Sunday, January 4, 2009

Pulang












Tajuk novel : Pulang
Karya : Abdul Rahim Awang
Penerbit : Creative Enterprise

Kau sememangnya cantik, Lin.. Kau mampu menggetarkan naluri dan nafsu para lelaki yang dahaga... Kau punya segalanya - kerjaya, cita-cita, impian. Kau pernah memberitahuku bahawa kau ingin menjadi Cleopatra moden yang berkuasa dan digilai oleh ramai lelaki. Semua lelaki tunduk di bawah telapak kakimu.

Namun kau tidak tahu yang aku juga tahu bahawa kau sudah muak dengan semua daki dunia ini. Walaupun zahirmu kaya namun jiwamu kontang. Kau kekeringan kasih sayang yang tak mampu kau miliki dengan kekayaan yang kau punyai. Kau mampu membeli sekeping hati suci milik lelaki yang hanya perlukanmu tika kehausan sahaja... Kau perempuan yang paling malang, Lin... Jalan pulang untukmu tidak pernah menemui titik..
........................................................................................................

Novel ini berkisar tentang kisah hidup Norazlin, gadis cantik yang terlalu bebas, menjadikan wang sebagai kiblat hidupnya. Walaupun dia seorang terpelajar dan memegang jawatan yang bagus tetapi hatinya tidak puas. Dia memerlukan kekayaan dunia yang lebih lagi. Kelebihan rupa paras digunakan sepenuhnya untuk menjerat lelaki berpangkat besar jatuh ke pangkuannya. Bukan kasih sayang yang didambakan dari lelaki-lelaki berpangkat itu. Yang dia mahu hanyalah wang ringgit.

Sampai suatu saat, dia merasa kesunyian. Untuk apa semua wang berjuta ringgit yang dikumpulnya itu? Apa lagi setelah berjumpa dengan Farouk. Hatinya jadi terusik. Tetapi malangnya lelaki itu telah pun berkeluarga.

Rupa-rupanya amat payah untuk kembali ke pangkal jalan. Terlalu banyak ranjau dan dugaannya. Sehebat mana tipu daya Norazlin untuk memancing semua datuk dan tan sri yang terkulai di pelukannya sehebat itulah juga liku-liku yang harus ditempuhi demi untuk mencari kebenaran diri.

Novel yang berunsurkan pembunuhan dan penyiasatan ini memang menjadi trend saudara Abdul Rahim Awang sejak dari dulu lagi. Bila saya membaca novel ini saya terimbas kembali kisah pembunuhan seorang eksekutif pemasaran yang mendapat liputan meluas suatu ketika dulu. Terdapat beberapa persamaan antara cerita dalam novel ini dengan kes pembunuhan tersebut.

Related Posts :



3 comments:

  1. mirip kisah norita

    ReplyDelete
  2. PULANG...bila akan di adaptasikn seperti TEDUHAN KASIH???? sure menjadi FENOMENA!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin