Friday, September 4, 2009

Rindu Untuk Dia











Tajuk Novel : Rindu Untuk Dia
Karya : Dhiya Zafira
Penerbit : Alaf 21
Terbitan : 2009
Halaman : 492 mukasurat
Harga : rm19.90


AMIE NAJLA’ nekad melarikan diri seminggu sebelum majlis perkahwinannya. Tiada niat pun di hatinya untuk memungkiri janji, namun keadaan yang memaksa. Dia tidak sanggup melihat mahligai yang ingin dibina musnah jika Jad Imran tahu apa yang terjadi kepada dirinya. Kerana itu, dia rela dituduh sebagai pembohong.

Lima tahun berada di luar negara, rupa-rupanya tidak pernah memadamkan ingatannya terhadap Jad. Rindu yang terlalu terhadap lelaki itu telah membawa Amie kembali ke tanah air. Namun, kepulangannya ternyata satu kesilapan. Seseorang menantinya dengan seribu dendam. Dendam yang mahu dia kekal menderita sampai ke hujung nyawa. Dalam kelelahan melenyapkan memori hitam itu, takdir ALLAH berpihak kepada Amie. Di sisi Jad, dia kembali menemui harapan. Namun, lorong-lorong bahagia yang direntasi sering terhalang. Malah, cinta yang mereka pertahankan itu telah mengorbankan satu nyawa.

.........................................................................................

Apa yang saya boleh katakan untuk novel ini ialah terlalu banyak insiden yang cuba dicipta penulis untuk membuatkan novel ini menarik dan tidak statik. Ada-ada saja peristiwa yang berlaku dari awal pembacaan sehingga ke akhir cerita. Adakala membuatkan saya sedikit kebosanan juga untuk membacanya. Entah kenapa saya merasa chemistry novel ini kurang melekat di jiwa saya. Saya kurang merasa teruja untuk mengikuti episod pelarian Amie dari si penjahat yang cuba untuk menghapuskannya.

Novel ini mengetengahkan kemelut jiwa dan trauma yang dialami oleh Amie sebagai mangsa rogol. Amie terpaksa lari meninggalkan Jad di saat detik bahagia mereka berada di ambang pintu gara-gara satu peristiwa pahit telah terjadi ke atas dirinya. Setelah lima tahun membawa diri kini dia muncul semula di depan Jad secara tidak sengaja. Antara Amie dan Jad, masing-masing masih menyimpan rasa kasih segebu lima tahun dahulu. Hasrat di hati untuk menyulam cinta yang lama ditinggalkan namun halangan yang terpaksa mereka tempuhi ialah pabila Zahim juga turut mengetahui bahawa Amie telah kembali. Tambahan lagi status Jad kini adalah suami kepada Suraya. Zahim yang tidak mahu rahsia hitamnya terbongkar telah mengupah orang untuk menghapuskan Amie.

Related Posts :



No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin