Monday, January 19, 2009

Aku Mahu Ke New York 1 & 2 - Ain Maisarah


Tajuk Novel : Aku Mahu Ke New York 1 & 2
Karya : Ain Maisarah
Penerbit : PTS One Sdn Bhd


The Wannababes, kumpulan paling popular di Sri Bangsar sudah tidak sabar-sabar mahu menjejakkan kaki ke kota New York. Segala persiapan diatur rapi. Masing-masing menjangkakan pengalaman penuh gembira lagi bahagia. Namun tanpa diduga, sesuatu di luar jangkaan berlaku pada mereka....
..............................................................................................

Buku ini didatangkan di dalam kotak yang cantik membuatkan saya tertarik untuk membelinya. Pembeli buku berkembar ini dihadiahkan oleh penulis cenderahati penanda pintu, kalendar 2009 dan borang Pertandingan Wannababes Wannabe! Menarik sekali untuk dimiliki oleh remaja-remaja sekolah.

Kisah ini berkisar kepada sekumpulan 7 orang budak tingkatan 5 di Sekolah Sri Bangsar yang rata-rata mereka adalah terdiri dari anak orang kaya dan berpangkat yang selalu makan angin di luar negara, suka shopping barang-barang mewah dan menganggap diri merekalah yang terhebat. Mereka menamakan kumpulan mereka The Wannababes.

Untuk siri pertama The Wannababes yang teruja untuk mengikuti rombongan pertukaran pelajar sekolah ke New York selama sebulan. Oleh kerana nama mereka tidak terpilih di dalam senarai itu maka mereka pun mengatur berbagai stratergi untuk memastikan mereka tersenarai dalam pelajar-pelajar yang terpilih.

Keangkuhan mereka tidak mahu menyertai taklimat penerangan program untuk para pelajar yg terpilih untuk ke New York telah membawa padah kepada diri mereka sendiri. Rupa-rupanya mereka harus transit di Sarawak dahulu sebelum berlepas ke New York. Dalam perjalanan ke Serawak walaupun hanya mengambil masa 1 jam tetapi penuh dengan omelan dan rungutan dari The Wannababes. Ada saja komplen dan tidak puas hati yang disuarakan oleh mereka. Mereka juga tidak mahu bercampur dengan pelajar-pelajar lain yang dianggap low class dan tidak berpakaian trendy seperti mereka. Disebabkan perangai dan tingkah laku mereka yang menjengkelkan membuatkan semua pelajar sekolah Sri Bangsar hampir terlepas kapal terbang ke New York.

Dalam siri kedua pula mengisahkan The Wannababes mengatur stratergi untuk pulang ke Kuala Lumpur semula. Setelah tidak tahan tinggal di New York yang serba kekurangan itu The Wannababes bertekad untuk pulang ke KL walau apa pun halangannya. Mereka sanggup melakukan apa saja asalkan dapat balik ke KL semula.
.................................................................................................................

Buku ini memang sesuai untuk dibaca oleh golongan remaja. Malah saya yang sudah lama meninggalkan alam remaja pun merasa seronok dan enjoy membacanya. Penulis berupaya menggarap sebuah kisah menarik mengenai budak-budak sekolah yang tenggelam dengan gaya hidup serba mewah dan moden sehingga membawa kesusahan kepada diri sendiri.

Gaya bahasa yang santai, mudah difahami dan sesuai untuk tingkat pemikiran kaum remaja sangat membuat saya susah hendak berhenti membaca novel ini. Ingin mengetahui apakah kesudahan bagi cerita ini, adakah mereka berjaya sampai ke New York kota fesyen yang sangat berprestij itu. Dan akhirnya saya juga terkejut pabila mengetahui kisah sebenar di sebalik cerita ini. Saya ketawa geli hati sendiri. Ketaksuban berfesyen dan kesombongan untuk bertanya membawa padah yang tidak sudah-sudah kepada The Wannababes.

Cerita ini mengandungi banyak pengajaran kepada kaum remaja supaya tidak memandang remeh dan hina kepada kawan-kawan yang hidup dalam serba kekurangan. Walaupun The Wannababes dipandang hebat, tetapi mereka mempunyai kisah hidup pahit masing-masing yang tidak ingin dikongsi bersama walaupun di antara mereka sendiri. Dan sepanjang 30 hari tinggal di New York mereka akhirnya mempelajari sesuatu yang berguna dan berharga.

Di dalam buku ini penulis juga membuat lakaran ahli anggota The Wannababes supaya pembaca lebih teruja dan dapat menghayati sesebuah watak dengan berkesan. Untuk sesiapa yang berminat boleh lah mengunjungi laman web Ain Maisarah untuk mendapatkan lebih info tentang novel ini. Dan kini saya mula merancang untuk mendapatkan novel-novel lain tulisan Ain Maisarah. Tahniah untuk Ain Maisarah.



Related Posts :



14 comments:

  1. hai saya suka kak ain maisarah mengarang buku buku
    kak ain!!

    ReplyDelete
  2. hai kak ain maisarah! sy ska larh dgn buku2 kakak..smua bezt..trutama tntg the WANNABABES yg giler glamour ..but i like their character in this story ...trutama aku mahu ke KAMPUNG NEW YORK! ;)

    ReplyDelete
  3. nape x dek arh,...kak ain maisarah tmpat nk bace free online ,..leh jimat duit skit,..

    ReplyDelete
  4. sy suka sgt dgn semua novel kak mai. sy x prnh missed senaskhah pun novel yg kak mai tulis. i very love it. hope kak mai buat novel about watak2 yg kak mai create. example tntg Fasha and the geng, tengku affin, tom cruise sri bangsar, citer lbh mndlm mcm mne mimi monira blh jadi selansing paris hilton, perkenalan antara fahrin dgn farah. klu blh sy nk kak mai dtg kat sklh sy, smk bandar rinching. thn lps, lily haslina ke sk bandar rinching(sklh sy!) mse tu, sy hrp sgt kak mai pon ade. tpi, lily haslina said, "ain maisarah busy!" kecewa sket. klu kak mai blh ajar camne nk tulis novel setanding kak mai.

    ReplyDelete
  5. kak mai x nk buat aku mahu ke new york 3 kerrr...

    ReplyDelete
  6. aku mahu ke new york 1 & 2 best gileeeeeerrrrrr blh gelakkan the wannababes puas2. kak mai mmg kreatif!!! good luck!!

    ReplyDelete
  7. pandai lah kak ain karang buku...lepas buku new york 1and 2 apa lagi???kak ain x de buat buku lain kerr..x sabar nak tunggu buku baru kak ain..

    ReplyDelete
  8. mase kak ain dtg skulah sye sume kwn kwn sye ckp weh2,tu akak cun yank wat novel bnyk2 tu kn.sye ckp haah nape nk autograph die ke pastu kwn sye ckp leh juge.antara buku yank sye mnt adalah (AKU MAHU BULI,AKU MAHU POPULER,AKU MAHU TEMAN TAP MESRA,IMPIANA1&2 DAN LAEN2 LAGI) YANK KAK AIN KARANG. SAYE DARI SMKRANTAU PANJANG KLANG

    ReplyDelete
  9. puteri amelya shakirinSeptember 28, 2010 at 11:01 PM

    askum kak ain saya suka sangat baca buku kak ain yg mengarang..actually kak ain memang best..

    ReplyDelete
  10. bestla bku kak ain. pape siri pown kla ade nme kak ain saya sti bli pnyr...

    ReplyDelete
  11. saya suka baca buku novel ain maisarah.

    ReplyDelete
  12. bestla buku novel akak ain.

    ReplyDelete
  13. good luck kak ain.muahhhhhhh.''''''

    ReplyDelete
  14. Saya suka character THE WANNABABES.Terutamanya SAZZY!I love you so much SAZZY!
    Saya juga suka watak SHASHA,NANA,LINDA

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin