Monday, February 1, 2010

Cinta Datang Lagi











Tajuk Novel : Cinta Datang Lagi
Karya : Bikar Nur Idris
Penerbit : Alaf 21
Terbitan : 2009
Halaman : 440 mukasurat
Harga : rm17.00

Sudah lama saya tidak membaca karya dari penulis ini. Ingat lagi novel pertama yang saya baca karya beliau ialah Princess keluaran Rhythm Publications. Gaya penulisan beliau memang kena dengan selera remaja-remaja sekolah. Bagi saya yang sudah meningkat dewasa ni mungkin akan terasa kurang menyengat. Dan saya rasa novel ini pun lebih kurang sama penyampaiannya dengan novel Princess. Target untuk remaja-remaja sekolah. Namun saya kurang setuju bila ada diselitkan adegan-adegan yang agak 'daring' dan kurang sesuai untuk dibaca oleh remaja-remaja kita. Saya sendiri merasa kurang selesa membaca adegan-adegan yang sebegitu.

Masih mengekalkan tema cinta dua insan. Fariz bertemu buat pertama kali dengan Raisya di hari persandingan kekasih masing-masing. Berkenalan dan berkongsi lara kerana ditinggalkan kekasih membuatkan kedua-duanya serasi. Namun niat Fariz mendampingi Raisya ada maksud di sebaliknya yang tanpa diketahui Raisya. Di kala Raisya sudah bersedia untuk menyerahkan hatinya untuk Fariz tiba-tiba sesuatu yang di luar dugaan telah membongkarkan segalanya. Raisya terkecewa lagi. Ternyata Fariz hanya mempermainkan dirinya sama seperti Jaspal. Namun di saat rahsianya terbongkar hati Fariz sudah berbelah bagi. Perasaan sayang untuk Raisya mula mengisi ruang hati. Untuk apa harus dia mengejar cinta Shereen yang tak pasti sedangkan di hadapan matanya dia dapat menggapai cinta Raisya?

...................................................................................
Cinta bukan sekadar ungkapan kata-kata. Tetapi cinta adalah kejujuran, keikhlasan dan pengorbanan utk org yg dicintai. Itulah tanggapan Raisya selama ini terhadap cinta Jaspal. Namun, dia hampa bila lelaki itu memilih gadis lain sbg isteri.

Bukan Raisya seorg yg kecewa. Fariz juga turut terluka bila Shereen, gadis pujaannya menjadi milik lelaki lain. Yg anehnya... mereka hadir menyaksikan perkahwinan bekas kekasih masing2 dlm majlis yg sama. Satu kebetulan yg kemudiannya melorongkan 2 hati yg derita ini menjadi akrab.

Tetapi Raisya sering menjauh kerana takut dikecewakan lagi. Fariz pula tak jemu memujuk, kononnya cinta sejati akan datang sekali lagi. Di saat Raisya menyerahkan hatinya kepada Fariz, pecah rahsia, rupanya lelaki itu mendekatinya utk memiliki Shereen semula. Dan Raisya pula akan mendapat Jaspal kembali. Inikah namanya pengorbanan cinta?

Namun bagi Fariz, Shereen cuma kenangan silamnya. Dia sudah terpaut pada Raisya sejak pertemuan pertama mereka. Tapi dapatkan dia meyakinkan Raisya bahawa cinta mereka ada penghujungnya?


Related Posts :



No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin