Tajuk Novel : Tangisan Berdarah
Karya : Hasrudi Jawawi
Penerbit : Buku Prima
Terbitan : 2008
Halaman : 492 mukasurat
Harga : rm18.90
Dendam kesumat seorang wanita kepada lelaki yang memusnahkan zuriat dan keluarganya.
"Selagi kau tidak kembalikan apa yang telah kau rampas dari aku, selagi itu aku akan terus memburu kau."

.......................................................................................
Agak menarik juga sesekali menukar genre dari novel cinta ke novel seram. Namun terasa mengecewakan bila garapan cerita pada awalnya agak meleret membuatkan saya melangkau pembacaan-pembacaan yang tidak penting untuk mengetahui jawapan kepada kisah pokok yang dipaparkan. Namun di akhir-akhir cerita saya merasa amat teruja sekali untuk mengetahui kesudahannya. Jalan bahasa yang biasa-biasa saja memudahkan pemahaman pembacaan. Sesekali saya merasa seperti penulis cuba memberitahu pembaca bahawa dirinya yang tidak meminati penyanyi-penyanyi tempatan dan lebih suka menonton wayang cerita antarabangsa dari cerita Melayu. Tiada bersangkutan langsung dengan cerita yang sebenar ingin dipaparkan.
Cerita mistik ini berkisar tentang hantu pontianak yang digunakan oleh manusia untuk memenuhi kemahuan hati yang bertuhankan syaitan. Hafsham kecewa kerana cintanya terhadap Wan Zarina tidak berbalas. Lalu setelah Wan Zarina yang sarat mengandung telah terbunuh dalam satu kejadian, Hafsham telah mencuri mayat Wan Zarina lalu diserahkan kepada Wak Sekak untuk dijadikan pontianak. Pontianak itu lalu dipakukan di ubun-ubun kepala supaya ia bertukar menjadi manusia. Namun untuk memenuhi impiannya, Hafsham perlu berjanji sesuatu dengan Wan Sekak. Janji itu perlu dipatuhi. Sekiranya tidak padah yang buruk akan bakal diterima nanti.
Setelah dapat memiliki Sofea, Hafsham lupa pada semua janji-janji pada Wak Sekak. Dua puluh tahun berlalu Hafsham hidup berkeluarga dan mempunyai seorang anak bernama Alif Haikal. Sejak kebelakangan ini Hafsham sering bermimpi sesuatu yang menyeramkan bila setiap kali dia tertidur di waktu senja. Sering dia meracau-racau menimbulkan kehairan Alif dan Sofea. Walaupun bagi mereka mimpi hanya mainan tidur, namun bagi Hafsham mimpinya seakan-akan hidup dan nyata.
Alif Haikal yang sedang menuntut di sebuah kolej telah berkenalan dengan seorang gadis yang bernama Roselia. Penulis menggambarkan gadis ini sebagai gadis kampung yang baik budi pekerti, cantik dan manja. Entah kenapa hati Alif terus tertawan dengan kecantikan Roselia lalu melamarnya sebagai kekasih tanpa menyedari siapa Roselia yang sebenarnya.
Foto-foto kenangan yang diambil semasa mengadakan camping di Hutan Lipur Bukit Mantin menimbulkan beberapa keraguan pada Godfrey dan Ramdan. Semasa meneliti foto-foto tersebut di komputer ternyata wajah Roselia kelihatan menyeramkan dengan wajah yang garang dan mata kemerahan. Setelah berbincang dengan Adika Natalia, mereka memulakan penyiasatan untuk membuktikan siapakah sebenarnya Roselia. Dan bukti yang diperolehi oleh Adika Natalia adalah begitu memeranjatkan!
Alif Haikal membuat keputusan untuk memperkenalkan Roselia kepada keluarganya memandangkan hatinya sudah parah diamuk rasa cinta. Namun pertemuan itu telah membuatkan Hafsham terkejut dan tersentak apabila melihatkan saja wajah Roselia. Yakin di dalam hati Hafsham bahawa Roselia lah yang selalu muncul di dalam mimpinya selama ini menagih janji. Sejak dari hari itu Hafsham selalu didatangi Roselia menuntut janji walaupun hal itu tidak dapat dilihat dan disedari oleh orang lain selain dirinya.
Kerana perasaan cinta yang semakin mendalam Alif berkeputusan untuk menjalinkan pertunangan dengan Roselia. Hal ini mendapat tentangan dari kawan-kawan terdekat terutama Adika Natalia. Adika Natalia cuba menerangkan perkara sebenarnya kepada Alif berkenaan dengan Roselia namun sebaliknya ia telah menimbulkan kemarahan Alif. Alif berdegil untuk meneruskan rancangannya untuk bertunang. Sementara itu Godfrey dan Ramdan pula telah merancang untuk menculik Roselia dan mencabut paku di ubun-ubun kepalanya. Hah, satu kerja yang tidak masuk akal tetapi berani. Beranikah mereka berbuat demikian? Dapatkah mereka mencabut paku di ubun-ubun Roselia? Dan bagaimana pula dengan rancangan Alif untuk bertunang? Adakah Hafsham dapat menyelesaikan misteri mimpi aneh yang dialaminya? Dan banyak lagi persoalan akan bakal terjawab di akhir cerita novel ini.

No comments:
Post a Comment