Thursday, February 11, 2010

Terbanglah Sayang











Tajuk Novel : Terbanglah Sayang
Karya : Aina Emir
Penerbit : KarnaDya
Terbitan : 2010
Halaman : 568 mukasurat
Harga : rm23.90




Karya Aina Emir semestinya menjadi novel wajib untuk saya baca. Balik dari bershopping buku semalam terus saya capai novel ini untuk dibaca. Seperti yang sudah dijangkakan bila sudah mula memang susah untuk berhenti membaca. Saya suka dengan penyampaian ceritanya kali ini. Lancar, kemas dan susah bosan. Walaupun sudah tentunya banyak 'twist' dan 'koner baring'. Dari awal hingga ke akhir mukasurat memang tidak menghampakan. Kalau dalam novel Matahariku di permulaan cerita diselitkan slot pengenalan yang panjang dan agak meleret. Slot pemanasan enjin kata sahabat saya, Ola. Dalam novel ini penulis menggunakan pendekatan berbeza. Di awal cerita hanya ada sedikit saja omelan tentang Inaz lalu terus disambung dengan insiden yang melucukan dan babak pertemuan dua jiwa. Tetapi persamaan dalam kedua-dua novel ini ialah dua-duanya ada kejutan dan 'twist' yang tidak disangka-sangka. Dua-duanya ada kawin segera! Bukan kena tangkap khalwat ye. Tapi kawin mengejut. Hebat sungguh idea penulis ni.

Pada mulanya saya menyangka cerita ini mengenai si Inaz yang 'desperately need a boyfriend' tetapi rupa-rupanya pasal Fiya si doktor manis yang selalu mengalah untuk Inaz. Inaz dan Fiya bersahabat baik dan amat rapat sekali sehingga digelar kembar. Walaupun 'kembar' tetapi perwatakan, hobi dan cita-cita jauh berbeza antara satu sama lain. Ada sebab kenapa mereka rapat sebenarnya. Perhatian yang diberi lama kelamaan membuatkan Inaz bergantung pada Fiya. Walaupun mereka rapat Fiya selalu mendahului Inaz dalam apa sekalipun. Ini membuatkan ada perasaan cemburu di dalam diri Inaz. Apatah lagi bila dia tahu Fiya sudah ada kekasih hati, Fariz, sementara dia pula masih kekosongan.

Pertemuan dengan si jejaka macho, Mejar Arash, menarik perhatian Inaz untuk mencuba nasib. Aduhai, meluat rasanya bila Inaz seperti terdesak untuk mengenali Arash sehingga sanggup memberi amaran kepada Fiya dan kawan-kawan lain bahawa Arash adalah untuknya. Sedangkan Arash biasa-biasa saja. Sebenarnya Arash merasa senang bila berbicara dengan Fiya. Dengan Fiya Arash dapat meluahkan segala-gala kisah suka duka yang terbuku di hatinya. Namun tidak dengan Inaz. Harapan untuk lebih mendekati Fiya terhenti di tengah jalan bila mendapat tahu Fiya akan berkahwin dengan Fariz. Alamak!

Persiapan untuk perkahwinan Fiya - Fariz sudah siap diaturkan. Hanya menunggu hari saja lagi. Selang beberapa hari perkahwinan menjelang Fiya dihubungi Fariz memberitahu yang mereka tak jadi kawin. Jeng jeng jeeeng.... Apa sudah jadi? Kenapa Fariz tak jadi kawin dengan Fiya? Fariz tak dapat nak bagitahu. Selepas itu Fariz sudah tidak dapat dihubungi lagi. Kesian Fiya, malu dengan ibubapa, keluarga dan para jemputan yang akan menghadiri hari bersejarah itu nanti.

Selepas ini banyak peristiwa yang tidak diduga berlaku ke atas Fiya, Fariz, Inaz dan Arash. Semput kalau nak diringkaskan semuanya di sini. Adalah lebih seronok jika anda sendiri menghayati novel ini. Pasti akan bulat mata membaca kisah 'adventure' bercampur romantis Fiya-Arash. Apa-apa pun sekalung tahniah untuk penulis.

...................................................................................

Best Friends Forever (BFF)… merupakan ungkapan yang sering diucapkan dua orang teman baik, juga merupakan sepupu berwajah seiras. Serupa tapi tak sama. Inaz dan Fiya atau Shafinaz dan Lutfiya Zahra, yang sering mendapat gelaran ‘kembar’; ke mana-mana sahaja, mereka selalu berdua. Saling menyayangi, saling menolong dan saling bergantung.

Pun begitu, mereka bagaikan sedang dalam satu pertandingan untuk merebut sebuah trofi. Tanpa disedari, perasaan cemburu terbit di sanubari, masing-masing berentap untuk berada di depan.

Inaz, suka yang rancak dan kecoh, sedang mencari seseorang yang baik budi, menambat hati. Suka kepada yang bertubuh ‘tegap’… asal tidak mengingatkan kepada ayahnya. Dia juga sensitif dan pernah berdepan dengan tekanan. Mampukah Inaz mencari apa yang diimpikan?

Fiya pula, seorang yang pintar, suka kepada ‘nature’, minat aktiviti lasak, sayang kepada haiwan, sudah pun mendapat teman dan kini berada di depan. Mungkin kerana itu, Fiya dan Inaz bagaikan sedang bercakaran.

Munawarah dan Melissa, teman baik yang cuba jadi orang tengah, penasihat… mungkin juga pembelot?

Pertemuan Inaz, Fiya, Muna dan Mel… dengan empat orang jejaka di atas gunung legenda, membawa satu perubahan hidup dan mewujudkan pelbagai soalan dan teka-teki.

Novel ini akan temukan pembaca dengan pelbagai karakter yang berbeza kerjaya, mendekatkan kita kepada wira-wira negara, yang mungkin sebelum ini tak pernah kita kenali. Merasai apa yang dirasai oleh seorang anak angkat yang cuba mencari identiti diri. Siapakah agaknya yang menjadi burung rajawali, penuh perasaan tinggi diri, yang akhirnya terpaksa lakukan transformasi?

Sukarkah untuk menerima kekalahan dan payahkah untuk meluahkan perasaan? Sama-samalah menyelami dan menghayati kisah suka duka kehidupan mereka yang bergelar insan, yang disusun indah dalam novel Terbanglah Sayang.




Related Posts :



No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin