Friday, January 22, 2010

60 Mutiara Hikmah Al-Fatihah












Tajuk Buku : 60 Mutiara Hikmah Al-Fatihah
Penulis : Dr. Muhammad bin Musa Alu Nashr
Penerbit : Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Halaman : 132 muka surat
Harga : rm18.50


Surah Al Fatihah adalah surat yang paling agung di dalam al Quran. Disebut Al Fatihah kerana ia merupakan pintu gerbang untuk memasuki dan mengarungi luasnya samudera al Quran. Surat ini dinamakan juga dengan Ummul Kitab kerana ia memuatkan garis besar pesan-pesan seluruh al Quran yang terdiri dari 114 surat.

Dalam sehari semalam, kaum muslimin membaca surat Al Fatihah minimum tujuh belas kali dalam solat lima waktu. Ertinya tujuh belas kali minimum mereka diingatkan oleh pesan-pesan Al Fatihah melalui ayat-ayatnya. Seharusnya, jumlah itu sudah cukup bagi mereka untuk mengerti dan memahami pesan-pesannya.

Sudahkan anda memahami makna dan pesan-pesan yang dikangdungnya?

buku yang ada di hadapan anda ini mengupas tuntas mutiara ilmu dan hikmah surat Al Fatihah. Tidak kurang dari 60 mutiara hikmah diungkap secara panjang lebar dan detail berdasarkan kaedah-kaedah ilmu tafsir, aqidah dan bahasa.

Membaca buku ini membuat kita seakan-akan sedang mengharungi samudera hikmah surat Al Fatihah yang demikian luas dan dalam.

Selamat membaca.




Related Posts :



No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin