Friday, November 27, 2009
Saturday, November 21, 2009
Seksa Meninggalkan Solat
Tajuk Buku : Seksa Meninggalkan Solat
Karya : Mukhlas Syarkun
Penerbit : Pustaka Azhar
Terbitan : 2009 (cetakan ketujuh)
Halaman : 165 mukasurat
Harga : rm10.00
Sembahyang itu tiang agama. Sesiapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agamanya dan sesiapa meninggalkannya maka sesungguhnya ia telah merobohkan agamanya.
6 Seksa Di Dunia Kerana Meninggalkan Sembahyang.
- Allah mengurangkan berkat umurnya.
- Allah tidak mempermudahkan rezekinya di dunia.
- Allah menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya.
- Dia tidak akan memperoleh tempat di dalam Islam.
- Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala.
- Allah tidak akan menerima doanya.
3 Seksaan Ketika Menghadapi Mati:
- Mati dalam keadaan yang amat hina.
- Mati dalam keadaan yang amat lapar.
- Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun telah diberi banyak minuman.
3 Seksaan Sewaktu Alam Kubur:
- Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya.
- Allah akan menggelapkan kuburnya.
- Allah akan menyiksanya sehingga hari kiamat.
3 Seksaan Ketika Bertemu Allah:
- Pada hari kiamat ia akan dibelenggu oleh malaikat.
- Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ehsan.
- Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan diazab di dalam neraka dengan azab siksaan yang pedih lagi keras.
Dosa Dan Balasan Meninggalkan Sembahyang Lima Waktu:
Subuh - sekali meninggalkannya dimasukkan ke neraka selama 30 tahun di akhirat bersamaan 60000 tahun di dunia.
Zuhur - sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1000 umat Islam.
Asar - sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuhkan Baitullah.
Maghrib - sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri.
Isyak - sekali meninggalkannya Allah tidak redha orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatNya.
Friday, November 20, 2009
Yang Sebenarnya
Tajuk Novel : Yang Sebenarnya
Karya : Aisya Sofea
Penerbit : Alaf 21
Halaman : 500 mukasurat
Harga : rm19.90
Baca Selanjutnya..
Thursday, November 19, 2009
3 Tokoh Bakal Menakluk Dunia
Tajuk Buku : 3 Tokoh Bakal Menakluk Dunia
Penulis : Ustaz Jaafar bin Salleh
Penerbit : Pustaka Azhar
Terbitan : 2009
Halaman : 259 mukasurat
Harga : rm28.00
Seolah-olah apa yang diberitakan kepada kita bahawa nasib umat Islam bagaikan ’telur’ dihujung tanduk. Tiada pembela dan tiada siapa mempedulikannya. Itulah cabaran yang besar keatas umat Islam yang menentukan keimanan dan keyakinan mereka kepada Allah Azawajallah.
Inilah proses yang ditempuhi umat Islam untuk mengembalikan keyakinan mereka kepada Hari Kebangkitan dan adanya Allah s.w.t yang Maha berkuasa. Pasti dan janji Allah s.w.t tidak akan biarkan Islam ini terus dirobek oleh mush-musuhnya.
Ini tidak akan terjadi sehingga Allah s.w.t datangkan kepada mereka Al Mahdi dan Isa Al Masih. Sesungguhnya saat itu semakin hampir untuk meletakkan Islam dan umatnya gemilang dan terbilang. Untuk mengetahui bagaimana Islam ini berdaulat semula maka anda perlu memiliki dan terus membaca buku ini. Tentunya nanti anda akan tahu yang orang lain tidak tahu tentang kejayaan umat Islam yang berada di akhir zaman.
Tuesday, November 10, 2009
Qantan Biru Langit
Tajuk Novel : Qantan Biru Langit
Karya : Muliati Abdul
Penerbit : Kaki Novel
Terbitan : 2009
Halaman : 357 mukasurat
Harga : rm16.00
Qantan selalu diusik oleh keluarganya supaya lekas-lekas berumahtangga. Ini membuatkan Qantan rimas. Karin, sahabat baiknya pula cuba memasangkan Qantan dengan abangnya Rafael. Namun niat Karin seperti mendapat halangan pabila suatu hari Qantan bertemu semula dengan Razif. Razif adalah lelaki yang sepatutnya dijodohkan dengan Qantan atas restu keluarga suatu ketika dahulu. Tetapi Razif lari ke luar negara untuk berkahwin dengan wanita pilihan hatinya sendiri. Setelah kematian isteri Razif kembali ke tanah air lalu bertemu dengan Qantan. Pertemuan dengan Qantan membuahkan rasa cinta di hati Razif. Terdetik di hati untuk merealisasikan kembali hasrat dua keluarga yang tak jadi.
Seorang lagi yang menjadi rival Rafael ialah Khalid Zafran. Seorang pemain tenis jaguh dunia yang serius dan pendiam. Boleh jugak kalau nak dikatakan sombong. Walhal dulu satu sekolah malah satu kelas dengan Qantan. Mereka juga pernah berlatih bermain tenis bersama. Tetapi bila sudah terkenal Khalid seakan tidak mengenali Qantan. Kenapa? Mungkin ada sesuatu perkara yang cuba disembunyikan Khalid. Perasaan cinta mungkin..
Ramai sungguh jejaka tampan yang jatuh cinta dengan si gadis Qantan ni. Tetapi siapakah yang menjadi pilihan hatinya. Antara Razif, Khalid dan Rafael. Sebuah novel cinta yang agak menarik dan tidak mengecewakan.
Thursday, November 5, 2009
Menyukat Solat Diri
Tajuk Buku : Menyukat Solat Diri
Penulis : Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit : Kemilau Publika
Terbitan : 2009
Halaman : 293 mukasurat
Harga : rm22.00
Mungkinkah antara mereka dan solatnya itu tidak terpenuh prasyarat antara apa yang dipersembah dengan apa yang diharap? Jika ya, maka apa lagi yang kekurangan?
supaya setiap usaha mereka mengejar kehidupan dunia, mereka
perlu berenggang atau berputus hubungan untuk seketika dengan
keduniaan mereka, dan bersiap pula untuk menghadapi kematian".
-Tok Guru Nik Adbul Aziz Nik Mat
Friday, October 23, 2009
Bintang-Bintang Ke Syurga
Tajuk Novel : Bintang Bintang Ke Syurga
Karya : Xarine
Penerbit : Jemari Seni
Terbitan : 2009
Halaman : 452 mukasurat
Harga : rm19.00
Imran seorang pemuda lepasan USM yang hidup dalam serba kepayahan. Hidup yang penuh dugaan dan cabaran yang memeritkan membuatkan Imran menghargai setiap kesempatan yang datang. Pemuda yang berjiwa murni ini menetapkan setia cintanya hanya pada seorang gadis bernama Aishah. Sebelas tahun bercinta dan mereka merancang untuk mengharungi masa depan bersama kelak. Manusia bisa merancang namun semuanya telah ditetapkan oleh Ilahi. Jodohnya dengan Aishah tidak kesampaian bila Aishah terpaksa menerima pinangan jejaka lain di saat Imran sibuk dengan tugas pembelajarannya. Hancur luluh hati Imran menerima perkhabaran perit ini. Perasaan belas dan sedih menyelinap di dalam hati saya pabila membaca bait-bait sms yang dihantar Imran tidak dibalas Aishah. Nanar juga Imran ditinggal Aishah pada mulanya. Namun Imran redha dan kembali bermunajat kepada Yang Satu. Semangat diri yang hampir hancur kembali dibina untuk mengharungi hidup seterusnya.
Dalam mencari pekerjaan untuk menyara hidup keluarga Imran disapa kepayahan. Banyak sungguh dugaan untuk Imran sehingga saya sendiri dapat merasai keperitannya. Walaupun payah namun sikap semulajadi Imran yang baik hati dan suka membantu memang disenangi oleh semua orang. Nak dijadikan cerita Imran berkawan dengan Suzila anak Dato' Husin, siswi tersohor di kampus pengajian. Walaupun ayahnya inginkan Nazira sebagai pengganti Aisyah, namun entah mengapa di hati Imran tertulis nama Suzila. Sedar akan jurang yang besar terbina di antara mereka berdua apatah lagi pabila Suzila memberi perkhabaran yang hampir sama semasa dia bersama Aisyah dulu, Imran cuba untuk bertenang dan kembali berserah kepada Yang Satu. Namun sikap tenang Imran amat menyeksakan jiwa Suzila. Lalu apa yang harus dilakukan?
Seperti sabda Rasulullah, Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.
Islam itu cinta.
Cinta itu fitrah terpateri dalam hati. Hanya cinta dalam hati yang akan menyatukan kita dan semua manusia. Sepertimana alam kehidupan yang satu ini ditampung oleh bongkah-bongkah alam yang sedang bercinta; roh cinta yang mutlak terpateri pada hukum qadar-Nya. Setiap detik pasir-pasir dan burung-burung itu mengucapkan ‘cinta’ ke hadrat Tuhan mereka.
Maka aku berusaha mencintai semua, dan mengikat hati pada simpulan iman kepada qada dan qadar Allah.
Imran lulusan kejuruteraan, anak miskin yang tidak punya apa-apa kecuali kecintaannya pada Allah. Lalu wajarkah dia ada hati kepada si dia yang punya segala-galanya? Atau orang miskin hanya layak untuk dijodohkan dengan orang yang tidak punya apa-apa juga? Kalau begitu, apa pula maknanya sekufu?
Baca Selanjutnya..
Monday, October 19, 2009
Aku Cinta Dia
Tajuk Novel : Aku Cinta Dia
Karya : Sharifah Abu Salem
Penerbit : Alaf 21
Terbitan : 2009
Halaman : 499 mukasurat
Harga : rm19.90
Salah seorang di antara gadis-gadis ini adalah Nur Dania anak seorang hartawan. Gaya kehidupan bebas yang diamalkan oleh Dania menyebabkan dirinya mengandung anak luar nikah. Kerana tidak sanggup malu Datuk Sufian bertegas untuk menggugurkan kandungan Dania. Namun Datin Kay tidak sanggup bersubahat dengan si suami lalu melarikan Dania ke Wadi Saffiyyah.
Sepanjang tinggal di Wadi Saffiyyah, Dania sentiasa bermunajat kepada ALLAH. Walaupun dosa yang ditanggung selama ini tidak mampu mengembalikan lelaki yang bertanggungjawab atas kandungannya itu, dia pasrah. Baginya dia harus meneruskan kehidupan sehingga anaknya lahir.
Dalam diam, dia terpaut pada sifat-sifat mulia Ustaz Iqbal salah seorang tenaga pengajar di Wadi Saffiyyah. Namun, bila difikirkan, mana mungkin dirinya yang kotor jatuh hati pada insan semulia Iqbal? Sehinggalah suatu hari, dia menerima hadiah pemain MP3 dan al-Quran kecil daripada lelaki itu.
Apakah maknanya ini? Adakah Iqbal juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya? Iqbal pernah menyatakan kepadanya bahawa dia harus mencintai ALLAH dan Rasul-NYA terlebih dahulu sebelum dia mencintai sesama manusia. Dania bimbang dengan kenyataan ini. Takut dia bertepuk sebelah tangan.
Tuesday, October 13, 2009
Kembara Atiq Wazif : Satu Anugerah
Tajuk Novel : Kembara Atiq Wazif : Satu Anugerah
Karya : Hasan Suyut
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd
Terbitan : 2008
Halaman : 263 mukasurat
Harga : rm24.50
Si ayah seorang ahli koperat yang berjaya, sentiasa sibuk dengan kerja sehingga kekurangan masa untuk dihabiskan bersama keluarga. Manakala si ibu pula seorang pendidik cemerlang. Berita kelahiran anak istimewa Atiq Wazif tidak membuatkan mereka cepat melatah namun disambut dengan penuh kesyukuran. Mereka menganggap bahawa ianya satu anugerah dari Allah.
Membesarkan Atiq Wazif bukanlah perkara mudah namun dua insan yang bergelar ibu dan ayah ini penuh sabar, pasrah dan redha terhadap apa yang ditakdirkan oleh Ilahi. Mereka melakukan sedaya yang terbaik tanpa mengeluh untuk Atiq Wazif sehingga sanggup merantau ke pelusuk dunia mencari penawar untuk menyembuhkan Atiq Wazif. Kalau tidak pun sekurang-kurangnya untuk menjadikan Atiq Wazif lebih baik.
Bagi saya adik Atiq Wazif lebih beruntung dari adik Sofiah sepertimana di dalam buku Di Dalam Kehadiran Sofiah kerana dilahirkan di dalam lingkungan keluarga yang agak berada juga. Bagi keluarga Atiq Wazif, wang bukanlah menjadi masalah utama mereka. Jauh beza berbanding dengan keluarga Sofiah yang terpaksa bermotosikal sahaja hanya untuk menjalani rawatan di hospital kerajaan sahaja.
Membaca buku ini hati saya menjadi sedikit lapang pabila kanak-kanak istimewa ini dilahirkan di dalam lingkungan keluarga yang penyayang dan bertanggungjawab terhadap anak mereka. Paling lega lagi bila keluarga mereka adalah orang yang berada sepertimana keluarga Atiq Wazif. Ini kerana kanak-kanak seperti ini memerlukan pembiayaan yang agak besar untuk kos rawatan di samping limpahan perhatian dan kasih sayang yang tidak kunjung padam. Buku ini umpama sebagai harapan dan semangat kepada ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak sepertimana Atiq Wazif supaya terus berusaha dan berjuang demi untuk anak tersayang.
Monday, October 12, 2009
21 Tip Bagi Yang Sukar Solat Subuh

Penulis : Syaikh Muhammad Shalih Al Munajjid
Syaikh Murid Al Kullab
Penerbit : Mustread Sdn Bhd
Terbitan : 2009
Halaman : 119 mukasurat
Harga : rm14.90
Jika anda termasuk orang yang merasa berat untuk bangun solat Subuh, maka buku ini akan membangkitkan anda. Tidak pernah menghadiri solat Subuh berjemaah merupakan sikat tasyabbuh (menyerupai) perilaku kaum munafik pada zaman Nabi. Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud "Barangsiapa yang menyerupai satu kaum, maka ia termasuk golongan kaum tersebut." (HR Muslim). Cuba anda renungkan.. Munafikkah anda atau dalam hati anda telah bersemi benih-benih kemunafikan.
Jika anda berkata tidak atau bukan, maka buktikan bahawa anda bukan seorang munafik. Dan satu-satunya cara untuk membuktikan adalah tanamkan azam dalam diri anda mulai esok anda akan buangkan rasa mengantuk yang menjerat dan rasa malas yang membelenggu diri anda dan berbarislah bersama jemaah dalam menunaikan solat Subuh.
Buku ini membantu anda dalam memperbaiki diri anda, dengan tip-tips yang mudah difahami akan merubah diri anda menjadi antara insan-insan yang berada di barisan jemaah Subuh. Baca Selanjutnya..
Sunday, October 11, 2009
Cintai Aku Kekasih
Tajuk Novel : Cintai Aku Kekasih
Karya : Fateen Najwa
Penerbit : Fajar Pakeer
Terbitan : 2009
Halaman : 471 mukasurat
Harga : rm19.90
Kisah hidup Suri seorang gadis lincah ala-ala tomboi yang tinggal dengan ibu dan kakaknya di sebuah desa perkampungan kecil. Suri sering menerima cemuhan dari kawan-kawannya mengatakan dia anak pungut. Walaupun ianya mengguris hati dan menjadi tanda tanya tetapi Suri sering mengabaikannya apatah lagi dengan kehangatan kasih sayang Hendon dan Kak Atilia yang melimpah ruah untuk Suri.
Kisah bermula pabila seorang guru dari bandar tiba untuk mengajar di sekolah perkampungan mereka. Cikgu Naufal yang kacak menjadi buah mulut makcik-makcik dan kegilaan remaja-remaja perempuan. Termasuklah Suri. Namun pabila melihat Naufal rapat dengan Atilia sementelah mereka mengajar di satu sekolah hati Suri terusik. Perasaan kecewa mula terasa bila Naufal mengajak Suri keluar semata-mata untuk membeli rantai untuk wanita yang dicintai Naufal. Hatinya mengesyaki bahawa Naufal menyukai Atilia.
Di dalam diri Naufal pula dia menyenangi Suri yang lincah tetapi di waktu yang sama dia mengagumi Atilia. Kedua-dua beradik ini amat menarik perhatiannya. Lama kelamaan di dalam hati Naufal terbit perasaan yang aneh untuk kedua-duanya. Dia keliru untuk memilih samada Suri atau Atilia. Namun keputusan harus dibuat dengan harapan ianya sebuah keputusan yang betul.
Malang untuk Atilia pabila satu insiden yang tidak ingini telah berlaku di dalam rumahnya sendiri. Insiden itu membuatkan Atilia patah semangat dan menjadi murung. Atilia dibawa berjumpa dengan pakar sakit jiwa. Pada Doktor Haneef diceritakan segala-galanya. Di saat pinangan Naufal tiba Hendon menasihatkan Atilia supaya menerima. Harapan Hendon supaya Atilia melupakan peristiwa pahit itu dan menjalani hidup bahagia dengan Naufal. Namun satu hal yang mereka tidak ketahui ialah bahawa Naufal adalah adik Doktor Haneef.
Kecewa dengan Naufal Suri mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Kuantan. Jauh dari kampung halaman supaya tidak berjumpa dengan Naufal. Suri sering menghabiskan masa cuti di Green House Aznita. Di Green House Suri kagum dengan abang Aznita, Ameer yang berjaya menanam pokok blueberry dan strawberry. Suri yang gemar mendengar radio selalu mengikuti alunan sajak yang dihantar oleh seseorang yang bernama pena Blueberry. Nakal si Suri dia turut menghantar puisi balas untuk Blueberry dengan menggunakan nama pena Cream. Niat di hati untuk mengenali Blueberry tetapi tidak tahu bagaimana. Walhal Blueberry yang ingin dikenali selama ini selalu berada di depan matanya setiap masa.
Atilia, cintailah abang seperti mana abang mencintai Ati. Atau kalau Ati tak boleh cintailah abang seperti Ati inginkan.
Suri tidak pernah sangka akan mencintai lelaki yang akan menjadi abang iparnya. Hatinya sakit, jiwanya merana. Naufal yang dicintai sepenuh hati memilih Atilia berbanding dia. Namun dia ada Blueberry sebagai pengubat.
Namun, mungkinkah cinta Buleberry juga untuknya? Adakah setiap sajak itu punya makna khas buatnya, atau sekali lagi dia mencintai orang yang salah?
Baca Selanjutnya..
Saturday, September 19, 2009
Tuesday, September 15, 2009
Seharum Cinta Lestari
Tajuk Novel : Seharum Cinta Lestari
Karya : Ramlah Rashid
Penerbit : Buku Prima
Terbitan : 2009
Halaman : 618 mukasurat
Harga : rm19.90
Biar siapa pun dia, siapa pun tunangnya, yang pasti di hatinya gadis itu tetap abadi. Dafiezudin mahu melestarikan Lestary sebagai gadis pertama dan mungkin juga terakhir. Dia sedar, merampas milik orang boleh dianggap merompak. Kerja merompak berdosa besar. Dia tahu. - Dafiezudin.
Dalam tenang memandu, Lestary gelisah. Doanya tidak makbul. Barangkali dia tidak ikhlas meminta! Marahnya pula. Dalam ikhlas mahu belajar mencintai Razrim, Dafiezudin mencucuk duri berbisa. Terlalu sakit dia. - Lestary.
Dafie tidak mungkin membuang orang yang dia sayang begitu saja. Dia tidakkan mudah melatah walaupun digempur badan. - Razrim.
Cerita ini membawa kita menghayati gelodak perasaan si gadis Lestary yang telah mengalami kepayahan hidup sejak kecil lagi. Ibunya dianggap orang asing dan tidak diterima sebagai menantu di rumah orang tua ayahnya. Namun kerana cinta Hanan Alaa si gadis Dubai yang hidup dalam serba kemewahan rela meninggalkan semua kekayaan untuk mengikut jejaka yang dicintainya seorang kelasi kapal pulang ke tanah air lalu menghambakan diri dan menelan cemuh dan caci mertua. Namun pengorbanan Hanan Alaa cumalah sia-sia dan berakhir dengan suatu trajedi yang tidak mungkin dapat dilupakan Lestary.
Setiap trajedi yang berlaku begitu menyayat hati dan tersimpan kemas di dalam diri Lestary. Sesungguhnya tidak mudah untuk Lestary melupakan semua itu. Malah ianya sering menghantui diri Lestary sehingga membuatkan Lestary hampir gila dan patah jiwa. Namun mulianya hati Lestary pabila setelah bertahun-tahun lamanya berkelana seorang diri tanpa kedua orang tua di tanah Dubai kini Lestary memadamkan dendam di hati untuk kembali ke tanah tumpah darahnya sendiri. Dan sanggup pula menziarahi si nenek yang selama ini telah menganiaya ibunya sehingga menemui ajal. Setiap ruang di dalam rumah Wan Bada, setiap inci tanah di halaman rumah Wan Bada mengungkit kembali semua kenangan pahit yang dialami. Sungguh tidak mudah untuk Lestary melupakannya. Namun kehadiran Lestari di rumah Wan Bada sedikit sebanyak mengubat penyesalan yang tidak berkesudahan di dalam diri Wan Bada. Rupanya Wan Bada menyesali juga atas apa yang telah diperlakukan selama ini.
Kembali semula ke tanah air Lestary bertemu semula dengan si duda Razrim yang sejak dulu begitu menyimpan perasaan terhadap dirinya. Demi mengenangkan jasa Mak Liah dan Pak Hasnol yang telah membesarkannya setelah kematian ibunya dan sanggup menyayanginya seperti ahli keluarga sendiri huluran kasih Razrim diterima jua dengan sebuah ikatan pertunangan.
Bekerja sebumbung dengan Dafiezudin membuatkan hati Lestary resah gelisah. Ada sesuatu di dalam diri Dafiezudin yang membuatkan kasih yang cuba disemai untuk Razrim di dalam hatinya hampir terhakis. Di dalam diri Dafiezudin sudah memang pasti sebuah cinta untuk Lestary. Namun apalah daya Dafiezudin pabila mengetahui hakikat bahawa Lestary telah bertunang dengan kawannya sendiri. Kalau dulu Dafiezudin pernah tewas dalam percintaan pabila Sharlene memilih Razrim sebagai pasangan cintanya. Dan kini Dafiezudin pasrah lagi bila Lestary juga terlebih dahulu memilih Razrim sebelum bertemu dengannya. Namun cinta itu Dafizudin simpan kemas di dalam hati mengharapkan sesuatu keajaiban bakal terjadi.
Salah satu tujuan Lestary pulang ke tanahair ialah untuk mencari si pemilik hati dan jantung ibunya yang didermakan dahulu. Ditakdirkan penerima derma itu adalah Dafiezudin sendiri. Sungguh tidak terduga oleh Lestary bahawa jejaka yang secara diam-diam telah bertakhta di dalam hatinya ini adalah pemilik jantung dan hati ibunya. Secara tidak langsung Lestary merasa begitu dekat sekali dengan Dafiezudin. Dan Lestary pasti dirinya amat mencintai Dafiezudin. Lalu apa yang harus dilakukan terhadap Razrim yang sering menagih janjinya untuk bersama sehidup semati. Lestary bingung. Pada Tania, Lestary menceritakan segala kemelut hati tanpa menyedari si Tania juga menyimpan perasaan terhadap Dafiezudin. Oh, cinta yang banyak cabang rupanya ni.
Dalam mengharungi kemelut cinta, keadaan menjadi kecoh apabila Lestary tiba-tiba diculik oleh keluarga ibunya dari Dubai. Dafiezudin, Razrim dan Tuan Kamal berusaha mencari dan menyelamatkan Lestary. Namun semuanya tidak berhasil. Tiga bulan sudah berlalu khabar berita dari Lestary masih tidak diperolehi. Razrim dan Dafiezudin masing-masing menganyam kecewa kerana cinta yang tidak kesampaian. Kehilangan Lestary rupa-rupanya telah merapatkan kembali persahabatan Razrim-Dafiezudin. Masing-masing cuba untuk menguatkan semangat antara satu sama lain. Razrim cuba untuk mengubat kecewa Dafiezudin dengan menyuakan Zaliya sebagai ganti. Namun dengan halus Dafiezudin menolak. Dalam pada itu Tania juga cuba mendekati Dafiezudin dengan cinta. Kerana terharu dan belas kasihan Dafiezudin cuba untuk menerima Tania walaupun hatinya tetap berharap Lestary akan kembali.
Kekecewaan yang ditanggung Dafiezudin membawa kesan ke atas jantungnya yang tidak berapa kuat bertahan. Dafiezudin dimasukkan ke hospital kerana keadaannya yang bertambah tenat. Di dalam kritikal Razrim memberi semangat kepada kawannya supaya bertahan. Dalam diam dia berjanji untuk menyerahkan Lestary kepada Dafiezudin sekiranya Lestary kembali walaupun hatinya sendiri hancur. Demi seorang kawan dia sanggup berkorban.
Tania yang selalu setia berada di sisi Dafiezudin memberi semangat supaya Dafiezudin terus cekal melawan penyakit. Kata-kata perangsang bahawa Lestary akan kembali itulah satu-satunya yang menjadi penguat diri Dafiezudin. Tania sedar akan hakikat itu. Walaupun Tania menyintai Dafiezudin namun hati Dafiezudin tetap milik Lestary tidak berubah-ubah. Sehinggalah di suatu hari Dafiezudin menerima kunjungan email dari Lestary menceritakan keadaan sebenar tentang dirinya di tanah Dubai. Cinta yang dijerut seribu rasa rindu kembali mekar bersemi di hati Dafiezudin. Limpahan kesyukuran dipanjatkan pabila Dafiezudin dapat jua menatap wajah gadis yang dicintai di saat dirinya tenat diserang penyakit. Namun siapakah yang menjadi pilihan Lestary. Antara Razrim dan Dafiezudin ternyata hati Lestary lebih memilih penerima derma hati dan jantung ibunya.
Monday, September 14, 2009
Dahsyatnya Doa Ibu
Tajuk Buku : Dahsyatnya Doa Ibu
Pengarang : Syamsuddin Noor
Penerbit : PTS Millennia
Terbitan : 2009
Halaman : 224 mukasurat
Harga : rm14.90
Buku Dahsyatnya Doa Ibu merungkai fakta-fakta sejarah kisah-kisah benar, ayat-ayat Quran serta hadis-hadis yang menjadi bukti kekuasaan dan keajaiban doa para ibu yang mampu memberi kebahagiaan mahupun kebinasaan kepada anak-anak dalam sekelip mata sahaja.
Bab 1: Doa Ibu Memberi Faedah
Setiap Doa Memberi Faedah
Doa Ibu Lebih Tajam daripada Pisau
Faedah Doa Ibu untuk Anaknya
Bab 2: Menyingkap Dahsyatnya Doa
Rahsia Dahsyatnya Doa
Doa adalah Ibadah
Doa adalah Otak Ibadah
Doa Itu Mulia di Sisi Allah
Doa Dapat Mengubah Takdir
Doa adalah Senjata yang Mujarab bagi Orang Beriman
Bab 3: Menyingkap Dahsyatnya Doa Ibu
Rahsia Dahsyatnya Doa Ibu
Kemuliaan Ibu sebagai Orang Tua
Kedudukan Ibu Lebih Mulia daripada Bapa
Dalil yang Menyatakan Dahsyatnya Doa Ibu
Bab 4: Bukti Dahsyatnya Doa Ibu
Maryam Wanita Mulia
Aisyah Bebas daripada Fitnah
Keluarga Khaulah binti Tsa’labah Terselamat
Seorang Ibu Bersama Anaknya Selamat daripada Bahaya
Lelaki Panjang Umur pada Zaman Nabi Sulaiman
Pemuda Derhaka Meninggal Dunia dalam Husnul Khatimah
Bab 5: Manfaat dan Kelebihan Doa Ibu
Doa Ibu seperti Doa Nabi untuk Umatnya
Doa Ibu Membawa Kemuliaan
Doa Ibu Dapat Menolak Fitnah
Doa Ibu Membawa Keselamatan
Doa Ibu Membawa Husnul Khatimah
Doa Ibu Membuka Pintu Rezeki
Doa Ibu Menyihatkan Keluarga
Doa Ibu Sumber Kekuatan Batin
Doa Ibu Pintu Hidayah Sepanjang Zaman
Bab 6: Berbakti dan Mendoakan Ibu
Kewajiban Berbakti kepada Orang Tua
Saranan Supaya Seorang Anak Lebih Mengutamakan Ibu
Lebih Menyayangi dan Memuliakan Ibu
Memandang Ibu dengan Penuh Kasih Sayang
Berkata dan Bersikap Lembut kepada Ibu
Menjaga Keredaan Ibu
Memohon Izin Apabila Masuk ke Bilik Ibu
Berdiri Apabila Menyambut Kedatangan Ibu
Memberi Bahagian yang Lebih Besar kepada Ibu Berbanding Bapa
Menjaga Ibu yang Tua dengan Baik
Berdoa untuk Ibu Semoga Allah Mengasihinya
Berterima Kasih dan Bersyukur
Sepuluh Hak Orang Tua yang Wajib Dipenuhi
Bab 7: Berbakti dan Berdoa Selepas Ibu Tiada
Kesempatan Berbakti Apabila Ibu Sudah Tiada
Mendoakan dan Memohonkan Keampunan untuk Ibu
Melaksanakan Wasiat dan Nazar
Bersilaturahim dengan Kaum Kerabat dan Menghormati Mereka
Taat kepada Ibu Saudara sebagai Pengganti Ibu
Menziarahi dan Berdoa di Kubur Ibu
Bersedekah untuk Ibu
Menunaikan Haji untuk Ibu
Tujuh Amal Soleh yang Terus Mengalir Pahalanya
Kemanisan Berbakti kepada Ibu
Bab 8: Derhaka kepada Ibu
Larangan Menderhaka kepada Ibu
Derhaka kepada Ibu Berdosa Besar
Bentuk-bentuk Penderhakaan kepada Ibu
Kesan Buruk Menderhaka kepada Ibu
Menderhaka kepada Ibu yang Zalim
Jalan Keluar bagi Anak yang Derhaka
Bab 9: Akibat Buruk Menderhaka kepada Ibu
Alqomah Tidak Boleh Mengucap Dua Kalimah Syahadat
Juraij Difitnah
Malin Kundang Menjadi Batu
Lelaki Berkepala Keldai Keluar dari Kubur dan Mendengking
Ahli Perniagaan yang Terpotong Tangannya
Rosli Mati Berdiri dengan Satu Kaki
Ulama Kudung Kedua-dua Kaki dan Tangan serta Matanya Tercungkil
Salmah Susah Melahirkan Anak
Saiful Lumpuh
Shima Meninggal Dunia Selepas Dilangkahi Ibunya
Budin Meninggal Dunia dengan Perut Keras Membatu
Bab 10: Menjadi Ibu Teladan
Ibu yang Berjaya Memiliki Karakter Unggul
Ibu yang Berjaya Selalu Menambah Ilmu
Ibu yang Berjaya Selalu Memberi Teladan
Ibu yang Berjaya Ikhlas Hatinya
Ibu yang Berjaya adalah Isteri yang Baik
Ibu yang Berjaya Hidup Bermasyarakat
Ibu yang Berjaya Bersifat Penyabar
Ibu yang Berjaya Selalu Realistik
Ibu yang Berjaya Bersifat Lemah Lembut
Monday, September 7, 2009
Tangisan Berdarah
Tajuk Novel : Tangisan Berdarah
Karya : Hasrudi Jawawi
Penerbit : Buku Prima
Terbitan : 2008
Halaman : 492 mukasurat
Harga : rm18.90
"Selagi kau tidak kembalikan apa yang telah kau rampas dari aku, selagi itu aku akan terus memburu kau."
Cerita mistik ini berkisar tentang hantu pontianak yang digunakan oleh manusia untuk memenuhi kemahuan hati yang bertuhankan syaitan. Hafsham kecewa kerana cintanya terhadap Wan Zarina tidak berbalas. Lalu setelah Wan Zarina yang sarat mengandung telah terbunuh dalam satu kejadian, Hafsham telah mencuri mayat Wan Zarina lalu diserahkan kepada Wak Sekak untuk dijadikan pontianak. Pontianak itu lalu dipakukan di ubun-ubun kepala supaya ia bertukar menjadi manusia. Namun untuk memenuhi impiannya, Hafsham perlu berjanji sesuatu dengan Wan Sekak. Janji itu perlu dipatuhi. Sekiranya tidak padah yang buruk akan bakal diterima nanti.
Setelah dapat memiliki Sofea, Hafsham lupa pada semua janji-janji pada Wak Sekak. Dua puluh tahun berlalu Hafsham hidup berkeluarga dan mempunyai seorang anak bernama Alif Haikal. Sejak kebelakangan ini Hafsham sering bermimpi sesuatu yang menyeramkan bila setiap kali dia tertidur di waktu senja. Sering dia meracau-racau menimbulkan kehairan Alif dan Sofea. Walaupun bagi mereka mimpi hanya mainan tidur, namun bagi Hafsham mimpinya seakan-akan hidup dan nyata.
Alif Haikal yang sedang menuntut di sebuah kolej telah berkenalan dengan seorang gadis yang bernama Roselia. Penulis menggambarkan gadis ini sebagai gadis kampung yang baik budi pekerti, cantik dan manja. Entah kenapa hati Alif terus tertawan dengan kecantikan Roselia lalu melamarnya sebagai kekasih tanpa menyedari siapa Roselia yang sebenarnya.
Foto-foto kenangan yang diambil semasa mengadakan camping di Hutan Lipur Bukit Mantin menimbulkan beberapa keraguan pada Godfrey dan Ramdan. Semasa meneliti foto-foto tersebut di komputer ternyata wajah Roselia kelihatan menyeramkan dengan wajah yang garang dan mata kemerahan. Setelah berbincang dengan Adika Natalia, mereka memulakan penyiasatan untuk membuktikan siapakah sebenarnya Roselia. Dan bukti yang diperolehi oleh Adika Natalia adalah begitu memeranjatkan!
Alif Haikal membuat keputusan untuk memperkenalkan Roselia kepada keluarganya memandangkan hatinya sudah parah diamuk rasa cinta. Namun pertemuan itu telah membuatkan Hafsham terkejut dan tersentak apabila melihatkan saja wajah Roselia. Yakin di dalam hati Hafsham bahawa Roselia lah yang selalu muncul di dalam mimpinya selama ini menagih janji. Sejak dari hari itu Hafsham selalu didatangi Roselia menuntut janji walaupun hal itu tidak dapat dilihat dan disedari oleh orang lain selain dirinya.
Kerana perasaan cinta yang semakin mendalam Alif berkeputusan untuk menjalinkan pertunangan dengan Roselia. Hal ini mendapat tentangan dari kawan-kawan terdekat terutama Adika Natalia. Adika Natalia cuba menerangkan perkara sebenarnya kepada Alif berkenaan dengan Roselia namun sebaliknya ia telah menimbulkan kemarahan Alif. Alif berdegil untuk meneruskan rancangannya untuk bertunang. Sementara itu Godfrey dan Ramdan pula telah merancang untuk menculik Roselia dan mencabut paku di ubun-ubun kepalanya. Hah, satu kerja yang tidak masuk akal tetapi berani. Beranikah mereka berbuat demikian? Dapatkah mereka mencabut paku di ubun-ubun Roselia? Dan bagaimana pula dengan rancangan Alif untuk bertunang? Adakah Hafsham dapat menyelesaikan misteri mimpi aneh yang dialaminya? Dan banyak lagi persoalan akan bakal terjawab di akhir cerita novel ini.
Baca Selanjutnya..
Friday, September 4, 2009
Rindu Untuk Dia
Tajuk Novel : Rindu Untuk Dia
Karya : Dhiya Zafira
Penerbit : Alaf 21
Terbitan : 2009
Halaman : 492 mukasurat
Harga : rm19.90
Lima tahun berada di luar negara, rupa-rupanya tidak pernah memadamkan ingatannya terhadap Jad. Rindu yang terlalu terhadap lelaki itu telah membawa Amie kembali ke tanah air. Namun, kepulangannya ternyata satu kesilapan. Seseorang menantinya dengan seribu dendam. Dendam yang mahu dia kekal menderita sampai ke hujung nyawa. Dalam kelelahan melenyapkan memori hitam itu, takdir ALLAH berpihak kepada Amie. Di sisi Jad, dia kembali menemui harapan. Namun, lorong-lorong bahagia yang direntasi sering terhalang. Malah, cinta yang mereka pertahankan itu telah mengorbankan satu nyawa.
Novel ini mengetengahkan kemelut jiwa dan trauma yang dialami oleh Amie sebagai mangsa rogol. Amie terpaksa lari meninggalkan Jad di saat detik bahagia mereka berada di ambang pintu gara-gara satu peristiwa pahit telah terjadi ke atas dirinya. Setelah lima tahun membawa diri kini dia muncul semula di depan Jad secara tidak sengaja. Antara Amie dan Jad, masing-masing masih menyimpan rasa kasih segebu lima tahun dahulu. Hasrat di hati untuk menyulam cinta yang lama ditinggalkan namun halangan yang terpaksa mereka tempuhi ialah pabila Zahim juga turut mengetahui bahawa Amie telah kembali. Tambahan lagi status Jad kini adalah suami kepada Suraya. Zahim yang tidak mahu rahsia hitamnya terbongkar telah mengupah orang untuk menghapuskan Amie.
Monday, August 31, 2009
Menyingkap Mukjizat Surah Al Waqiah
Tajuk Buku : Menyingkap Mukjizat Surah Al Waqiah
Pengarang : Muhammad Mokhtar
Penerbit : PTS Millennia
Terbitan : 2009
Halaman : 113 mukasurat
Harga : rm10.90
Adakah kita mengkaji sebab terjadi sedemikian?
Adakah kita pernah mendengar 'usaha semata-mata juga tidak menjamin kejayaan'? Adakalanya kita perlu mengamalkan sesuatu selain usaha dalam meraih kejayaan. Surah al-Waqiah menampilkan kisah-kisah yang menjelaskan, sesiapa sahaja mampu memperolehi rezeki yang melimpah-ruah dan terhindar daripada kefakiran dengan membaca surah ini secara istiqamah.
Ayuh kita terokai mukjizat di sebalik surah ini.
Di dalam al-Quran mengandungi 114 surah semuanya. Terdapat beberapa surah penting yang mempunyai kelebihan untuk diamalkan sebagai bacaan setiap hari. Antara surah tersebut adalah surah al-Waqiah. Surah al-Waqiah adalah surah yang ke 56 di dalam al-Quran yang mengandungi 96 ayat. Surah ini menjelaskan tentang kejadian hari kiamat, syurga dan neraka. Juga diceritakan tentang keberuntungan orang-orang yang masuk syurga dan juga kecelakaan bagi orang-orang yang masuk neraka. Dijelaskan bahawa pada hari kiamat nanti manusia akan terbahagi kepada tiga golongan iaitu:
1. golongan yang segera melakukan kebaikan - golongan ini adalah para Nabi.
2. golongan kanan iaitu orang yang beriman - golongan orang yang soleh, para penjihad dan orang-orang yang sabar dan ikhlas melalui penderitaan dan kesukaran semata-mata untuk melalui jalan Allah.
3. golongan kiri iaitu orang yang mengingkari Tuhan - golongan yang mendustakan ayat al-Quran.
Untuk golongan pertama dan kedua Allah telah menyediakan balasan yang baik kerana telah berjuang ke jalan Allah. Sementara golongan ketiga pula Allah telah menyediakan balasan yang buruk lagi hina. Walaupun golongan ini mempunyai semua isi kekayaan di dunia namun ianya tidak akan dapat menebus dirinya dengan kekayaan itu. Golongan mana yang akan manusia pilih semuanya adalah terserah kepada individu itu sendiri. Seperti huraian penulis, setiap individu mempunyai kunci masing-masing melalui amal perbuatannya. Kunci untuk membuka pintu neraka ataupun pintu syurga.
Surah al-Waqiah begitu jelas sekali menyuruh manusia supaya sedar bahawa manusia perlu meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah dengan mempercayai rukun iman yang kelima iaitu mempercayai hari kiamat itu wujud. Pada hari kiamatlah di mana semua manusia seawal Nabi Adam sehinggalah ke akhir-akhir zaman manusia akan dihitung dan diberi ganjaran di atas setiap bentuk perbuatan mereka. Di hari itu nanti tidak akan ada seorang pun yang mampu menyembunyikan apa-apa jua serta mendustakan apa-apa jua melainkan semuanya sudah diketahui. Mereka yang tidak bertaqwa akan diselubungi dengan seribu penyesalan yang sia-sia. Mereka kelak akan dihumban ke dalam api neraka dan diberi minum dari air yang mendidih dan diberi makan dari pohon zaqqun.
Beruntunglah orang-orang yang beriman dan membenarkan hukum Allah. Golongan ini akan mendapat kemenangan, kenikmatan dan kebahagiaan di dalam syurga. Nikmat syurga adalah nikmat yang abadi dan ianya sedikitpun belum pernah menyamai nikmat kebahagiaan di dunia. Sekiranya kita yang mengecapi nikmat kebahagiaan di dunia sudah merasa betapa besar pemberian Allah kepada kita, apatah lagi apabila berada di syurga kelak. Tidak dapat terjangkau oleh pemikiran kita. Subhanallah!
Setelah memahami serba sedikit tentang maksud ayat-ayat di dalam surah al-Waqiah, penulis mengajak pula pembaca supaya mengetahui kelebihan-kelebihan tentang surah ini. Memang kita ketahui semua ayat al-Quran mempunyai kelebihan dan manafaat. Allah tidak membezakan atau melebihkan sesetengah ayat al-Quran berbanding yang lain sepertimana di dalam surah al-Anam ayat 38 yang bermaksud "Tiadalah kami alpakan sesuatu pun dalam al-kitab dan pada Tuhanlah mereka semua dihimpunkan."
Nabi juga tidak menyebut bahawa sesetengah ayat al-Quran itu mempunyai kelebihan dalam menyempurnakan sesuatu perkara. Oleh itu kita perlu beranggapan bahawa semua ayat di dalam al-Quran adalah sama rata kelebihannya. Dengan ini jelaslah bahawa sesiapa yang membaca al-Quran secara istiqamah dan sempurna tidak kira apa surah dan ayat sekalipun, insyaAllah, dia bakal menerima kebaikan di dunia dan akhirat.
Namun demikian Allah berfirman pula di dalam surah al-Baqarah ayat 269 yang bermaksud "Allah menganugerahkan hikmah iaitu kefahaman mengenai al-Quran dan sunah kepada siapa yang dia kehendaki. Sesiapa yang menerima hikmah itu, dia benar-benar mendapat kurnia yang banyak."
Di dalam mengharungi hidup manusia perlu bekerja untuk menyara hidup sendiri mahupun keluarga. Kestabilan ekonomi sesebuah keluarga perlu untuk menjamin kebahagiaan dan kemakmuran. Kebahagiaan itu akan memberikan kita ketenangan supaya kita dapat beribadat dengan selesa tanpa memikirkan kesusahan mencari rezeki. Untuk itu kita perlu melakukan ataupun mengamalkan perkara-perkara yang membolehkan kita mendapat rezeki.
Ramai yang mengetahui bahawa amalan surah al-Waqiah ini akan memberikan kekayaan serta rezeki yang melimpah ruah. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. "(Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.) Kekuatan surah al-Waqiah juga ada dijelaskan di dalam ayat 89 hingga 91. Ia menjelaskan bahawa sesiapa yang dekat kepada Allah, dia akan menemui kebaikan. Dan barang siapa yang mengingkari Allah, dia akan menemui kepedihan. Di dalam ayat 75 hingga 82 juga ada menyebut peringatan Allah bahawa semua yang berlaku adalah dalam ketetapanNya. Termasuklah rezeki. Manusia boleh berdoa dan berusaha tetapi yang menentukan segalanya adalah Allah.
Namun amalan surah ini mestilah disertakan dengan usaha dan kerajinan dalam melakukan kerja. Tidak boleh berpeluk tubuh saja. Tidak ada doa yang akan termakbul dengan sendiri tanpa usaha. Doa dan usaha perlulah seimbang. Malah sesiapa yang berusaha serta mengamalkan pembacaan surah ini lalu disertakan juga amalan-amalan yang lain seperti solat sunat Duha, soleh sunat tahajud dan solat sunat hajat pasti akan memberi lebih keberkesanan lagi. Niat melakukan kerja juga memainkan peranan penting. Niat menambah rezeki mestilah kerana Allah dan untuk disalurkan ke jalan Allah. Jalan untuk melakukan kerja juga mestilah dengan cara yang halal.
Saranan bahawa surah al-Waqiah ini dibaca pada waktu malam dikuatkan dengan pembentangan surah al Muzammil ayat 20, surah al-Thur ayat 48-49, surah al Zumar ayat 9, surah Hud ayat 114-115, surah al Qadr ayat 4-5 dan lain-lain. Di dalam ayat-ayat al Quran itu Allah sering menyeru manusia supaya bangun beribadat di malam hari di ketika manusia-manusia lain diulit mimpi. Di malam hari juga turunnya para malaikat dan Jibril dengan izin Allah bagi mengatur semua urusan.
Mengenai jumlah bacaan yang perlu dibaca, tidak dapat dipastikan. Tidak ada saranan supaya surah ini dibaca beberapa kali. Namun adalah elok sekira ianya dapat dibaca lebih dari sekali mengikut kemampuan. Kerana sekiranya ia dibaca sekali sahaja ianya kurang berkesan di hati lalu akan menjadi kurang mustajab. Membaca surah al-Waqiah, atau apa-apa surah sekali pun adalah ibarat kita mengingati Allah. Semakin banyak kita membacanya, semakin dekat kita dengan Allah. Jadi bacalah ia berkali-kali dengan khusyuk dan tawaddu'.
Setelah segala usaha bersama doa yang dilakukan dengan khusyuk dan istiqamah bagi tujuan untuk mendapatkan rezeki, apa yang perlu dilakukan selepas itu adalah dengan berserah kepada Allah. Hanya Allah lah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Sekiranya Allah mengurniakan sesuatu yang tidak sesuai kepada hambanya, sesungguhnya Allah lebih mengetahui dan perlu diterima dengan hati yang redha. Perlu diingat bahawa Allah selalu menguji hambanya bukan saja dengan kesulitan tetapi juga dengan kesenangan dan kenikmatan.
Sepertimana dibincangkan terdahulu dinyatakan bahawa semua ayat-ayat al-Quran mempunyai kelebihan. Surah al-Waqiah juga mempunyai kelebihan tersendiri iaitu kelebihan dalam usaha menambahkan rezeki. Oleh itu ianya menjadi sangat popular di kalangan ahli ibadah apatah lagi Nabi Muhammad sendiri turut menyarankan agar surah ini diamalkan di dalam hidup seharian.
Kekuatan tentang surah ini dihuraikan oleh penulis melalui pemahaman beliau mengenai al-kasyf iaitu kewujudan kejolak jiwa atau naluri rasa yang terbuka lalu menyedari dalam hatinya tentang kebesaran Allah. Al-kasyf yang disebut terbahagi dua iaitu al-kasyf illahi dan al-kasyf iman akan mewujudkan zat dan rasa kemanisan beribadah di dalam diri apabila ibadah itu dilakukan secara berulang-ulang. Di samping itu juga harus memahami isi kandungan surah tersebut yang mengandungi perihal doa dan sejarah juga huraian tentang pembalasan yang hakiki. Penulis menjelaskan bahawa ia tidak menemukan konsep mencari rezeki di dalam surah ini namun apa yang ditemukan ialah petunjuk-petunjuk tentang kebahagiaan yang hakiki serta kemuliaan yang diberikan kepada orang-orang yang mahu mengikut petunjuk Allah. Kemuliaan inilah yang menjadi kekuatan bagi surah ini.
Seterusnya penulis membincangkan tentang kaitan surah al-Waqiah dalam aspek jiwa. al-Quran dapat mengubah peribadi seseorang manusia daripada negatif kepada positif sekiranya diamalkan dengan cara istiqamah dan tawaddu'. Surah al-Waqiah yang dibaca mampu merawat jiwa yang gelisah menjadi tenang, fikiran yang kacau menjadi rapi dan tersusun. Namun penulis melarang pembaca mengharapkan sesuatu keajaiban yang luar biasa dari surah ini umpamanya mengharapkan wang turun dari langit.
Melalui pengalaman saya sendiri kalau nak diibaratkan wang turun dari langit pun ya juga. Semasa pengajian di seberang laut sepuluh tahun lalu saya memang kekurangan wang untuk membayar yuran pembelajaran, melengkapkan alat pembelajaran, biaya sara hidup apatah lagi dengan sewa rumah yang mahal. Saya terpaksa bekerja part-time menjadi tukang sapu di sebuah supermarket pada waktu malam. Sementara pada siang hari saya menghadiri kelas. Kesempitan hidup yang semakin meruncing membuatkan pembelajaran saya sedikit terjejas. Apa yang saya lakukan ialah dengan melakukan solat sunat tahajud berserta solat sunat hajat dan selepas itu membaca surah al-Waqiah sebanyak tiga kali sahaja memandangkan tubuh badan yang sudah letih kerana seharian terpaksa mengikuti kelas dan selepas itu bergegas ke tempat kerja pula. Saya melakukannya secara istiqamah selama sebulan. Apa yang memeranjatkan dan membuatkan saya merasa bahawa wang turun dari langit ialah pada suatu hari saya telah menerima satu cek berjumlah yang sangat banyak dari Kementerian Buruh dan Kebajikan di negara tempat saya belajar. Cek tersebut adalah subsidi kos sara hidup yang diberikan kepada pelajar-pelajar muslim seperti saya. Dan mereka akan terus melakukan pembayaran setiap bulan kepada saya sehinggalah saya tamat pembelajaran. Sungguh saya tidak menyangka bahawa sebegini besarnya nikmat yang Allah berikan kepada saya di ketika itu.
Berbalik kepada tajuk perbincangan, penulis menghuraikan bahawa orang-orang yang membaca al-Quran secara khusuk dan istiqamah akan diberikan keberuntungan yang berlipat kali ganda oleh Allah. Tak kiralah samada dari segi kekayaan di dunia mahupun kesenangan di akhirat. Tetapi bagi mereka yang kufur dan menentang ajaran Allah, orang-orang ini akan dijauhkan nikmat-nikmat Allah dan rahmatNya. Pun begitu semuanya terserah bulat-bulat kepada Allah tentang siapa yang akan diberikan rahmat dan hidayatNya. Sepertimana disebutkan di dalam surah az Zumar ayat 52 yang membawa maksud " Tidakkah mereka mengetahui Allah melapangkan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang dikehendakinya. Sesungguhnya itu adalah tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang beriman."
Saturday, August 29, 2009
Pantun Tok Guru
Lesap padi ditelan belukar
Kalau hilang tukang pantun
Senyap sunyi bandar yang besar
Kapal belayar dari arakan
Selit besi jadi kemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati ambo (saya) kerana budi
Tuan Puteri ke Tanjung Keling
Bilah mengkuang dianyam tenang
Biar isteri benci menjeling
Tetaplah abang terkenang-kenang
Naik bertamu di Pulau Tawar
Singgah menjala di Kampung Buntal
Pahit jeling menjadi penawar
Abang simpan di bawah bantal
Hujung rusuk patah tulang
Kena tindih kayu rasak
Kalau sungguh rindukan bulan
Tunggu dulu lepas Isyak
Tebuk kayu dengan pahat
Kelek mangkuk pakai topi
Kata mahu keluar jihad
Nampak tersangkut di kedai kopi?
Anak ayam turun lapan
mati seekor tinggal tujuh
harap berdoa kepada Tuhan
Supaya terang jalan bersuluh
Tiang sehasta dibuat galah
Berpanjang lengan kait melati
Berjuang kita ke jalan Allah
Biar dengan sepenuh hati
Manis sungguh dokong tuan
Malam resah pelita mati
Payah apa sokong bulan
Mungkin susah tapi tak mati
Apa dirisau hantu jembalang
al-Quran dibaca berhari-hari
Tubuh besar janggut panjang
Bunyi wisel kenapa lari?
Dayung sambil pasir kemudi
Air deras di Ulur Tersat
Jangan diambil jalan Yahudi
Itu sah menuju sesat
Ikan belanak ditutup saji
Saji dianyam oleh Pak Mahat
Orang khianat jangan dipuji
Makin dipuji makinlah jahat
Sejak kera masuk negeri
Anak Merbah mati tersepak
Sejak ketua sibuk mencuri
Anak buah jadi perompak
Burung Punai burung Kelicap
Hinggap berkawat di hujung dahan
Tidak guna lawa dan kacak
Jika melawan hukum Tuhan
Tanam halia tumbuh lengkuas
Semak daun si api-api
Apa guna kaya rasuah
Esok dipanggang di atas api
Terbang kunang di tengah malam
Hinggap masuk di tiang seri
Tangan kanan ajak bersalam
Apa maksud pisau di kiri
Hujung kota patik menanti
Orang Kaya Laksamana Bentan
Tuan berkata sesuka hati
Karamlah saya tujuh lautan
Tuanku umpama emas segetus
Segak bertempat indah seorang
Hamba umpama selipar yang putus
Tiba bertempat dilupa orang
Bermamah sirih di tengah pelita
Pahit mulut sampai ke pagi
Beradu susuh taji pendeta
terbit suluh batil pun pergi
Biar bersambung bedilan Feringgi
Takku tinggal ini kota
Islam berbumbung di awan tinggi
Mengatasi segala mainan kata
Gua Bama Sungai Hulu
Kuala Damak berbatu karang
Hamba umpama dagang lalu
Nasi ditanak milik orang
Rata lapang Gunung Tahan
Bukit Rapat Bukit Cekati
Kita menumpang bumi Tuhan
Jangan dibuat sesuka hati
Daun palas ikan kelah
Mari diikat dengan tali
Niat ikhlas kerana Allah
Syirik tidak sekali-kali
Papan tualang mari diukir
Buat tongkat si kayu jati
Sayang malam hidup berzikir
Kuat ibadat sebelum mati
Akar tersesat jambu batu
Ikan kolek bertali kain
Resam ibadah niat tertentu
bukan boleh dibuat main
Jalan bengkok terkial-kial
Sambil mengupas limau lengkap
Tengokkan songkok bagaikan kiayi
Kenapa membaca tergagap-gagap
Apa guna berkain batik
Jika labuh berbayang-bayang
Apa guna beristeri cantik
Jika subuh tidak sembahyang
Teluk Rokan tempat memancing
Angkat raga berisi gelas
Jika ikan umpamanya cacing
Syarat syurga ialah ikhlas
Tunas selasih dibuat rebung
Asah belati diasap damar
Bercerai kasih boleh disambung
Berpisah mati putuslah amal
Putus amal jika mati
Itu muktamad dari Allah
Cuma ada tiga kecuali
Anak soleh, ilmu dan sedekah
Lantang bersahut burung bebarau
Kayu jati dibuat sarang
Adab hidup kita bergurau
Sudah mati terguling seorang
Dari Demak ke Makasar
Bergalah perahu tidak berbaju
Maafkan hamba jika terkasar
Allah jua tempat dituju
Pisang dusun kacip cekati
Sireh dibilas luar rumah
Saya berpantung dari hati
Tuan balas tiba di rumah
Indah sungguh Tanjung Sedeli
Pulau Seratus dilambai nyonya
Sepanjang mana seutas tali
Akan ada terus hujungnya.

Wednesday, August 26, 2009
Aku Bukan Billy Milligan
Tajuk Novel : Aku Bukan Billy Milligan
Karya : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara
Terbitan : 2009
Halaman : 770 mukasurat
Harga : rm25.90
Namun Adam silap percaturan. Setelah kejayaan dalam genggaman. Dia masih lagi diperlekeh dan rumah tangganya runtuh walaupun dia sudah menjadi kaya raya!
Kehadiran Laura membuka mata Adam. Laura dari mata kasar Adam, hanya biasa-biasa sahaja. Tetapi gadis itu berjiwa tegar, selamba dan tenang. Anak pembuat belacan yang sentiasa menikmati hidup seadanya. Dari Laura, Adam pelajari banyak perkara. Terutama bagaimana mahu menghargai kehidupan dan berkasih sayang!
Laura, gadis Melayu anak si pembuat belacan memang ceria dan selalu tersenyum manis. Katanya senyum itu sedekah. Berasal dari keluarga yang susah setelah ditinggalkan oleh ayah Laura berusaha untuk memperbaiki kehidupan keluarganya untuk keluar dari belenggu kemiskinan. Yang mengagumkan saya tentang Laura ini ialah dia selalu bersedia dan ikhlas untuk menolong sesiapa saja yang datang padanya. Sesiapa saja yang berada di dalam kesusahan pasti akan ditolongnya. Sesekali saya merasa Laura ni bukan peniaga hartanah tetapi lebih kepada seorang pekerja kebajikan pula. Boleh dikatakan hampir setiap pelanggan yang berurusan dengannya akan menjadi rapat dengan Laura kerana sifat keramahan dan kemesraannya. Dalam menguruskan perniagaan sempat juga Laura menyelesaikan masalah peribadi pelanggan-pelanggannya. Bertuah kita kalau dapat berurusan dengan orang seperti Laura. Sudahlah kita dapat memiliki rumah yang kita idamkan kita dapat pula sesi kaunseling dengan percuma. Dan yang paling berharga lagi kita dapat seorang kawan yang ikhlas menolong kita. Memang Laura selalu ikhlas menolong pelanggan-pelanggannya yang bermasalah.
Sehinggalah Laura dipertemukan dengan Adam, seorang perunding saham yang kaya dan berjaya yang berminat untuk membeli Teratak Alam. Watak Adam yang beku, suka berprasangka dan straight to the point agak menyusahkan Laura. Sebenarnya Adam bersifat demikian kerana telah melalui kepahitan hidup semasa kecilnya. Ibunya didera lalu ditinggalkan ayah yang kasanova dan kaki judi. Setelah ibunya meninggal Adam dicampakkan ke rumah anak-anak yatim. Dari situlah dia berazam untuk memperbaiki taraf hidupnya dengan menjadi orang kaya dan berjaya. Prinsip yang dipegang ialah orang kaya akan disanjungi ramai dan boleh berbuat sesuka hati tanpa dicemuh.
Namun kekayaan yang dikecapinya tidak dapat memberi kebahagiaan kepada Adam. Rumahtangga yang dibina dengan Rozita si peguam anak Tan Sri juga tidak dapat mengisi kekosongan hatinya. Akhirnya mereka berpisah jua. Setelah berpisah Adam menghubungi Laura lagi bertujuan untuk menjual Teratak Alam. Mungkin kerana pejabat mereka dalam satu bangunan tapi berlainan tingkat maka agak senang untuk Adam mencari Laura. Sekejap sekejap dia mencari Laura. Sekejap sekejap dia singgah di pejabat Laura. Dengan saranan dan pendapat yang diberikan Laura, Adam tidak jadi menjual Teratak Alam. Namun Laura masih juga dicari untuk mengubah suai rumah agam tersebut. Laura yang tetap bertahan sabar dengan karenah Adam mengikutkan saja walaupun sesekali terasa hati dengan sikap beku dan bongkak Adam.
Hidup keseorangan di Teratak Alam yang besar dan mewah membuatkan Adam kesunyian. Dia tiada sesiapa untuk berkongsi kegembiraan mahupun kedukaan. Laura lah yang menjadi mangsa untuk mengisi kesunyiannya dalam rela atau terpaksa. Dalam sedih Laura juga dicarinya, dalam marah Laura juga yang dimakinya, dalam gembira kepada Laura juga yang diluahkannya. Semakin hari Adam seperti sudah kemaruk Laura. Tanpa diduga Adam menyenangi Laura. Tanpa disedari dalam hati Adam ada Laura! Jeng jeng jeng!
Namun Laura tahu diri dan selalu mengambil sikap berhati-hati pabila berhadapan dengan Adam. Kata-kata kesat dan tuduhan yang dilemparkan Adam semasa insiden gambar dia berpayung dengan Adam telah membuatkan Laura sedikit membenci Adam. Insiden yang membuat Laura membenarkan kata-kata ibunya bahawa orang kaya memang selalu akan menyusahkan.
Panahan cinta terhadap Laura merubah hidup Adam daripada menjadi seorang yang beku dan kasar kepada seorang yang suka merayu dan romantis. Adam benar-benar jatuh hati pada Laura. Perasaan yang membuak-buak di hatinya seperti tidak dapat ditahankan lagi. Membuatkan Laura takut dengan perubahan mendadak Adam. Saya tersenyum sendiri menatap adegan-adegan cinta yang kelakar di antara Adam dan Laura disulami dengan usikan nakal Lily dan Tanti.
Namun nasib malang bagi Adam pabila hajat di hati untuk melamar gadis pujaan tidak kesampaian. Laura telah menolak cinta Adam. Alasan yang diberi ialah kerana emaknya tidak menyetujui sekiranya dia berhubungan dengan orang kaya. Laura selalu ingat akan pesan emaknya bahawa orang kaya selalu menyusahkan. Ditambah lagi emaknya juga mengetahui bahawa dia berkawan dengan Adam yang sudah berkahwin. Aduhai... kesian sungguh pada Adam. Susah betul untuk memenangi hati seorang Laura rupanya. Namun timbul idea di dalam fikirannya. Untuk memenangi hati Laura yang terlalu sayangkan emaknya, dia mestilah memenangi hati Mak Eton dahulu. Dengan nekad dan berani Adam terus ke kampung Laura menyatakan niat untuk menyunting gadis pujaan hati.
Friday, August 21, 2009
Khutbah Rasulullah Menyambut Ramadhan
Tapak-tapak gerai Ramadhan sudah pun mula didirikan untuk peniaga berjualan. Restoran-restoran mewah dan juga hotel-hotel giat mempromosikan acara-acara berbuka puasa yang dihadiri oleh artis-artis terkenal. Gedung-gedung membeli belah pula sudah mula menebarkan iklan jualan murah sempena hari raya. Aduhai, sekarang ini Ramadhan sudah seakan-akan bulan untuk berpesta. Pesta makan, pesta jualan murah dan pesta membeli belah. Seolah-olah fungsi Ramadhan itu sendiri sudah hampir terpesong. Dipesongkan oleh kita sendiri.
Hakikatnya bulan Ramadhan ini adalah bulan untuk kita mengurangkan aktiviti keduniaan, memperbanyakkan bermuhasabah diri, meningkatkan amalan untuk kesenangan akhirat. Di antara kelebihan di bulan Ramadhan ialah bangun mengerjakan amal di malam hari pahalanya adalah lebih baik dari melakukan amal selama 1000 bulan. Boleh lihat sini untuk membaca fadhilat di bulan Ramadhan. Marilah kita sama-sama menghayati khutbah Rasulullah sempena menyambut bulan yang penuh mulia ini. Semoga kita semua kembali menyedari dan mendapat manafaat.
“Wahai manusia, sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yg paling utama.
Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.
Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.
Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu shalatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.
Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.
Ketahuilah, Allah Ta’ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengadzab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbal-alamin.
Wahai manusia, barangsiapa di antaramu memberi buka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.
(Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.” Rasulullah meneruskan khotbahnya, “Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan seteguk air.”)
Wahai manusia, siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini, ia akan berhasil melewati Sirathal Mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat. Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan shalat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardu di bulan lain.
Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.
Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.”
(Aku –Ali bin Abi Thalib yang meriwayatkan hadits ini– berdiri dan berkata, “Ya Rasulullah, apa amal yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi, “Ya Abal Hasan, amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah”.)
Baca Selanjutnya..