Friday, April 10, 2009

Bila Nysrah Kata Tak Mahu









Tajuk Novel : Bila Nysrah Kata Tak Mahu
Karya : Aidil Khalid
Penerbit : Jemari Seni
Terbitan : 2008
Halaman : 427 mukasurat
Harga : rm18.00


Apa yang Nysrah tak mahu?

Cerita ini mengungkap tentang Nysrah, si manis 17 tahun yang berkereta api sendirian, berulang alik dari Tanah Merah ke Bahau pada setiap kali cuti sekolah tiba. Cerita penuh debar, penuh benci, penuh sinis, penuh pengajaran, namun sarat dengan hakikat ini, akan membuat kita berfikir seratus kali, sebelum melepaskan anak gadis berkelana malam-malam seorang diri ke mana-mana!

Kenapa pula Nysrah tak mahu?

Inilah sebuah cerita tentang Nysrah, dan perjalanannya. Tentang masa indah bersama teman-teman, jua tentang rasa indah dalam usia suntinya tatkala hatinya disapa kasih dia. Namun kenapa ada yang tega calarkan citra indahnya?

Cerita Nysrah dengan dia. Cerita Nysrah dengan Dia.

Aidil Khalid menulis secara telus dan lantang. Penulis muda, mantan Minggu Penulis Remaja (MPR) 2007 – anjuran Dewan Bahasa & Pustaka ini, memaparkan isu yang tidak terduga. Pelajar perundangan ini mempertaruhkan naratif yang jitu untuk membawa Bila Nysrah Kata Tak Mahu ke dunia sastera.
...............................................................................................................

Novel ini dah lame saya peram. Tak tahulah kenapa melihat kepada tajuknya terdetik di dalam hati suatu perasaan yang agak tidak enak untuk membacanya. Tajuknya saja telah sedia menggambarkan berlakunya suatu kejadian malang dalam hidup seorang gadis berusia 17 tahun ini. Kasihan Nysrah. Remaja yang baru saja bersemangat untuk meneroka kemanisan dunia serba indah namun terlebih dahulu diduga dengan seribu macam ujian yang menyakitkan.

Perjalanan pergi dan balik dari rumahnya di Kelantan ke sekolahnya di Serting, Negeri Sembilan dengan berkeretapi merupakan satu igauan ngeri untuk gadis yang bernama Nysrah. Sudah lah cuba dicabul oleh seorang berpangkat sarjan, duit dan barang-barang juga dirompak. Hal ini sudah berkali-kali dibawa ke tengah untuk perhatian pihak yang bertanggungjawab namun, semuanya mengambil sikap membutakan mata dan memekakkan telinga saja. Mentang-mentanglah Nysrah hanya seorang remaja biasa dan bukan tergolong di kalangan anak datuk datin maka suara ketidak puasan hatinya dipandang sepi.

Dugaan yang paling berat ditempuhi Nysrah bila kehormatannya diragut dan dirinya didapati mengandung. Dunia seakan terbalik dirasakan. Apatah lagi pabila satu-satunya insan yang diharapkan untuk membantunya telah menyisihkan diri dan meninggalkannya. Siapa yang tidak merasa putus asa bila semua angkara dan akibat dari orang lain diri sendiri yang terpaksa menanggung seorang diri. Nysrah nekad untuk membunuh diri akibat dari perasaan yang terlalu kecewa. Malang sungguh nasib Nysrah. Nasib baiklah Izati cepat menyedari keadaan Nysrah lalu dengan segera Nysrah dibawa ke hospital. Namun nasib malang Nysrah tidak berakhir di situ. Dua orang anggota polis telah datang untuk mendakwa Nysrah dengan kesalahan membunuh diri dan jika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman penjara setahun atau denda.

Related Posts :



4 comments:

  1. ''Dugaan yang paling berat ditempuhi Nysrah bila kehormatannya diragut dan dirinya didapati mengandung''

    Aduh, yang ini buat saya risau, saya pun ada adik perempuan.

    ReplyDelete
  2. saudara Isma,
    dunia sekarang mmg penuh pancaroba.
    saya juga mempunyai seorang anak gadis yang baru meningkat remaja. memang risau tak terkira.

    ReplyDelete
  3. Ya lah puan, dalam novel ini pun nampaknya penulisnya membenarkan kerisauan kita.

    ReplyDelete
  4. saudara isma,
    sama2 kita berdoa semoga kita dan ahli keluarga kita dilindungi Allah dari segala musibah dan bencaran. Amin.

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin