Sunday, January 4, 2009

Bukan Terlarang










Tajuk novel : Bukan Terlarang
Karya : Nur Hazma
Terbitan : Tintarona Publications Sdn Bhd


Maisara merenung lama wajah Imran yang sedang lena, lelaki yang terpaksa dikahwininya. Sememangnya hati Maisara rela bersuamikan Imran. Sejak zaman sekolah lagi dia mencintai Imran. Namun, cinta itu tetap menjadi rahsia hatinya.

Sesungguhnya, Maisara menyintai lelaki itu sepenuh jiwa raganya dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dengan rela sedangkan Imran menganggapnya tidak lebih daripada seorang sahabat baik. Perkahwinan mereka pun atas dasar terpaksa. Cinta Imran hanyalah untuk Tina.

Kemesraan Imran terhadapnya sebagai pasangan suami isteri hanyalah sebuah lakonan semata-mata, demi menjaga hati emaknya yang amat menyayangi Maisara sebagai seorang menantu. Namun, Maisara tidak tahu sampai bila dia mampu bertahan, merelakan dirinya seumpama pohon yang semakin layu kerana tidak disiram. Dia mahukan keadilan untuk diri dan maruahnya sebagai wanita.

Mampukah dia meraih cinta Imran atau akan berkuburkah perkahwinan mereka seperti yang telah dirancang oleh Imran?
...............................................................................................................

Seorang kawan rekomen saya membaca buku ini. Best katanya. Setiap kali saya pergi ke toko buku ianya selalu sold out. Kalau sudah kehabisan stok mungkin betul ceritanya menarik. Akhirnya setelah dapat membeli novel ini, saya membaca sinopsis di belakang. Ianya sebuah kisah kawin paksa.

Gaya penulisan straight to the point, tidak meleret membuatkan kita membacanya dengan lancar dan tidak bosan. Walaupun buku ini agak tebal juga dengan 883 mukasurat namun saya dapat menghabiskannya dalam masa yang singkat. Dan yang paling tak mengecewakan sekali ceritanya berakhir dengan happy ending. Tahniah untuk Nur Hazma.

Related Posts :



4 comments:

  1. saya pon da baca novel ni..actually x bli,pnjm dri mmber,sbb die x de kat blik dlm 3,4 ari..
    saya boleh hbis kn bce buku ni dlm mse sesingkat tu..sangat menarik.best!!x m'boring kan langsung dan membuat kan saya nk baca sehingga ke last page..

    ReplyDelete
  2. syabas ied. selamat membaca saya ucapkan.

    ReplyDelete
  3. tolong lah kasi tau kat maner ader jual novel ni???kedai buku mana???

    ReplyDelete
  4. Buku ini masih boleh dibeli secara online di http://www.kedai-buku.com

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin