Karya : Tere Liye
Penerbit : PTS Litera
Terbitan : 2009
Halaman : 388 mukasurat
Harga : rm25.00
Penerbit : PTS Litera
Terbitan : 2009
Halaman : 388 mukasurat
Harga : rm25.00
Bidadari-Bidadari Surga bercerita tentang pengorbanan seorang kakak (Laisa) untuk adik-adiknya (Dalimunte, Ikanuri, Wibisana dan Yashinta) di Lembah Lahambay agar adik-adiknya dapat melanjutkan pendidikan mereka, meski ia harus bekerja diterik matahari setiap hari, mengolah gula aren setiap jam 4 pagi serta dimalam hari menganyam rotan, meski pada dasarnya keempat adik-adiknya tersebut berasal dari darah yang berbeza dengan dirinya.
....................................................................................................
Novel airmata ketiga dari Tere Liye ini sememangnya mampu membuatkan hati saya diruntun kesedihan dan kesayuan dari awal sehingga akhir. Dengan alunan bahasa yang indah bagaikan memukau saya untuk terus melekat dan menyudahkan pembacaan novel ini dengan ditemani sekotak tissu. Banyak airmata yang tumpah pabila menatap buku ini. Dahsyat sungguh penangan penulis dari Indonesia ini ye.
Sepertimana novelnya yang sudah-sudah penulis masih mengekalkan tema yang cukup sederhana iaitu kasih sayang dan ikatan persaudaraan. Berlatarbelakangkan sebuah desa terpencil Lembah Lahambay tinggal sebuah keluarga Mak Lainuri bersama anak-anaknya Laisa, Dalimunte, Ikanuri, Widapatna dan Yashinta. Setelah ayah mereka meninggal dibaham harimau, Laisa nekad berhenti sekolah dan mencari pekerjaan untuk menyara persekolahan adik-adiknya. Laisa mempastikan adik-adiknya yang empat orang itu mendapat pendidikan yang sempurna dan menjadi seorang yang berjaya di suatu hari nanti.
Pengorbanan Laisa sebagai seorang kakak... walaupun sebenarnya Laisa bukanlah kakak kandung mereka... memang tiada tandingannya. Bermula dari berhenti sekolah dengan kerelaan sendiri, rela bekerja keras setiap hari demi kebaikan adik-adik bahkan sanggup meredah hutan di tengah malam pekat mencari adik-adiknya yang nakal. Saya memang terpukau pabila membaca saat-saat Laisa berhadapan dengan harimau (bukan seekor tapi tiga ekor!) untuk menyelamatkan Ikanuri dan Widapatna. Berani dan nekad sungguh!
Laisa juga sudah tidak peduli lagi dengan keadaan rupa paras dirinya sendiri yang semakin berubah walaupun telah menjadi umpatan jiran tetangga. Laisa yang lembut hati juga tidak pernah mengambil kisah dengan sikap adik-adiknya (terutama Ikanuri yang degil dan membuat saya geram) yang selalu membuat hatinya terluka dengan hamburan kata-kata berbisa. Sebaliknya Laisa penuh ikhlas menerima semua takdir yang tersurat. Tak pernah lelah dia menghambakan diri demi untuk mereka berempat. Berkat ketekunan Laisa, satu persatu dari mereka telah tumbuh menjadi insan yang berjaya.
Detik yang paling mengharukan ialah saat kematian Laisa. Bila mana pabila adik-adiknya menerima sms dari Mak Lainuri tentang keadaan Kak Laisa yang sudah nazak, masing-masing sanggup membatalkan semua agenda penting di dalam hidup masing-masing semata-mata untuk kembali ke kampung melihat Kak Laisa. Erat sungguh ikatan kasih sayang persaudaraan yang telah disemai oleh seorang Kak Laisa. Yashinta juga sanggup membatalkan perkahwinannya dengan Goughsky semata-mata untuk pulang ke sisi Kak Laisa.
Keharuan terus mencengkam diri saya pabila menatap Epilog yang tertulis:
Dengarlah khabar bahagia ini.
Wahai wanita-wanita yang hingga usia tiga puluh, empat puluh, atau lebih daripada itu, tapi belum juga menikah (mungkin kerana kekurangan fizikal, tidak ada kesempatan, atau tidak pernah 'terpilih' di dunia yang amat keterlaluan mencintai harta dan penampilan wajah). Yakinlah, wanita-wanita solehah yang sendiri, namun tetap mengisi hidupnya dengan indah, bersedekah dan berkongsi, berbuat baik, dan bersyukur. Kelak di hari akhir sungguh akan menjadi bidadari-bidadari syurga. Dan khabar baik itu pastilah benar, bidadari syurga parasnya cantik luar biasa.
alamak...macam kena baca sahaja ni.kawan saya pun kata sedih yang amat sangat.
ReplyDeleteai... Cik Welma juga yang kasi cadangan supaya membaca novel ini. Saya yakin ulasan yang bakal Cik Welma berikan tentang novel ini pasti menarik.
ReplyDeleteSalam Kakak,
ReplyDeleteMacam kena baca novel ni. Hari itu hendak beli tapi hati kata jangan, sebab tajuknya tidak menarik minat saya yang seorang lelaki.
Waalaikum slm dik,
ReplyDeleteBacalah, dik Ae. Sememangnya novel ini mengajar kita erti kasih sayang antara adik beradik dan pengorbanan yang tulus ikhlas demi untuk kebahagiaan orang tersayang.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di blog saya. Gembira hati saya bila dimaklumkan anak-anak puan meminati novel-novel sejarah Islam. Semoga bermanfaat.
Waalaikum slm,
ReplyDeleteTerimakasih dan tahniah juga kepada saudara kerana telah menghasilkan novel-novel ilmiah yang bermutu. Saudara telah menolong anak-anak saya meminati dan mengetahui sejarah Islam dengan lebih mendalam. Teruskan berkarya. Saya dan anak-anak saya menyokong usaha murni saudara.
Assalamu'alaikum
ReplyDeleteSaya juga telah membaca karya Tere Liye(Bidadari-bidadari Syurga).Memang karya yang indah,didalamnya boleh membuatkan kita ketawa, kagum,sedih dan terharu....Begitu juga dengan karya beliau yang lain(Moga bonda disayang Allah, Hafalan salat Delisa dan Rembulan tenggelam diwajahmu).Seolah-olah bukan kita yang membacanya tetapi novel itu sendiri berbicara dengan kita.....he,he,he:-)
novel bidadari-bidadari syurga akan segera difilemkan tahun ini :)
ReplyDeleteinsyaAllaah, Desember 2012 nanti, bidadari-bidadari surga the movie nakal dirilis di Indonesia.
ReplyDelete