islam akan segera dihancurkan tanpa perlu dirunding terlebih dahulu.

Saya teringat kehebatan Khalifah Abdul Hamid II pada tahun 1897, dengan tegasnya memberi kata putus kepada Theodor Herzl (penggagas gerakan Zionis) yang ketika itu cuba memujuk beliau untuk menjualkan Palestine kepadanya, ".... aku tidak akan memberikan walaupun sejengkal tanah dari wilayah Palestin kepada kamu kerana tanah itu memang bukan milikku, tetapi milik Daulah Islam. Daulah Islam yang telah mengoborkan jihad demi untuk menyatukan wilayah ini dan mereka telah mengiliri tanah ini dengan darah mereka..." Saya rindu pemimpin yang sebegini.

Sebenarnya dahulu Palestin sudah ada sebuah perjanjian di masa pemerintahan Khalifah Umar bin Al Khaththab. Perjanjian itu diberi nama Al-Ihdat Al-Umariyyah (Perjanjian Umar) yang berbunyi, " Atas nama Islam dan kaum Muslimin. Isinya antara lain, Tidak boleh seorang Yahudi pun tinggal bersama kaum Muslimin Di Baitul Maqdis." (Ibnu Jarir Ath Thabari, Tarikhul Umam wal Muluk, pada judul ¬“Iftitah Baitul Maqdis"‚¬(Penaklukan Baitul Maqdis).

Kini, apa yang kita lihat Gaza dibombedil. Tapi seluruh umat Islam yang ada di muka bumi ini mendiamkan diri.

Di dalam surah At Taubah ayat ke 14, Allah SWT berfirman, " Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyiksa mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman."

Saya memohon dan berdoa kepada Allah SWT semoga selepas ini akan bertambah seruan jihad dari kaum muslimin khususnya dari para ulamak seluruh dunia yang bisa menyedarkan kita untuk bangkit dan berjihad menentang Israel. Saya juga berdoa semoga saudara-saudara kita di Gaza sana yang selalu bermandikan mayat dan darah agar tetap diberi keberanian untuk menentang peperangan ini. Marilah kita semua berjuang menegakkan khilafah. Kaum muslimin harus bersatu. Tidak ada pilihan lain untuk membebaskan bumi Palestin dari dijajah oleh Israel selain berjihad.





















Baca Selanjutnya..

Sunday, January 11, 2009

Mulanya Satu Cinta











Tajuk Novel : Mulanya Satu Cinta
Karya : Rose Harissa
Penerbit : Alaf 21

Eddy Ezli dan Khairina berkahwin di luar negara ketika mereka masih bergelar pelajar. Malangnya, ketika anak mereka Afizan berusia dua bulan, Khairina berlaku curang kerana desakan hidup di rantau orang.

Akibat mengejar cinta lain, Khairina meminta cerai dan hak penjagaan anak diserahkan kepada Ezli. Kerana dikecewakan, Ezli menutup pintu hatinya untuk menerima kehadiran wanita di dalam hidupnya.

Namun, permulaan yang tidak diduga telah menemukan Ezli dengan Iryanie yang diupah untuk mengasuh Afizan. Ibu Ezli terpaut dengan layanan mesra yang ditunjukkan oleh gadis itu.

Hubungan Iryanie dan Afizan semakin rapat sehingga anak itu selesa memanggilnya 'mama'. Akhirnya, Ezli patuh pada fitrah manusia bahawa dia amat memerlukan ibu untuk anaknya dan teman buat dirinya. Cinta dan rindunya mula berputik terhadap Iryanie.

Namun, kemunculan semula Khairina untuk merampas Afizan telah membuatkan Ezli hidup dalam kebimbangan. Pelbagai cara digunakan oleh wanita itu dalam mendapatkan kembali anak itu daripada Ezli.

Konflik dan krisis bagai tak berkesudahan sehingga terbawa ke kamar mahkamah. Namun, dapatkah mereka menerima keputusan pengadilan yang akan melukakan salah satu hati?
.................................................................................................................................

