Sunday, December 14, 2008

Khadijah Hashim



Saya mengeluarkan novel-novel lama Khadijah Hashim yang masih tersimpan di dalam lemari lama di dalam stor. Tidak banyak. Hanya beberapa buah saja. Setiap novel pula tidaklah tebal mana. Larat untuk saya menghabiskan bacaan dalam masa sejam dua dalam bacaan yang santai dan relaks.

Mira Edora
Sinopsis Belakang Buku:

"Kasih cikgu seperti kasih seorang guru kepada muridnya?" tanya Mira Edora.

"Lebih dari itu!" sahut Cikgu Nordin.

Jawapan itulah yang membuatkan Mira Edora bertanya sendiri: Akukah yang bodoh, gagal menilai perasaan orang? Atau Cikgu Nordin yang tolol tidak dapat merasakan apa yang aku rasa?



Mencari Azizah
Sinopsis Belakang Buku:

"Biar kami berbincang anak beranak." Itu kata Datin Mariah apabila Azizah terlancar menyuarakan pendapat. Aku ini apa? Bukan tergolong sebagai anak beranak? Sekali ditegur
ibu mentua cukup sebagai ingatan dan amaran. Kalau ada idea bernas pun cuma disimpan dalam kepala. Bodohnya aku berlagak pasif semata-mata untuk menjaga ego suami dan ibu mentua! Hingga kini Azizah tidak faham kenapa Zamri, bekas pemimpin pelajar sewaktu di universiti yang berfikiran terbuka menerima pendapat orang lain, tetapi bersikap kuku besi terhadap isteri! Kuasa veto suami digunakan habis-habisan. Untuk tidak menimbulkan kekecohan, Azizah mengambil sikap lebih selamat berdiam diri. Bijak atau bodohkah aku? Benar, dulu aku bodoh atau buat-buat bodoh, tetapi sekarang usah cuba pijak kepalaku. Azizah kini bukan Azizah dulu.


Pelangi Pagi
Sinopsis Belakang Buku:

"Kalau cikgu pilih isteri cantik macam siapa?" tanya Karim, murid yang paling nakal.

"Cantik maca
m Norani cukuplah!" jawab Cikgu Hadi. Kemudian merenung tajam ke arah Norani.

Norani mengelu
h panjang mengingatkan peristiwa itu. Setiap hari dia menantikan kedatangan gurunya meskipun guru itu sudah beristeri. Kadang-kadang dia terfikir juga: Betapa bodohnya merindui orang yang tidak pernah mencintai. Tapi hati, mengapakah tak mahu mengerti!




Dekat Disayang Jauh Dikenang

Sinopsis Belakang Buku:
"Nasib abang, Mala. Abang sedar, abang tidak dapat bergerak bebas seperti lelaki lain," kata Zahar sayu. Normala tunduk membisu menahan pilu. Dia tahu ucapan itu adalah tangisan insan cacat seperti Zahar. Belasnya hati tidak terkira, malah timbul pula rasa bersalah jika meninggalkan pe
muda itu.

"Tak kasihankah Mala pada abang?"

Normala masih membisu. Yang terdengar hanya sedu-sedan yang memanjang. Adakah aku mementi
ngkan diri sendiri? Atau keras benarkah hati ini hingga tidak dapat berkorban sedikit untuk kebahagiaan orang lain? Soalnya berkali-kali. Tetapi bagaimana pula dengan Zali?



Bila Dan Di Mana
Sinopsis Belakang Buku:

Watak mastura dalam novel ini cukup kompleks. Dia mentah tetapi matang di dalam beberapa hal. Dia ragu-ragu tetapi tegas di dalam beberapa situasi.
Novel ini memaparkan dunia suratkhabar, imbasan-imbasan dunia politik, aspek-aspek pergaulan kota, seada-adakany - tidak diburuk-burukkan, tidak pula dicantik-cantikkan.






Bujang Kota
Sinopsis Belakang Buku:

Cinta, penipu
an, kekejaman bukanlah khayalan pengarang untuk melengkapkan cerita tetapi kenyataan hidup yang kadang-kala di luar dugaan pengarang sendiri, di luar logika kemanusiaan sejagat. Tetapi itulah yang terjadi di dalam masyarakat hari ini lantas digambarkan oleh Khadijah Hashim dalam "Bujang Kota".







Merpati Putih Terbang Lagi

Sinopsis Belakang Buku:

Merpati Putih Terbang Lagi ialah kisah kaum petani berjuang mendapatkan hak milik tanah setelah sekian lama diusahakan. Mereka bukan saja menghadapi musuh tanaman, tetapi musuh dalam selimut - manusia tamak, rasuah dan bermuka-muka. Di kala itulah muncul Farid, anak muda yang berhati luhur dan terpelajar ingin membantu mereka tetapi terpaksa menghadapi pelbagai halangan. Berjayakah Farid mengatasi tindak-tanduk manusia gila kuasa dan pemimpin politik kotor?

Related Posts :



2 comments:

  1. Belum layakkah sebagai Sasterawan Negara

    ReplyDelete
  2. boleh saya pinjam buku buku ini...atau jual kepada saya...saya berminat nak beli

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin