Friday, November 20, 2009

Yang Sebenarnya













Tajuk Novel : Yang Sebenarnya
Karya : Aisya Sofea
Penerbit : Alaf 21
Halaman : 500 mukasurat
Harga : rm19.90

Pastinya semua peminat novel cinta tertunggu-tunggu buah tangan terbaru dari penulis Aisya Sofea. Kini setelah terbitnya nukilan dari beliau pasti juga semua tidak sabar-sabar untuk mendapatkan dan seterusnya menatap isi kandungan yang mengasyikkan ini. Saya kira karya beliau kali ini agak lebih baik dari novel sebelumnya. Lebih geram dan lebih syahdu. Meruntun jiwa gitu dengan perangai manja bercampur panas baran si hero dengan watak cool si heroin.

Eddie membawa diri ke London setelah putus cinta dengan sepupunya sendiri, Nazirah. Nazirah berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya walaupun mendapat tentangan dari keluarga. Semasa lima tahun di London Eddie selalu berhubungan dengan Nadhiya, adik Nazirah melalui internet. Nadhiya cuba untuk mententeramkan hati Eddie yang parah kecewa dengan memberikan kata-kata semangat. Hubungan mereka agak rapat juga walaupun hanya berkomunikasi di alam maya. Segala rutin harian dan segala sesuatu peristiwa yang terjadi akan dikongsi bersama.

Sehinggalah di suatu hari Nadhiya bekerja di syarikat milik ayah Eddie. Eddie pula membuat kejutan dengan pulang ke tanahair untuk bekerja di syarikat ayahnya juga. Bila mereka bekerja di bawah satu bumbung perangai Eddie membawa masalah kepada Nadhiya. Sikap Eddie yang suka panas baran dan ego tak menentu membuatkan kesabaran Nadhiya menipis. Hubungan mereka menjadi renggang. Tapi dalam sekelip mata Eddie boleh berubah menjadi baik dan lembut semula. Bayangkan bila tengahari mereka boleh keluar makan tengahari bersama sambil ketawa-ketawa tetapi bila pulang saja ke pejabat terus saja sikap Eddie berubah menjadi garang bak singa lapar hanya kerana kesalahan Nadhiya yang sebesar kuman saja. Sikap ala-ala 'psyko' Eddie ni benar-benar membuatkan Nadhiya bingung. Apa sebenarnya mahu si Eddie ni? Selalunya kalau lelaki berperangai begini sebenarnya inginkan perhatian istimewa dari wanita yang dicintainya. Namun Nadhiya tidak dapat membaca mesej yang cuba disampaikan di sebalik sikap Eddie.

Tidak tahan dengan sikap Eddie yang melampau panas barannya, akhirnya Nadhiya berkeputusan untuk berhenti kerja. Nak dijadikan cerita ini lebih gempak pengganti Nadhiya, si Nuryn Mustafa diwujudkan sebagai watak antagonis. Sewaktu di London lagi Nuryn memang mengejar cinta Eddie walaupun tidak mendapat perhatian. Pucuk dicita ulam mendatang bila Nuryn berjaya diterima bekerja di syarikat Eddie. Apa lagi Nuryn terus menwar-warkan pada semua orang bahawa Eddie adalah kekasihnya.

Sedikit sebanyak lahir juga perasaan cemburu di hati Nadhiya pabila menerima perkhabaran ini. Ditambah pula bila Eddie juga dilihat bermesra-mesraan dengan Nuryn di depannya sewaktu mereka keluar berempat bersama.. Nadhiya, Nazri, Nuryn dan Eddie. Namun Nadhiya tidak mengetahui itu hanyalah helah Eddie untuk membuat Nadhiya cemburu. Kesiannya Nadhiya menjerut rasa...! Tapi yang kelakarnya pabila Nadhiya berhasrat untuk keluar berdua lagi dengan Nazri, tak semena-mena Eddie berang lalu menyuruh Nazri menghantar Nuryn pulang, sementara dia pula mengajak Nadhiya balik. Aduhai, memang lelaki ini sudah tenat dimabuk cinta.

Sebuah lagi cerita cinta yang agak menarik dan mengasyikkan. Selalunya di dalam novel Aisya Sofea heronya pasti menjadi idaman setiap wanita. Tidak terkecuali hero di dalam novel ini.

........................................................................................

Tidak semua cinta itu berbalas. Inilah yang terjadi kepada Eddie.Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat.

Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah.Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa meyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti.

Seiring waktu berlalu... cinta Eddie semakin memekar. Dengan semangat baru, Eddie pulang bersama cinta untuk Nadhiya. Malangnya, kalimat keramat itu tidak terucap dari bibirnya, apatah lagi Nadhiya melayannya seperti seorang abang. Eddie jadi panasaran. Akibatnya, mereka sering bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa...

lelaki itu seperti memusuhinya. Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya!





Related Posts :



2 comments:

  1. bace kat byak blog rmai yg komen karya k.aisya kali ni kurang menyengat..tp Qintan nye review lain plak...lain org so lain rasa kn..hhrrmm, saya sndiri lum bace lg Yang Sebenarnya, even da bli 2 minggu lpas..insyaAllah by dis week...


    neway, hope leh change link ngn Qintan n fell free visiting my blog (baru je nk start buat reviewblog)...http://cintanovella.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. pendapat setiap orang berbeza. bagi saya walaupun novel ini tidak sehebat sehangat asmara tapi ianya lebih baik dari novel sebelumnya yang ada tiga cerita dalam satu novel tu.

    selamat membaca.

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin