Saturday, February 21, 2009

Rengsa











Tajuk Novel : Rengsa
Karya : Zharulnizam Shah Z.A.
Penerbit : Tintarona Publications
Terbitan : 2006

Makhluk itu merenung Kassim. Isi perut katak yang terlekat di mulutnya berjuntaian di antara dua bibirnya yang nipis sambil sesekali menjelirkan lidahnya yang bercabang. Kassim dapat mengecam wajah itu sekalipun dipenuhi bintik-bintik hitam dan kulit tangannya menggerutu seperti ular yang bersalin kulit. Perlahan-lahan dia mengawal emosinya dan cuba mengumpul kekuatan diri. Dia melangkah. Mulutnya tidak henti membaca, "Auzubillah... "

Dalam situasi yang lain, Budin Si Torek merenung pusara kedua-dua orang tuanya. Kemudian dia berteleku sambil mengusap kepala batu nisan arwah ibunya. Dia menyeru memanggil arwah ibunya beberapa kali. Ketika itu juga kedengaran suara burung hantu yang galak bersahut-sahutan. Kepekatan malam yang diiringi rintik-rintik hujan cukup meremangkan bulu roma.

Sesungguhnya misteri alam ini sukar untuk diungkapkan dengan akal yang logik. Namun, ia bukanlah sesuatu yang mustahil jika Allah SWT mengizinkannya berlaku. Hanya insan terpilih sahaja yang mengalaminya.
................................................................................................................
Novel ini telah berulang-ulang kali saya baca dan setiap kali membacanya terselit perasaan sayu dan kasihan di hati saya. Novel ini adalah sebuah novel mistik yang menarik dan menyayat hati. Kisah Budin yang kematian kedua orang tuanya akibat perbuatan dengki dan khianat orang. Tinggallah dia sebatang kara melalui hidup penuh kepiluan dibuli, dinista dan dicerca oleh penduduk Kampung Lubuk Batu. Bukannya tidak ada saudara mara lain tetapi semuanya (kecuali Pak Long Wahid) tidak mahu mengambil peduli tentang nasib anak malang itu.

Budin digelar Budin Torek kerana telinganya yang penuh nanah.. menumpang kasihan dari Imam Osman, isterinya dan Rubiah tetapi amat dibenci oleh Akob. Akob selalu mengambil kesempatan untuk membuli Budin dengan menyuruh Budin membasuh motosikalnya hingga berkilat.

Namun di dalam tidur Budin seringkali bertemu dengan seorang lelaki berjubah dan berserban putih, wajahnya bersih dan bercahaya. Orang tua ini seakan mahu menceritakan suatu rahsia kepada Budin. Seringkali membawa Budin mengembara ke tempat-tempat di mana semuanya ada kaitan dengan pembunuhan kedua orang tuanya.

Rupa-rupanya kematian ibu bapa Budin ada kaitan dengan Mazlan yang suatu ketika dulu pernah menyintai Fadilah, ibu Budin. Namun Fadilah hanya menyintai Jamil, ayah Budin dan ini begitu menyakitkan hati Mazlan. Mazlan telah menggunakan khidmat seorang dukun Nek Miah untuk membalas dendam ke atas suami isteri itu kerana tidak dapat memiliki Fadilah.

Kini setelah kedua orang tuanya tiada, bapa saudara Budin, Kassim, pula berniat untuk memiliki tanah pusaka yang ditinggalkan untuk Budin. Kassim meminta bantuan Pawang Junos untuk menundukkan Budin supaya dia dapat memiliki geran tanah berdarah itu. Namun Pawang Junos telah dikalahkan oleh orang tua berjubah putih yang selalu ditemui Budin di dalam mimpi.

Di dalam novel ini dibongkarkan tentang pengamalan ilmu teluh yang diambil dari saka milik nenek moyang terdahulu yang masih diamalkan oleh segelintir masyarakat kita. Tidak cuma itu pelbagai amalan syirik yang sanggup dilakukan oleh orang-orang yang rapuh imannya demi untuk mencapai hajat di hati yang bertuankan nafsu nafsi.

Namun kuasa yang paling besar adalah Allah Yang Maha Esa. Tidak akan terjadi sesuatu perkara sekiranya tidak dengan kehendakNya. Sesungguhnya Allah SWT akan melindungi orang-orang yang teraniaya dan memakbulkan doa-doa mereka.

Membaca cerita ini hati saya menjadi sayu dengan nasib Budin, anak yatim piatu yang teraniaya,
hidup melarat tidak dipedulikan orang. Saat-saat Budin menangis di kubur orang tuanya merintih akan nasibnya yang malang amat menyentuh hati sekali.

Pengajaran dari cerita ini adalah menjadi tanggungjawab kita masyarakat untuk menjaga dan membela nasib anak yatim. Bukannya menindas dan mengambil kesempatan. Apa tah lagi bila mereka itu adalah dari golongan kurang upaya pula. Namun kebanyakan realitinya, apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Related Posts :



12 comments:

  1. okay la kak, novel ni. tebal sgt kan.. den kasik 3.5star.. hmm.. ;)

    ReplyDelete
  2. ok la tu.. selera masing-masing tak sama.
    selamat membaca.

    ReplyDelete
  3. NOVEL SAYA PERNAH BACA.. PINJAM DARI MEMBER
    SEKARANG NAK BELI DAH TAK JUMPA LAGI...
    SAYA SAMPAI MENAGIS BACA NOVEL NI...

    ReplyDelete
  4. KAT MANA NAK BELIU NOVEL NIE???

    ReplyDelete
  5. Memang novel-novel lama sebegini payah nak dapat kat kedai-kedai buku popular. Seeloknya cuba cari kat kedai buku lama, kedai buku india ke, selalunya masih ada terjual di sana.

    Ataupun bolehlah juga survey melalui blog-blog penjualan buku-buku terpakai. Sekarang ni banyak buku-buku terpakai dijual menerusi internet. Kita cuma kena rajin survey. Contoh blog penjualan buku-buku terpakai ialah http://www.prelovedbook.blogspot.com/, http://www.mudah.my/li?ca=1_s&th=1&q=novel&cg=5060&w=3, cari.com.my, mesra.net dan http://www.novelmelayuterpakai.blogspot.com/.

    ini cuma contoh. masih banyak lagi blog-blog buku terpakai kalau anda rajin melayari internet. selamat mencuba.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kerana memberi ulasan tentang novel saya. Novel ini masih boleh dibeli melalui utusan publications

    ReplyDelete
  7. sy mmg minat novel jenis thriller or mistik tp xbyk d pasaran...tp novel ni mmg terbaik lah!!!

    ReplyDelete
  8. novel terbaik prnah sy bace... tp ending die sedey giler kot

    ReplyDelete
  9. Mau mendapatkan pelayanan yang baik dan ramah???

    Modal Kecil bisa mendapatkan hasil yg luar biasa...

    ReplyDelete
  10. Menarik sekali, perlu saya coba ini..
    kebetulan lagi cara tentang hal ini.

    ReplyDelete
  11. Kabar Baik Untuk Para pencinta Game
    Karena di Bulan januari ini Sudah keluar Game RPG Online Terpopuler Se-Asia
    Penasarankan Game nya Seperti apa???
    Kalian bisa dilihat game nya dari link di bawah yaaa

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin