Monday, April 27, 2009

Bila Dah Suka - Mimie Afinie










Tajuk Novel : Bila Dah Suka
Karya : Mimie Afinie
Penerbit : KarnaDya
Terbitan : 2009
Halaman : 537 mukasurat
Harga : rm19.90

Kata orang, cinta pertama paling sukar untuk dilupakan. Kata orang lagi, bila kecewa dalam bercinta, kita memerlukan masa yang lama untuk sembuh. Benarkah begitu? Kalau benar, masakan dia senang sangat jatuh cinta dan senang pula melupakan?

Sebelum ini, sudah dua kali. Kini, hatinya terisi dengan nama lain pula. Mudah sungguh. Mungkin betul, dia memang jenis yang tidak boleh dibuat baik. Pantang orang buat baik sikit, senang sangat nak beri hati. Entahlah... Tapi apa sekalipun, dia yakin yang dia cintakan si dia. Cinta sungguh-sungguh.

‘BILA DAH SUKA’ membawa anda menyelami hati seorang gadis genit bernama Nurul Huda. Dia yang kecewa dengan perkahwinan insan yang dicintai membawa diri ke utara tanah air. Tetapi setiba di sana, sesuatu yang tidak diduga telah menimpa dirinya, lalu mengubah perjalanan hidupnya.

MIMIE AFINIE tampil sekali lagi dengan sebuah karya yang mampu ‘meringankan’ kepala anda dengan bahasa mudah dan bersahaja. Seperti biasa, ada unsur-unsur humor, suspens dan juga sedih. Moga terhibur...
..................................................................................................................
Buku pertama yang menjadi bahan bacaan saya setelah bershopping buku sakan di Pesta Buku yang baru berakhir semalam. Memang saya menyukai hasil penulisan Mimie Afinie yang ternyata santai dan menghiburkan. Seperti karyanya yang lepas-lepas, buah tangan penulis kali ini juga diwarnai dengan adegan-adegan lucu mencuit hati dan tak kurang juga saat-saat yang mengharukan jiwa pabila membacanya. Kali ini menceritakan tentang kisah kehidupan seorang gadis bernama Nurul Huda.

Setelah Shazlan mengahwini kakaknya, hati Nurul Huda remuk redam. Niat di hati hendak membawa diri ke Taiping mencari abang yang telah lama menghilang. Tetapi insiden kecurian telah memaksa Huda menumpang di rumah Tarmizi dan Mahani lalu menjadi anak angkat di rumah tersebut. Mahani mempunyai dua orang anak lelaki Anuar dan Alam. Anuar seorang yang lembut manakala Alam seorang yang keras kepala. Kehadiran Huda pada mulanya tidak disenangi oleh Alam. Dituduhnya Huda gadis liar yang sengaja lari dari rumah kerana tidak mahu kebebasannya disekat. Rupa-rupanya di sebalik semua itu Alam juga diamuk emosi kekecewaan kerana kekasih hati berkahwin dengan jejaka lain.

Kehidupan bersama keluarga baru membuat hidup Huda ceria dan sedikit demi sedikit dapat melupakan kisah cinta luka yang lalu. Tanpa disedari Huda diminati oleh kedua anak bujang Mahani. Anuar dengan sikap lembut dan gentlemannya pandai menyembunyikan gelora hati berbeza dengan Alam yang selalu saja mencari peluang menyakat dan mendekati Huda. Gurauan dan sakatan Alam terhadap Huda menyakitkan hati Anuar dan menimbulkan salah faham bahawa Alam dan Huda saling menyimpan perasaan. Ditambah pula Anuar terjumpa foto-foto mesra Huda-Alam. Kerana tidak mahu hatinya terus disakiti oleh adegan percintaan mereka berdua Anuar mengambil keputusan untuk mengahwini Erin.... Suatu tindakan yang tidak masuk akal bagi saya...

Berita Anuar akan berkahwin dengan Erin rupa-rupanya memberi kelukaan di hati Huda untuk kali kedua. Ternyata Huda juga menyimpan perasaan terpendam untuk Anuar. Susahnya bila berada di alam percintaan yang tak terungkap ni.. Patah hati lagi Huda membawa diri pulang ke KL. Namun ketenangan jiwa yang diharapkan tidak ditemui Huda. Malah pelbagai masalah lain pula timbul. Huda berpatah balik semula ke Taiping setelah bertengkar dengan Kak Diba.

Di Taiping sudah ada yang menanti dan menyayangi Huda seadanya. Biarpun ianya bukan tergolong di kalangan keluarga sendiri. Bahagia yang Huda inginkan selama ini ada di sini.


Related Posts :



5 comments:

  1. bila dah suka....hm.... nama tajuknya pun dah buat saya terigau-igaukan novel tersebut inikan pula membaca lagi menhayati novel ini.hm...setelah membaca novel itu saya bagai bulan rindukan bintang pula.manakan tidaknya novel ini tersangatlah best dan penuh dengan gelak ketawa.maklumlah novel ini pun saya pinjam di perputakaan.setelah membaca,entah apa yang merasuk saya untuk menjadi seorang penulis seperti mimie afinie.hm...saya sangatlah berharap agar saya akan menjadi seorang penulis yang bagus

    ReplyDelete
  2. Saye ade novel ni . Saye dah baca 8 kali sebab best sangat ! Watak yg saye paling minat dalam novel ni ialan Alam dan Huda . Saye tk sangke mereka kahwin last-2 . :)

    ReplyDelete
  3. novel nie mmang best

    ReplyDelete
  4. x sangka syok baca novel nie....tq cikgu kerna mhadiahkan novel nie...heheheh

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin