Tuesday, March 9, 2010

Tiada Sepertimu










Tajuk Novel : Tiada Sepertimu
Karya : Anita Aruszi
Penerbit : Kaki Novel
Terbitan : 2010
Halaman : 744 mukasurat
Harga : rm24



Sesiapa saja yang pernah membaca cerita ini di halaman blog penulis mesti tertunggu-tunggu akan kemunculan novel ini. Pasti berebut-rebut ingin memilikinya. Termasuklah saya! huhuhu.. Oh, saya suka sangat novelnya kali ini. Mungkin kerana ia kena dengan citarasa saya. Ternyata setelah beberapa buah novel dipasarkan penulis sudah semakin mahir mengolah cerita agar lebih lancar dan kemas walaupun slow and steady, lebih mencuit rasa dan lebih membulatkan mata pembaca setiap kali menatapnya. Pokok pangkalnya segalanya lebihlah. Cuma hanya satu perkara saja yang saya tak tahan. Banyak sangat adegan simbah menyimbah air minuman. Apa-apa pun ianya tidak mencacatkan perjalanan cerita yang menarik ini. Novel cinta mengasyikkan yang dicampur sedikit rempah suspen dan thriller. Kalungan tahniah untuk penulis.

Zara Melissa, cantik nama heroinnya, namun garang dan keras kepala, cuba sedaya upaya melindungi ibunya yang cantik menawan dari menjadi mangsa lelaki. Mengetahui ibunya, Rubiah, kononnya menjalin hubungan dengan Keifli, lelaki yang lebih muda, Zara mula bertindak di luar dugaan untuk memisahkan mereka. Namun Zara tidak mengetahui niat dan rahsia sebenar di sebalik hubungan Rubiah dan Keifli. Tindakan Zara yang agak keterlaluan akhirnya membawa masalah kepada diri sendiri. Dia diculik dan terpaksa bekerja di restoran milik Kiefli untuk menebus kesalahannya.

Kiefli seorang lelaki yang memendam seribu macam perasaan. Masalah dengan Camelia, Intan, Rania... alamak, ramai pula teman wanita si Kiefli ni ye... tak kurang juga masalah keluarga yang meragut nyawa adiknya sering membuatkan dia merasa ingin melarikan diri. Namun sejak bertemu dengan Zara hatinya menjadi seronok untuk mengusik si gadis cengil ini. Bercakap dengan Zara tiada istilah lemah lembut. Berkau aku saja. Ada saja hal yang tidak kena menjadi modal perbalahan mereka berdua. Walaupun bergaduh sebenarnya hati masing-masing saling merasakan suatu perasaan yang sukar dimengertikan. Sudah tentu saya mahu pun anda tahu perasaan apakah itu. :)

Perkahwinan Zara - Keifli pada mulanya adalah atas dasar satu perjanjian dengan Rubiah. Baik Keifli mahupun Zara masing-masing mempunyai agenda tersendiri untuk meneruskan perkahwinan. Ikatan suci murni lagi halal sudah tentunya mempunyai rahmat dan nikmat tersendiri yang Tuhan berikan. Perasaan halus yang disimpan diam di lubuk hati mula bercambah. Setelah mengenali hati budi masing-masing, susur galur keluarga, ternyata apa yang disangka selama ini tidak benar. Daripada benci menjadi sayang. Daripada kesunyian kini sudah saling memerlukan. Namun dugaan di dalam berumah tangga tetap singgah di dalam kehidupan mereka.

Zara resah bila Intan, kekasih lama Keifli hadir kembali di dalam hidup suaminya. Ingin menagih kasih yang telah lama berkubur. Dalam masa yang sama Rania pula yang 'kurang waras' cuba menjebak Zara menjadi mangsanya untuk memiliki Keifli. Dapatkah Keifli menyelamatkan Zara dan berterus terang tentang cinta terhadap isterinya? Jangan risau, penamat untuk cerita ini adalah happy ending. Lega!

...................................................................................................

Keifli Benjamin dan Zara Melissa... kedua-duanya punya agenda tersendiri ketika diijabkabulkan. Keifli ingin melarikan diri dari kehidupan lampaunya yang 'kotor' manakala Zara pula ingin menyelamatkan mamanya. Akhirnya mereka hidup sebagai teman serumah, yang tidak berhutang apa-apa di anatara satu sama lain.

Hidup bersama Zara tidak pernah mudah buat Keifli. Ada sahaja yang tak kena di mata Zara. Jenuh Keifli menjaga hati isterinya yang tidak boleh disentuh itu.

Kalau dah hidup sebumbung, mustahil perasaan masing-masing tidak tercuit. Namun keegoan yang menggunung tinggi mengekang masing-masing meluahkan perasaan yang terbuku.

Keifli yang hampir dapat melupakan Intan, kekasih lamanmya yang tergugat dengan kemunculan semula gadis itu. Begitu juga dengan kemunculan semuala Rania, rahsia hitamnya yang sering menghantui emosinya. Zara yang tidak berdosa telah menjadi sasaran utama Rania.

Keifli penasaran. Sempatkah dia meluahkan perasaannya pada Zara? Sempatkah dia menyelamatkan Zara daripada jatuh ke dalam perangkap Rania? Bolehkah Zara menerima kehidupan lampaunya yang 'kotor' itu?




Related Posts :



No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin