Tuesday, April 20, 2010

Hidup Sesudah Mati











Tajuk Buku : Hidup Sesudah Mati
Penulis : Abu Fatiah Al AdnaniPenerbit : Granada Mediatama
Pengedar : Fajar Ilmu Baru
Halaman : 202 mukasurat
Harga : rm24.50



Rasulullah SAW senantiasa mengaitkan keimanan kepada Allah dengan keimanan kepada hari akhir yang di dalamnya terdapat janji pahala dan ancaman siksa. Jika di dalam hati seseorang telah tertanam perasaan takut dan cemas akan hari akhir dan khawatir akan hari hisab, juga senantiasa sedih jika memikirkan nasibnya kelak di hari kiamat, pertanda keimanan di dalam hatinya semakin sempurna.

Sungguh perasaan cemas, takut, khawatir dan sedih dalam menghadapi negeri Mahsyar yang penuh dengan suasana kedahsyatan itulah yang mendorong, mengarahkan dan memotivasi seseorang untuk senantiasa meningkatkan amal shalih dan menahan dorongan syahwat untuk berbuat maksiat.

Maka memahami dengan baik hakikat alam mahsyar, negeri keabadian akhirat serta gambaran surga dan neraka menjadi mutlak dibutuhkan bagi setiap muslim yang menginginkan kesempurnaan imannya. Buku yang merupakan penjabaran dari Posetr Hidup Sesudah Mati ini, setidaknya akan membantu Anda untuk memperolehilmu agung tersebut.



Isi Kandungan :

Bab 1 - Hakikat Kehidupan Yang Sesungguhnya

Bab 2 - Dahsyatnya Saat Tibanya Ajal
- Alam barzakh, sebuah terminal awal menuju perjalanan panjang
- Di manakah roh manusia yang telah mati?
- Roh para Nabi
- Roh orang-orang yang mati syahid
- Roh sebahgian orang yang mati syahid tertahan dan ada yang di pintu syurga
- Roh orang mukmin yang saleh
- Roh anak-anak umat Islam dan anak-anak orang kafir yang meninggal saat kecil
- Roh yang terkurung di dalam kuburnya dan mendapat siksa
- Roh para penzina dan pemakan harta riba
- Roh orang-orang kafir

Bab 3 - Kehancuran Alam Semesta Dan Digantinya Langit Dan Bumi
- Beberpaa kejadian Hari Kiamat
- Bumi tergenggam dan langit tergulung
- Bumi akan berbeturan
- Gunung-gunung akan hancur
- Lautan akan meluap
- Langit terbelah
- Matahari Tergulung
- Bintang-bintang berjatuhan
- Bulan menjadi gelap
- Langit dan bumi yang tujuh berada dalam satu genggaman

Bab 4 : Hari Berbangkitnya Seluruh Makhluk
- Ditiupnya sangkakala
- Jumlah tiupan
- Yang mengetahui jarak antara dua tiupan hanyalah Allah
- Hari kebangkitan semua yang mati
- Hari itu manusia dikumpulkan dalam keadaan tak berlas kaki, telanjang dan belum berkhatan
- Orang-orang kafir akan dikumpulkan dalam keadaan tersungkur
- diantara peristiwa saat manusia dikumpulkan
- Matahari akan didekatkan
- pertengkaran
- Khutbah Iblis
- Keadaan orang kafir
- Keadaan orang yang beriman yang bermaksiat
- Keadaan orang yang bertaqwa

Bab 5 : Padang Mahsyar
- Bentuk padang Mahsyar

Bab 6 : Syafa'at
- Asy-Syafa'ah Al Udhma (Syafaat yang agung)
- Syafa'at Nabi untuk umatnya yang tidak dihisab hingga masuk syurga
- Macam-macam syafa'a

Bab 7 : Hari Hisab
- Hisab orang kafir
- Seseorang tidak akan disiksa kerana orang lain
- Mereka yang ikut menanggung dosa orang lain
- Orang kaya akan mengalami hisab lebih lama dari orang miskin
- Nasib kaum musyrikin ketika tibanya hari hisab
- Orang yang diikuti menyalahkan yang mengikutinya
- Malaikat berlepas diri dari orang-orang musyrik
- Berhala pun tak mampu menolong orang kafir
- Berang siapa yang didebat dalam hisab, pasti terkena seksa
- Allah akan menghisab setiap kenikmatan yang kita rasakan
- Amal yang pertama kali dihisab
- Orang yang tidak melalui proses hisab
- Hisab atas kezaliman sesama individu
- Umat Muhammad adalah yang pertama kali dihisab di antara umat-umat lain
- Hisab orang munafik dan orang yang berbuat riya'

Bab 8 : Pembahagian Catatan Amal
- Cara penerimaan kitab
- Orang mukmin yang saleh
- Orang kafir, munafik dan pendosa

Bab 9 : Mizan
- Apa yang ditimbang
- Amalan-amalan berat dalam timbangan

Bab 10 : Telaga Kautsar

Bab 11 : Ujian Untuk Menentukan Keimanan Seseorang

Bab 12 : Syurga Dan Neraka
- Syurga
- Nama-nama syurga
- Bangunan Syurga
- Pintu-pintu Syurga
- Derajat di Syurga
- Sungai-sungai di Syurga
- Pohon, taman dan naungan di Syurga
- Buahan Ddan tanaman di Syurga
- Makanan dan minuman di Syurga
- Keadaan para penghuni Syurga
- Seruan di syurga
- Angan dan bau Syurga
- Yang terakhir masuk Syurga
- Hadis Nabi yang berbicara tentang Syurga dan segala kenikmatannya.

-Neraka
- Lokasi neraka
- Pintu-pintu neraka
- Sumur dan jurang neraka
- Luas Jahannam
- Kadar hawa dan panas neraka
- Gaung kegeraman suara neraka
- Pemandangan lain di Jahannam
- Bahan bakar neraka
- Kondisi penghuni neraka
- Berbagai bentuk siksaan bagi penduduk neraka
- Jeritan, rintihan dan lolongan penduduk neraka
- Permohonan penduduk neraka kepada penduduk syurga
- Para penjaga neraka
- Siapakah penduduk neraka
- Ayat Al Quran dan hadith Nabi menceritakan tentang neraka.



Baca Selanjutnya..

Sunday, April 11, 2010

Cinta Si Kucing Parsi










Novel : Cinta Si Kucing Parsi
Karya : Marwilis Haji Yusof
Penerbit : Alaf 21
Terbitan : 2010
Halaman : 503 mukasurat
Harga : rm19.90

Novel dari penulis lama ini bukanlah hanya berkisar pada kisah cinta semata-mata. Ia juga sebuah kisah masyarakat kampung dalam menangani pelbagai masalah semasa yang timbul. Berlatar belakangkan sebuah perkampungan Melayu kisah ini menceritakan suka duka hidup seorang bomoh jodoh yang telah kematian isteri tercinta. Pak Johari sibuk melayan 'pesakit-pesakit' yang datang meminta bantuannya untuk mencarikan jodoh mahupun supaya jodoh mereka berpanjangan sedangkan diri sendiri masih solo tidak mampu tertolong. Menarik juga bila dapat mengetahui bagaimana Pak Johari mengubati pesakit dengan cara mandi bunga, menggunakan limau purut malah ada juga yang menggunakan minyak pengasih. Sekiranya bernasib baik dalam sehari Pak Johari mampu mengumpul sebanyak enam ratus ringgit. Itu baru sehari. Kalau sebulan berapa ye. Lumayan sungguh. Kekayaan hasil bomoh yang dimiliki Pak Johari sering juga menjadi buah mulut orang kampung. Malah ada juga yang tidak senang hati. Lalu disebarkan gosip bahawa apa yang diamalkan oleh Pak Jo itu adalah syirik.

Al kisahnya di kampung itu ramai pula lelaki-lelaki bujang yang ingin berpasangan samada yang muda mahupun yang tua termasuklah imam di kampung itu sendiri. Gadis-gadis yang masih solo di kampung itu pun ramai juga. Leha adalah antara gadis cantik yang paling mendapat perhatian. Ramai yang jatuh hati dan memasang angan-angan untuk memiliki Leha. Akhirnya Leha jatuh ke tangan orang lain setelah bercinta bagai nak rak dengan Jali. Setelah berkahwin Leha berpindah ke bandar meninggalkan Jali seorang diri makan hati. Kini setelah rumahtangga yang dibina tidak berkekalan Leha pulang semula ke Kampung Merbau untuk meneruskan hidup.

Berita kepulangan Leha ibarat suatu peristiwa yang penting oleh penduduk kampung terutama sekali para jejaka solo. Semua memperkatakan kecantikan yang masih lagi dimiliki Leha walaupun sudah menjadi janda. Angan-angan dipasang untuk memiliki. Leha menjadi tajuk utama perbualan di warung-warung kedai kopi. Antara yang ingin mencuba nasib ialah Imam Dahlan dan Pak Dagang Ramli sendiri, veteran-veteran solo yang menjadi kawan rapat Pak Johari. Jali, Sudin, Shukur dan Lat juga tidak ketinggalan. Namun adakah Leha mahu memilih antara mereka? Ataupun sudah serik dengan perkahwinan pertamanya yang membawa kegagalan? Atau mungkin juga Leha masih menaruh harapan pada Jali?

Di hati Jali memang masih menyimpan perasaan sayang terhadap Leha. Maklumlah... cinta mati. Namun sepanjang ketiadaan Leha, Bibah lah yang selalu menghiburkan hatinya. Terdetik di hati Jali untuk menilai keikhlasan Bibah. Sebenarnya Bibah dan Leha pernah beradu kecantikan untuk memiliki Jali. Oleh kerana Leha lebih cantik dari Bibah maka Jali memilih Leha. Cinta berdasarkan rupa paras tidak akan berkekalan. Kini Leha telah kembali dan Jali harus menentukan bahawa keputusannya kali ini adalah tepat dan terbaik untuk dirinya.

..........................................................................

Sinopsis:

Menempuhi alam perkahwinan menjadi impian setiap insan. Tidak kira sama ada teruna, dara, duda ataupun janda. Begitulah halnya dengan Pak Johari. Selaku bomoh jodoh yang terhebat, khidmatnya sering mendapat perhatian ramai. Biarpun dia boleh memilih di antara wanita yang datang berubat dengannya untuk dijadikan pengganti arwah isterinya, namun dia sama sekali tidak berbuat demikian. Sedangkan ramai yang datang mendapatkan khidmatnya kini bergelar 'kucing parsi'. Istilah ini merujuk kepada pengantin baru yang sering membelai dan dibelai.

Pada masa yang sama, penduduk kampung dikecohkan dengan kepulangan Leha, janda muda yang dahulunya menjadi kekasih kepada seorang pemuda kampung yang bernama Jali. Sejak kepulangan Leha, Jali tidak sekalipun mengendahkannya. Terhina dengan sikap Jali, Leha membuat percaturan untuk bernikah dengan orang lain. Namun, takdir tidak menyebelahinya.

Atas rasa tanggungjawab kerana tidak memberitahu yang pilihan Leha iaitu Imam Dahlan sebenarnya telah mempunyai orang lain, Pak Johari cuba melamar Leha. Namun, ia tidak semudah yang disangka. Ada juga yang cuba memiliki Leha dan melaga-lagakan Pak Johari dengan Jali. Biarpun akhirnya Leha berjaya disunting, persoalannya siapakah yang berjaya menjadi 'kucing parsi' Leha? Adakah Pak Johari ataupun Jali?










Baca Selanjutnya..

Wednesday, April 7, 2010

Al Quran Di Sebalik Ayatul Kursi










Tajuk : Al Quran Di Sebalik Ayatul Kursi
Pengarang : Khairul Ghazali
Penerbit : Mustread Sdn Bhd
Terbitan : 2010
Halaman : 177 mukasurat
Harga : rm19.90


Sabda Rasulullah SAW, " Aku tinggalkan kepada umatku dua perkara... jika mereka berpegang teguh kepadanya maka mereka tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al Quran dan as Sunnah."

Daripada beribu-ribu ayat yang terkandung di dalam al Quran, inilah satu-satunya ayat yang dinamakan Ayat Kursi. Ayat ini diturunkan selepas hijrah dan sejarah mencatatkan bahawa semasa turunnya ayat ini ia diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu halangan dalam usaha mereka menyesatkan umat manusia. Bersamaan dengan kemuliaan dan kehebatan ayat ini, Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit menulis serta menyebarkannya.

Barang siapa yang sering membaca Ayat Kursi akan dikasihi dan dilindungi oleh Allah SWT sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW. Sebagai tambahan kepada mereka yang beramal dengan bacaan Ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah SWT daripada gangguan serta hasutan syaitan.


Kandungan:

Sejarah Ayat Kursi
- Makna Ayat Kursi
- Makhluk Allah SWT Yang Agung
- Asbabun Nuzul
- Susasana Ketika Ayat Kursi Diturunkan
- Fadilat dan Keagungan Ayat Kursi

Fadilat Dan Keutamaanya
- Kisah-kisah Tetang Kehebatan Dan Keagungan Ayat Kursi
- Sama Nilai dengan Seperempat Al Quran
- Keagungan Yang Sempurna

Bidaah dan Tradisi Membaca Ayat Kursi
- Asal Usul Dan Sejarah Bidaah
- Meluruskan Sejarah Dan Bidaah Tentang Ayat Kursi
- Menyembuh Penyakit Dan Menghalau Syaitan Hanya Kuasa Allah SWT

Kesesatan Golongan Yang Menyeleweng Ayat Kursi
- Menuntu ilmu 'Khadam Ayat Kursi'
- Cara Mendapatkan 'Khadam Ayat Kursi'
- Helah Dan Tipu Daya Jin Supaya Dianggap Sebagai Wali Allah SWT

Kandungan Dan Mesej Ayat Kuris
- Keagungan, Keluasan Ilmu Dan Sifat-Sifat Allah SWT
- Hakikat Dan Buah Keimanan
- Kemustajaban Doa
- Kebenaran al Quran
- Pentadbiran Alam
- Pendedahan Kelemahan Semua Makhluk Ciptaan Allah SWT

Pendinding Dari Serangan Hasad Dengki
- Kekuatan Sihir Dan Penyakit Dengki
- Kekuatan Ayat Kursi, Al Falaq Dan An Naas

Tafsir Ayat Kursi
- Sejarah Tafsir Ayat Kursi
- Tafsir Ayat Kursi
- Pendapat Para Ulama Tentang Ayat Kursi
- Keindahan Islam Tercermin Pada Ayat Kursi
- Kuasa Dan Keajaiban Ayat Kursi
- Pengaruh Ayat Kursi Terhadap Tubuh Dan Susunan Saraf Pada Otak
- Menimbulkan Aura (cahaya) Bagi Hati Dan Akal
- Membentengi Diri Dari Nafsu Amarah Dan Maksiat
- Membentuk Akhlak Yang Unggul Dan Cemerlang
- Mengusir Jin, Syaitan Dan Penyakit Kerasukan Dengan Kaedah Rukyah
- Mengalahkan Kuasa Sihir
- Menutup Pintu-pintu Syaitan





Baca Selanjutnya..

Saturday, April 3, 2010

Bukan Tak Sudi











Tajuk Novel : Bukan Tak Sudi
Karya : Mimie Afinie
Penerbit : KarnaDya
Terbitan : 2010
Halaman : 553 mukasurat
Harga : rm23.90


Kembali lagi menemui peminat novel cinta, Mimie Afinie menghadiahkan sebuah kisah kelakar romantis yang syahdu untuk tatapan semua. Memang tidak kecewalah kalau membaca karya dari penulis ini. Gaya penulisan yang penuh dengan omelan suara hati begitu mencuit hati saya. Omelan yang lucu dan tidak keterlaluan munasabahnya. Saya kira novel ini novel terbaik dari penulis. Cukup lengkap semua rempah ratus asam garam omelannya. Setiap ayat pasti membuatkan saya tersenyum sendiri. Nak ketawa geli hati pun ada. Pendek kata ceritanya best lah.

Anis Zulaikha tidak pernah mempunyai teman lelaki walaupun memiliki rupa paras yang cantik. Umur sudah 25 tetapi hatinya masih kosong. Kerana itu ibunya bercadang untuk menerima saja pinangan dari Syariff, kawan sekampung Anis. Budak Anis ni seorang yang suka berangan-angan dan mengumpamakan orang dengan watak-watak di kaca tv. Bila ibunya hendak menyatukan dia dengan Syariff terus dia terbayangkan Syariff Dol dalam filem Bujang Lapok. Watak samseng kampungan begitu masakan dia hendak.

Bos di pejabat Anis, si Al juga meminati Anis. Walaupun pada mulanya Anis menolak tetapi lama kelamaan hatinya melekat jua dengan Al. Ditambah pula Anis takut akan keputusan ibunya yang masih mahu menjodohkan dia dengan si Syariff sekiranya dia tidak mempunyai pilihan hati sendiri. Namun ada sesuatu yang mencurigakan terhadap diri Al pada pandangan Anis. Al selalu menutup telefonnya sewaktu lepas waktu pejabat. Bila hari cuti pun Al begitu susah sangat untuk dihubungi. Bila ditanya kenapa Al memberi alasan bahawa ibunya tinggal bersamanya dan tidak suka dia bergayut dengan perempuan lama-lama. Alasan yang tidak masuk akal untuk orang bercinta tu!

Setelah teman serumah Anis, Zura mendirikan rumahtangga dan kini Salma pula akan mengikut jejak Zura dan berpindah ke rumah lain. Hendak tak hendak Anis terpaksa juga berpindah ke rumah abangnya, Fuad. Fuad mempunyai seorang kawan karib yang diibaratkan Anis sebagai kembar siam abangnya, Omar. Ke mana-mana saja mereka selalu bersama. Bahkan mereka juga menjalankan perniagaan bersama. Apa yang tidak menyenangkan Anis ialah Omar ni selalu memandangnya dengan pandangan yang tajam. Maklumlah.. si Omar ni memang ada hati kat si Anis ni. Cuma Anis saja yang tak mahu layan. Paling kelakar sekali dikatanya Omar ni kuat nafsu dan muka Omar bukan macam Arjun Rampal tapi macam Arjun Rempah bin Kari. Aduhai...!

Sememangnya Omar nekad untuk memikat adik sahabat baiknya. Tetapi dia tidak tahu macam mana. Sesak nafasnya bila mendapat tahu si Anis sudah ada teman lelaki. Namun Fuad memujuk Omar supaya bertenang. Selagi Anis belum berkahwin Omar masih mempunyai peluang. Lalu bagaimana dan apakah lagunya Omar harus dendangkan agar Anis berpaling kasih padanya. Gelihati betul dengan gelagat Omar yang sanggup merasuah Fuad agar membantunya memikat Anis. Sehingga sanggup dia menjadi khadam Fuad dengan membasuh pakaian dan cadar katil Fuad selama sebulan. Sedangkan Anis masih begitu jua... tidak sedikit pun nampak tanda-tanda untuk lembut hati terhadap Omar.

.............................................................................

Dia tidak pernah mencari. Malah tidak pernah terfikir pun untuk punya teman lelaki. Belum masanya. Lagipun dia tidak mahu terburu-buru. Maklumlah, bukan senang nak cari lelaki yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa. Tersilap pilih nanti... merana seumur hidup.

Tetapi, bila emak asyik mendesak dan Syariff pula datang merisik, nak tak nak, dia terpaksa memikirkan hal itu dengan serius. Risau juga kalau-kalau emak terima risikan lelaki itu. Emak pun satu hal juga. Macamlah tak ada lelaki lain... Si Sarip Dol tu juga yang dia nampak.

Al datang tepat pada waktunya dan di saat dia amat memerlukan. Al ni kira okeylah. Baik, bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur. Orangnya pun boleh tahan. Sedap mata memandang. Rasa-rasanya, daripada Si Syariff tu... lima kali lebih baik Al. Tetapi masalahnya... hatinya tidak ada pada lelaki itu.

Kalau bukan Al, siapa pula? Omar, rakan serumah merangkap rakan kongsi perniagaan merangkap kembar siam along tu? Hah! Minta simpang. Kalau Omar yang gatal lagi merenyam tu lah... jangan harap dia nak terima. Daripada berkahwin dengan lelaki itu... lebih baik dia jadi anak dara sampai ke tua. Dia sanggup. Bukanlah nak jual mahal sangat... tapi dia tak nak tanggung risiko.

Kalau bukan Syariff, Al atau Omar, siapa pula agaknya yang akan jadi pilihan hati Anis Zulaikha? Untuk mengetahui jawapannya, sama-samalah kita ikuti ‘BUKAN TAK SUDI’.







Baca Selanjutnya..
Blog Widget by LinkWithin