Saya yang baru selesai membaca buku epal hijau karya penulis ini, tertanya-tanya samada novel ini novel lama atau novel baru. Buat rujukan di website Alaf 21 takde pula memaparkan iklan untuk novel ini. Bila membuka website penulis barulah saya ternampak perihal novel ini. Rupa-rupanya ia baru diterbitkan.

Kalau dalam novel Setulus Hati karya Rozita Abd Wahab terbitan Alaf 21 mengisahkan Zulaikha yang serik bercinta lagi kerana kecurangan suami Zamri. Di dalam cerita ini Ezli pula yang serik bercinta kerana kecurangan isteri tersayang. Macam berpakat je penulis dua orang ni ye...

Membaca novel ini sebenarnya membuat saya tersenyum sendiri. Jalan bahasa novel ini hampir sama ketika membaca coretan-coretan penulis di blognya sendiri. Jadi kalau kita enjoy membaca coretan penulis di blognya, kita juga pasti akan terhibur membaca novel ini. Untuk diri saya, saya rasa saya lebih menyukai novel epal hijau. Apa-apa pun novel ini masih mempunyai kekuatannya sendiri. Penuh dengan humor dan kelakar. Membuatkan kita ketawa berdekah-dekah tak ingat orang keliling.

Watak Ezli yang agak 'brutal' semasa pertama kali berjumpa dengan Iryanie dalam insiden kemalangan kereta menyentak hati saya. Bahasa pertuturan juga hanya menggunakan kau dan aku sebagai sebagai gantinama. Wahh... memang rugged habis lelaki Ezli ni. Walaupun rugged tetapi tetap anak mak yang manja.

Berbeza dengan Iryanie yang perwatakannya lembut dan manis serta berhati tulus. Iryanie seorang penuntut di UITM memerlukan kerja sambilan bagi menampung perbelanjaan kuliahnya apabila terpaksa mengulang satu semester. Kerana sukakan budak-budak, Iryanie mengambil keputusan untuk berkerja sambilan sebagai 'nanny'. Kehadiran Iryanie sebagai pengasuh Alfizan pada mulanya tidak disenangi Ezli. Kata-kata kasar sengaja dilemparkan kepada Iryanie namun Iryanie mampu bersabar dan bertenang.

Yang bestnya adegan-adegan kelakar yang mampu membuatkan kita ketawa mewarnai cerita ini bila mak Ezli, Faridah, kembali ke kampung meninggalkan mereka bertiga. Ezli yang selama ini keperluan hariannya diatur oleh Faridah terpaksa melakukan semuanya sendiri dan ianya begitu menyukarkan Ezli. Nak tak nak dia terpaksa bergantung pula pada Iryanie. Walaupun begitu Ezli masih tegar dengan sikap bongkak dan marah-marahnya itu membuatkan Iryanie geram.

Insiden demam membuatkan sikap marah Ezli kendur juga. Ezli mula mahu berbual dan bertanya latar belakang Iryanie walaupun masih menggunakan gantinama aku dan kau. Tanpa disedari terselit satu rasa kelainan di hati masing-masing. Walaupun masing-masing masih kontrol macho. Pergaduhan-pergaduhan kecil mula menjadi bunga-bunga cinta untuk menuntut perhatian antara satu sama lain. Saya tercuit hati dengan adegan tempek menempek mesej di pintu peti sejuk ala-ala drama Korea Full House.

Di pertengahan cerita watak Khairina, bekas isteri Ezli muncul untuk menuntut hak penjagaan Alfizan. Penulis berjaya membuatkan pembaca turut merasa perit dan sakit hati yang ditanggung oleh Ezli apatah lagi dengan tingkah laku Khairina yang tidak bersopan dan mementingkan diri sendiri sehingga sanggup mempermainkan Ezli dengan menculik Alfizan. Pertelingkahan mereka berlarutan hingga ke mahkamah.

Bait-bait kiasan bahasa yang berbunyi kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Saya ingatkan cinta Ezli-Iryanie berakhir hingga ke jinjang, rupanya banyak lagi kejutan yang bakal terjadi. Percintaan mereka terduga juga akhirnya bila mana Iryanie dipaksa ayahnya berkahwin dengan Zamri, watak antagonis kedua selepas Khairina. Hati seorang Ezli yang gagah dan macho berkecai jua untuk kali kedua. Kekecewaan yang terlalu dialaminya sehingga terbabit dalam kemalangan.

Kisah perit rumahtangga Iryanie-Zamri digarap dengan begitu cepat namun lancar sekali oleh penulis. Setelah menonton vcd aksi kurang sopan antara Zamri dan Suhaina tahulah Iryanie bahawa Zamri bukanlah seorang lelaki yang baik. Rupa-rupanya Zamri memang mempunyai hubungan sulit dengan kakak tirinya Suhaina.

Akan terjalinkah semula cinta Iryanie-Ezli yang sememangnya tidak pernah layu?
Syabas untuk penulis kerana berjaya membuatkan pembaca merasa sangat terhibur membaca novel ini dari awal hingga akhir.








Baca Selanjutnya..

Friday, January 9, 2009

Chinta - Norhayati Berahim








Tajuk Novel : Chinta
Karya : Norhayati Berahim
Terbitan : NBKara Sdn Bhd

Zahirnya dia lelaki yang sempurna, ada gaya ada harta. Sedangkan tiada sesiapa yang tahu, dia sebenarnya sedang menderita. Derita jiwa yang menghantui bertahun lalu lama. Kerana angkara si emak, lelaki yang bernama Raja Akid itu tidak pernah percaya pada cinta. Bahkan dendam yang berladung di hati tidak pernah dapat diusir dari diri. Dan sampai satu saat, gadis yang bernama Chinta itu hadir. Raja Akid terperangkap antara kasihnya terhadap Chinta dan bencinya pada wanita.Beranikah dia menghuraikan segala rahsia yang disimpan? Dapatkah dimiliki kasih Chinta? Sebenarnya... hanya Raja Akid sahaja yang boleh menjawabnya.
...............................................................................

Boleh dikatakan hampir semua novel karya Norhayati Berahim berada di dalam koleksi saya. Dari terbitan Creative Enterprise, Alaf 21, Diwangsa, Media hinggalah ke terbitan NBKara.

Membaca cerita ini saya menggambarkan semua watak wanita-wanita yang hadir di dalam novel-novel NB yang lain. Perwatakan yang semuanya hampir sama. Seorang wanita cekal yang dapat menghadapi dan menerima semua takdir dengan hati yang terbuka tanpa mengeluh dan rasa kecewa. Masih dapat pula berketawa dan meriangkan hati orang lain walaupun diri dilanda sedih dan sengsara.

Chinta didendami oleh ayah angkatnya yang juga abang kepada ibunya kerana masa lampau. Dirinya tersisih dan selalu disalahkan. Jerkahan, hinaan dan makian menjadi makanan Chinta bila berhadapan dengan si ayah. Hak Chinta diabaikan sehingga tanah miliknya tergadai untuk anak lain yang lebih disayangi si ayah. Di sebalik sengsara dan kepayahan akibat onar si ayah Chinta yang berhati waja masih mampu berusaha sendiri mengejar cita-cita.

Mendapat kerja di sebuah kilang membuat makanan, Chinta dipertemukan dengan Raja Akid jejaka yang mempunyai rahsia hidup pahit tersendiri. Raja Akid yang telah menetapkan pendirian diri untuk tidak mempercayai wanita kalah dengan permainan hati sendiri apabila bunga-bunga kasih terhadap Chinta tumbuh di dalam jiwanya tanpa sedar. Akid dan Chinta.. masing-masing mempunyai suatu persoalan dan permasalahan yang rumit, bertemu dan akhirnya jatuh cinta.

Di samping kisah cinta Akid-Chinta cerita ini juga penuh dengan erti kasih sayang kekeluargaan dan membuat kita terfikir betapa pentingnya ikatan kasih antara adik beradik. Persoalan berat yang ditimbulkan namun berjaya digarap oleh penulis dengan dicampur dengan elemen humor dan kelakar supaya pembaca tidak merasa berat membacanya. Elemen romantik namun bersahaja juga berjaya mencuit hati pembaca membuatkan cerita ini lebih menarik.

Watak-watak jahat dan kejam seperti Pak Cik Kamal, Rodin Dan Raja Farah membuatkan kita turut merasa geram dan sakit hati sendiri. Hampir tumpah airmata saya bila membaca tendangan demi tendangan Pak Cik Kamal hinggap di badan Chinta yang lemah hanya kerana gara-gara Chinta ingin melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama.

Syabas diucapkan untuk penulis kerana berjaya menerbitkan sebuah lagi karya bermutu. Hanya terselit rasa tidak puas apabila melihatkan printing novel ini yang samar-samar agak menyulitkan pembacaan. Seolah-olah kekurangan dakwat.








Baca Selanjutnya..

Thursday, January 8, 2009

Kharisma Kartika : Konflik Kehidupan










Tajuk Novel : Kharisma Kartika - Konflik Kehidupan
Karya : F. Siswanto
Terbitan : Words & Wisdom Sdn Bhd


Kharisma Kartika adalah sebuah novel yang menceritakan bagaimana kehidupan seorang gadis desa. Kehidupan dilaluinya tidaklah seindah. Kartika pulang ke desanya hanya mencari suatu impian yang indah. Apabila melihat keluarganya hidup melarat dan terhina di kebun milik Tuan Hamid, impian indah Kartika itu terbalik ke impian kosong.

Ibunya sakit manakala dua adiknya bekerja untuk kehidupan mereka. Masalah mula timbul apabila Minarti pula menjalin hubungan dengan seorang pemuda kacak bernama Willy.

Kartika mengetahui niat buruk Willy. Dia menghalang hubungan Minarti dengan Willy. Minarti lari mengikut lelaki buruk itu.

Kartika kembali ke Jakarta untuk menjejaki adiknya. Kartika menyamar sebagai pelacur namun segalanya sia-sia apabila Minarti menuduhnya sebagai pelacur. Akibat tekanan, Kartika dimasukkan ke rumah sakit jiwa...

Ikutilah buku "Konflik Kehidupan". Gadis desa yang cantik itu menang atau gagal?....
...............................................................................

Saya tertarik dengan buku ini bila tajuknya diberi nama "Konflik Kehidupan". Pasti ianya mengisahkan tentang perjuangan mengharungi kepayahan hidup. Ianya ditulis dalam bahasa Indonesia tetapi telah dialih bahasa ke Bahasa Melayu. Tebal buku ini masyaAllah... 1249 mukasurat.

Walaupun tebal tapi ceritanya sangat straight forward. Jalan bahasanya lancar tetapi agak kurang berkesan di hati. Mungkin kerana ianya telah dialih bahasa ke Bahasa Melayu maka agak sukar untuk diolah.

Mengandungi adegan suspen dan pergaduhan menentang sindiket pelacuran yang menjerat gadis-gadis cantik di kampung yang daif sebagai mangsa. Di samping itu ia juga menceritakan bagaiamana susahnya hidup orang-orang kampung yang terpaksa bergantung hidup dengan hanya bekerja sebagai penoreh getah di atas tanah orang lain. Sudahlah upahnya tak seberapa, dicaci maki lagi oleh pemilik ladang pula.

Cinta suci Sulaiman terhadap Minarti sehingga sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan Minarti dan Kartika juga membuatkan saya berasa kagum dan terharu. Namun di pertengahan jalan Sulaiman terpaksa berkahwin dengan Siska bagi menyelamatkan gadis itu dari membunuh diri kerana malu mengandungkan anak luar nikah hasil hubungan sulitnya dengan Willy.

Konflik pelacuran gadis-gadis kampung rupa-rupanya didalangi oleh sindiket yang besar yang diketuai oleh Burnama. Kartika berusaha untuk membongkar segala aktiviti sindiket itu tetapi semua hakim perundangan telah dibeli oleh Burnama. Dan Kartika harus menerima padahnya. Tiada sesiapa yang dapat menyelamatkan Kartika dari tangan Burnama kecuali adiknya sendiri, Minarti, yang telah mengetahui banyak perkara mengenai Burnama.

Baca Selanjutnya..

Wednesday, January 7, 2009

Selamat Ulang Tahun Sayang


Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu


Selamat Ulang Tahun Sayang - Imran Ajmain

Baca Selanjutnya..

Tuesday, January 6, 2009

Hari Asyura


Besok tanggal 7hb Januari bersamaan dengan 10 Muharram kita akan menyambut hari Asyura. Asyura ini berasal dari bahasa Arab iaitu asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari ke sepuluh di dalam kalander Islam iaitu 10 Muharram. Menjelang hari Asyura kita patut mengenang dan mengetahui betapa banyak peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku pada hari tersebut di dalam menegakkan agama Islam.

Di antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku ialah:

1. Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
2. Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.
3. Allah jadikan Arasy,Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.
3. Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
4. Allah menjadikan Siti Hawa.
5. Allah menjadikan Syurga.
6. Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
7. Taubat Nabi Adam diterima Allah.
8. Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
9. Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.
10. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
11. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
12. Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
13. Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
14. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
15. Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
16. Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
17. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
18. Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.

Ada juga amalan-amalan sunat yang boleh kita lakukan di hari Asyura ini. Di antaranya ialah :

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami atau isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menziarahi para Ulamak dan mempelajari sesuatu daripada mereka.
fadhilat - Allah mengurniakan pahala seperti orang Muhajirin dan Ansar.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat satu salam pada waktu Asar
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca 'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa dan memberi minum
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Baca Selanjutnya..

Kaulah Satu









Tajuk Novel : Kaulah Satu
Karya : Fatin Nilam Sari
Terbitan : Kaki Novel

Jatuh cinta hanyalah satu pandangan sesaat...
Pandangan yang memukau,
menggetar seribu rasa.

Novel-novel karya Fatin Nilam Sari Ahmad memang selalu mendapat tempat tersendiri di hati saya sebagai pembaca. Dari novel Kesturi, Megalomania 1 & 2 yang diterbitkan oleh Creative Enterprise sehinggalah ke beberapa buah novel lagi yang diterbitkan oleh penerbit buku yang lain akan saya kumpul sebagai koleksi peribadi.

Buah tangan Fatin Nilam kali ini menceritakan kisah gadis 17 tahun, Anisa Camylia, baru selesai menduduki SPM telah dihantar ke Pulau Pinang untuk tinggal bersama ayah dan ibu tirinya. Dalam perjalanan ke Pulau Pinang Anisa Camylia berkenalan dengan seorang jejaka yang dipanggil Jay.

Misi Anisa Camylia ke Pulau Pinang ialah untuk memboikot ibu tirinya, Norma, yang telah merampas ayahnya dari mamanya, Hanna. Layanan yang diberikan terhadap Norma adalah terlalu dingin dan kasar menunjukkan tanda protes. Harapannya semoga rumahtangga baru ayahnya berkecai dan kembali semula kepada mama.

Namun semakin lama Anisa Camylia tinggal bersama ayah dan ibu tirinya, dia mulai mengenali dan mengetahui satu perkara tentang ayahnya. Ayah yang hobinya mengumpul wanita-wanita cantik dalam hidupnya silih berganti. Timbul rasa kasihan terhadap auntie Norma di dalam hati. Sekiranya ayahnya dibiarkan hanyut di dalam dunia cinta, pasti auntie Norma yang akan merasa apa yang telah dirasai oleh mamanya dulu.

Di dalam kemelut itu tidak disangka-sangka auntie Norma rupanya sedang mengandung. Bertambah-tambah lagi rasa kasihan pada auntie Norma, Anisa Camylia cuba mempertahankan rumahtangga kedua ayahnya dengan menemui Maria, si kekasih baru. Ternyata si ayah telah betul-betul mabuk cinta dengan kekasih barunya sehingga nekad meninggalkan rumah untuk sebuah perpisahan sementara. Meninggalkan isteri yang tidak diketahuinya sedang mengandungkan benih cinta kasih mereka.

Sekembali ke Kuala Lumpur, Anisa Camylia dikejutkan pula dengan mamanya, Hanna yang menjalin hubungan uncle Zackry dan merancang untuk mendirikan rumahtangga. Hubungan mereka dua beranak terus menjadi renggang apabila Hanna asyik menumpukan perhatian hanya kepada kerja dan uncle Zackry dan tidak menghiraukan Anisa Camylia. Mujurlah ada Jay untuk menghiburkan hatinya di kala sunyi. Dan semakin hari perhubungan mereka semakin erat. Merajuk dengan mamanya, Anisa Camylia kembali merantau semula ke rumah ibu tirinya di Pulau Pinang setelah mendapat result SPM yang begitu cemerlang.

Setelah diketahui isteri keduanya mengandung anak lelaki hati Halim berbunga riang menimbulkan rasa tidak senang dan cemburu di hati Maria. Niat di hati Maria untuk memiliki Halim hanya untuk dirinya seorang saja dan tidak dikongsi dengan orang lain menghadapi kegagalan bila Halim kembali kepada Norma semula. Ditambah lagi selepas membuat pemeriksaan doktor, dia dikhuatirkan tidak boleh mengandung.

Anisa Camylia diterima masuk ke universiti di utara bermakna dia akan meninggalkan mamanya untuk jangka waktu yang lama. Hanna mula menyedari yang dia telah tersilap menjalin hubungan dengan seorang yang goyah pegangan agamanya setelah menemui rantai salib di atas meja tulis Zackry. Mahu atau tidak dia terpaksa membatalkan niat untuk hidup bersama Zackry walaupun hatinya benar-benar cinta. Apakah Zackry juga sungguh-sungguh menyintainya dan sanggup berkorban untuknya?

Hilang punca dan pegangan Maria merancang untuk melakukan sesuatu yang di luar dugaan. Maria meletakkan semua kesalahan pada Anisa Camylia. Anisa Camylia sebagai punca semua kegagalan ini terjadi. Lalu apakah Anisa Camylia harus dikorbankan demi untuk membayar sebuah kekecewaan? Atau dirinya sendiri yang menjadi korban?
..................................................................................

Cerita yang sarat dengan makna sebuah kasih sayang. Kasih sayang dua insan, kasih sayang kekeluargaan dan kasih sayang sesama insan. Penulis tidak pernah lupa untuk menyelitkan beberapa pengajaran serta sebab dan akibat daripada setiap tindak tanduk yang dilakukan.

Walaupun sarat, namun penulis bijak menggunakan bahasa yang santai dan relaks tetapi menarik membuatkan pembaca tidak dibebani dengan permasaalahan yang dianggap serius ini.





Baca Selanjutnya..

Monday, January 5, 2009

Nadya

Aku sedang mengacau gulai di atas dapur bila anak perempuanku Nadya datang menghampiri.

"Ma, semalam Dya bermimpi abah balik, " walaupun perlahan saja tutur katanya sudah cukup membuat aku berpaling memandang.

"Dya cakap kat abah, mintak dia datang besday Dya dua minggu lagi,"

Sunyi.

"Abah cakap apa?" tanyaku bila melihat dia diam.

"Abah tak cakap apa-apa. Tapi Abah nampak sayu," suara Nadya tersekat-sekat menahan sebak.

Baca Selanjutnya..
Blog Widget by LinkWithin