Sejak kebelakangan ini saya amat merasa keperitan menjalani hidup sehari-hari. Ada-ada saja dugaan yang menimpa. Baik dari masalah kerja, mahupun anak-anak yang semakin galak mengecap nikmat hidup. Seandainya dulu adanya arwah untuk berkongsi masalah terasa juga ringan beban yang digalah. Kini tidak dapat tidak saya terpaksa memamah segalanya sendiri.
Namun kata orang tua-tua, tidak ada hidup kalau tanpa ujian. Ya, betul. Hidup ini memang penuh dengan ujian, baik ujian dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan. Suka mahupun duka. Kenikmatan mahupun keperitan. Dalam konteks agama pula, ujian itu dipanggil "sunnatullah". Tetapi lumrah manusia pabila datangnya kesenangan ianya bukanlah ditafsirkan sebagai ujian. Hanya kepayahan dan kesusahan saja yang membuatkan kita merasa yang itulah ujian.
Sesungguhnya tiada penawar yang lebih baik ketika menghadapi ujian selain dari sabar dan ikhtiar. Kita tidak perlulah mencaci-maki atau menyesali keadaan yang terjadi secara berlebihan sehingga menimbulkan stress. Lari dari masalah yang timbul, tidak dapat menerima kenyataan bukanlah penyelesaian yang bijak. Malah ianya akan menimbulkan masalah yang baru. Seelok-eloknya kita kembalikan semua yang terjadi itu kepada Allah SWT. Sikap yang terbaik adalah dengan mengambil hikmah dari kejadian tersebut sebagai pelajaran berguna untuk menghadapi hari esok. Seterusnya kita berikhtiar untuk menjadi yang lebih baik di masa hadapan.

Dengan ujian, akan diketahui juga siapa orang yang beriman dan tidak beriman. Bagaimana kita menghadapi ujian itu, itulah yang akan menentukan nilai kita di hadapan Allah. Adalah lebih baik sekiranya kita mendekatkan diri kepada Allah setiap kali kita ditimpa dugaan. Ianya malah akan meningkatkan kekhusyukan solat kita dan menambahkan keikhlasan di dalam doa kita. Mintalah keampunan dari Yang Maha Esa. Mintalah petunjukNya dan keredhaanNya. Sekiranya kita bersungguh-sungguh melakukannya, insyaAllah.. kelak Allah akan memberi petunjukNya kepada kita. Wallahu a'lam.
Salam Kak,
ReplyDeleteSetiap ujian yang diberi itu, insyaAllah mampu kita tangani. Itulah janji Allah, tidak akan membebani hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu dibebani.Setiap hamba2 akan diuji. Itulah tanda cinta Allah dan tanda keberadaan kita di atas muka bumi, kerana dunia adalah tempat ujian. Mati adalah titik habis segagala ujian ;)
Wa'alaikum salam Welma,
ReplyDeleteTerimakasih di atas pandangan bernas.
Semoga kita semua mendapat rahmat dariNya.