Tuesday, December 23, 2008

Asam Pedas Gula Melaka


Sinopsis Belakang Buku
Buku Asam Pedas Gula Melaka ini lebih merupakan sebuah diari kehidupan saya sebagai pendidik dan akhirnya menjadi pentadbir sekolah. Peristiwa suka duka, pahit maung sepanjang menjalankan tugas sebagai guru dan kemudian menjadi pengetua sekolah diharap dapat memberi motivasi, iktibar dan teladan kepada semua warga pendidik khususnya yang bakal menjadi pengetua suatu hari kelak.

Sebagai pemimpin di peringkat sekolah, setiap hari saya berhadapan dengan ribuan pelajar, pekerja, guru, dan ibu bapa yang beraneka ragam. Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza tetapi yang pasti mereka mahukan diri mereka mendapat perhatian dan layanan yang terbaik daripada pengetua khasnya dan sekolah amnya. Lantaran daripada itu tugas pengetua sentiasa dalam cabaran dan ini menuntut kesabaran, kegigihan, kekuatan dalaman dan ketahanan yang amat tinggi.

................................................................................................................

Sesekali beralih genre buku dengan membaca coretan perjalanan hidup seorang guru menarik juga. Kisah Puan Norbi yang berlaku pada tahun 1975, mula-mulanya ditugaskan untuk mengajar di SMKS di sebuah daerah kecil. Pelbagai dugaan ditempuhi di daerah asing termasuklah kesukaran untuk berulang alik dari rumah ke sekolah,sikap saling hormat menghormati sesama guru, dan juga pekerja sekolah yang lain sehinggalah terpaksa menghadapi pengetua yang garang. Setiap pengalaman hidup yang dialami digarap dengan baik dan kemas tanpa meleret-leret. Diselitkan juga peristiwa-peristiwa lucu yang mencuit hati yang pasti membuatkan pembaca tersenyum sendiri apabila membacanya.

Buku ini amat sesuai dibaca oleh para guru supaya dapat menimba pengajaran dan mengetahui cara mengatasi masalah-masalah tertentu yang berkaitan.

Related Posts :



No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin