Tuesday, December 23, 2008

Keliru

Tiba-tiba saya terkejut dari tidur. Berpisat-pisat mata terus memandang ke jam di dinding. Jarum panjang menghala ke nombor 2 dan jarum pendek menghala ke nombor 4. MasyaAllah, sudah hampir ke pukul 8 pagi!! !!!!!

'Terlepas sembayang subuh lah akuuuu….' bebel hati.

Si Amir masih tidur pulas. Saya segera membangunkannya.

“Mir! Bangun, Mir! Dah nak dekat pukul 8 dah ni. Nanti terlewat nak pegi mengaji Quran. Bangun! Bangun!” sambil mengejutkan dia bangun saya memicit-micitkan kakinya.

“Kenapa mama ni….” Amir bangun memandang saya sambil menenyeh sebelah bijik matanya.

“Bangun! Solat! Dah lewat sangat dah ni,”

Setelah itu saya bergegas keluar dari bilik untuk memastikan waktu dengan melihat jam di luar bilik pula. Ha, betul. Jam di luar pun menunjukkan 10 minit ke pukul 8 pagi.

Saya membebel seorang diri sambil menuruni tangga ke tingkat bawah untuk mengambil wudhu. Sengaja saya ingin mengambil wudhu di bilik air tingkat bawah supaya Amir pula dapat berwudhu di bilik air tingkat atas.

Semasa menuruni tangga saya terpandang tingkap, suasana di luar masih lagi gelap. Bukan gelap samara-samar tapi memang gelap. Aih, kenapa gelap sangat kat luar tu. Terdetik hati saya untuk mendekati tingkap dan melihat ke luar.

Angin dingin menyapa sebaik saja tingkap dibuka. Dingin sekali. Di luar pagar saya melihat Pak Din menutup pagar rumahnya lalu menuju ke motosikal.

“Hah.. dah bangun ko, Bedah… Nak ikut qiamullail di surau ke?”

“Qiamullail?” saya bingung… Qiamullail hape pukul 8 pagi sebegini.

“Ye la… Ko lupa ke? Pagi ni ada Qiamullail di surau.. pukul 4 jap lagi mula,”

Hah?… pukul 4 pagi?? Saya terpinga-pinga. Segera saya memandang jam di dinding.

MasyaAllah! Baru pukul 4 pagi!! Saya terkeliru rupanya. Jam di dinding menunjukkan pukul empat sepuluh minit saya keliru jadi sepuluh minit ke pukul lapan. Sambil ketawa terkekeh-kekeh saya naik ke tingkat atas.

Amir masih lagi tidur pulas.

Related Posts :



No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin